CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4026|Reply: 17

Siapakah Al-Fiatu Al-Baaghiah?

[Copy link]
Post time 21-1-2010 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Ramai orang menganggap kesyahidan `Ammar bin Yasir sebagai penentu kepada salah atau betulnya dua golongan Islam yang telah ditakdirkan Allah SWT berperang di permulaan sejarah Islam. Mereka memutuskan bahawa Sayyidina Ali berada di pihak betul kerana `Ammar telah terbunuh dalam perang Siffin di pihak beliau, sementara Sayyidina Mu`awiyah dan penyokong-penyokongnya pula berada di pihak yang salah bahkan mereka adalah golongan yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai al-Fiatu al-Baaghiah (golongan yang derhaka) dalam sabdanya yang bermaksud: “Aduh `Ammar!! Engkau akan dibunuh oleh golongan derhaka.” Hadits ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain-lain di dalam kitab-kitab mereka.

Pembetulan:

    Tidak dinafikan tentang kesahihan hadits ini di samping banyak pula thuruqnya, tetapi yang menjadi persoalannya ialah apakah al-Fiatu al-Baaghiah yang dikatakan oleh Nabi s.a.w. itu tepat untuk Mu`awiyah dan pengikut-pengikutnya atau dengan kata lain, apakah hadits ini qat`ie dalalahnya untuk Mu`awiyah dan pengikut-pengikutnya?

Seandainya kita mengatakan hadits ini tepat untuk Mu`awiyah dan pengikut-pengikutnya maka kenapakah perkara-perkara berikut berlaku? Padahal dari segi dirayahnya tidak mungkin perkara-perkara ini berlaku sekiranya Muwiyah dan pengikut-pengikutnya telah diyakini sebagai al-Fiatu al-Baaghiah.

    Tidak mungkin kalangan sahabat yang berkecuali dalam peperangan Siffin tetap dengan sikap berkecuali mereka walaupun telah mengetahui dengan jelas pihak yang betul dan pihak yang salah dengan syahidnya `Ammar bin Yasir itu, begitu juga tidak mungkin sekian ramai sahabat yang berpihak kepada Mu`awiyah dalam peperangan itu tetap berpihak kepadanya walaupun telah nyata kepadanya pihak yang betul dan pihak yang salah dalam peperangan itu dengan syahidnya `Ammar. Kerana generasi sahabat itu tidaklah sama dengan generasi kemudian yang semangat kepuakan dan kepartaian yang tebal boleh mendorong mereka tidak berganjak daripada pegangannya walaupun terbukti kebenaran di pihaknya.

Mereka adalah golongan yang sentiasa mengintai-intai kebenaran di celah-celah firman Allah SWT dan sabda Rasul-Nya. Bila saja sabda Rasulullah sampai ke telinga mereka, mereka terus menerimanya walaupun kerananya mereka terpaksa mengalami kerugian yang bagaimana besar sekalipun. Hakikat ini dapat dipastikan melalui sirah para sahabat yang tersimpan dengan sebaik-baiknya di dalam khazanah Ilmu Tradisional Islam.

    Wakil damai dari kedua-dua pihak Sayyidina Ali dan Sayyidina Mu`awiyah sentiasa bertemu dalam perundingan-perundingan mereka samada selepas peperangan Jamal atau semasa berlakunya peperangan Siffin. Tak pernah pula wakil-wakil dari pihak Sayyidina Ali membuktikan kepada pihak wakil-wakil Mu`awiyah tentang kebenaran mereka disebabkan beradanya `Ammar di pihak mereka dan kerana itu mungkin sekali `Ammar akan terbunuh dalam peperangan itu. Buku-buku sejarah yang ada sepi sama sekali daripada mengemukakan alasan ini bagi pihak Sayyidina Ali.

    Kalaulah pembunuhan `Ammar bin Yasir telah menentukan pihak Mu`awiyah berada di atas kebathilan dan mereka adalah al-Fiatu al-Baaghiah maka kenapakah Sayyidina Ali menghentikan perang dan menerima cadangan tahkim?

Bukankah dengan berbuat begitu bererti Sayyidina Ali telah melanggar perintah al-Quran yang dengan jelas menyebutkan supaya terus diperangi golongan mukmin yang derhaka sehinggalah mereka kembali kepada hukum Allah. (Al-Hujurat, ayat 9)

Tindakan Sayyidina Ali menerima cadangan tahkim ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menganggap Mu`awiyah dan pengikut-pengikutnya sebagai al-Fiatu al-Baaghiah bahkan beliau masih boleh menerima pihak lawannya sebagai golongan yang benar jika kebenaran terbukti di pihak lawannya melalui proses tahkim yang telah diterima oleh kedua-dua pihak yang bertentangan itu.

Sebenarnya sangat ramai sahabat yang kebingungan dalam menghadapi fitnah ini. Mereka tidak dapat menentukan pihak manakah yang berada di atas kebenaran, kerana itulah mereka mengambil sikap berkecuali. Adalah wajib kepada mereka bersikap demikian justeru tidak harus bertindak membunuh seseorang muslim selagi tidak terbukti dia berhak dibunuh. Seandainya telah nyata kepada mereka pihak yang benar nescaya tidak harus pula mereka tidak menyertai pihak yang benar itu. (An-Nawawi Syarah Muslim jilid 2 m/s 272)

Bukan di kalangan sahabat yang berkecuali sahaja berada dalam kebingungan dan samar-samar dalam menentukan pihak yang benar di antara dua pihak yang bertentangan itu bahkan tentera-tentera Sayyidina Ali sendiri yang bukan dari kalangan sahabat juga mengalami keadaan yang sama. Kerana itu walaupun mereka memihak kepada Sayyidina Ali namun mereka sangat tawar hati dalam peperangan itu. Hal ini dapat dilihat dalam kenyataan sejarah apabila ia melaporkan salah seorang ketua daripada satu pasukan tentera Sayyidina Ali yang di tangannya terletak bendera satu kabilah berkata: “Ya Allah! Engkau telah mengeluarkan kami dari kejahilan dan kesesatan dan meletakkan kami di atas jalan petunjuk tetapi Engkau telah meletakkan kami kembali dalam ujian sehingga kami tidak tahu apakah yang benar. Sesungguhnya kami berada dalam keraguan dan kesangsian.” (Al-Kaamil Fi at-Tarikh jilid 3 m/s 246)

Maka sekiranya kesyahidan `Ammar merupakan penentu kebenaran di sisi mereka pastilah tiada lagi kesamaran, keraguan dan kebingungan pada mereka.

