CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

  [Copy link]
Post time 11-5-2010 03:08 PM | Show all posts
abih gaks membacanyer
time kasih TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 04:59 PM | Show all posts
banyaknya citer ..best..best
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 05:36 PM | Show all posts
Spesifikasi hantu
Jan 15th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 253

1-Rupa pocong mengikut cerita yang ...
gitarmahogani Post at 11-5-2010 09:53



Aku suka yg nie.... hahahha...

dan ayat2 yg memarahi hantu nie:

cth:
1. "Jgn kacau aku, aku nak gi sekolah, blajar rajin2, tak nak jadik cam ngko...:
2. "jgn kacau aku, aku nak study, esok exam... kalu aku tak lulus siap ngko!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:41 AM | Show all posts
byk tul... terasa mcm kisah seram rekaan je.. boleh percaya ke cerita ni 100% TT?
din_atos Post at 11-5-2010 12:37



    Majoriti cerita yang ditulis saya berdasarkan sumber pelbagai seperti daripada ibu saudara, datuk, ibu ayah, kawan-kawan dan pembacaan. Kemudian saya olah mengikut kemahiran penulisan dan penceritaan yang saya peroleh di institusi pendidikan. Bagi menambah pelbagai unsur, saya akan tulis taip mengikut apa yang saya mahu dan fikirkan boleh menyeronokkan pembaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:46 AM | Show all posts
abih gaks membacanyer
time kasih TT
bumicompany Post at 11-5-2010 15:08



    Sama-sama. Terima kasih sudi masuk benang ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:49 AM | Show all posts
Guard sekolah
Sep 25th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 421

Aku dan kawan-kawan kebiasaannya lepas waktu prep,jarang pegi minum kat dewan makan.Kurang sikit la.Kami lebih gemar peergi kerumah seorang kakitangan sekolah yang berjual nasi goreng.Agak jauh juga la rumah kakitangan sekolah tu dengan hostel kami.Tapi lapar punya pasal,gerak la juga.

1 malam selepas makan nasi goreng dirumah kakitangan sekolah tu,kami mengambil keputusan jalan-jalan ambil angin dibawah bukit hostel kami.Kelihatan pondok Pak Guard masih terang.Kami pun singgah la berbual.

Pak Guard tersebut agak berumur dan alim.Berkaca mata dan berkopiah.Kami berbual macam-macam hal.Beliau menasihatkan kami agar belajar rajin-rajin dan pelbagai hal lagi.Entah macam mana terkeluar cerita seram.

Pak Guard tersebut mengatakan hal mistik begini sebagai biasa saja padanya.Dah lali.Beliau menceritakan,pada satu malam,beliau ternampak sepasang kaki tanpa tubuh badan berjalan menuruni tangga.Yang seramnya tangga tersebut betul-betul sebelah pondok jaga beliau berada itu.Namun didiamkannya saja.

Pada malam lain pula,beliau ternampak perempuan berpakaian merah berjalan-jalan didepan pondok jaga.Mahu saja ditegur kerana ingatkan ada pelajar yang fly(cabut keluar ke bandar Batu Pahat),namun difikirkan semula takkan pelajar perempuan berseorangan berani pula nak fly sorang-sorang dan sengaja tunjuk diri depan guard,dah tentu perempuan tersebut bukan manusia.

Kami melihat diatas pondok sebelah dalam,terselit duri landak.Beliau mengatakan itu kepunyaan guard pada sebelah siangnya(setiap guard ada shift masing-masing,sebulan jaga masa siang,sebulan jaga malam) bertujuan sebagai tangkal.Namun bagi pakcik guard tersebut,cukuplah ayat-ayat suci sebagai pendinding.

