CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4455|Reply: 20

Syabas Rakyat Kelantan mendapat teguran

 Close [Copy link]
Post time 10-1-2010 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Yus Iskandar

Pengotor : Penduduk Kesal, Ibaratkan Nik Aziz “Menepuk Air Di Dulang”


Kota Bharu –- Keghairahan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul NikAziz Nik Mat ketika melancarkan Kota Bharu Bandar Raya Islam di DewanJubli Perak, di sini Ahad sehingga menyifatkan rakyat negeri initerutama penduduk kampung sebagai pengamal budaya pengotor amatdikesali.
Rata-rata mereka yang ditemui khususnya penduduk di luar bandarmenyifatkan tindakan Nik Aziz itu seperti menepuk air di dulang yangakhirnya memercikkan air ke muka sendiri.
Seorang penduduk kampung dari Pasir Pekan yang mesra dipanggilPak Hasan, 51, berkata Nik Aziz sebagai seorang yang dianggap Tok Gurusepatutnya lebih cermat di dalam mengeluarkan kata-kata.
Tambahnya, Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berfikir sebelumbercakap dan mesti menjaga tutur kata agar setiap perkataan yang keluardari mulut tidak menyakiti hati mana-mana pihak.
"Kalau Nik Aziz nak bagi nasihat pun ia sepatutnya dilakukan dengancara bijak dan berhemah. Apakah betul jika beliau anggap pendudukkampung sebagai generasi pengotor dan berharap ia pupus.
"Seingat saya pun, ini bukanlah kali pertama Nik Aziz bercakap macamni. Sudah banyak kali dah….mungkin Nik Aziz perlu banyak berehatmemandangkan kesihatannya juga sering terganggu sejak akhir-akhir ini",katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Bagi seorang lagi penduduk, Azlan Hashim, 29, seorang professionalswasta pula berpendapat Nik Aziz tidak sepatutnya menjadikan pendudukkampung sebagai mangsa kecaman dalam keghairahannya melancarkan KotaBharu Bandar Raya Islam.
Sebaliknya jelas beliau Nik Aziz perlu melihat dan menilai keberkesananpihak yang dipertanggungjawabkan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)atau agensi swasta lain yang telah diamanahkan untuk menjalankankerja-kerja berkenaan.
"Tidak payah tengok di kampung, tengok sahaja bandar-bandar di negeriini terutama Kota Bharu yang mana tahap kebersihannya masih lagi beradadi takuk laman.
"Apakah penduduk kampung punca tikus-tikus besar berkeliaran di PasarBesar Siti Khadijah atau di Padang Bas?", soalnya yang begitu kesalkecaman secara terbuka yang dibuat oleh Nik Aziz itu.
Media hari ini melaporkan Nik Aziz menyifatkan rakyat Kelantanterutamanya penduduk kampung masih mengamalkan budaya pengotor dangemar membuang sampah sesuka hati.
Malah Nik Aziz juga melabelkan mereka sebagai generasi pengotor dan berharap generasi tersebut akan pupus.
Seorang lagi penduduk yang juga seorang guru di Kampung Pintu Geng,Mohamad Mahmud, 36, pula berkata Nik Aziz tidak perlu melatah denganperkara itu.
"Sungguhpun beliau begitu ghairah mahu melancarkan Kota Bharu sebagaiBandaraya Islam, beliau tidak sepatutnya melemparkan tuduhan sebegituterhadap penduduk.
"Dalam perkara ini beliau kena lihat pendekatan kerajaan negerikhususnya agensi yang terlibat dalam perkara itu. Sebagai contohbaru-baru ini, gotong-royong perdana di Kota Bharu yang hanya dihadirioleh beberapa penduduk sahaja.
"Jadi ini menunjukkan kelemahan yang begitu ketara dalam aspekpelaksanaan program yang langsung tidak berupaya untuk menarikmasyarakat untuk turut serta dalam program tersebut", katanya.
Selain itu seorang pegawai kewangan yang berkhidmat di salah sebuahinstitusi kewangan di sini pula yang hanya mahu dikenali sebagai EnZamri berkata kekurangan program kesedaran turut menyumbang kepadaperkara itu.
"Bayangkan sepanjang saya berkhidmat di sini selama 11 tahun, kerajaannegeri khususnya PBT jarang mengadakan program kesedaran dan sebagainyauntuk memberi kefahaman terhadap perkara itu kepada penduduk di sini.
"Saya akui memang masih ada segelintir penduduk yang membuang sampahbukan di tempat yang sepatutnya, Namun itu bukanlah alasan yang cukupkonkrit untuk menyalahkan penduduk terutama di kampung semata-mata.
"Sebaliknya berfikir dan melihat dengan lebih mendalam apakah programyang patut diadakan bagi memberi kesedaran berhubung perkara itu",ujarnya.


p/s: betul ka boshi pernah dengar orang kelantan berak dalam sungai dulu-dulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2010 03:25 PM | Show all posts
Oh dia ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 03:30 PM | Show all posts
p/s: betul ka boshi pernah dengar orang kelantan berak dalam sungai dulu-dulu?
boshi_yoda Post at 10-1-2010 14:14


kat mana pun sama je.. antara berak di sungai atau ada cangkul di gali atau atas pokok pun boleh :re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 03:30 PM | Show all posts
terimalah kenyataan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 05:59 PM | Show all posts
Tlg bagi link untuk news ni. Biar ada credible sikit sumbernya.

Tapi aku syak ini ialah news dari Utusan Malaysia.

