CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 20669|Reply: 62

HUTANG

[Copy link]
Post time 29-4-2010 01:01 AM | Show all posts |Read mode
salam

ade org utang aku ribu2 ( tak lah sampai belas ribu.. tp bg aku still banyak  )... aku sgt2 sakit hati...... dah almost 2 yrs......

this prob most likely consume myself..... it drench out my spirit & energy.... everytime mintak utang wat aku sakit hati sehari suntuk... and it do drive me crazy.....

i hate this people... but nothing i can do bout it....nk buat mende jahat aku tak berani... nak suh dia bayar pon tak dapat...

rase cam nak halalkan aje.... tp aku takut la satu ari kepala aku naik hangin nnt aku g serang pulak family dia...... ( aku rase bl aku wat giteeww baru aku puas hati kot.... .. ).....

-need advice to calm this wild2 heart- from islamic view... patutke aku halalkan aje?.. ke patut aku berdoa moga idup dia tak senang sampai mati...... sbb aku btol2 rase teraniaya..



-note-
thanks in advance.....
and i hope i do not need to explain why it was happen on d 1st place.....
FYI i did open dis topik at PP 2 yrs ago...
Single Polls, Total 39 Users voted
25.64% (10)
35.90% (14)
38.46% (15)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 01:29 AM | Show all posts
kena mintaklah. tapi dlm sunnah kena mintak dgn baik. kalau tak jalan jugak kena mintak dgn Allah. Bangun sembahyang malam mintak Allah bukakan hati dia bayar hutang kita.

Nabi s.a.w pernah bersabda: “Demi nyawaku yang berada di tanganNya, bahawa seseorang yang terbunuh di jalan Allah lalu hidup, kemudian terbunuh lagi lalu hidup, kemudian terbunuh lagi lalu hidup (3 kali mati syahid - pent) padahal dia memiliki tanggungan hutang, dia tidak akan memasuki syurga sehinggalah hutang itu dibayar.” (hadis hasan riwayat Nasa’ie)

tksh. wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 01:31 AM | Show all posts
tapi dlm sunnah jugak ada hadis yang nabi suruh halalkan. tapi tu kira last sekali lah. kita tak boleh doakan keburukan untuk dia. yg tu haram. memang la kalu nak kirakan sakit hati memang sakit hati. kita niat nak tolong dia alih alih dia buat susah kita pulak.

insya allah kalau tuan doa setiap mlm saya yakin Allah akan bukakan hatinya untuk bayar hutang tuan.

selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:44 PM | Show all posts
try mintak pada Allah... dengan kata lain banyakkan berdoa.

saya sarankan anda tebalkan perasaan sabar. kerana dengan kesabaran akan membuka rahmat dan redha dari Allah. bukan stakat duit, tapi menda lain pun mashuukkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:05 PM | Show all posts
Bukan ada doa supaya orang cepat bayar hutang kita? Tapi lupa la pulak...

Bintang tak nak vote sebab ketiga tiganya bukan pilihan bintang.

Bintang sendiri ada orang berhutang .. lama dah.. dalam hati cuma berkata, kalo dia bayar suatu hari nanti terima saja. Kalo bintang mati sebelum sempat dia membayarnya, halalkan saja... kerana buat masa ni, bintang lum sempit rezeki dek hutang dari orang ni... jadi bersyukur dengan rezeki yang ada ini... barangkali rezeki yang satu itu Allah mengambilnya untuk bekalan kita di esok hari (ayat memujuk diri sendiri).
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:11 PM | Show all posts
Reply 3# nahzaluz

Wah!  Assalamualaikum Ustaz.  Lama tak nampak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2010 11:49 PM | Show all posts
ada satu ustaz bagi nasihat kat one businessman..sbb org berhutang dgn dia beratus ribu..bukan sorang lah..

so ustaz ni soh dia doa dan juga bernazar...kalau si A bayar hutang aku nak sedekah sedikit kat masjid, si B aku nak bagi 10% kat anak yatim etc etc

tak lama lepas tu si businesman call ust ni, ust saya dpt dah dari sorang yg hutang saya, nanti saya masuk account ust ya..dia nazar nak derma kat sek agama ust ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 10:37 AM | Show all posts
Saya pernah dengar ustaz baca kitab pasal adab2 berhutang ni, biar saya share skit di sini setakat yang ingat.
kalau orang yang berhutang dengan kita itu jenis wara', kita digalakkan menghalalkan hutang kepada mereka, ie kita bagi depa hutang (sbb depa ni mungkin tak suka terima sedekah) dan bila time depa bayar, kita kata halal.

Bagi yang liat bayar tanpa apa-apa keuzuran, tak digalakkan kita menghalalkan dengan mudah selagi dia masih mampu membayar, malah orang macam ni haram kita bagi hutang tambahan lagi kat dia lagi selagi dia belum menjelaskan hutang yang lama. Ini kerana kalau kita bagi lagi hutang kat dia, atau kita halalkan,  kita macam menggalakkan dia buat dosa berhutang dan  tak bayar hutang.  Kalau nak bagi juga (kerana simpati kpd keluarganya dsbgnya) , kena bagi dalam bentuk sedekah, (diiringi dengan nasihat la, lecture sikit).