Kami kemudian bergegas naik ke dorm oleh kerana masa tidur sudah sampai.Entah apa pula yang dilihat pak guard tersebut malam tersebut dan seterusnya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2010 05:49 AM | Show all posts
TANGIS HANTU
Oct 9th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 395

Aku mempunyai kegemaran bermain gitar elektrik.Berbekalkan gitar Les Paul copy dan R-fier mode daripada mini amplifier MCUBE, aku akan bermain bermula jam 12 malam pada setiap hari.Tabiat ini dimulakan semasa aku mula-mula belajar di USM.Waktu itu aku menginap di Desa Bakti H17.

Kawan-kawan aku didesa sebelah yang berjarak lebih kurang 200 meter dapat mendengar permainan gitarku.Bayangkanlah betapa kuatnya bunyi yang terhasil.Muzik yang dimainkan adalah lagu-lagu Metallica ataupun apa-apa saja yang terlintas dikepala ku.Kadang-kadang kawan-kawan pun turut tumpang sekaki.

Mungkin ini lah yang menjadi punca aku diganggu pada suatu malam selepas pulang daripada bercuti raya seminggu.

Aku pulang awal pada hari raya ke 3.Blok H17 dan H16 disebelah masih kosong.Senang cerita USM waktu itu masih lengang daripada orang.Cuma pelajar dari Malaysia timur saja yang ada.

Malam itu,aku sedang membaca komik Shin Chan.Melayan kebosanan kerana kawan-kawanku hanya akan pulang dalam 3 atau 4 hari lagi.Jam menghampiri 2 pagi.

Sedang seronok aku membaca,tiba-tiba kedengaran suara teresak-esak.Demi Allah,memang suara perempuan menangis yang aku dengar.Aku pada mulanya tidak mempedulikan.Namun wujud perasaan mahu turun melihat apakah yang menangis itu.

Bilik aku ditingkat 2 mengadap kawasan yang sedikit berhutan.Dibelakang bilikku,betul-betul mengadap tingkap,terdapat sebatang pokok sebesar 2 pemeluk.Ramai mengatakan pokok itu menjadi tempat makhluk halus menghuni.

Hampir saja aku turun kebawah,namun keseraman melanda diri.Suara teresak-esak itu semakin galak.Aku menutup tingkap dan menyelak langsir.Dengan lampu masih terbuka,aku terus tidur.

Apabila kawan-kawanku pulang,aku menceritakan hal tersebut.Salah seorang kawan mengatakan mungkin hantu tersebut marah kerana aku selalu memekak dengan bermain gitar elektrik malam-malam.Hantu tersebut nak menakut-nakutkan aku ,katanya.

Sejak itu,aku membeli amplifier gitar yang lebih besar kuasanya.Dan bermain gitar dengan full volume setiap malam.Aku bayar sewa bilik,suka hati aku lah nak buat apa.Sejak itu aku tak diganggu lagi.

Hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:50 AM | Show all posts
Saudara seagama
Oct 2nd 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 285

Atuk dianggap orang tua yang berilmu sedikit sebanyak dikampung penulis.Pengalamannya memang banyak.Namun Atuk tidak terlalu gemar berkongsi cerita.Kebanyakkan cerita mengenai Atuk hanya didapati daripada ibu saudara penulis.

Dulu rumah kayu milik Atuk dikampung dibina 2 bahagian,dapur dan serambi yang juga menempatkan 2 bilik.Salah satunya adalah bilik tidur Atuk.Dibilik tidur inilah ruang dalam rumah itu yang dikatakan paling keras.Penulis pada waktu itu tidak berani memasuki bilik tersebut kecuali ditemani.

Cerita yang mahu dikongsi ini berkenaan Atuk semasa menjadi orang pandai berubat,bukan bomoh ataupun dukun pawang.Cuma sedikit kepandaian dalam mengubat orang pening kepala dan sakit gigi.Namun bukan kisah mengubat yang mahu dikongsi.

Pada suatu malam,Atuk terjaga.Dilihatnya dihujung katilnya satu lembaga besar berwarna hitam tinggi mencecah atap rumah.Lembaga itu adalah jin.

