CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)

[Copy link]
Post time 2-7-2004 02:19 AM | Show all posts
Originally posted by Malik Al Hassan at 30-6-2004 09:43 AM:


u r always welkam pal ..... :bgrin::bgrin::bgrin:


:cool::cool::cool:


n dengan sape aku berurusan jika aku berminat memasuki angkatan tentera nih..?? masuk angkatan wataniah ppon dah cukop memadai.. :solute:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2004 09:05 AM | Show all posts
I think u can PM e.d5900 .... dia tau kut... just check or just get info from our penghulu Mod Jazim ... good luck pal...


:cool::cool::cool:
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by wufi at 2-7-2004 02:19 AM:


n dengan sape aku berurusan jika aku berminat memasuki angkatan tentera nih..?? masuk angkatan wataniah ppon dah cukop memadai.. :solute:



Ni untuk penjawat awam

1. Borang Permohonan

1.1 Pemohon-pemohon hendaklah menggunakan borang MINDEF-1.1999 yang boleh didapati di tempat-tempat berikut :-

i) Cawangan Khidmat Awam (Sel Pengambilan)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

ii) Pejabat-pejabat Tadbir Awam di tiap-tiap negeri iaitu di Markas 1 Briged Kem Rasah, Seremban; Markas 2 Briged, Ipoh; Markas 4 Briged, Kuantan; Markas 6 Briged, Sungai Petani; Markas 7 Briged, Kluang; Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu; Markas 10 Briged Kem Terendak, Melaka dan KD Malaya, Lumut.

Kalo nak 12 Briged, tanya Malik, die slalu sebut :lol

1.2 Pemohon-pemohon juga boleh memperolehi Borang MINDEF 1/1999 melalui Pos dengan cara mengirimkan sampul surat 32cm x 22cm beralamat sendiri berserta setem 30 sen da dialamatkan seperti berikut :-

Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan
Cawangan Khidmat Awam (Sel Pengambilan)
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Tingkat 2, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR


Permohonan juga boleh dibuat secara ON-LINE.
1.3 Pemohon-pemohon yang layak di bawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) atau Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan serta pastikan dokumen-dokumen berikut dikepilkan :-

i) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini; dan
ii) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terakhir.


1.4 Pemohon-pemohon yang terdiri daripada orang cacat hendaklah berdaftar dengan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

1.5 Permohonan calon berikut AKAN DITOLAK :

i) Tidak lengkap atau tidak terang;
ii) Tidak mengemukakan kesemua helaian borang MINDEF-1/1999;
iii) Tidak menulis nombor Kad Pengenalan;
iv) Tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang dalam perkhidmatan;
v) Tidak menyertakan dokumen yang diperlukan;dan
vi) Tidak ditandatangani

2. Umur


2.1 Calon untuk Lantikan Tetap



i) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;


ii) Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan;


iii) Bekas Anggota Tentera yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.


3. Taraf Jawatan

Tetap
4. Kemudahan-kemudahan dan Elaun-elaun

4.1 Anggota yang dilantik tetap layak menerima gaji yang ditetapkan mengikut skim perkhidmatan dan pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, seperti berikut :-

i) Imbuhan Tetap Kakitangan Awam :

a) Kumpulan Sokongan I - RM 80.00
b) Kumpulan Sokongan II - RM 65.00

ii) Imbuhan Tetap Perumahan

a) Kumpulan Sokongan I dan II - RM 90.00

iii) Bayaran Insentif
iv) Pinjaman Perumahan
v) Pinjaman Kenderaan
vi) Pinjaman Pembelian Komputer
vii) Kemudahan Rawatan di Hospital / Klinik Kerajaan
viii) Cuti Rehat Tahunan dan cuti-cuti lain yang layak

5. Alamat Permohonan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan KEPADA :
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan
Cawangan Khidmat Awam (Sel Pengambilan)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR




nih untuk military service




Angkatan Tentera Malaysia


1. Apakah itu Askar Wataniah?
Askar Wataniah (AW) adalah badan sukerela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah akan merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara.

HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara disamping penglibatan angkatan tentera.

Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.


