|
Fazdwan berhentikan keretanya di bahu jalan. Kemudian dengan kasar dia tarik aku dari tempat duduk.
"Jangan lah...!!", aku rentap tangannya. Tapi ternyata tenaga aku tak mampu nak menandingi kekuatan dia. Peluh dah memercik. Air mata dah merembes laju.
"Tolong lah....", aku merayu pada dia. Namun dia tak peduli. Aku diseret kasar masuk ke dalam hutan yang entah diceruk mana. Baju t-shirt yang aku pakai terkoyak di sini sana. Tudung di kepala juga entah kemana.
Ya Allah...tolonglah aku...segala duri, ranting pokok melukakan aku. Aku takut..tolong !!!!
"Dia ingat dia boleh dapat kau...ha !!", dia menjerit marah. Memeranjatkan seisi penghuni hutan.
"Diam !!! aku cakap diam !!", suaranya bergema lagi. Wajahnya juga sudah bertukar rupa. Bukan Fazdwan yang aku kenal dulu. Bukan fazdwan yang baik budi seperti dulu. Fazdwan sekarang ni syaitan !!
"Tolong...tolong lepaskan aku...", dalam teresak-esak aku merayu lagi pada dia. Sakit-sakit badan aku akibat diseret. Aku cuba juga melepaskan diri namun gagal. Dia tolak badan aku menyebabkan aku jatuh tersungkur menyembam bumi.
Selamatkan lah aku Ya Allah.....doaku tak putus-putus.
"Kau cakap kau suka aku !! Kau cakap kau sayang aku !! Tapi kau menyundal dengan jantan lain !! Itu yang kau cakap cinta, ha !!!" dia jerit kuat di telinga aku......lantas kotak fikiran teringat akan Naim. Naim Najman tak pernah buat begini pada aku.
Naim, mana kau..???
Pang !!!! tamparan itu hinggap di pipi !! Mata aku dah berpinar-pinar. Aku pegang pipi aku, ada cecair yang mengalir dari hidung..
"Biar aku 'rasmikan' kau dulu, dasar betina sundal !!!", aku tak mampu nak halang dia. Aku nampak dia buka baju dia. Aku nampak dia senyum lebar. Aku tak berdaya..
Ya Allah.....dengan sedikit kudrat yang ada, aku cuba tendang Fazdwan..
"Kau ingat kau boleh lari dari aku?? Harini, aku akan bagitahu kau apa tu cinta sejati, tau !!! sekarang tak ada siapa yang boleh selamatkan kau, Juwita yang manis. Juwita yang manja..", aku mengelak bila dia cuba mencium aku. Sekali lagi, tamparannya hinggap di pipi aku. Aku rasa tubuh dia yang sasa itu dah menindih aku.
Allah..aku serahkan nasibku padamu ya Allah...........
"Damn you, Fazdwan !!!", dalam samar-samar malam, aku nampak seseorang. Aku dengar suara itu. Naim ke? |
|