CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11507|Reply: 79

stephen org ke3?????

[Copy link]
Post time 10-1-2010 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Stephen Rahman, Ummi Nazeera bercinta? Oleh Zubir Mohd Yunus zubir@bharian.com.my Bintang utama filem Hikayat Merong Mahawangsa dikatakan kekasih baru aktres remaja APAKAH kesudahan 'cinta tragis' antara pelakon popular, Remy Ishak dan pasangannya, aktres remaja, Ummi Nazeera yang dilaporkan sudah membuat haluan masing-masing selepas peristiwa hitam yang menimpa mereka akhir tahun lalu? Persoalan inilah yang banyak diajukan kepada Zubir selepas membaca kenyataan panas daripada kedua-duanya sebelum ini. Zubir pula sekadar pelapor atau medium antara artis dan peminat, apa kesudahannya, Zubir no comment. Namun, apa yang pasti, Remy sudah tertutup hati untuk kembali semula ke pangkuan Ummi, manakala Ummi selepas membuat pendedahan dirinya dikasari Remy, dilaporkan akan melanjutkan pengajiannya di luar negara sedikit masa lagi, sekali gus melupakan insiden pahit yang pernah menghantui hidupnya sebelum ini.

Pun begitu, ketika Zubir menghabiskan percutian akhir tahun baru-baru ini, Zubir sempat melepak bersama beberapa krew penerbitan di sebuah kafe di pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Banyaklah cerita dan isu berbangkit yang kami bualkan termasuklah cinta separuh jalan antara Ummi Nazeera dan Remy Ishak. Zubir difahamkan, selepas Ummi putus kasih dengan Remy, baru-baru ini, dia sudah pun bertemu pengganti, amboi cepatnya kekosongan hatinya dihuni lelaki baru! Biasalah orang cantik, pasti ramai yang menunggu peluang keemasan untuk bertakhta di hatinya yang terluka itu. Salah seorang krew penerbitan tadi membisikkan kepada Zubir, lelaki bertuah yang menjadi pilihan Ummi kali ini ialah Stephen Rahman-Hughes, aktor kacukan Melayu-British, yang kali pertama diperkenalkan di negara ini melalui pementasan teater, Puteri Gunung Ledang - The Musical! “Ummi dan Stephen Rahman mula berkenalan ketika kedua-duanya membintangi filem epik-aksi terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa di Kuala Terengganu sedikit masa lalu.


Ketika itu Ummi masih menjadi kekasih Remy, jadi khabarnya hubungan kedua-duanya sekadar kenalan sesama artis. Cuma baru-baru ini saja, aku dengar cerita, Ummi dan Stephen mula rapat. “Ada orang memberitahu aku, pernah terserempak Ummi keluar bersama Stephen di sebuah pusat membeli-belah popular di sekitar Petaling Jaya, tak lama dulu. Biasalah Zubir, patah tumbuh hilang berganti. Kalau benar Ummi dengan Stephen, harap-harap hubungan mereka tidak bermasalah,” kata teman Zubir tadi yang dah pandai bergosip itu. Pun begitu, itu versi positif yang Zubir dengar, sebaliknya dalam pertemuan bersama rakan krew penerbitan itu, mereka juga sempat membisikkan ke telinga Zubir versi negatif, kononnya Stephen Rahman adalah orang ketiga dalam perhubungan cinta Remy dan Ummi sebelum ini, pulak!

Khabarnya percintaan Remy-Ummi menjadi berantakan apabila Stephen tiba-tiba muncul dalam hidup Ummi, kisahnya... Sejauh mana kesahihan cerita ini hanya empunya diri iaitu Ummi dan Stephen saja yang tahu kebenarannya. Zubir sekadar mendoakan yang terbaik untuk mereka. Pastinya peminat tak sabar untuk melihat kemunculan Stephen dan Ummi menerusi Hikayat Merong Mahawangsa, filem yang menelan kos penerbitan sehingga mencecah RM8 juta ini! Mengikut perancangan awal, Hikayat Merong Mahawangsa atau judul bahasa Inggerisnya, The Malay Chronicles dijangka menjengah pawagam pada 30 September depan. Khabarnya sebuah lagi filem terbitan KRU Studios, Magika arahan Edry yang dijangka menemui peminat sekitar Mac ini terpaksa ditunda tayangannya pada September juga, alahai kenapa ya Norman, Edry?


ZUBIR: Aktres jelita yang sering menimbulkan kontroversi sempat melarikan diri daripada serbuan polis di sebuah pusat hiburan pada malam Krismas, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2010 06:47 PM | Show all posts
wuuuauauhahhah....patutla bnyk kes..upanyer dah dpt jantan yg lebey hebat...

kalu aku pon..dr remy ngan stephen tuh..aku amik stephen..

pilih langkah yg bijak kekdhnyer..ummi nih..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:48 PM | Show all posts
gmbor c stepen xde ker?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:48 PM | Show all posts
amboi laa..tak dpt remy sambar stephen pulok..dua2 badan sasa khennn..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:52 PM | Show all posts
gmbor c stepen xde ker?
gastacopz Post at 10-1-2010 18:48

mls gugel btol ngko neh... meh aku tepek...





Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:53 PM | Show all posts
xberkenan aku dgn minah gedix ni.... srope je perangai bek dlm drama or kt luo.....
tergedix2.....:@
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:55 PM | Show all posts
tak leh terima betul kehadiran minah ni dalam industri hiburan tanahair
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:56 PM | Show all posts
bukan dia ni gay ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2010 06:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:59 PM | Show all posts
Nah lagik

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:59 PM | Show all posts
bukan dia ni gay ke?
chempaka_ku Post at 10-1-2010 18:56


gay ker noks??? alar!!~~ motip ramai gay...takpe ai like...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:02 PM | Show all posts
cam conan the barbarian seyh....gerett..!

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:06 PM | Show all posts
rabun agaknya si stephen neyh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:07 PM | Show all posts
herm... 2x5.
wakakkakakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:07 PM | Show all posts
bukan ke minah nih badan kecik mcm budak2 je..kalau jln sesama mcm abang dgn adik je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2010 07:10 PM | Show all posts
Nota en. zubir tu... kalu aku nak kata cik pasha bley...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2010 07:10 PM | Show all posts
wuuuauauhahhah....patutla bnyk kes..upanyer dah dpt jantan yg lebey hebat...

kalu aku pon..dr remy ngan stephen tuh..aku amik stephen..

pilih langkah yg bijak kekdhnyer..ummi nih..
skymania Post at 10-1-2010 18:47



pilihan bermutu tinggi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:14 PM | Show all posts
pilihan bermutu tinggi!!!
orlanda Post at 10-1-2010 19:10


kannn...arus la pilh yg lbey hebat..pefeeling kokusen gituh..pompuan urban kene hamik omputih buat balak..kekdahnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:17 PM | Show all posts
Nota en. zubir tu... kalu aku nak kata cik pasha bley...
rozza Post at 10-1-2010 19:10



aku pun nak kate camtu jugak...heheehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:21 PM | Show all posts
kalau aku Ummi pon I'd rather take Stephen too..ouhhh yummy, segaknyeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.117146 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list