2. Bagaimanakah saya dapat menyertai Askar Wataniah?
Sekiranya saudara/saudari ingin menyertai Askar Wataniah pada hari ini, silalah berhubung dengan pasukan-pasukan Tentera Darat atau Askar Wataniah yang berhampiran. Saudara/saudari juga boleh menghubungi Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) untuk keterangan lanjut di alamat berikut :-

Bahagian Simpanan Tentera Darat
Markas Tentera Darat
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Tel : 03-2921333 / 03-2941536 samb. : 2287 / 2290

3. Saya amat berminat untuk memasuki Maktab Tentera. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki maktab tersebut?

Semua warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik dan fizikal adalah layak untuk dipertimbanagkan. Kelayakan yang diperlukan adalah seperti berikut : Kelayakan Akademik - Lulus peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A atau 4A dan 1B.
Sekolah - Sedang belajar di tingkatan satu sekolah bantuan penuh kerajaan.
Kelayakan fizikal - Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata tidak melebihi 6/12 sermin mata.
Syarat Tambahan - Lulus ujian khas MTD dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
Surat Kebenaran - Daripada ibubapa atau penjaga kerana di bawah umur 18 tahun.


Tawaran memasuki MTD akan diiklankan dalam akhbar tempatan pada atau sebelum bulan Jun setiap tahun untuk membolehkan setiap calun mengikuti pelajaran di tingkatan dua pada awal semester pertama tahun berikutnya di MTD.


4. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi pegawai di dalam Angkatan Tentera Malaysia ?


Syarat kelayakan am adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia
Umur Pegawai Kadet - 18 ke 25 tahun
Pegawai Kadet ATMA - 17 1/2 ke 20 tahun
Pegawai Graduan - tidak melebihi 27 tahun
Pegawai Tugas Ikhtisas - tidak melebihi 30 tahun

Kesihatan Sihat keseluruhan, baik penglihatan dan tidak rabun warna.
Ketinggian minima bagi lelaki ialah 162 sm dan wanita 157 sm
Berat badan minima bagi lelaki ialah 50 kg dan wanita 45 kg
Ukuran dada(lelaki sahaja): Biasa - 76.2 sm dan Tarik Nafas - 81.2 sm.

Syarat kelayakan akademik ialah:

Pegawai Kadet Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat pangkat 1 atau 2.
Kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Rampaian Sains (atau lulus Fizik atau Kimia).

Pegawai Kadet ATMA Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat pangkat 1 atau 2.
Kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan 3 mata pelajaran lain yang telah ditetapkan oleh Universiti Teknologi Malaysia mengikut bidang pengajian tertentu. (Pengajian di ATMA terbahagi kepada pengajian akademik hingga ke peringkat Ijazah (Kejuruteraan/Sains/Teknologi) dan latihan ketenteraan).

Pegawai Graduan Memiliki Ijazah/Diploma dalam sebarang jurusan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.

Pegawai Tugas Ikhtisas Memiliki kelulusan seperti yang dinyatakan di bawah dan mendapat kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM. Kejuruteraan
- Ijazah Kejuruteraan Awam
- Ijazah Kejuruteraan Elektrik
- Ijazah Kejuruteraan Pengeluaran
- Ijazah Kejuruteraan Ukur Bahan
- Ijazah Kejuruteraan Jentera
- Ijazah Kejuruteraan Elektronik
- Ijazah Kejuruteraan Senibina
- Ijazah Kejuruteraan Komputer

Perubatan/Pergigian/Veterinar/Farmasi
- Ijazah Doktor Perubatan
- Ijazah Perubatan Veterinar
- Ijazah Doktor Pergigian
- Ijazah Farmasi

Pelajaran
- Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (Kepujian atau Am)
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau Am) serta Diploma Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda(Kepujian atau Am) di dalam bidang yang bersesuaian

KAGAT
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau Am) dalam Ilmu Pengajian Islam

5. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memasuki tentera LLP?
Syarat-syarat yang diperlukan adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia
Tamat Tingkatan 5
Berumur antara 18 ke 23 tahun
Taraf Kesihatan Sihat keseluruhan, baik penglihatan dan tidak rabun warna.
Ketinggian minima bagi lelaki ialah 162 sm dan wanita 157 sm
Berat badan minima bagi lelaki ialah 50 kg dan wanita 45 kg
Ukuran dada(lelaki sahaja): Biasa - 76.2 sm dan Tarik Nafas - 81.2 sm.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 10:22 AM | Show all posts
Mereka yg berminat utk menyertai angkatan tetap ATM tetapi telah gagal dlm permohonan rekrut/pegawai kadet masih boleh berusaha ke arah itu dlm AW. Sertai AW dan setelah tamat latihan rekrut, boleh memohon menyertai mana2 kor/rejimen yg diinginkan sebagai anggota tetap. Bagi mereka yg mempunyai kelulusan SPM yg baik dan/atau diploma/ijazah boleh memohon untuk menyertai latihan bakal pegawai (BP) AW pula dan setelah berjaya boleh memohon utk diserapkan ke dlm angkatan tetap. Perkara yg sama juga boleh dilakukan oleh warga PSSTLDM utk menyertai angkatan tetap TLDM dan menjadi pegawai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 10:35 AM | Show all posts
Terlupa laks, (curik mase sket)

KTMB, TNB, pelabuhan dsb ade jugak AW nye sendidi :AW Pakar

BAckup yg baik bile awam da x de mase darurat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by lipanlapan at 2-7-2004 10:04:

Syarat kelayakan am adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia
Umur Pegawai Kadet - 18 ke 25 tahun
Pegawai Kadet ATMA - 17 1/2 ke 20 tahun
Pegawai Graduan - tidak melebihi 27 tahun
Pegawai Tugas Ikhtisas - tidak melebihi 30 tahun

Kesihatan Sihat keseluruhan, baik penglihatan dan tidak rabun warna.
Ketinggian minima bagi lelaki ialah 162 sm dan wanita 157 sm
Berat badan minima bagi lelaki ialah 50 kg dan wanita 45 kg
Ukuran dada(lelaki sahaja): Biasa - 76.2 sm dan Tarik Nafas - 81.2 sm.

Syarat kelayakan akademik ialah:

Pegawai Kadet Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat pangkat 1 atau 2.
Kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Rampaian Sains (atau lulus Fizik atau Kimia).


mana ni, intake pegawai kadet TD tak kluar2 lagi?? cepat laa kluar :pray:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2004 06:18 PM | Show all posts
Semua warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik dan fizikal adalah layak untuk dipertimbanagkan. Kelayakan yang diperlukan adalah seperti berikut : Kelayakan Akademik - Lulus peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A atau 4A dan 1B.


kalau la tahu  dulu.. nak je eva apply MTD tu.. tapi dulu tak tau apa, tak well informed.. so banyak peluang terlepas .. by the way.. perempuan bleh join ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by eva at 2-7-2004 06:18 PM:


kalau la tahu  dulu.. nak je eva apply MTD tu.. tapi dulu tak tau apa, tak well informed.. so banyak peluang terlepas .. by the way.. perempuan bleh join ke?...


pompuan tak bleh la eva. tapi kalu mintak masuk OTD, peluang tu ada cerah la sikit....:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2004 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by tin at 2-7-2004 13:46:


pompuan tak bleh la eva. tapi kalu mintak masuk OTD, peluang tu ada cerah la sikit....:bgrin:


naper tak bleh??? :hmm:
OTD tu amenda??? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by eva at 2-7-2004 10:20 PM:


naper tak bleh??? :hmm:
OTD tu amenda??? :hmm:


sebab sekarang semua student dia lelaki. lagipun masa pemilihan dan duration of their studies memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. rangging pun kuat gak. hidup depa macam pegawai kadet la. depa ada old boys association yang lebih dikenali sebagai ex-puteras.

OTD tu makna dia Okestra Tentera Darat:lol:lollol


Ampun mak dara:pray:, hamba bergurau je:bodek::bodek::bodek:

[ Last edited by tin on 3-7-2004 at 12:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 04:04 AM | Show all posts
Originally posted by tin at 2-7-2004 16:07:


sebab sekarang semua student dia lelaki. lagipun masa pemilihan dan duration of their studies memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. rangging pun kuat gak. hidup depa macam pegawai  ...