    Sayyidina Hasan kemudiannya telah meletakkan jawatan Khalifah yang disandangnya lalu terus menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Mu`awiyah. Sekiranya kesyahidan `Ammar telah menentukan siapakah yang benar dan siapakah yang salah maka sudah semestinya Mu`awiyah dan pendokong-pendokongnya telah dianggap berada di pihak salah dan bathil tetapi soalnya kenapakah Sayyidina Hasan menyerahkan jawatan Khalifah itu kepada Mu`awiyah yang diyakini berada di atas kebathilan? Adakah sukar untuk diterima bahawa penyerahan kuasa oleh Sayyidina Hasan kepada yang bathil juga bathil?

Kemudiannya tidak ada pula orang yang tampil mengemukakan kesyahidan `Ammar sebagai bukti Mu`awiyah berada di atas kebathilan kepada Sayyidina Hasan - “Oleh itu tuan tidak sepatutnya menyerahkan jawatan khalifah yang suci itu kepadanya.” Sejarah membisu dalam hal ini. Lembaran sejarah kosong daripada mengemukakan bukti ini. Memang tidak dinafikan Sayyidina Husain dan beberapa orang lain di peringkat permulaannya tidak bersetuju dengan tindakan Hasan itu akan tetapi kerana beberapa sebab lain, tidak pernah pula tercatit dalam sejarah bahawa kesyahidan `Ammarlah yang menjadi sebab kepada tidak bersetujunya mereka dengan tindakan Hasan itu. (Tarikh at-Thabari jilid 4 m/s 122, al-Kaamil jilid 3 m/s 203, al-Akhbar at-Thiwal, Tarikh al-Khulafa' m/s 179 dan lain-lain)

    Di antara yang menarik perhatian dalam perbincangan ini ialah 4 orang dari kalangan sahabat yang mewartakan hadits “Ammar akan dibunuh oleh Al-Fiatu al-Baaghiah ini tidak sempat pun menyaksikan kesyahidan `Ammar kerana telah meninggal dunia sebelum itu. Mereka ialah Sayyidina Utsman, Huzaifah, Abdullah bin Masud dan Abu Rafi` r.ahm.

Empat orang yang lain pula walaupun masih hidup ketika perang Siffin berlaku, tetapi mereka mengambil sikap berkecuali dalam soal ini. Mereka itu ialah Abu Hurairah, Abu Said al-Khudri, Abu Ayyub al-Ansari dan Ummu Salamah r.ahm. Seandainya pada pandangan mereka hadits inilah yang menentukan kebenaran pihak Sayyidina Ali dan kebathilan pihak Mu`awiyah tentulah mereka tidak akan berkecuali bahkan akan terus menggabungkan diri dengan golongan yang membela Sayyidina Ali, tetapi kenyataan yang berlaku tidak pula begitu.

Memang benar 5 orang lagi pewarta hadits itu turut terlibat dalam perang Siffin. Tetapi tidak semua mereka memihak kepada Ali, malah tiga daripada mereka iaitu Khuzaimah bin Tsabit, Abu Qatadah dan Abul Yusr berada di pihak Ali dan dua orang daripada mereka pula iaitu `Amru bin al-Ash dan Abdullah bin `Amru bin al-Ash berada di pihak Mu`awiyah. Sementara tiga orang sahabat yang menyebelahi Ali dalam peperangan Siffin itu pula tak pernah dilaporkan dalam hadits sahih bahawa mereka menjadikan hadits `Ammar itu sebagai pegangan dan sandaran mereka dalam menyebelahi Sayyidina Ali. Tak pernah juga mereka dilaporkan menjadikan kesyahidan `Ammar sebagai dalil bagi benarnya pihak Sayyidina Ali di hadapan para sahabat yang lain.

    Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang lalu sama sekali tidak tepat untuk dihubungkan al-Fiatu al-Baaghiah itu kepada Mu`awiyah dan pembela-pembelanya, apalagi jika dilihat kepada beberapa bukti dari hadits yang terang menyebut Mu`awiyah dan pengikut-pengikutnya sebagai salah satu dari dua Fiatul Aziimah bukannya Fiatul Baaghiah.

Hadits itu antara lain berbunyi:

Bermaksud: “Qiamat tidak akan berlaku selagi tidak berlaku peperangan di antara dua golongan besar (Fiataini `Aziimataini). Peperangan yang dahsyat akan berlaku di antara dua golongan itu, sedangkan dakwaan kedua-dua golongan itu adalah sama.” (Bukhari jilid 2 m/s 1025-1054)

Dalam sebuah hadits yang lain Nabi s.a.w. bersabda sambil mengisyaratkan kepada cucu Baginda s.a.w. Sayyidina Hasan; bermaksud: “Sesungguhnya anakku [cucuku] ini adalah penghulu. Allah akan mendamaikan dengannya di antara dua golongan besar [Fiataini `Aziimataini] orang-orang Islam.” (Sahih Bukhari jilid 1 m/s 373, jilid 2 m/s 1056 & 1530, Sunan Tirmizi jilid 2 m/s 241, al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m/s 17-26)

Dua golongan besar orang-orang Islam yang didamaikan oleh Sayyidina Hasan di masa pemerintahannya itu ialah golongan Sayyidina Ali dan golongan Sayyidina Mu`awiyah dengan ittifaq ulama'. Oleh itu tidaklah tepat al-Fiatu al-Baaghiah itu dengan golongan Sayyidina Mu`awiyah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2010 02:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by Triple_8 at 21-1-2010 15:32

Tentu sekali apabila sampai di sini kita akan tertanya-tanya tentang al-Fiatu al-Baaghiah itu, kalau begitu siapa pula mereka?

