CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26294|Reply: 112

Kanser Payudara

[Copy link]
Post time 22-3-2010 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Salam...

nak tanya opinion, feedback, review atau apa2 yg saudara/saudari boleh berikan mengenai masalah ini. Saudara rapat saya telah disahkan mengidap kanser payudara & doktor yg merawat mengatakan chances utk hidup hanya 6 bulan atau setahun shj lagi. Sedeh sgt dpt tahu pasal nih.. her children kecil & semua masih bersekolah!! Husband pula mengidap sakit buah pinggang & terpaksa mendapatkan rawatan seminggu 2 kali di hsptl.

Kawan2 disini harap dpt membantu sy utk memberi kata2 semangat atau ubat2 ataupun doa2 yg patut utk menolong saudara sy ni...  Segala jasa baik kwn2 disini hanya Allah SWT yg dpt membalasnya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 11:33 AM | Show all posts
1# zamnie
Takziah! Teringat kat my best fren yg dah meninggal tu. Husband dia brain cancer. Husband dia  meninggal dulu baru dia. Ekceli lepas tu dia kahwin lain. Dlm 2 thn pastu dia pun dijemput Ilahi. Anak2 yg ditinggalkan sumer kecik2 lagi. And it was 6 yrs ago tp masih segar dlm ingatan ku!
Semua yg terjadi adalah dgn kehendakNya. Kita cuma boleh berusaha. Redha sahaja. Di samping tu jgn lupa teruskan rawatan. Anggap saja sebagai ujian utk meningkatkan darjat di sana dgn syarat redha dan melaksanakan kewajipan sebagai muslim/muslimah. Anak2... mmg sedih la kalau kita fikirkan. Kalau kita keep on tanya mengapa? Tentu tiada jawapannya. Takut pula makin menjauhkan diri dr Allah. Jadikkanlah iktibar utk kita.... Sentiasa jaga kesihatan, pemakanan dan pertingkatkan amalan krn apabila hari berlalu semakin hampir kita ke kpd kematian. Peringatan utk diri ku jua!

Kawan me di saat2 akhir hayat dia, dia mengerang kesakitan.Alhamdulillah bukan menjerit2 sebarangan melainkan kata2 Allah Allah yg x begitu jelas. Yg me mampu ucapkan hanyalah suruh dia sentiasa zikir, ingatkan Allah. Mudah2an mati dlm iman.  Tidur kat simen je sebab panas katanya. And dia preggy masa tu. Bila time solat, Anak2 atau suami akan tlg tutupkan aurat, ambikkan wudhuk. Pastu dia solat mengikut kaedah solat org uzur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 11:36 AM | Show all posts
trm ksh hotlips... mmg sedih sgt kalau difikirkan!! hari sabtu tuh dah pegi melawat kat hsptl dia pun mcm dah redha jek dgn apa yg terjadi!! cuma kalau boleh kita nak dia pegi masa anak2 dah besar sikit kann.. apa2pun kita cuma mampu berdoa agar dia panjang umur lagik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 12:42 PM | Show all posts
1# zamnie

Salam cuba search kt tenet pasal B17 and apricot seed. So far Alhamdullillah my friend telah menggunakan raw apricot seed nie and amalkannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 02:28 PM | Show all posts
4# jellybee

B17 and apricot seed?? tak pernah dengar lagik tp takpe lepas nih nak try google dulu... tqvm jellybee!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:59 PM | Show all posts
ada kenalan makcik sshi ni dia ada ketumbuhan rahim@something like that. doktor kata dia cuma dapat hidup beberapa bulan jugak la. apa yg dia buat ialah, dia makan herba-herba kampung utk rawat ketumbuhan tu. sekarang alhamdulillah, dah few years dah....masih panjang umur dia. anak dia tu dah umur 6 tahun sekarang.

doktor cuma bgtau secara teori je berapa lama boleh tahan. cuba lah berubat dgn cara kampung pulak...sapa tau kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2010 05:12 PM | Show all posts
mmg saudara sy tuh dah try bermcm2 cara perubatan kg tp sekatat nih mgkn Allah tak izinkan utk dia sembuh lagik!!

sy dah tgk gak B17 & apricot tuh mmg terbukti boleh membantu canser patient ekk??
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 05:18 PM | Show all posts
Salam...

nak tanya opinion, feedback, review atau apa2 yg saudara/saudari boleh berikan mengenai masalah ini. Saudara rapat saya telah disahkan mengidap kanser payudara & doktor yg merawat mengatak ...
zamnie Post at 22-3-2010 11:07


Assalamualaikum tuan ghumah.