Kalau si liat membayar ni meninggal dunia dahulu dari kita & kebetulan warisnya pula ada masalah nak bayar hutang itu, barulah sesuai untuk dihalalkan kalau mahu. Selagi dia masih hidup, tanggungjawab membayar hutang itu biarlah tergantung padanya, tidak dihalalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 02:09 PM | Show all posts
Salam
Masalah saya pula arwah suami bermain kutu-kutu duit dgn kekawan dia kalau dpt semuanya berjumlah RM4,000 tetapi baru separuh jalan suami telah meninggal dunia. Kalau dikira jumlah yg telah dibayar RM1,800.00. ketua kumpulan kutu-kutu ni org india dan dah berjanji nak bayar tetapi sampai sekarang tak bayar jugak dah hampir 3 bln suami meninggal...sedih saya.. Sebab sebelum ni arwah tak suka nak main kutu-kutu tetapi tak tau la kenapa dia main plak kali ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:33 PM | Show all posts
klu nak tau cuba try berhutang dgn ustaz2 & pak haji.  harap2 mrk lebih tawaduk & boleh halalkan hutang kita bila kita tak mampu byr...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 09:18 PM | Show all posts
ada x doa2 utk lembutkan hati org yang berhutang supaya bayar utang dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 09:45 PM | Show all posts
Salam
Masalah saya pula arwah suami bermain kutu-kutu duit dgn kekawan dia kalau dpt semuanya berju ...
tia1960 Post at 3-5-2010 14:09


main kutu pon satu masalah gak ni......
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 12:16 AM | Show all posts
klu nak tau cuba try berhutang dgn ustaz2 & pak haji.  harap2 mrk lebih tawaduk & boleh halalkan hut ...
tobby Post at 3-5-2010 14:33


Berhati-hati memberi nasihat, tuan, adab berhutang, kalau si penghutang berhutang dengan niat tak mahu bayar atau nak mengelat, boleh jatuh hukum haram gak, bagi si penghutang tu laa (dan penasihat-penasihatnya share dosa la kot!) So jaga-jaga sapa yang ambik loan MARA dan TEKUn tujuan awal-awal lagi nak cabut!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 10:00 AM | Show all posts
mmg susah betul nak byr hutang nih kan.. time kalau nak mintak tuh senang jekkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 05:04 PM | Show all posts
kita di ajar utk merasa instead on org lain memberi. bak kata pepatah. tu pasal liat nak bayo utang
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 05:21 PM | Show all posts
jumpa keluarga die.................kalau tak berjaya minta dgn allah, minta yg baik2. kalau dah berusaha ttpi tidak berjaya, halalkan jeee............mungkin itu cobaan bagi kite..........semoga rezeki kita lagi baik/byk dimasa hadapan..............amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2010 04:56 PM | Show all posts
Apa susah susah. Cari debt collector sahaja. Yang legal pun ada. PM saya jika berminat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 09:27 AM | Show all posts
dah vote..
cam saya jenis mintak dulu..
tp bkn la bkali2 segan juga kan..
tgok pada jumlahnya dulu.
cakap sekali terpulang dia nak bayar balik atau tak.
melainkan dah dalam nilai ratusan @ ribuan memang akan mintak betul2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:39 AM | Show all posts
aku ada dengar , x tau sahih kah x .. kalo kita nak sesuatu dari Allah mintak sebanyak 3 kali berturut turut insyallah dimakbulkanNya... ( dan kalo tak dimakbulkanNya pasti ada yang lebih baik dari yang di minta itu yang Dia rancang untuk kita -ini yang aku pegang agar aku tak putus asa  dan relax dalam hidup seharian )
aku dah coba memang mustajab ( kena mintak betul betul bukan main main ) aku pun banyak hutang ( tiap hari aku berdoa agar aku dapat bayar semua hutang sebelum aku pergi   )  dan orang pun banyak hutang ngan aku orang yang liat bayar, aku doa lembutkan hatinya membayar , kalo dia benar benar tak mampu aku halal kan jer... tapi hati kecil aku sentiasa menghalalkan saja , tp dalam diam lah , kalo dia bayar aku ambik la....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 08:38 AM | Show all posts
ni adalah contoh surat bagi mereka2 yang nak memberi dan membuat hutang...


SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM

Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi bagi pihak peminjam dan dua orang saksi dari pihak yang meminjam. Maka kerana Allah surat ini ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan membayar hutang.

Maka dengan ini saya (_______________________) telah memberi kepada
(___________________________) dan telah di saksikan oleh:

Nama saksi sebelah pihak Pemberi hutang 1:

Nama saksi sebelah pihak Pemberi hutang 2:

Nama saksi sebelah pihak Penghutang 1:

Nama saksi sebelah pihak Penghutang 2:

dengan Jumlah pinjaman:RM_______, pada;
(Tarikh Meminjam:_______________________) dan akan di bayar selewat lewatnya pada:
(Tarikh Bayar:___________________________)

Tandatangan semua saksi.

_____________________

_____________________

_____________________

_____________________

Sesungguhnya, orang islam yang terbaik adalah yang membaca Al quran, mengamalkan dan menyebarkanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.139915 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list