CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9293|Reply: 17

mimpi

[Copy link]
Post time 6-12-2009 01:34 AM | Show all posts |Read mode
salam..aku nk tanya korang yg arif pasal mimpi..aku tau mimpi tu skadar mainan tido tp just nk tau kalo2 ada maksud tersirat dlm mimpi aku..

mimpi 1:
2 minggu lps raya puasa nenek aku meninggal dunia..suma urusan pengkebumian berjalan lancar kecuali masa nk kebumi, abis je tanam trun ujan lebat n mmg baca talkin msa ujan rr..pas kebumi ada wat tahlil kat kg n kat rmh aku gak..lebih kurang sminggu pastu aku dapat mimpi yg kubur arwah berlubang n air bertakung dlm nyer...memula aku pk just mimpi so xla aku pk sgt..lbh kurang 2 minggu pastu aku mimpi lg..arwah tgh cuba tutup lubang jgn bg air masuk dalam lahad..sminggu pastu ada wat kenduri naik nisan..n aku mimpi lg..arwah tgh bersihkan halaman rmh, tgh cuci halaman..aku tau ni skadar mimpi..cuma nk tau ada maksud pape ke mimpi2 ni..

mimpi 2:
aku slalu gak mimpi aku naik kereta.tp yg pelik, lau aku mimpi drive kete, mesti kete tu xde brek or brek rosak..mimpi ni slalu rr aku dapat..ada sape2 leh tlg aku tafsir mimpi2 nih?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 01:59 AM | Show all posts
hmm..me x arif pasal mmpi2 nih..cuma apa yg me tau, apa yg selalu kita pikirkan waktu siang, itu yg akan kita mmpikan wktu tdo malam..coz mcm me, kdg bila me teringatkan arwah abah..malam kdg2 me akan mmpikan dia..cuma mmpi tuh berkisar kenangan2 waktu dia ada dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 02:23 AM | Show all posts
2# kuzaime

aku xla pk sgt pasal ni...cuma mimpi tu dtg tiba2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:10 AM | Show all posts
ko xder tgk ker kubur tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 03:17 AM | Show all posts
last aku gi masa kebumi..masa naik nisan aku x lik kg..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 08:45 AM | Show all posts
ape kate hark pegi tgk kubo tu ...kdng2 mimpi ni mcm surat gak dri arwah kpd manusia macm mane keadaan arwah kt sane
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2009 11:59 AM | Show all posts
stakat ni blom ada kelapangan nk gi kubur..tp since naik nisan tu,dah x mimpi ape2 lg la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 02:27 PM | Show all posts
mase mimpi tu arwah tu berckp tak....klu ckp makneye setan klu tak ye la arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 07:09 PM | Show all posts
tol tu... kalau selalu mimpi arwah nie beri la sedekah alfatihah kat dia....
kalau selimut plak selalu mimpi kene anyut dekat sunagi, n banjir.... pas tu ader orang pakai baju putih dok tengok jerk dari tepi tebing... adesh... bukan nak tolong....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 08:42 PM | Show all posts
mase mimpi tu arwah tu berckp tak....klu ckp makneye setan klu tak ye la arwah
MISSLIYA Post at 6-12-2009 14:27



heheh.. tak semestinya.... kadangkala, ada sesetengah ROH yang dibenarkan datang ke dunia ini untuk menyampaikan 'kebaikan' terutamanya para2 wali, anbiya' dan mujahiddin.... tak mustahil kadang2, nenek kita, atuk kita, ayahanda kita atau bonda kita mungkin tergolong dalam perkara2 tersebut....

kita boleh kaji apa yang ingin disampaikan.... perkara2 seperti ini, bolehlah kita nilai sendiri jika kita ada kekuatan dalaman, jika tidak bolehlah rujuk pada pakar2 pentafsir mimpi ISLAM... insyaallah dapat dirungkaikan...

kebiasaannya, mimpi yang HAQ kebiasaannya 'simple'... mimpi dari syaitan atau JIN kebiasaannya 'complicated'..... itu 'hint' nya... kebiasaannya 'mimpi' dari syaitan berbaur ancaman, keseraman dan ketakutan yang jelas....

