Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

reddots Lv.13 21#

Challenger | Credits 18060   
pernah terbaca pasal bentuk rupa nabi muhammad s.a.w..
tak sure bleh caya ke tak, sbb tu pun dari hadith riwayat para sahabat..
(maksud red tak sure nak caya tu, di takuti hadith tak sahih)

tapi, baru2 ni, kat indon, heboh pasal pin button dan poster konon nya nabi muhammad..
barangan tersebut laku dijual di sulawesi.. tp pihak majlis ulama indonesia mengharamkan penjualan dan pengedaran barangan tersebut.. sbb menyalahi ajaran islam...

ADVERTISEMENT


hjrayle Lv.5 22#

Minder | Credits 952   
nabi adam tinggi nya 60 hasta ( lebih kurang 6o kaki tingginya) betul kah?. kalau betul apa nas nya. ?

penyapu Lv.7 23#

Revolutioner | Credits 1542   
22# hjrayle


18.3 meter...

mnm77 Lv.13 24#

Challenger | Credits 16681   
Quote: nabi adam tinggi nya 60 hasta ( lebih kurang 6o kaki tingginya) betul kah?. kalau betul apa nas nya. ?
hjrayle Post at 6-11-2009 21:51


Hadith Abu Hurairah RA:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.

(Bukhari & Muslim)

حدثنا ‏ ‏محمد بن رافع ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الرزاق ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏معمر ‏ ‏عن ‏ ‏همام بن منبه ‏ ‏قال هذا ما ‏ ‏حدثنا به ‏ ‏أبو هريرة ‏ ‏عن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فذكر أحاديث منها ‏
‏وقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏خلق الله عز وجل ‏ ‏آدم ‏ ‏على صورته طوله ستون ذراعا فلما خلقه قال اذهب فسلم على أولئك النفر وهم نفر من الملائكة جلوس فاستمع ما يجيبونك فإنها تحيتك وتحية ذريتك قال فذهب فقال السلام عليكم فقالوا السلام عليك ورحمة الله قال فزادوه ورحمة الله قال فكل من يدخل الجنة على صورة ‏ ‏آدم ‏ ‏وطوله ستون ذراعا فلم يزل الخلق ينقص بعده حتى الآن ‏
Follow Us

reddots Lv.13 25#

Challenger | Credits 18060   
kalau pasal Nabi Adam lak, dikatakan, dari asal kejadian Nabi Adam di jadikan, hanya 1 saja yang tidak  byk perubahan. iaitu,pada warna kuku.. wallahua'lam..

PerKasa 26#

Troublemaker | Credits -1   
ada juga aku terbaca
Nabi Mohammad SAW
ni muka dia bulat sikit rambut belah tengah
berjangut dan bermisal
serta bidang dada yg sempurna luas
gigi teratur rambut sehingga ke bahu

Insyaalah nanti jika aku jumpa artical itu
aku tempek ok

PerKasa 27#

Troublemaker | Credits -1   
ni pun dia

MUHAMMAD MANUSIA AGUNG KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

ADVERTISEMENT


PerKasa 28#

Troublemaker | Credits -1   
dan lagi

Bagaimana Rupa Sebenar Nabi Muhammad S.A.W?

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita..

PS:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

PerKasa 29#

Troublemaker | Credits -1   
satu lagi
bahagian 1 (MENGENAI RUPA BENTUK NABI MUHAMMAD S.A.W )


Berkata Hafiz Isa Muhammad Ibn Isa Tirmizi,sebagai berikut

Catatan:

Adalah diluar kemampuan manusia melukiskan gambaran rupa bentuk Rasulullah s.a.w jauh dari kesanggupan sesiapapununtuk menceritakan insan yang penuh cahaya ini.Walaubagaimanapun para sahbat disebabkan jiwa mereka yang bercahaya dan mempunyai kesanggupan,telah cuba mengambarkan rupa bentuk untuk memberikan memberiri sedikit bayangan baginda s.a.w kepada kita untuk memuaskan hati kita dengannya.

