|
View: 3159|Reply: 14
|
SOKONG ATAU TAK KALAU UMAT ISLAM DI BAWAH 1 PEMERINTAH?? KHALIFAH
[Copy link]
|
|
|
Post Last Edit by OSMANLI at 29-12-2009 12:39
Post Last Edit by OSMANLI at 28-12-2009 09:39
Post Last Edit by OSMANLI at 28-12-2009 09:36
Setujukah tuan2 dan puan, saudara saudari sakalian? sila komen..
Ralat: bukan sisitem tapi sistem.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nak sokong mende? tak de mende leh bace la/./. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by OSMANLI at 28-12-2009 10:13
nak sokong mende? tak de mende leh bace la/./.
pawangBuaya Post at 28-12-2009 09:45 
Khalifah (bahasa Arab: خليفة)(bahasa Inggeris: Caliph) secara harfiyah bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat Islam setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Mereka digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah).
Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amīr al-Mu'minīn (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman". Sejak tumbangnya Empayar Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tidak lagi digunakan.
Syarat-Syarat In’iqâd Seorang Khalifah
Syekh Taqiyuddin An Nabhani dalam Kitab Nizamul Hukm Fil Islam menyebutkan tujuh syarat sehingga seseorang layak menjadi Khalifah, dimana syarat tersebut menjadi syarat sah untuk diangkat menjadi Khalifah atau disebut sebagai syarat in’iqâd. Jika ada satu saja kekurangan, maka akad pengangkatan Khalifah menjadi tidak sah. Adapun syarat tersebut adalah :
Syarat Perlantikan Khalifah Jika sekelompok kaum Muslim di suatu wilayah Islam membaiat seseorang, ia sah sebagai Khalifah asal memenuhi syarat berikut:
- Memenuhi syarat in‘iqâd seorang Khilafah.
- Ada wilayah yang jelas dan rakyatnya.
- Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
- Khalifah itu harus langsung menerapkan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun bertahap-tahap.
Khalifah Menerapkan Sistem IslamSistem yang benar. Ketika di Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah ditawarkan kekuasaan dan menjadi pemimpin di kalangan orang Arab. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w. menolaknya kerana sebenarnya mereka mahukan Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan dakwahnya. Apabila kita teliti secara jernih, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan manusia terbaik di kalangan orang Arab sehingga digelar Al-Amin. Sudah tentu beliau lebih dari layak untuk menyandang jawatan ketua kaum Quraish ini.
Namun begitu, beliau tetap menolaknya. Ini berbeza di zaman Madinah iaitu selepas Hijrah Rasulullah, beliau tanpa berlengah-lengah terus melaksanakan Islam secara keseluruhan dan memimpin kaum Muslimin. Semua permasalahan dan perselisihan diselesaikan menurut ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Di Madinah, karisma Rasulullah benar-benar telah menyatu dengan sistem yang digunakan untuk memerintah, yakni Sistem Islam. [1]
Di dalam Sistem Islam ada empat asas perlu diperhatikan iaitu;
- Kedaulatan di tangan syara’. Hanya syara’ yang berhak menentukan apa yang halal dan haram serta apa yang terpuji atau tercela. Manusia hanya memahami ayat-ayat Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.
- Kekuasan di tangan umat. Maksudnya umatlah yang memilih pemimpin dengan rela untuk menerapkan Syariat Islam.
- Wajib mengangkat satu pemimpin sahaja di dunia Islam.
- Hanya pemimpin (Khalifah) yang berhak mengadopsi hukum syara’
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Islam tanpa Khalifah ialah Islam tanpa petunjuk. Kerana kekhalifahan ialah sebahagian dari perintah dan petunjuk Allah yg termaktub didalam Al-Quran!
lihatlah, perhatikan generasi hari ini ibarat musyrik yang hanya Islam pada nama. dari jatidiri, perilaku, hubungan sosial dan sebagainya TIDAK mencerminkan Islam sama sekali bahkan dalam sesetengah perkara JAUH lebih hina dari musyrik!
Umat Islam hari ini mesti sedar, bahawa kita adalah kaum Muslimin, yakni mereka2 yg berserah diri. Berserah diri kepada ketetapan dan perintah Allah serta terpikul tanggungjawab untuk melaksanakannya.
Dan keutamaan kita kini sebagai Umat Muhammad SAW dan mengaku sebagai insan2 yg menyerah diri, ialah menegakkan syariah Islam atas muka bumi TANPA kompromi.
Dan yang menjadi perencah utama kepada perpaduan umat Islam serta syariah Islam HANYALAH Khalifah.
Tapi bagaimana caranya? Itulah yang menjadi masalahnya. Kini kita harus bersama2 memikirkan dan mengkaji sirah Rasul serta AL-Quran semoga kita bertemu JAWAPAN kepada kaedah yang perlu untuk mencapai dan mewujudkan kembali kekhalifahan.
