CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2606|Reply: 5

Polis Pulau Pinang rancang guna Facebook perangi jenayah

[Copy link]
Post time 11-2-2010 08:22 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang akan menggunakan laman web sosial Facebook dalam usaha menjalin hubungan dengan orang ramai bagi memerangi jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata laman web Facebook itu adalah langkah alternatif pihaknya dalam meningkatkan komunikasi dengan orang awam untuk membanteras jenayah.

"Orang awam memainkan peranan penting dalam memerangi jenayah dan kita seharusnya berkongsi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan di kawasan sekeliling kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen negeri dan agensi lain yang berkaitan.

"Kami harap dengan adanya rangkaian sosial itu akan membolehkan lebih ramai yang tampil untuk menjadi mata dan telinga polis," katanya.

Ayub berkata, Pulau Pinang dikenalpasti sebagai satu daripada empat kawasan panas dan pihaknya mensasarkan untuk mengurangkan 20 peratus jenayah jalanan menjelang akhir tahun ini.
"Sejak sebulan lalu, kami berjaya mencatat penurunan 15 peratus kadar jenayah berbanding Januari tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, kewujudan polis di bawah kempen "Ops Payung" berhasil mengurangkan kadar jenayah dan kebimbangan orang awam terhadap kemungkinan berlakunya jenayah di kebanyakan daerah di negeri ini. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 08:34 PM | Show all posts
bagusla... jenayah hina menghina byk skrang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 08:39 PM | Show all posts
ha ah....epsecially hina nabi dan para shabat...

hina sultan...

tangkap je org camnie....x guna betul....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 10:01 AM | Show all posts
xpyh la bising2
nnt org tau
polis kena wt keje dlm diam je
guna la frenster, twiter, fbook, gugel buzz etc
tapi just shut up
diam2 sudah la
klu dah hebah dalam berita cmni, penjenayah pun xbrni pakai fbook
apa la
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:52 PM | Show all posts
xpyh la bising2
nnt org tau
polis kena wt keje dlm diam je
guna la frenster, twiter, fbook, gugel buzz etc
tapi just shut up
diam2 sudah la
klu dah hebah dalam berita cmni, penjenayah pun xbrni  ...
ironmind Post at 12-2-2010 10:01

setuju dgn ironmind..
xpyh bising2.. bila dorg tau
ssh la nk cari penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 10:12 PM | Show all posts

RE: Polis Pulau Pinang rancang guna Facebook perangi jenayah

bagus ler tu aku sokong sgt...la ni polis nak cegah jenayah bukan takat guna pistol je...facebook pun dah leh guna utk cegah jenayah....aku nak tggu bila plak polis nak guna yahoo messenger utk cegah jenayah. bkn per..nak join sekaki
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067058 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list