Maka sebagai menjawabnya kita akan berkata, lembaran sejarah menyaksikan bahawa al-Fiatu al-Baaghiah yang disebutkan akan membunuh `Ammar oleh Nabi s.a.w. itu bukanlah golongan yang berada di pihak Mu`awiyah tetapi mereka adalah sekumpulan manusia yang berselindung di sebalik Sayyidina Ali dengan menyamar sebagai anggota pasukan tenteranya. Di antara peranan yang telah dimainkan oleh mereka di permulaan sejarah Islam ialah;

    Melalui pakatan jahat di antara perancang-perancang Yahudi dan Majusi mereka menyebarkan propaganda yang memburuk-burukkan Khalifah Umat Islam pada masa itu.

    Kemudian mereka membunuh Amirul Mukminin Sayyidina Utsman di Madinah setelah berjaya mencetuskan pemberontakan terhadap beliau.

    Kemudian dengan segera mereka membai`ah Ali dengan cara yang tidak sah semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada hukuman kerajaan. Menyedari hakikat inilah maka Ibnu Abbas dan Hasan menegah Sayyidina Ali daripada menerima bai`ah mereka.

    Kemudian mereka menyeret Sayyidina Ali untuk memerangi Sayyidina Zubair, Talhah, Sayyidatina A`isyah r.ahm dan lain-lain.

    Apabila kedua-dua pihak yang tersebut telah bersedia untuk berdamai dan berbincang pada keesokan harinya hasil kesungguhan dan kegigihan Qa`qa` bin Amru untuk mencari titik persefahaman di antaranya, terus mereka menyerbu kedua-dua pihak sahabat tersebut sebelum waktu subuh dalam keadaan gelap gelita yang mengakibatkan berlakunya Perang Jamal. Ini semua dilakukan kerana mereka yakin apabila kedua-dua pihak berdamai dan mencapai persefahaman tentu sekali mereka akan dihukum kerana terlibat dalam pembunuhan Utsman. (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 7 m/s 239, al-Kaamil jilid 3 m/s l23)

    Kemudian mereka mendorong Sayyidina Ali menjadikan Kufah sebagai Darul Khilafah Ibu Negara Islam sebagai ganti Madinah Rasulullah s.a.w. Akibatnya Sayyidina Ali ditentang dengan sekeras-kerasnya oleh para sahabat termasuk Abdullah bin Salam dengan kata-katanya yang tercatat dalam sejarah hingga hari ini. Kata beliau bermaksud: “Wahai Amirul Mukminin!! Janganlah tuan keluar daripadanya (Madinah). Demi Allah! Kalau tuan keluar nescaya tidak lagi tuan akan kembali kepadanya dan tidak akan kembali juga ke Madinah ini kerajaan umat Islam buat selama-lamanya.” Tetapi kerananya Abdullah bin Salam telah dimaki hamun oleh pengikut-pengikut Ibn Saba'. (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 7 m/s 227, at-Thabari jilid 3 m/s 474, al-Kaamil jilid 3)

    Kemudian mereka mendesak Sayyidina Ali supaya melucutkan jawatan semua gabenor-gabenor dari Bani Umayyah dengan serta-merta di samping melantik ahli keluarga beliau sendiri untuk memegang jawatan itu. Dan yang paling memilukan sekali ialah dengan desakan mereka juga maka terlantik Malik bin al-Ashtar salah seorang ketua golongan Saba'iyyah pada ketika itu sebagai gabenor di Mesir. Buku-buku sejarah menjadi saksi bahawa dialah orang yang bertanggungjawab membawa Sayyidina Ali bertempur dengan Sayyidina Mu`awiyah di medan Siffin yang mengakibatkan terkorbannya sekian banyak nyawa umat Islam termasuk Sayyidina `Ammar bin Yasir. (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 7 m/s 227, al-Kaamil jilid 3 m/s 103-177, al-Akhbar at-Thiwal m/s 153)

    Kemudian merekalah yang membawa Sayyidina Ali ke kancah peperangan di Siffin yang bukan sedikit telah meragut nyawa umat Islam.

    Kemudian merekalah yang membunuh Sayyidina Ali. Hafidz Ibnu Hajar menulis bermaksud: “Mereka (golongan Saba'iyyah) adalah orang yang bangkit menentang Utsman dengan menuduhnya melakukan beberapa perkara yang langsung tidak ada penglibatannya dalam perkara itu. Kemudian (selepas terbunuh Utsman), mereka menggabungkan diri dengan pihak Sayyidina Ali kemudian selepas itu mereka memberontak terhadap Ali pula.” (Fathul Baari jilid 13 m/s 432)

    Sebenarnya mereka bukan sahaja telah membunuh `Ammar bin Yasir tetapi juga telah membunuh Sayyidina Talhah, Zubair dan Hasan. Beberapa lama kemudian Sayyidina Husain pula mereka bunuh di Karbala'.