Atuk memberi salam.Lembaga itu menjawab dengan tenang.Atuk menyoalnya kenapa berada didalam biliknya dan apa namanya.

Lembaga tersebut menerangkan beliau suka untuk berkhadam dengan Atuk.Dan namanya Haji Mustafa oleh kerana sudah pergi menunaikan haji.

Namun Atuk menolak pelawaan berkhadam itu kerana tahu sangat perangai jin yang sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.Namun Atuk tidak menolak ukhuwah sesama seagama.Mungkin kerana itulah sejak itu bilik tidur Atuk menjadi terlalu angker dan pernah cucu sulung keluarga kami sawan sebaik tidur dibilik Atuk.Namun tidak bermakna Atuk berkhadam dengan jin.

Namun pada suatu hari,Haji Mustafa bertemu dengan Atuk dan menyatakan niatnya menetap di Mekah.Atuk tidak membantah dan juga tidak mengiyakan.Semenjak itu jin bernama Haji Mustafa tersebut tidak muncul-muncul lagi sehingga lah rumah kayu Atuk berganti batu semuanya.

Kejadian angker sudah tiada lagi sekarang,cuma kisah-kisah lama saja yang diingati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2010 05:50 AM | Show all posts
Kolam Tinggal
Oct 23rd 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 224

Dulu di Lot XYZ terdapat organisasi perniagaan persendirian yang menguruskan sebuah kolam renang awam berbayar yang menjadi tumpuan ramai orang.Namun oleh kerana masalah pengurusan,tempat tersebut ditutup.Dengan notis.

Tiada pula entiti bisnes lain yang berminat mengambil alih tidaklah diketahui.

Setelah 6 tahun,kolam tersebut yang bersaiz olimpik mula menjadi tempat jin bertendang.

Dengan pembinaan bandar baru dan peralihan ke pusat perniagaan dibandar baru,kawasan Lot XYZ mula kurang dikunjungi orang.Pihak berkuasa tempatan mula mengurangkan liabiliti cukai di kawasan Lot XYZ dan sekitarnya,maksudnya tiada lagi penyelenggaraan kerap.Lot XYZ menjadi kawasan hampir mati daripada aktiviti orang.

Namun anehnya,terdapat dakwaan daripada orang-orang luar kawasan kolam itu masih beroperasi.Malah dikatakan perkhidmatan yang ditawarkan bertaraf 5 bintang.

Orang-orang tempatan mula berasa hairan kerana setiap masa ada saja orang luar bertanya arah ke kawasan kolam renang tersebut.Bila diterangkan kawasan Lot XYZ telah menjadi tempat gelandangan dan lama telah terbiar,barulah pihak yang mencari terasa pelik dan seram.

Mengikut cerita orang yang pernah menggunakan kemudahan kolam renang tersebut,terdapat ramai orang berbangsa Cina yang mandi dalam kolam tersebut dan sebilangan orang berkulit gelap.Malahan terdapat pelayan-pelayan ekslusif melayani pengunjung.Anehnya semua tidak banyak bercakap.

Ada juga orang luar yang pernah mandi dikolam tersebut tidak percaya bahawa kolam tersebut telah ditinggalkan.Bila dijengah semula memang kolam tersebut telah lama ditinggalkan dengan air berwarna hijau memnuhi kolam sedang dakwa mereka waktu mandi kolam tersebut berair jernih dengan dasar biru.

Oleh kerana pelbagai cerita mula kedengaran,Lot XYZ telah ditutup terus.Dengarnya kawasan tersebut akan dirobohkan dan akan dibangunkan menjadi tempat medan selera.

Entahlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:51 AM | Show all posts
Pontianak
Oct 26th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 366

Ni cerita waktu aku budak-budak.Sering kali aku dan sepupu-sepupu aku dihidangkan dengan cerita seram keluarga kami.Begini ceritanya;

Mak Uda baru selesai beranak pada tengah malam di rumah keluarga penulis dikampung.Memandangkan waktu itu tiada lagi perkhidmatan kesihatan moden secara meluas,maka cara konvensional berbidan dilakukan.Syukurlah semuanya selamat.Atuk kemudian menemani bidan pulang.Maka tinggallah Nenek,Mak Long Tik,Mak Uda dan anaknya yang baru lahir serta adik beradik mereka yang masih kecil.

