CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9739|Reply: 12

Malaysian Cup Prix 2010

[Copy link]
Post time 3-4-2010 02:41 PM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2010 02:45 PM | Show all posts
CUB PRIX 2010 BERMULA DENGAN NADA POSITIF



Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS makin mendapat tempat di dalam hati peminat sukan bermotor tempatan apabila lebih 40,000 penduduk tempatan berkunjung ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah bagi menyaksikan Pusingan pembuka tirai pada 19-20 Mac lepas.

Jelas musim 2010 bermula dengan nada positif kerana bukan sahaja kerana perlumbaan dipenuhi aksi yang mendebarkan tetapi sokongan penonton juga hebat, begitu juga dengan pembabitan pasukan-pasukan baru yang menyokong perlumbaan nasional ini.

Sejumlah 20 pasukan mengambil bahagian pada musim ini dan tujuh pasukan buat pertama kalia iaitu ZAR & HTM Motorsports Racing, ZM Berkat Motor, Jetron Saufi Motor Racing, MOSD Racing, Boon Siew Honda HMC Racing, Promax Racing Motorsports dan Aap HMC Racing.
Daripada segi penyertaan pula, seramai 129 pelumba datang ke Alor Setar untuk berentap dan 40% daripada jumlah itu adalah pelumba persendirian.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, penganjur Kejuaraan berkata musim baru bermula dengan positif terutama dari segi peningkatan penyertanaan yang didorong oleh pengenalan peraturan baru.
Malah katanya, sokongan padu daripada pengeluar motosikal seperti Boon Siew Honda, Modenas, Suzuki serta Hong Leong Yamaha turut membantu perlumbaan menjadi lebih kompetitif.

"Saya gembira melihat banyak pasukan menyertai kejohanan kali ini. Ini menunjukkan Cub Prix berada pada landasan betul dan saya yakin dengan scenario sebegini, musim 2010 pasti lebih menarik dan mendebarkan," kata Ron.

Menurut Ron, perkembangan baru ini juga disebabkan beberapa faktor antaranya pasukan-pasukan lebih kecil mampu menyerlah dalam kategori CP115 dan Wira, apabila pasukan besar terpaksa memilih sama ada menyertai kategori CP130 dan CP115 atau CP115 dan Wira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2010 03:00 PM | Show all posts
Permulaan musim di Alor Star


Hafizh(PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline), Fazli Sham9Shell Advance Yamaha Maju Motor) dan Zamri Baba(PETRONAS Sprinta Yamaha AHM)..Cp130


Iskandar(PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline), Ramdan (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) dan Amin(PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) CP115


Md Fitri Ashraf (Caviaga Cilik Racing Team) ,Md Syawalluddin Md Zaki(Modenas Forty One Racing) dan Md Fitri Ashraf (Caviaga Cilik Racing Team)  kategori wira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2010 06:19 PM | Show all posts
TAHUKAH ANDA?

1.Juara Expert Paling Senior

Shahrun Nizam Tamin memegang rekod selaku pelumba paling senior dalam sejarah Cub Prix tanahair apabila memenangi gelaran Raja Expert ketika berusia 37 tahun. Dia memulakan karier perlumbaan pada tahun 1983 namun kejayaan hanya menyusul selepas 20 tahun beraksi dalam kejuaraan ini. Semangat tidak putus asa yang dimiliki Shahrun akhirnya memberi kejayaan manis buat dirinya apabila membawa pulang mahkota Expert pada musim 2003.

2.Juara Expert Termuda

Norizman Ismail merupakan pelumba paling muda dalam sejarah Cub Prix yang pernah ditabalkan juara Expert. Pada tahun 2005, dia mencipta kejayaan besar itu ketika berusia 20 tahun dan 8 bulan.

3.Cipta Kejayaan Pada Penampilan Sulung

Musim 1998 menyaksikan Mohd Faisal Yahya mencipta kejutan dalam saingan kelas Expert apabila memenangi gelaran keseluruhan pada penampilan sulung bersama pelumba ternama lain. Dia menyaingi nama-nama hebat seperti Chia Tuck Cheong, Abdul Halim Mohd Zahid dan Soong Chee Kieong namun kekurangan pengalaman  sedikitpun tidak mengugatnya untuk mengegar litar sekali gus mencipta kejayaan terbesar dalam kariernya.

4.Juara Expert 4 kali

Rekod hebat M. Meganathan masih sukar di atasi oleh pelumba lain sehingga ke hari ini. Dia memenangi gelaran Expert pada dua musim berturut-turut dan mengumpul empat kejuaraan Expert sepanjang kariernya. Pelumba yang cukup dihormati ini memenangi gelaran Raja Expert pada musim 1994, 1995, 1999 dan 2000. Mega memulakan karier perlumbaan seawal musim 90an dan hanya bersara dari dunia Cub Prix pada tahun 2008.

5.Cipta 2 Gelaran Berbeza Semusim

Tiada pelumba yang sehebat Chia Tuck Cheong sehingga kini. Dikenali sebagai 'Ko Lou' oleh komuniti Cub Prix, Chia berada pada satu tahap yang berbeza dengan pelumba lain. Chia memenangi gelaran Expert pada musim 2001 dan pada masa yang sama dijulang selaku juara bagi kategori SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Asia Road Racing. Untuk rekod, Chia sudah mengumpul dua gelaran Expert dan dua gelaran SuperSports 600cc.

