Saya nak share tips dari suami saya, sebab dia dah biasa memberi hutang/pinjaman wang pada sedara mara/kawan/kenalan jauh pun pernah. Dan alhamdulillah buat masa ni, semua orang yg pernah meminjam dari dia dah bayar balik.
Suami saya ni jenis cakap terus terang. Bila ada yg nak berhutang, dia akan tanya, how are you going to pay? Ustaz dia masa sekolah rendah, terjumpa balik lepas 20 tahun, nak berhutang, dia tanya dulu dengan polite la, macammana cara ustaz nak bayar balik pinjaman ni?
Sebabnya, orang berhutang bukan saja2 nak berhutang. Kebanyakannya memang tak mampu, atau gaji sikit tapi perlukan cash selambak masa tu.
Katakan ustaz tu cakap, ustaz mampu bayar 50 ringgit je sebulan. OK, my hubby pegang janji tu, bagi no akaun, dan akan call sekiranya duit tak masuk seperti dijanjikan.
Bulan pertama atau kedua mungkin ada penghutang yg cuba uji suami saya, janji nanti nanti nak bayar. Tp suami saya akan contact consistently sehingga penghutang tu yg malu sendiri, dan terus bayar seperti yg dijanjikan. Kalau tak mampu 50 ringgit, bayar dulu 30 ringgit, tak mampu, bayar 10 ringgit. Tapi mesti bayar. Suami saya ni sangat organized, semua catat dalam notebook dia, tak tinggal satu apa pun.
Suami saya kata dia bukan hadap sangat duit tu, tapi dia nak didik mereka2 itu menepati janji, berusaha cari rezeki, bukan malas dan tunggu duit jatuh tergolek. Dan ada diantara penghutang tu yg suami saya nampak bayar tak lompat2, dia terus halalkan bakinya.