1 Tuhan, 1 Pemimpin, 1 Umat. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya poll tu bertajuk 'Siapakah yg boleh diangkat menjadi khalifah umat islam? sudah pasti semua umat islam bersetuju dgn 1 khalifah sbb akhir zaman nnti hanya ada 1 khalifah utk alam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Khalifah semua umat islam? Aku rasa tak mungkin boleh tercapai. Walaupun semua islam, orang Arab , Kurdish, Turki, India, Africa dan Melayu tak ada banyak persamaan. Kalau yang sesama arab dan islam macam Mesir dengan Algeria pun tak boleh nak bersatu, tak usah bermimpi nak tubuhkan Khalifah unutk semua umat Islam.
Kalau lah boleh hidupkan balik sistem Khalifah pun, apa faedah nya? Khalifah Usmaniah wujud sehingga 1920 masehi, adakah Islam agung dan unggul sehingga sistem Khalifah dimansuhkan oleh Kemal Attaturk pada tahun itu? Dibawah Khalifah2 Osmaniah, wilayah islam lenyap dari eropah melainkan keliling Istanbul. Khalifah2 Abassiah tidak berjaya menyelamatkan umat islam dari tentera Genghis Khan atau tentera salib. Cucu Rasulullah sendiri dibunuh, mayatnya dipotong dan kepalanya disepak keliling macam bola atas arahan Khalifah Yazid.
Khalifah tak boleh menolong umat islam melainkan umat islam berjaya menguasai ekonomi dan sains. 1 billion umat islam , harta dan pencapaian sains mereka kurang dari 20 juta jewish. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Khalifah semua umat islam? Aku rasa tak mungkin boleh tercapai. Walaupun semua islam, orang Arab , Kurdish, Turki, India, Africa dan Melayu tak ada banyak persamaan. Kalau yang sesama arab dan islam m ...
benzo Post at 30-12-2009 03:57  kita jangat sempitkan kepala otak kita...sejarah mengajar kita...arab menjd hebat bkn dia kerana dia bangsa arab tapi krn dia islam,turki menjd hebat bkn krn dia hebat tapi islam menjdkan dorg hebat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Khalifah semua umat islam? Aku rasa tak mungkin boleh tercapai. Walaupun semua islam, orang Arab , Kurdish, Turki, India, Africa dan Melayu tak ada banyak persamaan. Kalau yang sesama arab dan islam m ...
benzo Post at 30-12-2009 03:57 
Salam.
Benar saudara, Umat Islam wajib menguasai ekonomi dan sains kerana itu adalah jihad dan sebahagian dari fardu kifayah.
Dan Rasulullah SAW memenangkan Islam serta menguasai yathrib juga melalui ekonomi.
Uthmaniyah ketika mula melalui zaman expansion, menakluki wilayah2 kebanyakannya melalui ekonomi dan penguasaan ilmu. Dan usaha penaklukan eropah serta balkan adlah melalui ketenteraan kerana eropah ketika itu amat offensif kerana pengaruh kristian yg amat kuat dan mereka bersatu atas nama crusade.
Namun jangan kita lupa bahwasanya mendirikan dan mewujudkan Khalifah adalah tanggungjawab dan perintah yg diturunkan Allah ke atas SETIAP umat Islam.
Benar, Khalifah2 Uthmaniyah pasca kegemilangannya adalah lemah dan gagal. antara sebab mereka dipilih berdasarkan monarki sedangkan Kekhalifahan BUKAN sistem monarki dan sepatutnya seorang khalifah dipilih atas kualitinya oleh majlis syuro, bukannya kerana keturunan!
Tapi jangan dihukum sistem khalifah itu gagal hanya kerana pengamalnya telah gagal dan kecundang kerana nafsu. TIDAK.
Jangan kita lihat Kekhalifahan itu dari era kejatuhannya yg dipenuhi korupsi, nafsu dan wahn.
Kenapa tidak kita lihat dan kaji Kekhalifahan ketika ianya berjaya menyatupadukan Umat Islam dan membawa keamanan kepada dunia dan merahmati seluruh alam?
Kajilah dan perbaikilah mana yg kurang, dengan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kita manusia yg beriman yakni percaya kepada Allah dan perintahNya, nescaya setiap yg diaturkan dan diperintahkan Allah itu PASTI sempurna dan sesuai untuk seluruh umat manusia.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Khalifah semua umat islam? Aku rasa tak mungkin boleh tercapai. Walaupun semua islam, orang Arab , Kurdish, Turki, India, Africa dan Melayu tak ada banyak persamaan. Kalau yang sesama arab dan islam m ...
benzo Post at 30-12-2009 03:57  Ko ni pandang pada BANGSA!Mmg ler x kan ada persamaan.
We're talking 'bout Khalifah yg berpegang pada syariat2 ISLAM.Ada paham? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tentu byk dugaan/ujian utk org yg layak jadi Khalifah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak rasa aku setuju dgn konsep khalifah utk semua umat Islam...
bagi aku Islam bukan begitu caranya.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo ko tak rasa ko setuju
mungkin ramai lagi yg rasa tak setuju |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau khalifah yg berpegang kepada alquran dan sunnah.. amat-amatlah setuju...
umat islam ramai .. paling ramai.. tetapi lemah kerana tidak bersatu....
jika umat islam bersatu.. itulah yg paling digeruni oleh zionis dan barat... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|