Maka kemudian Mak Long Tik mengutip kain-kain berdarah waktu bersalin tadi untuk dibasuh.Memandangkan gelap diluar,maka Mak Long Tik bercadang membasuh pada pagi nanti.Kain-kain berdarah tersebut diletak saja diatas lantai bilik air diluar rumah.Setelah memastikan keperluan Mak Uda selesai,Mak Long Tik pun masuk tidur.

Tidak berapa lama kemudian,seisi rumah terjaga oleh kerana anak Mak Uda yang baru dilahirkan menangis tiba-tiba.Raungannya seperti dalam kesakitan.Nenek berasa hairan.Lalu ditanya pada Mak Long Tik sudah dibasuh kah kain-kain berdarah tadi,sebaik mengetahui masih belum berbasuh dan ditinggalkan dibilik air,Nenek memarahi Mak Long Tik dan menyuruhnya membawa naik kain-kain tersebut.

Entah macam mana Mak Long Tik terasa berat hati untuk turun ke bilik air.Melalui lubang kecil dibalik dapur,Mak Long Tik menjengah ke kawasan bilik air.

Melalui lubang tersebut,Mak Long Tik melihat seseorang berpakaian kain putih terbongkok-bongkok dibilik air.Lagaknya seperti sedang memakan sesuatu dengan tangannya mengambil sesuatu dari lantai bilik air.Kain-kain berdarah.

Nenek merapati Mak Long Tik.Sebaik mengetahui daripada Mak Long Tik apa yang dilihat,Nenek tahu orang yang diintai itu bukan manusia.Oleh kerana Atuk masih belum pulang,seisi rumah cuma bertahan didalam saja dan mendiamkan diri sambil membaca ayat-ayat suci.

Bila hari sudah terang,dan Atok sudah pulang.Nenek turun kebilik air.Dilihatnya kain-kain darah bersalin tadi koyak rabak.Kesan-kesan darah tidak kelihatan.Nenek pasti apa yang diintai malam tadi adalah pontianak.

Sejak itu,Nenek lebih berhati-hati dalam menguruskan setiap kelahiran dirumahnya.Mak Long Tik juga serik dan kesal kerana kecuaiannya telah mengundang pontianak......menghisap sisa darah bersalin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:51 AM | Show all posts
Teman Menoreh Getah
Oct 2nd 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 296

Disini adalah pengalaman Mak Long Tik,ibu saudara penulis.Diceritakan semasa penulis masih bocah cilik lagi.Begini ceritanya:

Mak Long Tik bersama Atuk turun menoreh bagi membantu setelah kematian arwah Nenek.Setiap pagi mereka dua beranak akan bersama-sama menoreh dikebun getah yang pokoknya bersaiz lebih sepemeluk.Sepatutnya dilakukan penanaman semula,namun negara masih mundur waktu itu.Apa yang ada itulah seadanya.

Suatu pagi yang gelap gelita,Mak Long Tik terjaga dan terkejut kerana dilihat Atuk sudah turun menoreh dulu,tanpa mengejutkannya.Bergegaslah Mak Long Tik bersiap dengan pakaian menoreh.Dicapai pisau toreh,dan lampu minyak tanah yang dipakai dikepala.

Sesampai dikebun,oleh kerana gelap,Mak Long Tik dengan mudah melihat dari dalam kebun,satu pancaran api.Beliau menyangkakan Atuk lah itu yang sedang asyik menoreh.Maka Mak Long Tik pun mengambil baris pokok getah yang biasanaya bahagian diperuntukkan pada beliau untuk ditoreh.