:lol
hampess...
kalau eva join OTD memang menangis la sapa yg tengok show tu :lol
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2004 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by e.d5900 at 2-7-2004 10:39:


mana ni, intake pegawai kadet TD tak kluar2 lagi?? cepat laa kluar :pray:


sorry to break the news to you bro... kalau x silap aku,intake utk kadet dah tutup pasal diaorang dah training dah...sekarang nie intake utk grad off la pulak...next intake utk kadet mungkin buat dlm dec atau jan  next year...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2004 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by jazim at 2-7-2004 10:22:
Mereka yg berminat utk menyertai angkatan tetap ATM tetapi telah gagal dlm permohonan rekrut/pegawai kadet masih boleh berusaha ke arah itu dlm AW. Sertai AW dan setelah tamat latihan  ...


well said, bro...
atau another scenario would be like this, bila seseorang tu jiwa dier tak tenteram pasal tak leh nak berkhidmat untuk negara tapi pada masa yg sama sedih pasal pasukan keselamatan Malaysia diberi gaji yg "besar" berbanding negara maju yg lain, apa yg boleh dibuat ialah masuk AW, lepas tuh activate your life (cam iklan hotlink la plak),pd masa yang sama keje kat swasta kumpul duit bebanyak...sampai masa p buat kerahan cukup setahun,cuba minta serap regular (askar tetap)...:pray: insyaAllah,lepas tu jiwa mesti tenang sajer:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2004 11:15 PM | Show all posts
sparhawk,
kalau nak diserap jadi peg/LLP angkatan tetap kena buat kerahan dulu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2004 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by sparhawk at 4-7-2004 22:41:


sorry to break the news to you bro... kalau x silap aku,intake utk kadet dah tutup pasal diaorang dah training dah...sekarang nie intake utk grad off la pulak...next intake utk kadet mungkin bu ...


takkan tak kluar notice intake kat paper kut? :nf: bile junior cadet start training?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2004 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by jazim at 4-7-2004 23:15:
sparhawk,
kalau nak diserap jadi peg/LLP angkatan tetap kena buat kerahan dulu ke?


yup...betui tu...tapi nie sebenarnyer nak cukupkan syarat jer...lagipun kalau x silap aku... kerahan nie boleh buat 24hrs notice...so kena la jadi kerahan dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2004 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by e.d5900 at 2004-7-5 12:07:


takkan tak kluar notice intake kat paper kut? :nf: bile junior cadet start training?


eehhh .... ye kerrr???? :stp::stp::stp: e.d sori la I was too bz to keep track on the matter .... my friend pun tak inform aku ....


:cool::cool::cool:
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2004 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by e.d5900 at 5-7-2004 12:07:


takkan tak kluar notice intake kat paper kut? :nf: bile junior cadet start training?


la apa la tak dak keluar kat paper, ader laa... BH ngan Utusan Malaysia...aku tak berapa ingat tarikh dia tapi lebih kurang bulan satu /dua ituhari...
skrang nie caw. tenaga keja C tgh dok buat intake utk peg graduan ngan ikhtisas...so nasihat aku sapa2 interested ngan peg Kadet jgn la dok pi htr borang satgi, yang ditunggu tak dapat yang dikendong berciciran la plak...
aku tulis nie pun pasai buddy aku jadi intake officer kat situ...:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2004 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by Malik Al Hassan at 5-7-2004 13:54:


eehhh .... ye kerrr???? :stp::stp::stp: e.d sori la I was too bz to keep track on the matter .... my friend pun tak inform aku ....


:cool::cool::cool:


tak per malik. aku baru je call sel C tadik... depa kate bulan 8 kuar iklan.. bulan 9 pengambilan... pheww... :pray: i hope i'll get lucky this time..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2004 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by e.d5900 at 2004-7-5 13:57:


tak per malik. aku baru je call sel C tadik... depa kate bulan 8 kuar iklan.. bulan 9 pengambilan... pheww... :pray: i hope i'll get lucky this time..


all da best pal .... selamat bermandi peluh ...... lol:lol


:cool::cool::cool:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.250970 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list