    Mungkin masih ada lagi yang tidak mahu menerima kenyataan ini dan masih tetap berdegil mengatakan tidak mungkin ada lagi pihak lain yang telah membunuh `Ammar bin Yasir, kerana jelas sekali `Ammar berada di pihak Sayyidina Ali dalam perang Siffin itu dan tidak ada pihak lain yang diperangi Ali ketika itu selain dari pihak Mu`awiyah, maka tentulah beliau dibunuh oleh pihak Mu`awiyah.

Sebagai menjawab kedegilan orang seperti ini kita akan mengatakan bahawa Zubair dan Talhah telah terbunuh dalam peperangan Jamal dan jelas sekali mereka ini berada di pihak lawan Sayyidina Ali, kerana itu tidak mungkin mereka dibunuh oleh orang lain selain dari puak-puak Sayyidina Ali. Dengan itu tepatlah Sayyidina Ali dan puak-puaknya dengan kata Sayyidina Ali sendiri yang bermaksud: “Berilah berita gembira akan mendapat neraka kepada pembunuh Zubair...!!!

    Ramai sekali didapati orang-orang Islam semenjak dahulu sehingga ke hari ini menyalah-pasangkan perkataan al-Fiatu al-Baaghiah itu. Akibatnya mereka terjerumus ke dalam prasangka yang bukan-bukan terhadap orang-orang yang tidak bersalah dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka terbawa-bawa dan terikut-ikut dengan pandangan-pandangan orang-orang terdahulu yang mengatakan Sayyidina Mu`awiyah dan pengikut-pengikutnya adalah baaghiah (penderhaka atau pemberontak) sementara Sayyidina Ali pula secara pasti berada di atas kebenaran.

Para sahabat yang menentang beliau samada dalam peperangan Jamal atau Siffin dianggap berada di atas kebathilan dan kesalahan tanpa ragu-ragu lagi dan pendapat beginilah dikatakan pendapat Ahlus Sunnah Wal Jamaah padahal pendapat seperti itu bukanlah pendapat Ahlus Sunnah sebenarnya, malah itulah pendapat Ahlus Sunnah yang termakan racun dakyah musuh-musuh Islam dari kalangan Syi`ah yang tidak henti-henti berusaha mengecamukkan pemikiran umat Islam. Pada hakikatnya itulah pendapat Syi`ah seperti kata Hafidz Ibnu Hajar; “Fahaman Syi`ah dalam istilah ulama' mutaqaddimin ialah mempercayai Ali lebih utama daripada Utsman dan Ali benar (berada di pihak yang benar) dalam semua peperangannya sementara orang yang menentangnya adalah salah. Di samping itu mereka (Syi`ah itu) mengutamakan Abu Bakar dan Umar daripada Ali sendiri.....” (Tahzibul at-Tahzib jilid 1 m/s 94)

    Kalaupun ada perkataan baghyu digunakan oleh Sayyidina Ali untuk Mu`awiyah dalam ucapannya maka itu tidak lebih daripada penggunaan dari segi bahasa (bil makna al-lugahwi) semata-mata bukan dari segi istilah. Hakikat ini dapat dilihat pada ucapan Sayyidina Ali sendiri dan tentu sekali ucapannyalah yang merupakan sebaik-baik pentafsir kepada kata-katanya.

Ibnu `Asakir melaporkan dengan sanadnya bahawa Sayyidina Ali pernah mendengar seorang lelaki sedang melampau dengan kata-katanya. Orang itu mengatakan kafir kepada pihak lawan Sayyidina Ali, maka Sayyidina Ali melarangnya daripada berkata demikian kerana sesungguhnya kata beliau: “Mereka mendakwa (berkata) kita telah bertindak melampau terhadap mereka dan kita pula mendakwa (berkata) mereka telah bertindak melampau terhadap kita.” (Tarikh Ibni `Asakir jilid 1 m/s 329, Tahzib Tarikh Ibnu `Asakir Ibnu Badran jilid 1 m/s 73). Perkara yang sama juga telah dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah dari Musnad Ishaq bin Rahawaih dengan sanadnya. (Lihat Minhaj as-Sunnah jilid 3 m/s 61, az-Zahabi- al-Muntaqa m/s 335)

Dengan ibarat yang sedikit berlainan pada lafaz tetapi membawa makna yang sama Abdullah bin Jaafar al-Himyari seorang tokoh ulama' Syi`ah dalam bukunya 'Qurbu al-Isnad' menukilkan bahawa Sayyidina Ali selalu berkata tentang orang yang memeranginya bahawa, “Tidaklah kita memerangi mereka kerana kekufuran mereka dan tidak juga kita memerangi mereka kerana mereka mengkafirkan kita, tetapi (perang ini berlaku) kerana kita berpendapat kita berada di atas kebenaran dan mereka pula berpendapat mereka berada di atas kebenaran.” (Qurbu al Isnad m/s 45)

Dalam buku yang sama dilaporkan Muhammad al-Baqir berkata: “Sayyidina Ali tidak pernah menghubungkan orang-orang yang memeranginya kepada syirik dan nifak tetapi beliau selalu berkata: “Mereka adalah saudara kita yang telah bersikap melampau terhadap kita.” (Ibid m/s 45)

Sebabnya kita mengatakan perkataan baghyu telah dipakai oleh Sayyidina Ali dengan makna lughawi semata-mata bukan dengan makna istilahi ialah kerana baghyu pada istilah bermakna bangkit menentang atau memberontak terhadap seseorang khalifah semata-mata beralaskan fikiran dan takwilan sendiri. Terang sekali bahawa Sayyidina Ali tidak memberontak atau menentang mana-mana khalifah yang hak, walaupun begitu beliau tetap berkata “Mereka mendakwa kita melakukan baghyu terhadap mereka dan kita pula mendakwa mereka melakukan baghyu terhadap kita.”