Namun terdetik kehairanan dihati Mak Long Tik,kenapa Atuk tidak mengejutkannya sedangkan kebiasaannya mereka akan sama-sama menoreh oleh kerana Atuk tidak membenarkan Mak Long Tik menoreh seorang diri,risaukan keselamatannya.

Api yang dilihat dari kejauhan itu semakin menghampiri.Mak Long Tik tidak terasa apa-apa.Biasa saja.Semakin dekat,diikuti derap tapak kaki.

Pukk.Tiba-tiba tangannya ditarik,rupa-rupanya Atuk yang cuma berkain pelikat dan berbaju pagodaAtuk tergesa-gesa menarik tangan anaknya itu dan berlari-lari anak balik ke rumah.Mak Long yang kehairanan tidak membantah.

Sesampai didalam rumah,Mak Long dimarahi kerana pergi menoreh berseorangan.Sebenarnya Atuk tiada pada waktu Mak Long Tik terjaga kerana Atuk keluar membuang air.Namun yang paling dikesali Atuk ialah kecuaian Mak Long Tik,rupa-rupanya api yang dilihat itu bukan Atuk.

Api yang kelihatan itu berwarna biru,sedang api minyak tanah yang dipakai berwarna kuning kemerahan.Barulah Mak Long Tik tersedar dan berasa seram.Mujurlah nasibnya begitu baik kerana cepat disedari oleh Atuk akan kecuaian anaknya itu.

Pagi itu Atuk seorang saja yang menyambung kerja-kerja menoreh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:52 AM | Show all posts
Dalam rimba
Sep 7th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 235

Seorang ahli keluarga aku(dah meninggal 5 ke 6 tahun lepas) pernah bekerja mengikut konsesi balak.Kisah ini terjadi dalam tahun 70 an.

Beliau(kita panggil Tok Sieron)dan kawan-kawannya selalu lah memasuki hutan-hutan tebal diseluruh negeri Johor,siap dengan semua kelengkapan,yang pada waktu itu taklah begitu membangun sangat.Untuk memasuki kawasan hutan yang kaya dengan balak,semestinya jalan perhubungan(darat)boleh dikatakan tiada.Nak tak nak kena la rentas jalan sendiri.

Mereka akan menjalankan kerja ini selama berbulan-bulan,berpandukan peta yang disediakan oleh ketua mereka.Namun untuk tugas berat ini iaitu selain membuat jalan lori balak,mereka jugalah yang akan memantau kawasan balak yang dipajak itu.Jadi kalau jumpa yang molek,molek la jadinya.Kalau yang buruk,tak dapek den nak nolong....

Suatu malam,selepas makan,kesemua pekerja termasuk Tok Sieron ni akan masuk tidur awal.Dalam jam 9 lebih.Nak buat apa tidur lambat?zaman tu belum ada celcom broadband lagi.Kawasan mereka berkhemah ini sudah memasuki suku perjalanan dari panduan peta yang dibawa.Esok mereka bercadang membuat kerja yang lebih banyak lagi termasuk menanda pokok balak yang akan ditebang kelak.Jadi tidurlah mereka semua dalam pondok beratap daun pokok hutan.Jangan lupa buat unggun api,buat halau nyamuk dan mawas......

Tup-tup,sedang mereka cuba melelapkan mata,terdengar bunyi yang pelik.Mereka semua lelaki,tetapi bunyi yang terhasil itu seperti suara orang perempuan.Sayu,sedih,mengilai dan mendengus.Maka semua mereka saling merapatkan diri masing-masing.Sekeras-keras mereka,tahu juga takut.Suara pelik itu terus-terusan berbunyi sepanjang malam.Namun mata mengantuk tetap dilayan.....

Keesokkannya,bangun saja daripada tidur,mereka dapati kawasan sekeliling telah menjadi terang benderang.Pokok-pokok kecil sehingga sebesar pokok 2 pemeluk telah tumbang.Mereka mahu tak mahu tetap juga meneruskan kerja mereka,atau gaji tak dapat dan kena buang kerja.

