CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1828|Reply: 14

Malaysiakini : Dua bekas pegawai tinggi kerajaan kritik MEB

[Copy link]
Post time 29-5-2010 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Dua bekas pegawai tinggi kerajaan kritik MEB
Abdul Rahim Sabri
Mei 29, 10
3:14pm
  

Kongres Ekonomi Bumiputera di ibunegara hari ini panas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".

Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.

"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.

"Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain," kata Akbar disambut laungan beberapa peserta "bakar buku itu" dan "buang buku itu".

Modul itu kini dibukukan sebagai cadangan kepada kerajaan dan kulitnya berwarna merah.

Akbar mengulas pembentangan kertas kerja oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor (kiri) bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" di Dewan Tun Hussein PWTC.

Kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta hadir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Normah mengakui kekurangan dasar-dasar khusus untuk bumiputera dan Melayu dalam model ekonomi baru tersebut.
Berikutan itu, katanya, MAPEN mahu mendengar dari kongres tersebut mengenai agenda Melayu dan bumiputera kerana ia tidak dirumuskan dalam MEB.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh ahli akademik Datuk Kamaruddin Kachar yang meminta ahli panel supaya jangan takut untuk berterus terang mengenai MEB kerana mereka membela hak semulajadi orang Melayu.

Selain Akbar dan Halipah ialah seorang ahli akademik Rajini Ramlan dan profesor sejarah, Datuk Ramlah Adam.

Akbar (kiri) berkata, MPEN perlu bersikap adil kepada DEB agar tidak mengutuk atau menyalahkan DEB untuk menggalakkan model baru ekonomi.

Katanya MEB adalah pandangan MPEN dan beliau bimbang sekiranya modul tersebut digunakan sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan dan menjadi alat baru untuk menjajah bumiputera.

Sehubungan itu, Akhbar (kiri) menggariskan langkah dengan menjadikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber penggubalan MEB demi menjamin kesejahteraan dan kualiti rakyat.

Beliau juga mencadangkan agar dihapuskan diskriminasi terhadap bumiputera dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara.

Manakala Halipah yang turut membahaskan kertas kerja tersebut, juga mengkritik modul MEB.

"Saya tidak nampak agenda bumiputera (dalam MEB). Tidak diberi tempat.

"Dalam lapan SRI (strategic, reform, initiative) dalam MEB, tidak letak agenda bumipoutera sebagai keutamaan," katanya.

Dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini, Halipah (kiri) menggesa agar agenda bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.

Sementara itu, pengerusi MPM, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui pemberita berkata agenda bumiputera mesti diutamakan dan menjadi agenda nasional.

"Kedua pembahas menimbulkan kesangsian (terhadap) model ekonomi baru.

"Agenda bumiputera tidak dijelaskan atau kabur dan tidak dititikberatkan, seolah-olah menyalahkan dasar kerajaan itu tidak benar," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/133061
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 06:41 PM | Show all posts
humban jer puak2 ni ke Madagascar and give them all the privilleges they want ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 06:57 PM | Show all posts
privillige lagik.....
sampai bila?

dulu kini dan selamanyer?.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:10 PM | Show all posts
model ekonomi baru ke model baru ekonomi?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:12 PM | Show all posts
Sesi tersebut dipengerusikan oleh ahli akademik Datuk Kamaruddin Kachar yang meminta ahli panel supaya jangan takut untuk berterus terang mengenai MEB kerana mereka membela hak semulajadi orang Melayu.
ef/x Post at 29-5-2010 18:34
sape nak explain bab hak semulajadi tu??? amenda arr?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:16 PM | Show all posts
Reply 5# Acong


    Alaa Acong buat2 tak taw plak...
Hak Bumiputeralaa.....mcm nak race 100meter...
Bangsa lain semua start up line sebaris, but kalo ko ader passport "bumiputera"
Ko start 50 meter di depan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:23 PM | Show all posts
Reply  Acong


    Alaa Acong buat2 tak taw plak...
Hak Bumiputeralaa.....mcm nak race 100meter ...
nokia169 Post at 29-5-2010 19:16


hahahaha ala ala handicap dalam golf la.. tapi aku tak paham kenapa orang orang ni suka sangat jadi handicapped.. padahal tuhan lahirkan diaorang semua cukup sifat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:29 PM | Show all posts
Reply  Acong


    Alaa Acong buat2 tak taw plak...
Hak Bumiputeralaa.....mcm nak race 100meter ...
nokia169 Post at 29-5-2010 19:16
takpe laa start 50m ke depan....... aku pakai keta........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 07:35 PM | Show all posts
takpe laa start 50m ke depan....... aku pakai keta........
Acong Post at 29-5-2010 19:29


mungkin sebab bangsa korang pakai keretalah, diaorang nak start berlari 50 meter kat depan kan.. baru adil.. hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:39 PM | Show all posts
Reply 7# kuntau


    Da diajar gitu nak buat camner..masa kebulur diberi makan ikan....sepatut diajar cara nak tangkap ikan...aru taw survive..
..bila nak stop supply ikan mau x marahnyer....;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:58 PM | Show all posts
adakah org yg merangkakan MEB ini dari parti DAP dan PKR?

kemanakah org umno dalam hal ini?

atau adakah umno sudah bosan memperjuangkan nasib bumiputra?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:40 AM | Show all posts
dah pencen baru berani nak bersuara, masa masih keja semua pakai angguk ajer, hipokrit punya melayu :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:44 AM | Show all posts
Reply 11# toki_rompin

umno ak pernah bosan perabes kan reta rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:44 AM | Show all posts
Reply 12# pyropura
bahya bersuara ketika dlm perkhidmatan,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:51 AM | Show all posts
hahahaha ala ala handicap dalam golf la.. tapi aku tak paham kenapa orang orang ni suka sangat j ...
kuntau Post at 29-5-2010 19:23


...kalau main golf pun, ramai jumpa puak-puak bangsat ni.....mintak stroke tak habis-habis ...bila menang, seronok bodoh...
...main lain kali, pun masih mintak stroke....
...sampai bila nak pandai???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.113727 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list