View: 115839|Reply: 1600
|
Laporan polis kawan AMINULRASHID. Apa sebenarnya yang berlaku??
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by anak_minang at 28-4-2010 17:42
Maaf Mod,
Saya buka thread baru untuk dapatkan reaksi masyarakat Malaysia tentang isu ini...
Lepas tu, kalau nak merge... merge la...
Tq.
Apa yang sebenarnya berlaku? Kisah ini daripada kawan mangsa. Sebelum ini kita mendengar kisah yang dicanangkan oleh pihak polis dan disiarkan dalam media. Saya petik:
Pengadu menyatakan:-
Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.
Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.
Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.
Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.
AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.
Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.
Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.
Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.
Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.
Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.
Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...- Sumber: Perisik Rakyat
Sila bandingkan dengan laporan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis kepada media, terutamanya tentang "merempuh", "mengundur kereta", "samun berkumpulan", dan sebagainya!
Laporan awal yang disiarkan dalam Utusan Malaysia:
Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.
Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.
UNTUK PENJELASAN LEBIH TERPERINCI, SILA LAYARI: www.duniacacamarba.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
ramai2 POLIS, POLIS ini yg yg terlalu TAKUT |
|
|
|
|
|
|
|
geng UMNO kena bersorak kegembiraan ni
polis sekali lagi berjaya menembak mati penjenayah ppprprprpprprprfftttttt |
|
|
|
|
|
|
|
errrr.... ke kali ni layyyyeeennnnnnnn
sebab yg mati kena tembak bukan anak India miskin tapi anak orang kita?????? |
|
|
|
|
|
|
|
yg mana satu btl ni wwoooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................
tp pndgan aku... polis x wajar lepaskan tembakan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kecewa kalau keadaan ni betul-betul berlaku. Satu nyawa melayang atas kuasa yang ada atas tangan manusia bernama polis ni. Aku terima kalau budak tu salah, tapi APA DAH JADI DENGAN MALAYSIA??? POLIS SUDAH BOLEH JATUHKAN SENDIRI HUKUMAN TANPA PERLU LALUI PROSEDUR MAHKAMAH KE???
Kalau begini la, tak mustahil sesiapa pun antara kita... yang mungkin akan alami nasib yang sama seperti arwah...
Macamana pun, kasihanlah pada keluarga arwah terutama ibunya. Sudahlah terpaksa menerima hakikat yang anak terbunuh tanpa sebab, janganlah fitnah arwah dan keluarganya sebagai penjenayah pulak... Bayangkan kalau jadi kat diri kita.
Takut aku memikirkan azab kat manusia-manusia yang cuai ni... Tak sempat minta ampun kat arwah... Ni tambah dosa fitnah pulak. Tapi, doa orang teraniaya ni cepat je Allah makbulkan. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
yg mana satu btl ni wwoooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................
tp pndgan aku... polis x wajar le ...
hr_ikhlas Post at 28-4-2010 16:12
ada situasi memang polis kena lepaskan tembakan.
dorang kena kaji betul2 la apa syarat-syaratnya
takut jadi benda2 macam ni la... akan ada yg teraniaya
tak kena kat diri kita mmg tak rasa la...siap boleh bersorak lagi
cuba kena kat diri sendiri atau org2 terdekat dgn kita
apa perasaan? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu btl la apa yg diperkata oleh kwn dia ni... ketua polis selangor harus btl kn balik kenyataan dia... perlu beri kenyataan dlm berita mcm aritu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu btl la apa yg diperkata oleh kwn dia ni... ketua polis selangor harus btl kn balik kenyataan dia... perlu beri kenyataan dlm berita mcm aritu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu btl la apa yg diperkata oleh kwn dia ni... ketua polis selangor harus btl kn balik kenyataan dia... perlu beri kenyataan dlm berita mcm aritu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nieler akibat budak2 x de lesen bawa kerete....baru excident skit jer dah kaput, pastu hilang arah dan pertimbangan.... |
|
|
|
|
|
|
|
polis nih mesti nak balas dendam sbb die penah kene regging dulu.....huhu..
tu yg die sepak trajang budak tuh......
jahat nye lah... |
|
|
|
|
|
|
|
nieler akibat budak2 x de lesen bawa kerete....baru excident skit jer dah kaput, pastu hilang arah d ...
LangBuana Post at 28-4-2010 16:16
aku setuju bdk tu bersalah sbb bwk xde lesen...
yang bab polis lpskan tembakan plak mcm mana.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kes budak umur 15 tahun pukul 2 pagi masih melilau di
jalan raya? Budak ni pulak terkenal di sekolahnya sebagai
SAMSENG, selalu ponting sekolah. Jadi bagi mereka yang tak
mahu kena tembak, janganlah memandu laju pada pukul 2
pagi dan bila polis kata berhenti, berhentilah. Jangan LARI. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kes budak umur 15 tahun pukul 2 pagi masih melilau di
jalan raya? Budak ni pulak terkenal di se ...
natashism Post at 28-4-2010 16:20
heheheh.... kalu aku memandu kul 2 pagi... aku pn kena tembak gak ke... |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat ni dari pengalaman yg dialami sendiri.........polis2 malaysia banyak yg tak boleh dipercayai.....nak cari yg baik susah.....laporan dari kawan arwah tu pada aku mmg boleh dipercayai |
|
|
|
|
|
|
|
geng UMNO kena bersorak kegembiraan ni
polis sekali lagi berjaya menembak mati penjenayah ppprprp ...
AinFarisya Post at 28-4-2010 15:11
Ain .... dgr kata bapa saudara budak ni org kuat UMNO ....
sebab tu dpt perhatian menteri ....
kalo budak tu anak ketua ulama PAS .... tentu dicop penjenayah terus |
|
|
|
|
|
|
|
:cry: simpat pada keluarga mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
simpati pada keluarga mangsa:cry: |
|
|
|
|
|
|
| |
|