CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3624|Reply: 16

Jelmaan pocong

[Copy link]
Post time 29-1-2010 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Hazirah Che Sab
[email protected]





Tiga jam ditenung makhluk halus

TINGGAL bersendirian di sebuah pangsapuri di Serdang tidak pernah menjadi masalah kepada Balqis yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur.

Walaupun sesekali timbul rasa bimbang kerana blok pangsapurinya dihuni ramai warga asing, Balqis masih boleh bertahan kerana mereka tidak menunjukkan tindak tanduk kurang disenangi.

Apatah lagi kemudahan yang disediakan agak memuaskan, selain sewanya berpatutan dan mempunyai kemudahan lebuh raya untuk ke pusat bandar walaupun agak jauh.

Bukan tidak pernah cerita seram yang diceritakan rakan yang tinggal di kawasan pangsapuri sama singgah di telinganya tetapi Balqis lebih senang duduk sendiri.

Baginya, lebih mudah bersendirian daripada berkongsi rumah dengan orang yang belum dikenali hati budinya.

Satu ketika heboh penghuni pangsapuri bercerita mengenai jelmaan pocong yang dilihat berlegar di lif blok bersebelahan blok yang dihuni Balqis. Beberapa penghuni yang balik jauh malam terserempak dengan makhluk itu yang melompat-lompat di sekitar blok.

Pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan penghuni dan harta benda turut menceritakan kisah sama tetapi bagi Balqis ia sekadar satu cerita yang kesahihannya masih boleh dipertikaikan. Bukan bertujuan bercakap besar tetapi sudah menjadi darah daging Balqis mempercayai apa yang disampaikan selepas mengalaminya sendiri.

Entah mengapa satu malam Balqis sukar tidur. Puas dia bergolek di katil memujuk dirinya supaya lena kerana ingin bangun awal keesokannya untuk kerja tetapi matanya tetap berdegil.

Bagi melayan mata yang tidak mahu pejam, Balqis membaca buku sementara menanti dia betul-betul mengantuk. Lampu dibiarkan terpasang kerana membaca buku. Akhirnya Balqis terlelap dengan lampu biliknya terpasang dan buku menutup mukanya.
Balqis tiba-tiba tersedar kerana berasa seperti diperhatikan orang. Perlahan dia mengangkat buku yang menutup mukanya dan Balqis benar-benar terkejut kerana ada yang memerhatikannya tetapi bukan orang, sebaliknya ia adalah makhluk yang pernah menjadi sumber bualan penghuni di pangsapuri itu.

Balqis terkedu di katil melihat makhluk yang berdiri betul-betul di hujung katil. Dalam cahaya lampu yang terang Balqis dapat melihat kain putih yang membaluti tubuh makhluk itu dikotori tanah dan wajah berwarna hijau dengan dahi berkedut dan mata yang terjegil. Wajah makhluk itu juga dikotori tanah.

Dia tidak bergerak. Tubuhnya kaku di katil sambil membalas renungan makhluk itu kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Ayat Quran yang dibaca lintang pukang lantaran terlalu terkejut dan takut.

Jika orang lain berdepan keadaan itu mungkin sudah tidak sedarkan diri tetapi berlainan dengan Balqis. Selama hampir tiga jam dia sekadar berbalas pandang dengan pocong yang entah dari mana datangnya. Anehnya Balqis tidak dapat mengalih mata ke arah lain seolah-olah dipaksa untuk melihat makhluk di depannya.

Seperti ia hadir, makhluk itu juga hilang secara tiba-tiba apabila azan kedengaran menandakan masuknya waktu Subuh. Sehingga kini pengalaman itu masih belum hilang daripada ingatan. Apabila ada saja rakan yang membuka cerita mengenai makhluk halus, Balqis tidak lupa menceritakan pengalaman ngeri yang dialaminya.

Namun kini Balqis agak lega selepas adik perempuannya turut menghuni pangsapuri sama tetapi Balqis berpesan kepada rakan-rakan supaya kisah itu tidak diceritakan kepada adiknya yang lebih penakut.

Ketika ditanya sama ada dia tidak takut, Balqis berkata: "Memang takut sangat-sangat tetapi dalam keadaan itu apa yang saya boleh buat. Kaku dan tidak boleh bergerak. Tetapi dalam hati sempat juga saya berkata, 'Dari manalah engkau datang?'. Harap-harap ia tidak berulang."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2010 03:17 PM | Show all posts
Serdang??hmy3: pangsapuri mana nie??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 03:21 PM | Show all posts
pocong tu berkenan kat dia kot.sanggup berdiri 3 jam tengok budak nih!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 03:24 PM | Show all posts
ishkkk...seramnya....
smpai bbls pandang pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 03:30 PM | Show all posts
Ni citer copy paste dari Berita Minggu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 03:37 PM | Show all posts
copy paste....????

thread bakal di close kalau copy paste....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2010 03:37 PM | Show all posts
Mata Ke Mata..
Ke Hati..
Hati ke Hati..
Hati Hati..
Bibir Ke Bibir..
Bicara Janji..
Janji Ke Janji..
Jadi Hujan…
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 04:23 PM | Show all posts
seramnyee... kalo aku tu dah pengsan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2010 04:30 PM | Show all posts
klu aku tiu dah pengsan bebuih mulut dah tu hu..hu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 05:15 PM | Show all posts
TT ... lepas tu .. ???

skrg ada lagi gangguan kaaa ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 06:24 PM | Show all posts
pernah gak berbalas pandang ngan pocong nih, tapi tak nampak muka lar, fuh..
ingatkan kain putih panjang tergantung, sebelum azan subuh gak, tengah pandang tuh, tiba2 dia lompat terus ghaib, hoh?! terus tutup tingkap, sliding door semua, tunggu azan Subuh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 11:01 AM | Show all posts
myb pocong 2 nk mix tlg kut..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 05:38 PM | Show all posts
pernah gak berbalas pandang ngan pocong nih, tapi tak nampak muka lar, fuh..
ingatkan kain putih panjang tergantung, sebelum azan subuh gak, tengah pandang tuh, tiba2 dia lompat terus ghaib, hoh?! te ...
kroit92 Post at 29-1-2010 18:24


dia lompat ikut tingkap ke kroit ??? muat ke ?? tak tersadung kepala ??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 12:20 PM | Show all posts
kekekek....tak kott.....dia terer maa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 05:26 PM | Show all posts
pergh!..lama tu pocong ajak main mata..
selalu tu dia muncul beberapa saat jer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 07:24 PM | Show all posts
dia lompat ikut tingkap ke kroit ??? muat ke ?? tak tersadung kepala ??
316 Post at 30-1-2010 17:38


ada ke pulokk

kroit dalam umah, lepak depan sliding door, angin pagi best
pastu perasan benda tu ada kat luar umah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 11:17 PM | Show all posts
Kalau nak ikutkan cerita yang segini dah kira serangan nih...
Seperti yang berlaku di sebuah pangsapuri di Kelang.

Tak tau lah apa motif dia tapi semacam mencari sesuatu atau inginkan sesuatu kepastian yang masih belum terjawab sehingga dia menemui ajal dan menjadi pocong.(kerana mempunyai ilmu tak benar)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.238742 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list