MIMPI juga terbahagi kepada tiga:

- MIMPI dari ALLAH

- MIMPI dari JIN dan SYAITAN

- MIMPI dari proses otak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:22 PM | Show all posts
heheh.. tak semestinya.... kadangkala, ada sesetengah ROH yang dibenarkan datang ke dunia ini untuk menyampaikan 'kebaikan' terutamanya para2 wali, anbiya' dan mujahiddin.... tak mustahil kadang ...
edy137 Post at 6-12-2009 20:42


err.. simple tu mcm mana, complicated lak cane?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:46 AM | Show all posts
Tafsiran Mimpi Menurut Islam

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian


1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
11.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

12.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
13.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
14.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
16.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
17.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
18.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
19.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
20.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
21.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
22.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
23.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
24.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
25.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
26.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

27.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
28.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
29.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita 30.Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
31.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
32.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

33.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
34.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
35.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
36.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
37.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
38.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
39.Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
40.Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
41.Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

42.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
43.Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
44.Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
45.jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
46.Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
47.Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
48.Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
49.Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
50.Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
51.Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
52.Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
53.Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
54.Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
55.Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
56.Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
57.Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak

58.Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
59.Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
60.Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:59 AM | Show all posts
Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

1.Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
2.Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta

3.Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang

4.Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
5.Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
6.Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
7.Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
8.Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

9.Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
10.jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
11.Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
12.Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
13.Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.

14.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
15.Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
16.Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
17.Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
18.Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
19.Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

20.Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

21.Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
22.Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
23.Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 01:09 AM | Show all posts
Bermimpi Akan Haiwan

1.Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

2.Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
3.Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
4.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
5.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
6.Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

7.Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
8.Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
9.Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

10.Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
11.Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
12.Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
13.Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
14.Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
15.Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
16.Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
17.Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
18.Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
19.Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

20.Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
21.Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
22.Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
23.Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
24.Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
25.Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

26.Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
27.Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
28.Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
29.Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
30.Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 06:06 PM | Show all posts
aku sedih la nie..dah 2 malam berturut2 aku mimpi yang panjang..mimpi majlis akad nikah..aku pakai baju pengantin putih(majlis akad nikah),ngan inai kat jari,semua lengkap family aku ada..tapi aku tak nampak pun pengantin lelaki..huhuhuu..
aku bangun,aku rasa best,lama2 aku rasa sedey sebab ia mimpi semata2..
P/S:lum kawen..xdak bfren..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 02:02 AM | Show all posts
tergelak baca tafsiran mimpi yg ke-42 sambil tgk gmbar faizal tahir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2009 02:29 AM | Show all posts
heheh.. tak semestinya.... kadangkala, ada sesetengah ROH yang dibenarkan datang ke dunia ini untuk menyampaikan 'kebaikan' terutamanya para2 wali, anbiya' dan mujahiddin.... tak mustahil kadang ...
edy137 Post at 6-12-2009 20:42


edy...leh tafsir mimpi tak?

mimpi akak ni asalnya...sblom tidur..akak minta utk petunjuk...
tak sure..mimpi yg akak alami tu petunjuk ke tak...
tapi..mimpinya mmg ringkas...ada  4 sessi...takde perkara menakutkan...tapi sblom mimpi keluar...akak lihat mcm cahaya putih..makin lama besar..dan keluar image dlm bulatan..nampak mcm zaman dulu kala...jelas..tapi pandangan mcm dlm teropong.....pastu akak sedar telinga mcm sakit..mcm desing sakit telinga mcm tekanan udara tu...masa sakit telinga kiri tu..cuma mcm nak tutup telinga/pegang telinga kiri ( ni sbb tdo dlm keadaan mengiring ke kanan )...mimpi masih berlansung...tapi..gambar..mcm ariel ada gangguan la...lps tu akak nak tgk dgn lebih jelas...mcm ada benda terus masuk telinga...then skrin kat mimpi mcm terang....gambo hitam putih....dan nampak jelas la..

sessi mimpi ada 4... 3 gambar hitam putih....last tu...gambar berwarna...

tapi takde apa sgt la mimpi ni...sbb byk lupa2 gitu..pandang pun ikut ekor mata je....yg jelas dan boleh igat...scene mimpi akhir yg berwarna tu.....paling igt ayat .........DAH TAU YER...
pastu...akak sedar.........masa tu tgk anak akak mcm mimpi gak..tersedar sbb dgr anak akak rengek kot...

tapi nak tau...apa petandanya...mainan syaitan atau petunjuk dari Allah.....agak2 sesuai ke kongsi isi mimpi tu kat sini???
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 12:53 PM | Show all posts
aku selalu mimpi berlawan dengan harimau dan beruang sbb nak protect family dan sahabat2 aku. aku kalahkan semua harimau dan beruang tu dgn patahkan rahang. dah byk kali mimpi tapi tempat lain2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.102059 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list