p/s: Saintis Iran - Dr. Ali Mohammadi - siapa yang bunuh? Kalau ikut logik billy, senang saja nak tahu. Kerajaan la bunuh. Pasal dia berada di pihak pembangkang. Tak mungkin CIA, tak mungkin orang luar, mesti kerajaan punya kerja. Cukup mudah tapi tak praktikal langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 04:01 PM | Show all posts
sape leh ringkaskan..pjg sgt mo baca....dalam bentuk point form ape kesimpolannye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2010 04:31 PM | Show all posts
3# mohdlorong
Memang panjang. Tapi sangat berbaloi untuk dibaca. Kalau baca sampai habis, tak akan terkelentong lagi dengan Syiah yang cuba gunakan hadis Al-Fiatul Al-Baaghiah untuk memburukkan Sayyidina Muawiyah nih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 07:18 PM | Show all posts
3# mohdlorong

punya lah malas..apalah ko ni ... dah bagi makanan nak kena suap plak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 09:52 AM | Show all posts
hahaha...ya ya ako mmg pemalas...ako bace satu ayat satu hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2010 08:25 PM | Show all posts
2# Triple_8

Salam Tuan 888,

Wah info yang sangat baik....moga semua yang berpegangan ASWJ kena baca.....

terima kasih byk-byk Tuan 888.....kami sememang dahagakan info ini!!!

peh nih billy dan yang seangkatan takleh tipu kami lagi!!

"....dan Katakanlah: yang benar telah datang dan yang batal telah lenyap, sesungguhnya yang batal itu pasti lenyap"
(surah Al Isra': 81)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2010 12:37 AM | Show all posts
7# salikin
Sama-sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2010 03:10 AM | Show all posts
Siapakah Al-Fiatu Al-Baaghiah?
Panjangnya nampaknya Al tabib nak membela kalau Muawiyah bukan dari kaum Bughat. Begitulah cinta kasih Tabib kepada Muawiyah bin Abi Sufyan, kami bersaksi terhadap hal ini dari anda dan kami tahu anda merasa bangga dengan hal ini.

Adapun bagi menjawab soalan dari tajuk thread khusus lagi sitimewa ini, saya rasa ada pendapat2 Sunni utk menentukan mengenai identiti Al Fiatul baghiah ini:

Al Qadhi Syarif Al Jurjani dalam Syarh Mawaqif 8/373, darul kutub Al ilmiyah:

"Bahawa pandangan jumhur dari ummah mereka yang telah membunuh Uthmandan memerangi Ali berada dalam kesalahan, kerana mereka berdua adalahImam dan samasekali haram untuk membunuh dan menentang (Imam),melainkan sebahagian mereka seperti Qadhi Abu Bakar yang menyatakanbahawa kesalahan seperti ini tidak menjadikannya fasiq, dan ada yangmenghukum perbuatan ini adalah kefasikan seperti Syiah dan kebanyakandari sahabat kita” (bil: ulamak Ahlus Sunnah) -

(mungkin fasik yg dimaksudkan adalah dalam pembunuhan Uthman tidak dalam perperangan menentang Imam Ali a.s wallahu'alam)


Al Munawi di dalam Faidh Al Qadir, 6/474:

"Telah berkata Al ImamAbdul Qahar Al Jurjani dalam Kitab Al Imamah: ‘Telah sepakat seluruhfuqaha’ Hijaz dan Iraq dari kelompok Ahli hadis dan ra’yu, di antaramereka (Imam) Malik, asy Syafi’i, Abu Hanifah, al Awza’i dan jumhurterbesar dari para Ahli Teoloqi (Mutakallimin)dan kaum Muslimin bahawaAli adalah pihak yang benar dalam peperangannya melawan Ahli Siffin danbahawa Ali adalah pihak yang benar dalam peperangannya melawan AhliJamal, sesungghnya mereka yang memeranginya adalah bughat yakni orang2yang telah menzaliminya, namun tidaklah mereka kafir denganpenderhakaan itu. Dan berkata Al imam Abu Mansur dalam kitab Al Farqdalam menjelaskan Aqidah Ahlus Sunnah: Adalah ijmak (disepakati) bahawaAli adalah pihak yang benar dalam peperangannya melawan Ahli Jamaliaitu Thalhah, Zubair dan Aisyah di Basrah dan Ahli Siffin iaituMuawiyah dan tenteranya.” (Faidh al Qadîr,6/474)

* Perhatikan: ini bukan pendapat Al jurjani atau Abu Mansur melainkan beliau menyebut pendapat ijmak ulamak Ahlus Sunnah, dan paling tidak dapat kita fahami bahawa ini adalah kesepakatan Ulamak Ahlus Sunnah pada masa mereka dalam hal ini spt yg mereka sebutkan.


An Nawawi berkata:

"Berkata Ulamak (yakni hadis Ammar akan dibunuhFiatul Baghiah) hujjah jelas bahawa Ali radhiyallahu ‘anhu berada dipihak yg benar, dan kumpulan yang satu lagi adalah Bughat, namun merekaadalah mujtahid maka tiada dosa kepada mereka, seperti yang telah kamisebutkan di bahagian-bahagian lain termasuk bab ini…” (Nawawi, SyarahSahih Muslim, 18/40)

Ibnu Hajar Al Asqalani berkata:

Jumhur Ahlus sunnah bertaswib (bill: pembenaran dalam ijtihad) bahawamereka yang berperang bersama Ali adalah bersesuaian dengan FirmanAllah “Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman ituberperang” ayat yang di dalamnya mengandung perintah memerangi FiatulBaghiah dan telah tsabit bahawa yang memerangi Ali adalah Bughat …” (tetapi seperti sikap kaum Sunni tipikal, Ibnu Hajar kemudiannya membela kaum Bughat ini pula!)
(Ibnu Hajar, Syarah Fathu Bari, Sahih Bukahri, Kitab Al fitan, no. 6692)