Malamnya mereka berpakat tak mahu tidur selagi belum mengetahui apa sebenarnya yang menganggu mereka malam sebelumnya.Maka dibuat unggun api lebih besar,dan mereka tidur berkeliling.Malangnya tiada apa pun yang datang malam tersebut selain mimpi yang indah-indah......

Bangun esoknya,mereka dapati salah seorang daripada mereka telah hilang.Pada kali ini mereka mengalah dan terus membatalkan kerja-kerja mereka.Bukan kerana takut,tetapi kerana merasakan kehadiran mereka tidak dibenarkan dikawasan hutan rimba tersebut.Mereka terus pulang dan melaporkan kehilangan kawan mereka itu.

Setahun kemudian kawan mereka yang hilang itu muncul semula,tetapi dalam keadaan sudah tidak siuman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 12-5-2010 05:54

Hantu Air Oct 28th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 431

Atuk dulunya cukup gemar menjala disungai.Sering dilihat setiap kali pulang kekampung,Atuk akan mengait jala.Sekali sekala Atuk menjual jala yang dijahitnya.Memang tangkas pergerakkannya menjahit jala didarat,setangkas tebaran jalanya disungai.Tapi oleh kerana 1 peristiwa,Atuk bersara.Begini kisahnya;

Atuk,cucunya Medan,dan 2 orang lagi turun menjala disungai.Setelah menabur beras peram,mereka pun mulalah turun ke dalam sungai menebar jala.Nampaknya hasil kali ini cukup lumayan,banyak udang galah sepit biru yang dikaut jala-jala mereka.

Medan kemudian beralih arah ketempat lain sedikit,begitu juga yang lain.Atuk saja yang masih berada diposisi asal tempat mula-mula turun menjala tadi.Seronok melihat hasil yang dikutip,mereka semua asyik menjala.

Tidak berapa lama kemudian,Atuk naik semula ke tebing sungai.Tapak kakinya berdarah.Seperti terguris.

Yang lain-lain pun naik semula ke tebing apa kala melihat Atuk.Maklumlah Atuk mungkin ada sebab tersendiri naik ke tebing,walaupun hasil jala tengah galak.

Atuk mengemaskan jalanya dan terus pulang tanpa berkata apa-apa.Yang lain mengikut.Bagaimanapun udang yang dijala tadi tetap dibawa pulang.Biasalah.

Malam itu Medan bertanya Atuk kenapa kakinya berdarah dan kenapa terus pulang saja selepas naik ke tebing?

Atuk menjawab sebaik terasa kakinya diluka.Dia cuba mencari kalau-kalau terguris kaca atau tunggul di dasar sungai.Tiada apa-apa pun.Nak dikatakan ada binatang air seperti buaya,mustahil juga kerana mereka faham benar dimana kawasan ada buaya dan tidak.

Atuk berpendapat mungkin hantu air yang melukakannya.Tujuannya hantu itu berbuat demikian adalah untuk meminta jamuan.Biasalah syaitan.Mula-mula kasi orang sakit,kemudian menjelma dalam mimpi,bagitau nak baik sakit kena bagi jamuan la apa la.Atuk faham sangat.

Namun Atuk malas melayan,kalau ditegur karang silap-silap menjelma pula tang tu juga nak kena pula berlawan,leceh.Maka sebaiknya terus sajalah pulang kerumah.