Sila PM teman utk mendapat contact person yang bley membantu sedara miker tersebut.
Kami dari Persatuan Cancer ataupun CARE.

Membantu pesakit dan juga keluarga mereka menghadapi penyakit cancer ini.

Salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2010 05:29 PM | Show all posts
dah pm.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 07:32 PM | Show all posts
kak....cuber ikhtiar di darussyifa'....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:45 PM | Show all posts
usaha jgn mudah mengalah tanpa usaha. bila dh usaha br kita tawakkal Dan redha  atas tiap ketentuan ilahi
1- zikir--amalkn zikir kerana zikir blh menyembuhkn penyakit. I fh bc dan dgr kat radio ikim orgberubat dgn zikir. satu ulama indon siap buat experiment keajaiban zikir mengubati penyakit  bahaya. I penah tls sblm ni kat mana tah

2- try pi jumpa Ust kat gombak yg azean pi berubat tu. dia akn bekalkn doa Dan wirid yg perlu dibaca hari2 . seminggu nanti tkr ayat lain pula

3- penah dgr buah mahkota dewa? kat sini x de. sy Ada tls kat thread under pelancongan- Padang Dan bkt tinggi. sy Ada bli sepaket buah ni tp dh niat nk bg kat jiran. try kirim kat forumer thread tu Ada yg nk ke pdg nxt wk, sy br blk je . Ada 2 kenalan sy yg memang berubat dgn buah mahkota dewa ni sorang dh baik alhamdulillah, sorang lg masih bertahan dh 3 years now. masa sy melawat ladang kopi kat bkt tinggi Ada jual mcm2 daun herba kering salah satu buah mahkota dewa, kat paket pun tls utk ubati penyakit 'kanker". sy bli sepaket je w/ pun murah cuma 10 k = dlm rm3++. satu lg herba utk kencing manis utk Mak sy.

cubalah usaha Dan doa selalu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by jellybee at 22-3-2010 22:00
mmg saudara sy tuh dah try bermcm2 cara perubatan kg tp sekatat nih mgkn Allah tak izinkan utk dia sembuh lagik!!

sy dah tgk gak B17 & apricot tuh mmg terbukti boleh membantu canser patient ekk??
zamnie Post at 22-3-2010 17:12


Salam zamnie. Akak dah search benda nie since last year,  InsyaAllah dah terbukti keberkesananya tapi cuma tak mendapat pengiktirafan FDA (badan yg mengawal ubat2tan dunia) kerana ada rahsia di sebaliknya. One of my friend pengidap breast cancer stage 3 telah mengamalkannya dan dgn izin Allah s.w.t beliau masih sehat hingga kini.

Kalau nak tau lebih info cuba search dan taip apa2 aje contoh: dunia tanpa barah, B17, apricot seed, Dr. Contreras Ernesto (salah seorang Dr. yg menerajui satu drpd pakar perubatan Mexico) dan Professor Jane Plant (bekas pesakit kanser).
Kat Youtube pun ada ramai testimoni yg menggunakanya dan keberkesanan produk nie.

