Post Last Edit by OSMANLI at 28-12-2009 10:13
Quote: nak sokong mende? tak de mende leh bace la/./.
pawangBuaya Post at 28-12-2009 09:45 
Khalifah (
bahasa Arab: خليفة)(
bahasa Inggeris: Caliph) secara harfiyah bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat
Islam setelah
Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Mereka digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah).
Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amīr al-Mu'minīn (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman". Sejak tumbangnya
Empayar Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tidak lagi digunakan.
Syarat-Syarat In’iqâd Seorang Khalifah
Syekh Taqiyuddin An Nabhani dalam Kitab Nizamul Hukm Fil Islam menyebutkan tujuh syarat sehingga seseorang layak menjadi
Khalifah, dimana syarat tersebut menjadi syarat sah untuk diangkat menjadi
Khalifah atau disebut sebagai syarat in’iqâd. Jika ada satu saja kekurangan, maka akad pengangkatan
Khalifah menjadi tidak sah. Adapun syarat tersebut adalah :
Syarat Perlantikan Khalifah Jika sekelompok kaum Muslim di suatu wilayah Islam membaiat seseorang, ia sah sebagai
Khalifah asal memenuhi syarat berikut:
- Memenuhi syarat in‘iqâd seorang Khilafah.
- Ada wilayah yang jelas dan rakyatnya.
- Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
- Khalifah itu harus langsung menerapkan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun bertahap-tahap.
Khalifah Menerapkan Sistem IslamSistem yang benar. Ketika di
Makkah,
Nabi Muhammad s.a.w. pernah ditawarkan kekuasaan dan menjadi pemimpin di kalangan orang
Arab. Tetapi
Nabi Muhammad s.a.w. menolaknya kerana sebenarnya mereka mahukan
Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan dakwahnya. Apabila kita teliti secara jernih,
Nabi Muhammad s.a.w. merupakan manusia terbaik di kalangan orang
Arab sehingga digelar Al-Amin. Sudah tentu beliau lebih dari layak untuk menyandang jawatan ketua kaum
Quraish ini.
Namun begitu, beliau tetap menolaknya. Ini berbeza di zaman
Madinah iaitu selepas
Hijrah Rasulullah, beliau tanpa berlengah-lengah terus melaksanakan Islam secara keseluruhan dan memimpin kaum Muslimin. Semua permasalahan dan perselisihan diselesaikan menurut ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Di
Madinah, karisma Rasulullah benar-benar telah menyatu dengan sistem yang digunakan untuk memerintah, yakni Sistem Islam.
[1]
Di dalam Sistem Islam ada empat asas perlu diperhatikan iaitu;
- Kedaulatan di tangan syara’. Hanya syara’ yang berhak menentukan apa yang halal dan haram serta apa yang terpuji atau tercela. Manusia hanya memahami ayat-ayat Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.
- Kekuasan di tangan umat. Maksudnya umatlah yang memilih pemimpin dengan rela untuk menerapkan Syariat Islam.
- Wajib mengangkat satu pemimpin sahaja di dunia Islam.
- Hanya pemimpin (Khalifah) yang berhak mengadopsi hukum syara’