CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1279|Reply: 14

Jatuh tingkat 5 masih hidup

[Copy link]
Post time 2-3-2010 11:22 AM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: “Anak saya bernasib baik kerana kakinya tersangkut di bumbung zink di tingkat satu,” kata bapa Nor Farah Atrina Mohd Ridzuan , 5, yang terjatuh dari tingkat lima Flet Medan Tunku, Jelutong, di sini, semalam.
Bapa mangsa, Mohd Ridzuan Anuar, 31, berkata sebelum kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anaknya yang aktif leka bermain dengan rakannya di sebuah kawasan lapang berdekatan lif sama paras dengan rumahnya di tingkat lima.
Bagaimanapun, tiba-tiba, beliau terdengar bunyi dentuman kuat dari kawasan anaknya bermain dan pada masa sama, kakak Farah, meluru ke dalam rumah dan memaklumkan adiknya terjatuh ke bawah.
“Saya berasa dunia gelap seketika selepas dimaklumkan berita buruk itu dan apabila menjenguk ke bawah, saya terlihat Farah tersangkut di bumbung zink sebuah rumah jiran di tingkat satu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, di sini, semalam.
Mohd Ridzuan berkata, anaknya hanya mampu menangis kesakitan ketika beliau dan jirannya mengangkatnya turun dari atas bumbung zink, walaupun ketika itu, badan, tangan dan kakinya lemah.
“Sepanjang perjalanan ke hospital, saya banyak berdoa kepada Allah supaya anak saya dipanjangkan umur dan doa saya dimakbulkan. “Keadaan Farah kini stabil tetapi kedua-dua belah tangannya patah akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera,” katanya.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat sikap sambil lewa pengurusan Flet Medan Tunku dalam aspek keselamatan di flet yang berusia lebih 20 tahun itu.
Menurutnya, penghadang besi di setiap tingkat flet berkenaan sudah reput dan ada di antaranya patah serta membahayakan keselamatan penduduk di situ, namun tiada sebarang tindakan diambil pihak pengurusan meskipun aduan dibuat sejak bertahun lamanya.
Katanya, ini insiden kedua di flet terbabit selepas dua tahun lalu, seorang kanak-kanak jatuh dari tingkat satu kerana bersandar di penghadang besi seperti Farah, bagaimanapun pengurusan hanya meletakkan kayu di celah penghadang besi yang hilang atau patah.
“Saya cukup kecewa dengan pengurusan kerana Farah sudah tentu meninggal dunia sekiranya tidak tersangkut di bumbung zink itu, tetapi pengurusan pula menganggap remeh isu ini.
“Mereka mungkin hanya akan mengambil tindakan selepas kematian berlaku di flet ini,” katanya.
Mohd Ridzuan berkata, akan membuat laporan polis terhadap pengurusan flet itu.
berkenaan dan kemungkinan akan menyaman mereka kerana mengabaikan aspek keselamatan penduduk di flet 13 tingkat itu.

p/s : berpantang ajal sebelum maut ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 11:36 AM | Show all posts

ngeri!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 11:42 AM | Show all posts
ngerinyer. tapi tuler, belum ajal dier lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 11:43 AM | Show all posts
ish..ish.... nasib baik selamat....
dasyat tul.. dr tingkat 5 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 11:45 AM | Show all posts
selagi blm ajal.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 11:46 AM | Show all posts
kesian..nasib le tak teruk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2010 11:46 AM | Show all posts
tu la ha.. selagi takde kejadian macam ni, jangan harap la ade kerosakan keselamatan nak dibaiki...
terkorban sorang baru baiki... tu pun nasib budak tu tak mati...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 11:50 AM | Show all posts
eeiii bangang betul pemaju ni...patutnya dikenakan tindakan..cube kalo anak die yang kena...siut betuller
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 11:50 AM | Show all posts
eeiii bangang betul pemaju ni...patutnya dikenakan tindakan..cube kalo anak die yang kena...siut betuller
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 12:02 PM | Show all posts
uih..azabnyaaaa..
so ngeriiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 12:02 PM | Show all posts
alhamdulillah..syukur..bdk nih selamat dgn kuasa Allah s.w.t.....

moral : kalu sesapa ada ank kecik yg dok kat flat tu..sentiasa la pantau bila ank bermain....jgn dok lepa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 12:35 PM | Show all posts
tuh la pemaju nih ..slalu duit maintenance nak soh bayar cepat ...tp servis hampeh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 01:00 PM | Show all posts
so jgn tinggal kat flet,kondo...cari le rumah yg bertanah je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 01:13 PM | Show all posts
mampu kaluuuu bley la...skrg ni umah bertingkat ni pun dah rege dekat 200k....ha umah bertanah lg la mahal.... unless buat umah men pacak je ...stinggan le jawabnye
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 01:21 PM | Show all posts
seb baik selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.089362 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list