InsyaAllah pengetahuan yang ada kita kongsi bersama dgn izin Allah. Kalau nak tau lebih info boleh pm akak. Akak bukan agent jual produk ehh!!. Akak cuma ada artikel2 atau info yang berguna di petik drpd internet yg boleh di kongsi bersama kawan2. InsyaAllah membantu dgn ilmu yg Allah berikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2010 08:45 AM | Show all posts
kak sunsuria... saudara sy tuh dah mcm putus harapan jek nak hidup lagik!! lagi pula husband dia pun sakit kann.. anyway, ini first time dengar pasal mahkota dewa.. kalau kak sun tahu saper2 nak pegi Indon, leh lah tolong kirimkan.. Insya Allah duit sy akan byrkan!!

saper kat sini tahu tempat kat azean pegi berubat ekk?? saper ada no phone atau contact tlg lah bg kat sy!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2010 08:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by jellybee at 22-3-2010 22:00



Salam zamnie. Akak dah search benda nie since last year,  InsyaAllah dah terbukti keberkesananya tapi cuma tak mendapat pengiktirafan FDA (badan yg ...
jellybee Post at 22-3-2010 21:57


salam jellybee.. sy dah buat research mcm yg u ckp psl B17 & mcm ok jekk kan!! tp tulah sy nak kena carik dulu aprikot nih.. Insya Allah kalau dpt hari sabtu nih sy akan bg dia mkn kat hsptl..

jellybee, selain apricot apa lagik yg boleh makan utk merawat kanser nih ekk??
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 09:09 AM | Show all posts
Sebenarnya kan, me ada 3 org kawan yg dah meninggal akibat breast cancer ni. 2 org tu meninggalkan anak2 yg kecik2. Suami pun dah meninggal. Pendek kata budak2 tu yatim piatu. Yg sorg lagik, anak2 dah agak besar.

Ada org kata kanser ni "sakit dr jin." Kalau nak buat rawatan alternatif, kebanyakannya bg syarat x boleh kena pisau. Maksudnya kalau kita buat rawatan kat hospital, breast tu dah pernah kena toreh dgn pisau kan? Masa nak buat ujian pengesahan, doktor akan ambik sampel sikit. So, most rawatan alternatif x terima kes yg sebegini.

Ekceli, my mom pun dulu pesakit breast cancer. Zaman dulu2 la. Sebelum me lahir lagi. Zaman tu hospital ni susah skit nak pergi so my mom buat rawatan alternatif. Dulu me pun pernah tanya kot2 dia ingat lagi ke tak apa rawatan tu. Dia langsung x ingat. Bapak me pun lupa habis. Dia org cuma ingat antaranya guna daun ubi keledek yg direbus dan dilenyek2 utk ditampal kat tempat sakit. Nanti dia akan kecut. Diikuti dgn satu doa utk diamalkan. My parents memg amalkan. Tp ye lah dah berpuluh tahun berlalu dia org lupa. Yg tukang ubat tu org kg me jugak. Sayang anak2 dia x belajar ilmu tu. Org tu pun dah x de.

And about 2 yrs back, adik me pun doktor suspected ada lump. Alhamdulillah  so far ok. Tak serius. Kalau nak cuba rawatan alternatif bleh cuba gi  kat Beranang. Sorry la me lupa nama haji tu. Tp kalau tanya kat situ mostly org kenal. Dia ubat cara Islam. Disebalik tabir. Best fren me tu pun ada berubat kat situ tp dia dah terlambat. Dah kritikal sgt x leh buat apa lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2010 09:23 AM | Show all posts
Hotlips ada no phone kat beranang tu tak??? kalau ada ingat nak call gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 09:45 AM | Show all posts
insyaallah Ada sorang nk pi pdg may ni dis kt akn tlg bli kan.
nanti I pi rmh jiran yg berubat di gombak tu minta no fon Ust tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 10:09 AM | Show all posts
ni ada satu tmpt rawaran Islam di Kota kemuning. cubalah. Kwn sy dr Trengganu sanggp dtg jauh berubat kat sini. dia ada ketunbuhan kat dlm perut kut gitu la x ingt dh lama

03- 51210098/ 51220366

kt Branang tu td sy sms kwn yg dok branang dia kenal Ust tu nanti dia cr no fon dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 10:23 AM | Show all posts
ni no Ust kat branang tu

Hj zubir 019-3665693
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 10:34 AM | Show all posts
ada byk kebetulan dlm hidup saya ni..ni baru masuk email

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

     Buah Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
  
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

"Harap dapat kirimlanjutkan (Forward) artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.342119 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list