Sejak itu Atuk terus hilang minat dalam menjala.Sikap orang tua agak sukar difahami,tetapi begitulah ceritanya.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 05:55 AM | Show all posts
Ok. Hadiah untuk pengunjung benang ni. Cukup dah kot stok cerita hantu untuk hari ni dengan esok.Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 06:01 AM | Show all posts
Oh ye. Kalau sudi berziarahlah ke website http://www.aimanku.com/ceritahantu/ .Disitu ada beratus lagi cerita yang ditulis bersama penulis-penulis lain.

p/s-aimanku bukan website saya dan ini bukan spam.Cuma pemberitahuan untuk peminat cerita seram/mistik/supernatural.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 11:27 AM | Show all posts
bookmark.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2010 11:42 AM | Show all posts
bookmark.............
bumicompany Post at 12-5-2010 11:27



    Ok.Bonus untuk bumicompany

Dicakar Pontianak Jan 22nd 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 477



Siti seorang anak yang degil.Puas ibunya menasihatkan.Puas juga dipukul dengan harapan berubah.Tetap degil juga seperti biasa.Walau bagaimana pun jika disuruh menghantar kuih ke warung dan mengambil duit jualan,pasti Siti tidak membantah.

Suatu hari,Siti dimarahi kerana tidak menutup lauk dengan tudung saji,menyebabkan kucing-kucing puas kekenyangan hari itu.Siti seperti biasa berdegil dan melawan balik cakap Ibunya.Gaduh besar petang itu.Siti tetap nak menang juga.

Walau bagaimana pun Ibunya cuba menahan sabar dan bercakap dengan nada lembut untuk menasihatkannya.Siti tetap ungkal kerana egonya.Katanya ‘Apa salahnya sekali-sekala biar kucing dapat makan puas-puas,kan setiap hari kita dapat makan sedap-sedap.Kucing pun tak suka dengan Ibu.Kedekut.’

Hilang sabar Ibunya mendengar keceluparan Siti.Lalu dibalasnya ‘Biar kau dicakar apa-apa nanti!!!’.

Ayah Siti kemudian terpaksa masuk campur menenangkan keadaan.Disuruh Siti ke warung mengambil duit,dengan tujuan menenangkan si Ibu.Siti bersetuju,pasal dapat juga dia duit sikit nanti.

Hari dah gelap.Tapi Siti masih tak pulang-pulang lagi.Biasanya beberapa minit setelah maghrib,Siti dah pulang.Keluarganya menjadi risau.Lalu si Ayah menyusur keluar mencari,Ditemui Siti pengsan dicelah pokok pisang tidak jauh dari rumah.Berdarah dibahagian bahu kiri.Agak dalam juga lukanya.

Malam itu Siti dihantar ke klinik di pekan.Setelah dirawat dan dibawa pulang,Siti menceritakan apa yang terjadi;

Setelah mengambil bekas kuih dan duit daripada pemilik warung,Siti berjalan pulang melalui jalan biasa.Waktu itu telah senja,cuma kali ini keadaan sedikit berbeza.Waktu melalui kawasan berhampiran pokok pisang,dilihatnya seorang perempuan berpakaian putih menantinya.Siapa pula getus hati Siti.

Tak sempat bertanya siapa gerangan,perempuan itu menyeringai padanya.Merah matanya dan bersiung panjang.Siti kaku disitu.Perempuan itu tanpa belas mencakar Siti dibahagian bahu.Seterusnya pandangannya gelap.Parut dengan 3 bekas garisan masih jelas dibahu Siti,diceritakan waktu beliau dan Ibunya datang kerumah datuk penulis dikampung tak silap tahun 1999 dulu.

P/S-Tambahan cerita pada waktu-waktu tertentu masih akan kedengaran hilaian Pontianak dikawasan pokok pisang tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 11:43 AM | Show all posts
Bonus untuk semua pembaca benang ni.

Cinta luka si dara puaka
Jan 4th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 306

Tahun 1930 an

Di Kampung XXXXX XXXXXXXX,diadakan kenduri sempena pertunangan sepasang kekasih dan majlis kesyukuran diatas berjayanya si lelaki menyambung pengajian di negeri orang putih.Perempuannya bernama 'Radhiah' dan lelaki 'Khalid'.Keluarga 'Radhiah' memang berasal dari kampung tersebut dan keluarga 'Khalid' berasal dari daerah XXXX.Kenduri yang sungguh meriah.Sepadan sungguh lelaki perempuannya.'Radhiah' yang putih melepak dan cantik jelita keturunan Arab yang kaya raya,dan 'Khalid' lelaki yang bijak dan bersopan berasal daripada sebuah keluarga bangsawan.

