View: 39493|Reply: 99
|
Balai / Kuarters Polis Berhantu
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 31-5-2010 15:35
Pontianak balai polis
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/05/31
BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu.
Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.
Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan.
Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hariselepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka.
Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.
“Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, ‘anggota’ terbabit hanya mendiamkan diri,” katanya.
Beliau berkata,anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.
“Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang.
“Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu,” katanya.
Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.
“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari dibelakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.
“Ketika mahu membuka suis lampu berdekatan, tiba-tiba lembaga itu berdiri di depan saya dengan rambut berjuntai ke lantai,” katanya.
Difahamkan, pihak IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk ‘menangkap’ lembaga terbabit.
Menurutnya, ustaz berkenaan memaklumkan lembaga terbabit ‘tidak tenteram’.
“Kami dimaklumkan, tempat ini pernah menjadi tempat pembunuhan yangmenyebabkan lembaga itu melakukan gangguan. Ketika hayatnya, lembagaitu dipercayai dirogol dan dibunuh di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan, Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, tiga anggotanya diganggu lembaga itu sejak bulan lalu dengan kali terakhir berlaku minggu lalu.
“Saya akui perkara ini berlaku dan kami sudah berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Kami memanggil seorang ustaz dengan harapan ia tidak berulang,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
seramm siaa |
|
|
|
|
|
|
|
nak recall satu kes kat kuala pilah
laki bunuh bini....sbb gigih nak berbini baru
tak tenteram yu ols..
'dia' siap datang balai lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# Syd
cerita laaa |
|
|
|
|
|
|
|
lepas lunch occay..
nak kuar dah nehh
(McD McD)
dah lama citer tuh...
dia bakar bini dia kat kebun |
|
|
|
|
|
|
|
nk cite lagi syd
we want more |
|
|
|
|
|
|
|
kurung je ponti tu kat area lokap. biar sape yg kena lokap kena kacau ngan 'awek' tu. br derang insaf |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# Syd
padam muka laki tu kena kacau hantu
gatai nk bebini baru sgt
kejam laki tu |
|
|
|
|
|
|
|
bgs gak idea tu.. aku setuju... hihihi
wani_ta Post at 31-5-2010 12:26
mana tau tetiba jadi 'best frend' ...
mcmana-macam ilmu dpt..hee.he... |
|
|
|
|
|
|
|
peh..satu ipd kecoh sal hantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan polis2 ni hati kering ke..
boleh je usha kak ponti tu ramai2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Phewww!!! nk kerja pn x tenang & tnteram..
siap mnjelma dpn mata.. luruh jntung tkejut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd,aku tau cerita tu. sbb ada makcik aku yang mandikan jenazah bini dia tu. tapi yang paling menyampah skali, suami yg ditahan tu dah dibebaskan..bunuh isteri dlm kebun sendiri pun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
aku bayangkan....
Yang Polis, klu kene kacau.. boleh lari balik rumah...
Yang banduan,?? mati keras dalam tu.. hahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
apalah polis takut antu |
|
|
|
|
|
|
|
aku bayangkan....
Yang Polis, klu kene kacau.. boleh lari balik rumah...
Yang banduan,?? mati keras dalam tu.. hahaaa
Memang kes naya le banduan kat situ..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Syd
padam muka laki tu kena kacau hantu
gatai nk bebini baru sgt
kejam l ...
lemonjus Post at 31-5-2010 12:13
hehe.. manusia sekrg kan macam2 peel.. mak bapak lagikan sanggup dibunuh, inikan pulak bini..huh |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya polis kenala ada amalan2 sket yg boleh buat dia kuat pastu ignore gangguan2 ni.contohnya kalau attendant hospital bilik mayat tu, lagi pelbagai dugaan dia.bukan satu bangsa,berbilang bangsa dan mcm2 style benda tu boleh buat.tapi diorang amalkan pendinding untuk elakkan diganggu teruk2.atau biasanya ignore kejap benda2 tu pastu sambung tugas mcm biasa.ini based on interview aku ngan attendant bilik mayat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|