CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: em_zfreak0

Apa beza badan berkanun dgn kerajaan?

  [Copy link]
Post time 8-7-2010 05:02 PM | Show all posts
badan berkanuan (tabung haji/bsn/kwsp) tu lain... yg badan berkanun mcm Kraftangan/Finas/FAMA/LGM pulak lain...

lantikan badan berkanuan bukan melalui JPA or SPA ler.. JPA tu kena paham maksudnya n SPA tu kena paham.. setahu aku aku SPA tu borang namanya SPA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 05:19 PM | Show all posts
de badan berkanun pakai gred gaji sama ng kerajaan de yang tak...so mn sama je janji kje n dapat gaji, janji amanah ar heheh
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 04:21 PM | Show all posts
uikkk tak berapa paham aku...leh terangkan lagi x....

-terima kasih-
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:59 PM | Show all posts
badan berkanun = majlis perbandaran/bandaraya juga ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2010 05:20 PM | Show all posts
Reply 24# saxoration


    aku yg bukak topic nie pn smpai skrg masih samar2 lg...huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 01:30 AM | Show all posts
dan lagi satu, jika betul majlis perbandaran/pbt termasuk dlm badan berkanun, adakah mereka yang bekerja dlm majlis akan terima pencen seperti pesara kerajaan yang lain?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2010 01:38 AM | Show all posts
dan lagi satu, jika betul majlis perbandaran/pbt termasuk dlm badan berkanun, adakah mereka yang bek ...
saxoration Post at 3-9-2010 01:30



    jawapan nyer YA!!!
TETAP DAN BERPENCEN!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 02:25 PM | Show all posts
badan berkanun tu mcm anak syarikat laa..tapi still lagi kawal selia kerajaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 06:14 PM | Show all posts
so sape2 yg ade kekosongan kat tempat keje dia badan berkanun informlah aku....
aku dak account, skrang smbung belajar amik degree finance
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:18 AM | Show all posts
jawapan nyer YA!!!
TETAP DAN BERPENCEN!!!
BENTARA Post at 5-11-2010 01:38


maknanya lagi best la kije ngan badan berkanun ni yer
gaji banyak skit dari gomen..
yer la sape xmo gaji banyak kan di sebabkan ekonomi sekarang ni...
pejabat pos tu badan berkanun gak kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 11:29 AM | Show all posts
maknanya lagi best la kije ngan badan berkanun ni yer
gaji banyak skit dari gomen..
yer la sap ...
zue10 Post at 28-12-2010 10:18



    TAK GAK...
pergerakan gaji serta alaun adalah sama ngan gomen.....
keistimewaan pon sama gak.. cuma pentadbiran dan kewangan di selia sendiri
tapi di kawal oleh perbendaharaan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 04:46 PM | Show all posts
de banyak jenis badan berkanun, de jenis GLC, GOC and MOF diperbadankan janji kje  and dapat bonus
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 03:57 PM | Show all posts
senang cakap kalu ko tau dia kerajaan tapi x pakai Jabatan kat depan dia, badan berkanun la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 02:58 AM | Show all posts
Badan berkanun dia punye staff bole dapat claim T&T dan OT dlm 1 bulan je, kalu gomnen,tunggulah sampai berbulan-bulan pasal AG yg bayar.
Begitu jugak para kontraktor, kalau klaim bayaran dgn BKanun very fast, dgn gomen, berpeloh ketiak nunggu cek
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 03:01 AM | Show all posts
INSTITUTE ADALAH BADAN BERKANUN JUGOK-
cth Inst Jantung Negara, Inst Peny Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 01:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by mamaque at 13-8-2011 13:26
tolong...sy x tau beza dua2 tue...hehe
em_zfreak0 Post at 22-6-2010 02:42

sebab aku free aku tlg jawab....sebab aku tengok ada beberapa 'fakta' dalam thread ni yang boleh diperdebatkan dan diragui ketepatannya...x semestinya aku betul ..tapi aku akan bg justifikasinya...sebabnya perbincangan ilmiah akan memberi kita pengetahuan atau ilmu baru untuk kebaikan bersama