Al Syahristani dalam Milal wan Nihal 1/103:

Kami tidak mengatakan Muawiyah dan Amru Al ‘As melainkan bahawa merekaberdua telah menderhakai Imam yg haq, maka Ali memerangi mereka danmemandang mereka sebagai Ahlul Baghi.


al Qurthubi dalam tafsirnya (16/318)

Maka tetaplah di kalangan Ulamak Muslimin berdasarkan dalil agamabahawa Ali radhiyallahu’anhu adalah imam, dan semua yang memberontakmelawannya adalah baghin (i.e. bentuk tunggal kata bughat). Dan memerangimereka adalah wajib hukumnya sehingga mereka mau kembali kepadakebenaran dan tunduk kepada perdamaian.”

-------------------------

perhatikan bahawa semua ini adalah pendapat ulamak2 kaum Sunni dan saya sekadar memetiknya. Anda mahu percaya atau mahu terus menuduh saya maka ternyata memang sikap anda semua sejak dulu adalah tidak akan samasekali mendengar atau menilai sesuatu yg bersalahan dari apa yg anda fikir benar. Anda boleh bersikap menyalahi pendapat2 ini (yg sudah pasti akhirnya saya akan dipersalahkan juga) atau berfikir ala fikiran Tabib yg akan sentiasa menentang pendapat ulamaknya sendiri selagi ia bertentangan dengan pendapatnya dan memindahkan kesalahan kepada Saya. (Sudah pasti anda akan memilih pendapat yg kedua bukan?   )

------------------------------------------------------------------------------------------------

* Anda dapat perhatikan sikap An Nawawi dan Ibnu Hajar serta ulamak2lain dari Ahlus Sunnah yg tidak dapat menolak kalau Muawiyah termasukdalam kelompok bughat  Bagi mereka menentang khalifah yg sah adalah haram dan berdosa besar namun apabila yg melakukannya adalah dari kalangan sahabat dan pemimpin2 mereka, serta merta mereka pun memejamkan mata dan menahan lidah mereka dari berkata benar,  lalu mereka pun mendamaikan perseteruan kaum Bughat ini terhadap naskebenaran dengan alasan 'ijtihad'. La hawlawala Quwwata illa billahil'Aliyyil 'Azhim.

Beginilahkamu, kamu sekalian adalah orang-orang yang berdebat untuk (membela)mereka dalam kehidupan dunia ini. Maka siapakah yang akan mendebatAllah untuk (membela) mereka pada hari kiamat? Atau siapakah yangmenjadi pelindung mereka (terhadap siksa Allah)” (An-Nisaa 109)

FIN

wassalaam
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2010 04:46 AM | Show all posts
Oh ye,
Bermaksud: “Qiamat tidak akan berlaku selagi tidak berlaku peperangandi antara dua golongan besar (Fiataini `Aziimataini). Peperangan yangdahsyat akan berlaku di antara dua golongan itu, sedangkan dakwaankedua-dua golongan itu adalah sama.” (Bukhari jilid 2 m/s 1025-1054)Triple_8 Post at 21-1-2010 14:46

Dalam sebuah hadits yang lain Nabi s.a.w. bersabda sambilmengisyaratkan kepada cucu Baginda s.a.w. Sayyidina Hasan; bermaksud:“Sesungguhnya anakku [cucuku] ini adalah penghulu. Allah akanmendamaikan dengannya di antara dua golongan besar [Fiataini`Aziimataini] orang-orang Islam.” (Sahih Bukhari jilid 1 m/s 373, jilid2 m/s 1056 & 1530, Sunan Tirmizi jilid 2 m/s 241, al-Bidayah Waan-Nihayah jilid 8 m/s 17-26)

Dua golongan besar orang-orang Islam yang didamaikan oleh SayyidinaHasan di masa pemerintahannya itu ialah golongan Sayyidina Ali dangolongan Sayyidina Mu`awiyah dengan ittifaq ulama'. Oleh itu tidaklahtepat al-Fiatu al-Baaghiah itu dengan golongan Sayyidina Mu`awiyah.

'ittifaq ulama'? ulamak mana? Sunni? pandai je takwil..asal sedap   Mana ada "sedangkan dakwaankedua-dua golongan itu adalah sama" (hadis pertama yg diquote), Imam Ali a.s atas kebenaran dan kelompok yg menentang Imam Ali a.s adalah  kelompok penderhaka - berdasarkan perkataan ulamak2 Sunni sendiri- sudah tentulah salah- so mana yg samanya?! hehehe.

Sorrylah ganggu dalil2 hebat anda, teruskan menyuap sahabat2 Sunni anda khususnya Salikin dan Baghal yang akan terima bulat2 apa yg anda cakapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2010 01:27 PM | Show all posts
10# cmf_billionaire
Hadis Ghadir termasuk dalam 7 kategori hadis yang berkaitan (tetapi kekuatan isnadnya berbeza) iaitu Manzilah, Dar,
Sapinah, Madinah al-ilm, Hadis 12 Khalifah dan Saqalain.