6.Juara Tanpa Kemenangan

Dua pelumba, K. Sivanesan dan Muhd. Suhadi Ali Rahmat beraksi bijak dan mempamerkan tunggangan selamat sepanjang musim yang membolehkan mereka konsisten pada setiap pusingan. Sivanesan berjaya menaiki podium sebanyak 3 kali sepanjang lapan pusingan yang dipertandingkan sementara Suhadi menduduki 5 podium penamat dari 10 pusingan berlangsung.

7.Memenangi gelaran pada musim gemilang

Memakai nombor '46' pada jenteranya, Ahmad Fazli Sham bagaikan memiliki aura juara dunia, Valentino Rossi. Dia mencipta rekod peribadi apabila memenangi peringkat perlumbaan paling banyak dengan kejayaan enam podium juara dari 10-pusingan pada musim 2007

8.Catatan Hatrik

Selepas 14 musim, akhirnya seorang pelumba berjaya mencipta rekod dalam kelas Expert. Ahmad Fazli Sham merupakan pelumba pertama mencipta kemenangan secara hatrik apabila dia melakukan pada musim 2008 dengan memenangi perlumbaan di Kluang (Pusingan 2), Sepang Selatan (Pusingan 3) dan Kota Bahru (Pusingan 4).

9.Paling banyak memenangi perlumbaan kelas Expert

Pelumba kelahiran Taiping, Ahmad Fazli Sham turut mencipta sejarah tersendiri dalam arena Cub Prix tanahair. Dia merupakan pelumba paling banyak memenangi perlumbaan dalam kelas Expert15 kemenangan keseluruhan. Pada 2006 dia memenangi empat peringkat perlumbaan diikuti 6 kemenangan musim berikutnya. Pada 2008, Fazli memenangi tiga gelaran juara sebelum musim lepas menambah dua lagi koleksi.

10.Pelumba menakluki mahkota Expert dua kali dalam jarak masa terpanjang.

M. Meganathan dan Ahmad Fazli Sham memenangi juara Expert dua kali berturut-turut manakala Chia Tuck Cheong menjuarai kategori Expert sekali lagi selepas empat tahun. Namun, Juara Expert 2002, Ahmad Fuad Baharudin membuktikan bahawa dia masih berbisa walaupun kini bersaing dengan ramai pelumba muda yang hebat-hebat belaka apabila dia muncul juara buat kali kedua selepas 7 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2010 06:26 PM | Show all posts
Dan tahukah anda.....




Farah Melina Ismadi, berasal Seremban merupan satu2nya pelumba cupprix wanita yg telah berlumba semenjak tahun 2008!!!!
Baru tingkatan 3 tuuu.....



#sesape yg rase hebat...buleh la ajak minah ni merempit bersamaa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 11:06 PM | Show all posts
ahmad fazli shah dgn ahmad fazrul sham, adik beradik dari kampung pinang, kamunting.. geng2 motor Anak Antos. dulu time sekolah merempit je kerjanya.. hidup dengan motor..  sekarang nie dah jadi pro.. ok la tu.. dah bole buat duit sendiri.. alang2 nak merempit bior jadi kerjaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2010 03:40 PM | Show all posts
ahmad fazli shah dgn ahmad fazrul sham, adik beradik dari kampung pinang, kamunting.. geng2 motor Anak Antos. dulu time sekolah merempit je kerjanya.. hidup dengan motor..  sekarang nie dah jadi pro.. ...
pejai_arts Post at 10-4-2010 23:06


Rasanya ramai rider dlm cupprix berasal dari mat rempit...drpd gadai nyawa kat jalanraya...biarlah gadai nyawa dengan cara yg lebih bermakna..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 11:23 PM | Show all posts
hehe.. kampung pinang ni ramai gak lahirkan pelumba cubprix.. macam ada akademi merempit lak kat sini.. dulu tetiap malam diorg test motor kat depan kedai makan masa tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2010 04:42 AM | Show all posts
hehe.. kampung pinang ni ramai gak lahirkan pelumba cubprix.. macam ada akademi merempit lak kat sini.. dulu tetiap malam diorg test motor kat depan kedai makan masa tu..
pejai_arts Post at 12-4-2010 23:23


kamu ni yeop mesti berasal dari sana gak nih....



# Ade pengalaman merempit gak kee?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 10:05 AM | Show all posts
haha.. teman dari taman sebelah kat area bukit jana,  merempit dalam taman berani le..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 03:45 AM | Show all posts
yastross Post at 3-4-2010 14:41


TT bukak la thread baru 2011 punya...nanti aku support.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 03:43 PM | Show all posts
TT bukak la thread baru 2011 punya...nanti aku support.
Hassan.Dragon Post at 1-7-2011 03:45


apa kata ko yg bukak thread 2011 tue... tt tue masuk sini pun dah kadang2 je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 04:19 PM | Show all posts
apa kata ko yg bukak thread 2011 tue... tt tue masuk sini pun dah kadang2 je...
satusembilan Post at 1-7-2011 15:43



   Betul2...aku masuk kenkadang jerr...Pe kata ko yang bukak citer dulu...ade masa nti aku sambung laa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.092378 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list