first kalau tengok tafsiran 'badan berkanun' dalam akta berkaitan badan berkanun...kalau ikut tafsiran ..amik Akta 240 dan Akta 605..."Badan berkanun ialah ertinya satu badan, walau dengan nama apa pun  disebut , yang diperbadankan oleh undang2 persekutuan bagi maksud kerajaan persekutuan, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan".....so jelas PBT bukan badan berkanun...so PBT tu apa?
PBT merupakan kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara selepas federal dan state...amnya, PBT mengikut tafsiran dalam Akta 171 merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan sebagai badan yang bertanggungjawab urus/tadbir sesuatu kawasan berasas kepentingan tempatan...
sebab tu kalau kita pekeliling yang dikeluar oleh federal...dia akan tulis ..pemakaian ini juga tgertakluk kepada agensi/jabatan atau PBT atau Badan berkanun bla bla...maknanya ada pengasingan diantara PBT dan badan berkanun...
badan berkanun adalah termasuk dalam kategori perbadanan awam. satu lagi ialah badan tidak berkanun...harus diingat badan berkanun ada juga yang badan berkanun persekutuan dan ada juga badan berkanun negeri...badan berkanun persekutan adalah seperti LHDN dan badan berkanun negeri seperi yayasan kelantan darul naim (kelantan)....
apa beza Jabatan (kerajaan) dengan  badan berkanun dengan badan tak berkanun..?

banyak...aku bagi 2 contoh jer...

contoh badan berkanun yang lengkap boleh tengok kat website kemen.kewangan atau kat site kumpulan wang persaraan (diperbadankan)..


kalau Jabatan ia ditubuh dibawah undang2 biasa, kalau badan berkanun ia ditubuh oleh akta parlimen / enakmen negeri manakala bagi badan tidak berkanun ia ditubuh dibawah akta syarikat...

satu lagi dari segi belanjawan..kalau jabatan belanjawan adlah belanjawan kementerian, bagi badan berkanun belanjawan adalah kawalan agensi pusat dna badan tidak berkanun belanjawan adlaah bebas...

aku tengok ada forumer sini yang kata badan berkanun adalah lantikan JPA seperti disebut dalam buku pengakian am stpm...

jawapannya adalah betul secara teori dan tafsiran iaitu bagi jabatan ..pentadbir lantikan adalah SPA, bagi badan berkanun ialah JPA  dan badan tidak berkanun ialah menteri (pengurus besar)....perlu dingat ini adalah tafsiran dan perlu dibaca bersekali dengan perundangan lain untuk memahami dengan lebih jelas....bermaksud ..ia boleh dibuat melalui penurunan kuasa oleh JPA....maksudnya JPA boleh buat penurunan kuasa kepada badan berkanun untuk buat pengambilan jawatan tetapi secara teori....pentadbir lantikan tetap dari JPA...sebabnya belanjawan badan berkanun tetap dibawah kawalan agensi pusat iaitu perbendaharaan /mof yang turut bawah kawalan JPA....

tentang kelebihan dan kekurangan ...banyak yang boleh diperkatakan..iaitu masing2 ada kelebihan /kelemahan msg2 antara jabatan dengan badan berkanun atau dengan badan tidak berkanun.....perlu dingat....sekitar tahun 1980 an..banyak badan berkanun telah diswastakan melalui pelbagai bentuk seperti penjualan ekuiti (sport toto), penyenaraian awam (MAS), penjualan aset/ pajakan (Terminal  pel.Klang) atau bina -kendali-pindah( Pelabuhan barat klang)....

so semua badan berkanun ada risiko untuk diswastakan dan samada ia adalah kelebihan /kelemahan ia ada ruang untuk diperdebatkan...

kelebihan....tangga gaji lebih menarik macam LHDN....tapi bukan semua...peluang kenaikan pangkat agak terbatas sebab jawatan tertutup....kat jabatan peluang kenaikan pangkat lebih luas sebab perjawatan banyak..