Hadis-hadis inilah yang sangat suka digunakan Syiah billy apatah lagi apabila dalam menjustifikasikan
kedudukan Sayyidina Ali r.a. dengan Rasulullah S.A.W. samada semasa hayat baginda atau
selepas hayat baginda.Masalahnya kekuatan sanad sebahagian daripada hadis-hadis ini umpamanya Dar, Manzilah dan
Madinah Al-Ilm adalah dhaif. Namun, tidaklah ulama sunni menolaknya 100% cuma hujjah
syiah billy perlu dipatahkan kerana tafsiran hadis-hadis ini agak mengelirukan. Jika tidak silap saya, jika nak tahu secara lanjut mengenai hadis-hadis ini sila rujuk kitab-kitab karangan Syeikh Abdullah Abdul Qadir Taliri.
sabda Nabi saw:
"Barangsiapa yang aku adalah maulanya (khalifah) maka Ali adalah maulanya." dan
Sabda Baginda lagi hadis yang lain lebih jelas :
"Sesungguhnya Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya dan dia adalah wali bagi
setiap orang beriman sesudahku."
Ini adalah antara hujjah-hujjah yang paling popular digunakan oleh golongan syiah kerana
mendakwa, sesudah Rasulullah SAW kembali dari Haji Widak dan singgah di tempat bernama Ghadir
Khum, Baginda telah melantik Sayyidina Ali r.a. sebagai penggantinya atau Sayyidina Ali r.a.
adalah setaraf dengan baginda SAW atau Sayyidina Ali perlu dilantik sebaik sahaja kewafatan Baginda SAW.
Berpandukan kitab manakib Sayyidina Ali, saya dapati hadis ini sebenarnya sahih (Riwayat Tarmizi) dan pernah dirawikan oleh para sahabat Rasulullah SAW seperti Abu Ayub Ansori, Abullah bin Abas, Anas bin Malik, Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas dll. (tetapi tidak sama tarafnya dengan Dar, Manzilah dan Madinah Al-Ilm kerana ianya dhaif)
Saya teringat ada dalam salah satu tazkirah Ustaz saya mengenai sahabat Rasulullah SAW
bernama Julabib (syahid di medan peperangan) - seorang yang sangat perkasa dan digeruni oleh
musuh.

Rasulullah SAW bersabda:
"Dia (Julabib) membunuh tujuh orang kemudian terbunuh! Ini daripada aku dan aku daripadanya. Ini daripada aku dan aku daripadanya.”(Rawi Muslim)

Selain itu baginda bersabda :
"Sesungguhnya apabila golongan Ashariyin, apabila mereka kekurangan bekal semasa
peperangan atau kekurangan makanan untuk anak-anak mereka di Madinah, mereka himpunkan
apa sahaja pakaian yang ada pada sisi mereka dan minum daripada satu bejana air (berkongsi).
Maka mereka daripada aku dan aku daripada mereka. (Rawi Muslim Isnad Sahih)"

Betapa tingginya pandangan Rasulullah SAW terhadap para sahabatnya sehinggakan dia membaca
manakib Sayyidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali r.a. Malah para sahabat juga menghormati Sayyidina Ali kerana pengorbanannya terhadap jalan Allah SWT, keberaniannya menegakkan jalan Allah SWT lebih-lebih lagi Sayyidina Ali adalah
sepupu (Ahlul Bait) kepada Rasulullah SAW tetapi ini tidaklah bererti Sayyidina Ali r.a. diketepikan oleh para sahabatnya semasa pembai'atan sebagai khalifah selepas kewafatan Baginda SAW sebagaimana dakwaan syiah. Ini kerana Sayyidina Ali r.a. sendiri menggunakan hadis ini hanya selepas beliau dilantik menjadi Khalifah di mana Ali r.a. berkata :
Penerangan Said Wahab/Zaid Yusay :
Ali pernah meminta persaksian orang ramai di sebuah tanah lapang, sesiapa yang pernah
mendengar sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada hari Ghadir Khum, hendaklah dia
berdiri. Maka berdirilah di belakang Sa‘id (bin Wahab) enam orang dan di belakang Zaid (bin Yutsay’) enam orang, mereka bersaksi bahawa mereka telah mendengar Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam bersabda kepada ‘Ali radhiallahu 'anh pada hari Ghadir Khum (Ahmad Hambal di tashih oleh Syuaib Arna)
Di sini ramai golongan Syiah yang mendakwa maksud 'maula' ini adalah seperti menyamakan
kedudukan Ali r.a. dengan Rasulullah SAW sebagai 'sama-sama khalifah'...seolah-olah ujud 2
khalifah tetapi golongan syiah terlupa mengenai hadis berikut :
Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila terdapat dua khalifah yang menuntut dibai'ah, maka bunuhlah yang kedua daripada
mereka"

Kisah sebenar di Ghadir Ghawm telah pun dihuraikan oleh Zaid bin Arqam iaitu baginda SAW
mengangkat tangan Sayyidina Ali r.a.:

"Barangsiapa aku adalah maulanya maka inilah walinya (sambil baginda mengangkat tangan Ali ra.).
Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya." (Rawi Al-Hakim)

Jelaslah maula di sini bermaksud 'penolong' dan 'pembantu' (al-waliyy) dan bukannya khalifah
kerana tidak mungkin berlaku konflik antara satu hadis dengan satu hadis yang lain.
Maka ramai juga golongan syiah yang mendakwa Ali r.a. adalah pengganti Rasulullah SAW
selepas baginda wafat. Sekali lagi terdapat konflik dengan hadis berikut :
"Ikutilah dua orang sesudahku Abu Bakar dan Umar" (rawi Tarmizi di tashihkan oleh Albani)
dari Manaqib Abu Bakar/Umar"