Beberapa tahun kemudian

Pertunangan kedua-keduanya putus kerana 'Khalid' terbunuh dalam kebakaran di rumah sewanya.Apa nak dikata....
'Radhiah' kemudiannya dikatakan membunuh diri kerana dipaksa keluarganya mengahwini lelaki lain.

Tahun 2005

Sekumpulan siswa siswi berjalan-jalan ke negeri XXXXX.Ketika melalui satu jalan tanah merah yang sunyi,tayar bahagian belakang dibelah kiri van pancit.Pemilik van dan lagi seorang kawan mengambil keputusan mencari bantuan.3 orang lagi termasuk 2 perempuan akan menunggu didalam van.

Sebaik bantuan sampai setelah hampir 3 jam,rakan-rakannya tadi kembali bersama seorang Cina kedai tayar.Rupanya salah seorang kawan perempuan telah kerasukan dan dihalang daripada melarikan diri kedalam belukar berhampiran.

Melihatkan keadaan yang mendesak ditambah malam semakin larut,pemilik van pun menemani kawan yang kerasukan tadi,dibantu kawan perempuan yang seorang lagi membawanya ke hospital menumpang kenderaan Cina tayar.

Keesokan harinya van yang siap diganti tayar menuju ke hospital.Setelah semua berkumpul dan mengelilingi katil rakan perempuan yang kerasukan itu,dia dalam keadaan hampir segar menceritakan keadaan semasa dirinya dirasuk;

Setelah setengah jam menunggu sebaik pemergian kawan-kawannya mendapatkan bantuan,kawan perempuan ini terasa sesuatu memandangnya dibalik belukar.Setelah itu segala-galanya menjadi kabur sebelum pemandangannya gelap.Dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia terasa berada dalam 1 kenduri yang meriah.

Dia nampak satu pasang lelaki dan perempuan yang berpakaian cantik duduk berdua ditengah-tengah orang ramai yang bergelak ketawa dan saling puji memuji.Kemudian dijamu hidangan yang enak-enak.Pasangan yang dilihatnya itu sangat sepadan.Perempuannya putih melepak dan berwajah Arab,dan lelaki bermuka bersih dan kelihatan seperti orang bijak.

Kemudian pemandangannya menjadi gelap.

Dia kemudian melihat pula satu kawasan tanah perkuburan.Kelihatan ramai orang bermuka muram.Kaum perempuan menangis-nangis.Sedar-sedar kawan perempuan ini telah keseorangan ditanah perkuburan tersebut.Dalam keadaan sunyi sepi itu dia terdengar suara halus bersyair

'Hancur harapan ikatan menghilang,
Kanda pergi Dinda kesepian,
Sanak saudara mencari gantian,
Cinta Dinda tetap takkan hilang
Kanda nantikan Dinda kan datang
Hilanglah nyawa,hilanglah duka'

Kemudian datang seorang perempuan jelita berpakaian putih.Kawan perempuan tadi teringat inilah dia perempuan yang bertunang tersebut.Sambil memandang sayu perempuan tersebut menceritakan kisah hidupnya.Diterangkan namanya dan nama arwah tunangannya,bagaimana cinta mereka berakhir dengan menyayat hati dan apa yang dilakukannya setelah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai.

Kawan-kawan yang lain berasa seram sejuk sehabis kawan perempuan ini bercerita.

Pemilik van adalah jiran sebelah bilik penulis di Universiti Super Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 12:16 PM | Show all posts
Ok.Bonus untuk bumicompany

Dicakar Pontianak Jan 22nd 2010Oleh:
Jumlah Hit: 477

...
gitarmahogani Post at 12-5-2010 11:42


time kasih TT

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 12:28 PM | Show all posts
nakkk lagikkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.083887 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list