Qurtubi berkata bahawa kekacakan rasulullah s.a.w tidaklah dizahirkan,jika tidak, manusia tidak dapat menoleh sedikit pandanganpun kearahnya

Seorang penyair parsi  telah menyatakan dengan benar .bahawa segala kekacakan yang dipunyai oleh sekelian nabi dan rasul telah didapati sempurna sifatnya pada diri rasul terakhir
Kecantikan nabi Yusuf terserlah dengan sepenuhnya berbanding dengan kecantikan Rasulullah s.a.w dimana ia tidak serlahkan oleh Allah  dengan sepenuhnya

Sesungguhnya adalah merupakan sebagai satu tanggungjawab besar keatas umat yang telah dipikul keatas para sahabat yang mana bukan sahaja mereka mencatat dan memindahkan hadis hadis Rasulullah s.a.w tetapi juga berusaha menggambarkan rupa bentuk luaranya dan berjaya dalam usaha ini ketahap yang sungguh bernila sekali
Al-Barra`bin 'Azib r.a berkata bahawa bilau tidak pernah melihat sesiapapun melebihi tampan daripada Rasulullah s.a.w

Didalam riwayat lain
Syaidina Ali r.a berkata bahawa beliau tidak perenah melihat sesiapun terlebih kacak dan segak samaada sebelunya dan sesudahnya

Hind r.a  berkata bahawa wajah rasulullah s.a.w menyinar seumpama bulan purnama penuh

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa suatu ketika semasa malam bulanterang benderang"Daku sedang melihat kepada wajah Rasulullah s.a.w dan juga kearah bulan,tetapi mengikut pandanganku wajah Rasulullah s.a.w terlebih cantik daripada bulan




Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa rasulullah  s.a.w tersanggat putih seolah-olah baginda dijadikan daripada perak





Catatan mengenai warna wajah:

Baginda tidaklah putih,Baginda tidaklah putih seperti air kapur.Begitujuga warna wajahnya tidaklah diputihkan.Maknya keputihan baginda adalah putih kemerah- merahan

Ibrahim Baijuri menulis didalam "Mawahib"nya(ms.7) bahawa didalam dunia ini.warna iniwarna ini kelihatan sangat,mungkin ia mereha dan keputihan dan diakhirat mungkin pucat bersama keputihan.maka wajah putih Rasulullah s.a.wmempunyai unsur kemeraha-merahan dan terdapat cahaya didalamnya

catatan 1

Dengan ini imam-imam telah menyatakan bahawa"jika seseorang mengatakan bahawa warna wajah Rasulullah s.a.w adalah hitam,kita akan mengeluarkan fatwa kufur kepadanya kerana dia menyakiti dan memperkecil-kecilkan Rasulullah s.a.w .begitu juga dia menyalahi beberapa hadis mutawatir (yang terus menerus periwayatnya)yang telah membuktikan akan keputihan warna wajah Rasulullah s.a.w .kita akan akan mengelar orang-orang yang menafikan Hadi-hadis mutawatir sebagai kufur

(Marwahib m\s 8)

saden Lv.9 30#

Adventurer | Credits 3902   
thanks Perkasa.... rasa macam berdebar2 baca gambaran fizikal Nabi.... rasa macam Baginda ada kat depan & almost boleh sentuh, lalu rasa macam tak layak duduk depan Nabi dgn dosa yg penuh dlm diri ini. rasa macam kekotoranku mencemar kesuciannya....

baru nak sebut pasa Shamail Tirmizi, dah ada org sebut..

Hang Lv.18 31#

Master | Credits 61953   
Quote: Ustaz Harun Din pernah bermimpi jumpa nabi, dia kata kulit nabi amatlah putih bersih.

Apa amalan untuk kita boleh mimpi jumpa nabi?
elastic Post at 6-11-2009 04:24 PM


betul ke yang dijumpa itu Nabi..
hadis2 menyatakan kulit Nabi putih kemerahan....!

namawek Lv.3 32#

Senior | Credits 633   
nabi yusuf ke nabi muhammad yang paling handsom?

saden Lv.9 33#

Adventurer | Credits 3902   
Quote: betul ke yang dijumpa itu Nabi..
hadis2 menyatakan kulit Nabi putih kemerahan....!
Hang Post at 7-11-2009 08:46

pasal rupa nabi yang kita nampak dalam mimpi, kalau hati kita kata itu nabi, memang nabilah tu. tapi org alim cakap, macamana rupa yg kita nampak tu adalah berpunca dari amalan kita sendiri. kalau amalan kita buruk, kita nampak macam ada yg tak kena pada nabi, tapi itu cuma punca dari kita aje, padahal nabi tu sendiri tetap suci. contohnya macam kalau kita pakai rayban la. kalau pakai rayban merah nampak dunia semua merah, padahal dunia macam tu juga.