Malah Sayyidina Ali r.a. sendiri telah membai-ah Abu Bakar r.a. selepas menguruskan jenazah
Rasulullah SAW dan ini telah dijelaskan oleh Sayyidina Umar r.a. mengenai pilihan terhadap
Abu Bakar r.a. di Saqifah Bani Saadah yang bertujuan untuk penyatuan kembali Muhajirin dan
Ansar. Ramai juga yang mungkin tidak mengetahui betapa kesemua Khulafa Ar-Rashidin cuba
mengelak, bersembunyi dan melarikan diri kerana takut dilantik - termasuklah Sayyidina Ali r.a.
sendiri semasa beliau dicari oleh orang ramai selepas kematian Sayyidina Usman r.a.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Wahai Abdul Rahman Janganlah kau meminta jawatan kepimpinan. Sesungguhnya jika
kau diberi jawatan itu atas permintaan, nescaya kau akan dibiarkan dengannya. Jika kau
diberi jawatan pemimpin bukan atas permintaan, kau akan dibantu untuk melakukannya.
Jika kau bersumpah dengan satu sumpah, lalu kau lihat yang lain lebih baik, maka datangilah
yang lebih baik dan kaffarahlah ke atas sumpah kau.” (Riwayat Al-Bukhari)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2010 08:21 PM | Show all posts
9# cmf_billionaire
'Hujah-hujah' awak tu tempat yang sesuai untuknya ialah sebelum posting no. 1 aku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 08:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 25-1-2010 08:32
An Nawawi berkata:

"Berkata Ulamak (yakni hadis Ammar akan dibunuhFiatul Baghiah) hujjah jelas bahawa Ali radhiyallahu ‘anhu berada dipihak yg benar, dan kumpulan yang satu lagi adalah Bughat, namun merekaadalah mujtahid maka tiada dosa kepada mereka, seperti yang telah kamisebutkan di bahagian-bahagian lain termasuk bab ini…” (Nawawi, SyarahSahih Muslim, 18/40)
cmf_billionaire Post at 23-1-2010 03:10


Seperti biasa, bill akan kutip dari Imam An-Nawawi ke dan banyak lagi ulama Ahlussunnah untuk mempertahankan hujjahnya. Kalau di thread karbala tu SEDAP saja dia memperlekehkan An-Nawawi. Mana hujjah yang dia rasa boleh pakai, dia ambik. Mana hujjah yang dia rasa tak boleh pakai untuk pegangan Syiahnya, dia perlekehkan Ulama ahlussunnah.

Sedangkan Sunni tak kata pun Ali tu salah, yang diperjelaskan adalah SIAPA Al-FIATU AL-BAAGHIAH

Bill pula nak tegakkan hujjahnya kena guna hujjah kalau bukan Ali, penentang Ali tu Al-Fiatu Baaghiah. Yang bunuh Ali (menentang) itu ASALNYA dari KELOMPOK (SYIAH) ALI SENDIRI, bukannya Muawwiyah. Mereka ini lagi teruk dari sebahagian kelompok Muawwiyah, kerana menjadi duri dalam daging. Ali sendiri beri berita Neraka kepada pembunuh Az-Zubair (Zubair adalah antara wakil rombongan Aisyah), selayaknya Al-Fiatu Al-Baaghiah itulah gologang yang membunuh Zubair, Talhah dan akhirnya bunuh Ali sendiri.

Ibnu Hajar Al Asqalani berkata:

Jumhur Ahlus sunnah bertaswib (bill: pembenaran dalam ijtihad) bahawamereka yang berperang bersama Ali adalah bersesuaian dengan FirmanAllah “Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman ituberperang” ayat yang di dalamnya mengandung perintah memerangi FiatulBaghiah dan telah tsabit bahawa yang memerangi Ali adalah Bughat …” (tetapi seperti sikap kaum Sunni tipikal, Ibnu Hajar kemudiannya membela kaum Bughat ini pula!)
(Ibnu Hajar, Syarah Fathu Bari, Sahih Bukahri, Kitab Al fitan, no. 6692)



Lihat bagaimana Bill ambil kata-kata Ibn Hajar yang tidak ditentang oleh Sunni, mahupun Syiah.Tapi  kat penghujungnya bill buat rumusan memperlehkan Ibn Hajar kerana kononnya Bill lebih kenai sapa golongan Bughat tu dan kononnya Ibn Hajar tu macam tak reti hadith pula tak tahu siapa Bughat tu!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 12:23 PM | Show all posts
13# mnm77
alahai...bakpe nak salahkan billionaire pulak? itukan perkataan ulamak2 anda
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 01:44 AM | Show all posts
13# mnm77
alahai...bakpe nak salahkan billionaire pulak? itukan perkataan ulamak2 anda
cmf_billionaire Post at 30-1-2010 12:23


alahai... kami nampak billionaire mengambil kata-kata Ulama kami.

Kami juga nampak anda buat kesimpulan guna kaedah anda sendiri tentang kata-kata Ulama kami.

Kalau hujjah anda tidak diterima anda kata itu kata2 Ulama Sunni. Kalau diterima maknaya Billionaire yang betul. Itu kaedah anda.

Kami pun boleh kalau nak guna kaedah tu, tapi kami nak lihat dulu sejauh mana anda nak menyerang Ahlussunnah dengan kaedah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 04:19 PM | Show all posts
alahai... kami nampak billionaire mengambil kata-kata Ulama kami.

Kami juga nampak anda buat kesimpulan guna kaedah anda sendiri tentang kata-kata Ulama kami.

Kalau hujjah anda tidak diterim ...
mnm77 Post at 1-2-2010 01:44

modal lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2010 02:23 PM | Show all posts
Sorrylah ganggu dalil2 hebat anda, teruskan menyuap sahabat2 Sunni anda khususnya Salikin dan Baghal yang akan terima bulat2 apa yg anda cakapkan.
cmf_billionaire Post at 23-1-2010 04:46

Syukur pada Allah kalau tidak dalil yang awak bawak tu kitaorg dah goyang mujur ada Tuan 888 sedarkan kami sekali lagi pajatkan syukur pada Allah yang tidak terhingga dan terima kasih kepada Tuan 888...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2010 02:33 PM | Show all posts
17# salikin
Sama-sama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.073416 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list