CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2718|Reply: 19

Tampal sijil halal beli

[Copy link]
Post time 23-10-2009 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Maiamalina Mohemad Amin
[email protected]


KUALA LUMPUR: Sebuah restoran mewah di ibu negara yang mempamerkan logo halal besar di hadapan premis dikesan menggunakan sejenis kicap beralkohol buatan Jepun bagi menyedapkan masakan selain turut digunakan untuk memerap ayam sebelum dimasak dan dihidangkan.

Penggunaan kicap mengandungi alkohol itu terdedah apabila lima pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu restoran berkenaan di Wangsa Maju di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Ketika pemeriksaan, pemilik restoran terbabit mendakwa dia membeli sijil halal yang tidak diiktiraf Jakim itu pada harga RM3,000 daripada sebuah syarikat.

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata sijil halal palsu berkenaan sebelum ini turut dikesan dijual pihak syarikat terbabit secara berleluasa terutama kepada pengusaha syarikat pengeluar makanan bukan Islam.


Seorang tukang masak beragama Islam yang ditemui mengakui diarahkan menggunakan sejenis kicap khas diimport dari luar negara untuk memasak hidangan kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui empat botol kicap terbabit yang didapati mengandungi alkohol dan digunakan sebagai bahan wajib dalam kebanyakan hidangan.

“Susulan itu, pegawai Jakim merampas semua kicap berkenaan untuk dibawa pulang ke ibu pejabat Jakim bagi siasatan lanjut. Kami percaya, kicap terbabit turut berfungsi mirip wain yang turut menjadi bahan popular dalam resipi masakan barat,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan sama turut dilakukan terhadap sebuah restoran berhampiran yang dikesan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pemilik restoran terbabit yang berusia 40-an tidak pernah memohon sijil halal Jakim, sebaliknya mendapatkan sijil yang tidak diiktiraf kerajaan.

Berikutan itu, pegawai Jakim mengarahkan logo halal Jakim itu ditanggalkan serta-merta selain menasihatkan pemilik restoran terbabit membuat permohonan ibu pejabat jabatan berkenaan di Putrajaya.

Mohd Amri berkata, pemilik restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.



Sementara itu, syarikat yang mengeluarkan sijil perakuan halal kepada restoran di Wangsa Maju itu mendakwa sijil dikeluarkan mereka sah dan diperakui secara meluas di seluruh dunia.

Kakitangan wanita syarikat itu yang enggan dikenali berkata, bagi pemilik restoran yang ingin mendapatkan sijil halal, mereka perlu memastikan ayam dan semua jenis daging termasuk kambing, lembu, kerbau dan sebagainya yang boleh dimakan mempunyai sijil sembelihan yang sah.

“Semua pihak boleh memohon dapatkan sijil halal ini dengan borang diperoleh menerusi laman web kami, tapi perlu sertakan dokumen berkaitan termasuk mahu sijil sembelihan yang disahkan halal, menu masakan dan bahan digunakan.

“Setiap permohonan diterima akan disemak pegawai kami sebelum melakukan pemeriksaan menyeluruh di restoran terutama bahagian dapur, malah pemohon perlu menyertakan dua kakitangan beragama Islam memasak di dapur.