ada juga bekas badan berkanun seperti pos malaysia (diswasta pada 1992 KALAU X SILAP AKU) yang rugi dan gaji kurang menarik berbanding kerajaan...

badan berkanun seperti LHDN yang jadi badan berkanun pada 1996 beri biasanya 3 bulan bonus pada pekerjanya....mengikut KPI dan prestasi....tapi bagi pegawai federal seperi PTD...boleh naik pangkat dari gred M41 ke peringkat pegawai kanan iaitu M48 hanya dalam 5-6 tahun....so kesimpulannya masing2 ada kelebihan dan kekurangan....terpulang kita nak tengok dari sudut mana....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2011 01:30 PM | Show all posts
dan lagi satu, jika betul majlis perbandaran/pbt termasuk dlm badan berkanun, adakah mereka yang bek ...
saxoration Post at 3-9-2010 01:30

ini boleh baca Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) ...yang diurus oleh KWAP...yang

berfungsi seperti berikut:
  • Pengurusan caruman daripada Kerajaan Persekutuan,Badan Berkanun,Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi- Agensi lain; dan
  • Pentadbiran,pengurusan dan pelaburan dana dalam ekuiti, sekuriti pendapatan tetap,instrumen pasaran wang dan bentuk-bentuk pelaburan lain yang dibenarkandi bawah Akta KumpulanWang Persaraan 2007 (Akta 662).
senarai yang dapat pencen sure ada dimasukkan dalam jadual dalam akta ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 01:35 PM | Show all posts
Badan berkanun dia punye staff bole dapat claim T&T dan OT dlm 1 bulan je, kalu gomnen,tunggulah sam ...
YeOpInDiE Post at 19-5-2011 02:58

ini andaian 10 tahun lepas..maybe betul...tapi sekarang semua arahan pembayaran HENDAKLAH DIBUAT DALAM TEMPOH 14 HARI DAN pencapaian dalam tempoh piagam dipantau...biasanya sekarang kat kerajaan. hantar claim 2hb...8hb dah dapat....iaitu proses claim T&t biasanya hanya ambil masa kurang 10 hari....begitu juga dengan bayaran kepada kontraktor...juga 14 hari...kalau tak..kena menjawap dengan KSN..melalui laporan oleh SUB Kewangan masing2
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 01:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by mamaque at 13-8-2011 13:40
badan berkanun dilantik oleh JPA??? mana info u amik tu?? kalau tak betul jgn pakai belasa ...
pdc9929 Post at 6-7-2010 17:04

yep memang betul....yang dimaksud ialah pentadbir lantikan jpa.....boleh turun kuasa kat bos berkanun ...boleh rujuk MOF/JPA kalau anda still tak jelas...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 01:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by mamaque at 13-8-2011 13:51
dan lagi satu, jika betul majlis perbandaran/pbt termasuk dlm badan berkanun, adakah mereka yang bek ...
saxoration Post at 3-9-2010 01:30

ya dan tertakluk kepada Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239... boleh baca kat situ...PBT adalah sebuah perbadanan yang diberi autonomi terhad iaitu dalam urusan pentadbiran dan kewangan seperti tertakluk dalam akta 171..mengikut perlembagaan..PBT terletak bawah kuasa negeri....tapi pbt DIBERI autonomi dari segi kewangan dan perjawatan....so pihak berkuasa melantik staff PBT bukannya JPA/SPA tapi PBT sendiri (sesetengah PBT akan dapat kelulusan pihak berkuasa negeri bagi pengambilan jawatan tertentu)...bagi negeri2 selain kedah, johor, kelantan, terengganu, sabah dan sarawak ....YDP PBT biasanya adlaah pegawai persekutuan (PTD) YANG dipinjamkan kepada Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan juga Negeri-negeriSelat seperti terdapat dalam perkara 134 (1) (2) PerlembagaanPersekutuan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.072223 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list