Kalu betullah Utusan, tak pelik sebab berita Utusan jugak 'pengotor' - penuh sampah sarap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:05 PM | Show all posts
Tlg bagi link untuk news ni. Biar ada credible sikit sumbernya.

Tapi aku syak ini ialah news dari Utusan Malaysia.

Kalu betullah Utusan, tak pelik sebab berita Utusan jugak 'pengotor' - penuh sa ...
caicai Post at 10-1-2010 17:59


tu la pasal.. aku x heran la kalo news ni dr utusan meloya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2010 10:06 PM | Show all posts
ni berita lama, tahun 2005 kalau tak silap, tutup ajela benang ni, si pembuka thread ni memang ala2 maideen
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:17 AM | Show all posts
terlebih cerdik pembukak thread ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 10:56 AM | Show all posts
mod,sila tutup thread sampah ni!! motip mamat ni sama je mace kat bod C.I tu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 12:01 AM | Show all posts
sekadar bertanya...

xkan tak berani terima kenyataan?
sampaikan masyarakat luar nak bertanya pon tak bole?

relevan la boshi bertanya kan sebegini...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 12:29 AM | Show all posts
kenyataan pala hotak kau!
-nak berpolitik ke apa ke bukan sini, pegi berambus kat ci nu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 01:34 AM | Show all posts
kenyataan pala hotak kau!
-nak berpolitik ke apa ke bukan sini, pegi berambus kat ci nu
sekngucing Post at 12-1-2010 00:29


politik ape ni?
i tanya betul2 tau...

tak jawab pon..
betul ke nik ajis cakap rakyat kelantan sebelah kampung tu pengotor?
xkan la tok guru ulamak nak menipu kan????
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:07 PM | Show all posts
Bila sebot ore kelate pengotor, maka marah-marahlah semua ore. Tapi ambo nak share pengalaman ambo bila travel ke Kelate tiap kali samada musim cuti sekolah atau musim rayo.Makonya musim tersebut berduyun-duyunlah rakyat kelate dari Lembah Klang terutamanya, yang balik kampong. Start dari tol gombak lagi jalan dah jem apatah lagi bila nak masuk bandar Betong. Biasanya perjalanan dari KL ke KB ambo akan berhenti di masjid Pejom dekat Kuala Lipis(masjid yang cat/atap biru ). Ramai juga ore-ore kelate yang singgah di masjid ni.Yang ambo hotnya, bila  masuk ke bilik air atau tempat wuduk, adolah tigo atau empat lambakan pamper budak yang kandungannya amat sarat. Tu tempat wuduk lelaki, yang belah tino tak tahu pulak lah ambo. Nak kata orang Penjom yang buang tak munasabah. mestilah kerja musafir-musafir dari KL nak ke KB. Pada hal tong sampah telah disediakan kat luar/di pekarangan masjid, tapi demo tak boleh nak buang dalam tong sampah. Agaknya kat rumah dia sendiri pun dia buat lagu tu. Kesihan ambo kat tok siak masjid tu. Masjid lain tak tahu puloklah ambo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 05:44 PM | Show all posts
betul ke nik ajis cakap rakyat kelantan sebelah kampung tu pengotor?
xkan la tok guru ulamak nak menipu kan????
boshi_yoda Post at 12-1-2010 01:34

..aku tengok masalah kampung kat kelate..KB la bg contoh..lori sampah takleh masuk dlm kg..camna la nak masuk jln kg sempit sgt...sutir keta je boleh lalu..ada tu buat projek perumahan dlm kg..tapi jln masuk telus sutir keta je..camna la boleh lulus.
sebab tu ada yg pemalas buang sampah kat blkg rumah..atau bakar gitu je...tak patot rasa aku sebab cukai bandar kena bayar tiap tahun. kalau tengok negeri-negeri luar takde masalah camni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 06:28 PM | Show all posts
sebab di kelate, tanah bnyak tanah persendirian, dan tanah org kampung
-ok tutup la thread ni, nanti tt dtg buat onar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 09:21 PM | Show all posts
lumbu C.I yg salah masok sempadan... errr tadak copy n paste ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 09:23 PM | Show all posts
entah lah ....
No komen sbb x tau...
Jalan terbaik ialah...
Diam kan mulut dari berbicara yg x pasti....
Munkin nanti ada yg lebih layak utk mengulas....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 01:45 PM | Show all posts
politik ape ni?
i tanya betul2 tau...

tak jawab pon..
betul ke nik ajis cakap rakyat kelantan sebelah kampung tu pengotor?
xkan la tok guru ulamak nak menipu kan????
boshi_yoda Post at 12-1-2010 01:34


cara tulis nama NIK ABDUL AZIZ B NIK MAT  pun ko tulis NIK AJIS...

aku tak tau ko menyindir secara tersirat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 03:11 PM | Show all posts
cara tulis nama NIK ABDUL AZIZ B NIK MAT  pun ko tulis NIK AJIS...

aku tak tau ko menyindir secara tersirat...
Joe Hahn Post at 13/1/2010 13:45


kalu demo nok tahu,puok2 lombu tu mmg guna panggilan tu untuk TGNA kita....dasar otok lombu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 07:52 AM | Show all posts
kalu demo nok tahu,puok2 lombu tu mmg guna panggilan tu untuk TGNA kita....dasar otok lombu...
razhar Post at 13-1-2010 15:11


lombu nyo otok pun bleh make lg.. tp otok2 sek neh x paka skit abuk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.074282 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list