“Selepas berpuas hati dan yakin pengurusan restoran menggunakan produk halal barulah kami akan keluarkan sijil yang dicaj mengikut kriteria tertentu sama ada dalam mahupun luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata, bayaran untuk pengeluaran sijil halal bagi restoran di Lembah Klang ialah RM800 tidak termasuk caj pemeriksaan RM200, manakala untuk kios, medan selera, kafe dan kantin, masing-masing dikenakan bayaran RM200, RM400 dan RM600.




~~~ aku bukan nak komen psl kicap
tapi psl Logo HALAL yg boleh dibeli dgn harga ciput tuuu ... alahaiiii rasuah !! Sabor jer laaaa :geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 01:35 PM | Show all posts
Aku rasa mesti yg Taiwan Islamic Association kan? Aku tengok kedai sini pun ada gak pakai tu.. tapi diorang jenis yg responsible lah. Lepas diorang dpt sijil halal tu, aku tak tengok lagi diorang jual champagne ice cream.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 01:44 PM | Show all posts
restoren apa????
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 02:01 PM | Show all posts
sepatutnya cakap la nama restoren tersebut. senang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 02:03 PM | Show all posts
kicap pe? kikoman?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 02:20 PM | Show all posts
bukan ke kuar paper aritu kata sijil halal yg sah hanya yg dikeluarkan oleh jakim? apesal berlambak2 restoran kat klcc tempek logo halal yg S.E.A. punye? makanan food court mmg aku tak layan... sangat meragukan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2009 02:24 PM | Show all posts
kalau nak diharapkan kompetensi Jakim kita semua dah lama makan babi. satu tertangkap beribu lagi ada.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 02:33 PM | Show all posts
jakim lembab x tegas!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 04:15 PM | Show all posts
dah berapa banyak org islam makan makanan tak halal aku pun tak tahu. sapa nak tanggung tuuuuu......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 04:23 PM | Show all posts
takde nama restorenker
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 04:31 PM | Show all posts
BBQ chicken outlet kah..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 05:06 PM | Show all posts
sepatutnya cakap la nama restoren tersebut. senang sikit
zach2008 Post at 23-10-2009 14:01




ni pon satu peel LEMAU wartawan mesia bolehland ...


selain kengkadang salah bagi info, salah tarikh, salah nama .... bila dah terang2 tau restoran mana tak pulak nak sebut.

sooooooooo contradicting, at one point nak tunjukkan kesalahan restoran menganaya org ramai dengan sijil pelesu tapi si media masa plak sorokkan nama restoran.

Mana satu objektif yg dia nak capai pon aku peninggg ... vodo tak leh ajor :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 05:28 PM | Show all posts
rasuah apa plak ni bola....kan dia kata beli kat sebuah syarikat...bukan beli kat Jakim..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 05:31 PM | Show all posts
Aku risau tul pasal steamboat2 buffet yg cina bukit taukenya, ntah halal ke x tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 05:36 PM | Show all posts
susah sgt ke nak letak no kod kat sijil halal tu?baget besar ke?kat hotel besar mcn sijil halal die?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 05:38 PM | Show all posts
Den ghisau gak cam halal dari luar, contoh logo halal asia yg diguna pakai oleh restoren luar negara macam Black Canyon, WhiteCoffee, Windmill dan bnyk2 tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 05:40 PM | Show all posts
Kalau tulis je PORK-FREE orang kita ramai2 gi banjiri tempat tu, walaupun ada jual arak.. alasan tauke tu x jual pork, tapi dia jual arak untuk minum.. tapi camner kalau2 dia perap/masak makanan guna arak, ada diorang kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 05:45 PM | Show all posts
Btw kan... kenapa kuasa penguatkuasaan tak diperluaskan utk semua jabatan agama Islam? Ini aku tengok, tiap kali nak buat raid, terpaksa bawak polis dulu. Then tumpang lokap polis. Contohnya pasal makanan halal nie, kalau diorang bebas diberi kuasa membuat penguatkuasaan, banyak raid yg diorang boleh buat, tanpa menunggu polis terlebih dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 06:05 PM | Show all posts
arak khas utk makanan ke..atau arak minum taruk dalam makanan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:45 PM | Show all posts
restoren apa????
baby_pingu Post at 23-10-2009 13:44


Premis yang terlibat :-
1. Island Red Phoenix Sdn. Bhd
2. Four Happy Seasons Restaurant Sdn. Bhd
di Wangsa Maju
3. Rest Twenty Three
di Kajang




kicap yg dirampas


pas2 ada lagi... ni dekat Bandar Utama....1. Hailam Kopitiam Sdn. Bhd

2. Mr. Boaz


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.075059 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list