namawek Lv.3 34#

Senior | Credits 633   
Quote: pasal rupa nabi yang kita nampak dalam mimpi, kalau hati kita kata itu nabi, memang nabilah tu. tapi org alim cakap, macamana rupa yg kita nampak tu adalah berpunca dari amalan kita sendiri. kalau a ...
saden Post at 7-11-2009 12:02


ooooo....macam ni la....kawan aku yang dah mati accciden penah cakap dia jumpe nabi dalam mimpi....

kucingblue Lv.8 35#

Honour | Credits 3042   
Quote: satu lagi
Dengan ini imam-imam telah menyatakan bahawa"jika seseorang mengatakanbahawa warna wajah Rasulullah s.a.w adalah hitam,kita akan mengeluarkanfatwa kufur kepadanya kerana dia menyakiti dan memperkecil-kecilkanRasulullah s.a.w .begitu juga dia menyalahi beberapa hadis mutawatir(yang terus menerus periwayatnya)yang telah membuktikan akan keputihanwarna wajah Rasulullah s.a.w .kita akan akan mengelar orang-orang yangmenafikan Hadi-hadis mutawatir sebagai kufur


Racist gile imam-imam ni. What dark skinned people are lesser human beings? What dark means ugly?
Ape cite? Ape Islam ajar kulit hitam tu hodoh or kurang mulia ke?



p/s: I don't actually care how Rasulullah S.A.W looked like. Should I?

ADVERTISEMENT


True-X Author 36#

Superior | Credits 51027   
35# kucingblue

bab racist tuh aku agree..

those fizikal appearances tuh.. pada yg berminat je lah...

nanat87 Lv.3 37#

Senior | Credits 695   
Post Last Edit by nanat87 at 7-11-2009 17:36
Quote: Racist gile imam-imam ni. What dark skinned people are lesser human beings? What dark means ugly?
Ape cite? Ape Islam ajar kulit hitam tu hodoh or kurang mulia ke?



p/s: I don't actually c ...
kucingblue Post at 7-11-2009 15:33


jangan cepat sangat sentap la bro....kena tengok bahasa arab dolu, jangan pakai maen sergah jah dgn artikel2 bahasa melayu....imam2 tuh tak salah pom pasai dlm quran sundri dah habaq org yg fasik nih muka dia kelam/kusam/hitam (yang mana tak setepat pekataan zulumat dlm bahasa arab yg maksudnya mcm ditutupi cahaya)....

org2 hok beriman tuhan bagi perumpamaan muka putih becahaya (Again, ni bukan terjemahan tepat dr bahasa arab)...nih  suroh Yunus:26-27

[size=100%]Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.(26) [size=100%]

[size=100%]Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat),balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah;[size=100%]
[size=100%]muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita[size=100%]. [size=100%]Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (27)

nanat87 Lv.3 38#

Senior | Credits 695   
ni masalah bahasa la...bahasa melayu bukannya baguih sangat pom...kalu kita nok habaq pasai soal kulit hitam, tak dok pulok diguna pekataan aswad ka apa...ni guna zulumat...aku yakin sangat maksod imam2 tuh ialah hitam terlindung dr cahaya hidayah, bukan hitam dark skinned race

True-X Author 39#

Superior | Credits 51027   
38# nanat87

oo ok..
thanks for clarify those

kucingblue Lv.8 40#

Honour | Credits 3042   
but I dont' think imam-imam tu cakap pasal cahaya muka Nabi. Some people think that kulit dia happen to be gelap. I don't think any of those people are saying muka Nabi ni tak bercahaya, takde seri etc.

Let me quote an example.

Quote: aku pon cam penah bace nabi2 terdahulu orang berkulit hitam....waallahualam....
whadda Post at 6-11-2009 16:01


I don't think what whadda read was that nabi-nabi terdahulu ni tak berseri, tak bercahaya muka mereka. I think what she read was the natural color of the skin itself is dark.


Quote: Dengan ini imam-imam telah menyatakan bahawa"jika seseorang mengatakan bahawa warna wajah Rasulullah s.a.w adalah hitam,kita akan mengeluarkan fatwa kufur kepadanya kerana dia menyakiti dan memperkecil-kecilkan Rasulullah s.a.w...
1234Next