CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jin9708

Participant in LIMA Airshow - Info Berkaitan Pesawat dan Perlatan...

[Copy link]
Post time 1-12-2009 08:32 AM | Show all posts
Off to a roaring start

2009/12/01

LANGKAWI: It is all systems go as the Langkawi International Maritime and Aerospace 2009 (Lima '09) exhibition kicks off today.

The soft launch today by Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi begins with a roaring display of aerobatics by three of the Royal Malaysian Air Force's MiG-29N Fulcrum fighters, before landing closely, one after another.

Waiting for take-off at the other end of the runway, however, will be one of RMAF's latest acquisitions, the Aermacchi MB-339CM trainer.

This sleek aircraft will also perform several manouvres before being replaced by what is now the pride of the RMAF's fleet -- the Sukhoi SU-30MKM Flanker.

The amazing agility of the aircraft and its sheer power will be brought to the fore in an amazing display of flying that will leave the crowds breathless and wanting more.

And as the new Flanker sets down its wheels on the tarmac of Langkawi International Airport, waiting in the wings will be a veteran -- the Royal Australian Air Force's F-111 Aardvark, which is making one of its last appearances.

The last Lima was supposed to have been its last "mission", but its retirement was postponed and the crowds will again get to see how this plane can perform.

And for the first time in Lima's history, the Republic of Singapore Air Force will showcase its capabilities with two of its more formidable aircraft -- the F-16 Fighting Falcon jet and the AH-64D Apache Longbow attack helicopter.

The air show will end with another first. Making a one-time appearance is one of the legends of air forces the world over -- the B-52 Stratofortress.

Expect the air to reverberate as the massive eight-engine jet bomber, capable of hugging the stratosphere (hence, the name) and delivering 32,000kg of munitions, including nuclear weapons, performs a low-level pass before flying off again, destination unknown.

The air shows will take place twice a day, at 10am and 2.30pm, until the show ends on Saturday, but the B-52 will be replaced with the Malaysian Maritime Enforcement Agency's (MMEA) Bombardier CL-415 amphibious aircraft.

On static display will be all the aircraft mentioned so far, except for the B-52, and others, including the RMAF's Pilatus PC-7 trainer, CN-235 transport aircraft and RF-5E Tiger; the MMEA's Dauphin helicopter; the Royal Malaysian Navy's Fennec and Super Lynx helicopters; the army's A109M light observation helicopter; the police AS 355N helicopter and Cessna Caravan aircraft; and a MASwing ATR-72.

In terms of search and rescue and air ambulance aircraft, there is the RMAF's Nuri, the Fire and Rescue Department's Mi-17 helicopter.

Foreign aircraft include the Royal Brunei Air Force's Black Hawk, a Learjet 60XR, Challenger 850, an Augusta Grand Heli and another CN-235 from Indonesia.

Meanwhile, at the Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), more than 300 exhibitors, ranging from small local companies to large multinationals have filled its space.
Vaio X - Just Right. Nothing More.       


Though a smaller number have turned up this year than at Lima '07, the number of maritime exhibitors has increased. The lower number, though, has been attributed to the world economic climate.

Large Malaysian companies include Sapura and Boustead Heavy Industries, while their foreign counterparts include EADS, BAE Systems, DCNS, Finmeccanica and Fincantieri, among others.

There are also 11 national pavilions for visitors to take in at MIEC, ensuring there is something for everyone here.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is expected to arrive here later today and will officially launch the exhibition tomorrow night at a gala dinner.

Not unlike the number of maritime exhibitors, the number of ships this time is bigger than ever. Anchored off the main island at Porto Malai are 99 warships and other vessels, including the star of the show, Malaysia's first submarine KD Tunku Abdul Rahman.

This evening, Zahid is scheduled to take in the international fleet review at Porto Malai.

Expect more surprises along the way, as every Lima, which is now into its 10th edition, has its little joys.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 08:34 AM | Show all posts
Langkawi 'invaded' by 99 ships

2009/12/01

LANGKAWI: There will be one ship for each of the 99 islands in the Langkawi area at the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima) this year.

Five more vessels have confirmed participation and arrived yesterday morning, joining the 94 already anchored off Porto Malai.

Two were from the Philippines and three were offshore patrol vessels from the Royal Malaysian Navy (RMN).

In all, nine countries have sent ships to the event.

Lima '09 will feature the largest ever contingent of ships as compared to only 71 ships at the last event.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, at a luncheon aboard RMN frigate KD Lekiu, said at least five of the rulers, as well as the Sultan of Brunei, would be coming to Porto Malai to inspect the latest addition to the RMN -- Scorpene submarine KD Tunku Abdul Rahman.

However, it will not be open to the public.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:35 AM | Show all posts
96 anggota perubatan ATM di hospital medan

AHMAD Zahid Hamidi bertanya khabar kepada petugas syarikat SAAB dari Sweden, Thomas Bunnfors yang mengalami masalah kurang air dalam badan di hospital medan ATM, Langkawi, semalam.

LANGKAWI 30 Nov. - Seramai 96 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan di hospital medan milik pasukan itu sepanjang berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, para petugas itu antaranya terdiri daripada 10 pakar pelbagai bidang dan lapan pegawai perubatan ATM.

Katanya, kehadiran pegawai perubatan dan kemunculan hospital medan milik Hospital Angkatan Tentera itu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini adalah sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan.

''Dengan adanya kelengkapan ini, kepercayaan para peserta, petugas dan pengunjung LIMA dapat dipertingkatkan.

''Selain itu, ATM juga menyediakan ambulans udara bagi membawa pesakit yang cedera ke Hospital Langkawi jika terdapat kecemasan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, hospital medan ATM itu turut dilengkapi 50 buah katil, sebuah bilik pembedahan, sebuah bilik imbasan sinar X dan beberapa buah ambulans.

Kata beliau, ia merupakan penyertaan pertama Kor Kesihatan Diraja dalam siri penganjuran LIMA.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan, sebanyak 99 kapal dari Malaysia dan negara-negara peserta LIMA 2009 mengambil bahagian dalam pameran kali ini sebagai simbolik terhadap 99 jumlah kepulauan kecil di sekitar Langkawi.

Kata beliau, jumlah itu merupakan tambahan kepada 94 bilangan asal kehadiran kapal yang dijadual menyertai LIMA 2009.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:35 AM | Show all posts
Manfaatkan pemantauan udara

LANGKAWI 30 Nov. - Tahap kesiapsiagaan negara-negara serantau terutama dalam menangani ancaman bukan tradisional boleh dipertingkatkan menerusi kekuatan kuasa pemantauan dari udara jika ia dimanfaatkan sepenuhnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tradisonal di kalangan negara yang mempunyai kekuatan udara kini bukan sekadar pemantauan tetapi lebih kepada kesiapsiagaan.

Katanya, justeru pendekatan yang digunakan bagi pesawat pejuang tidak lagi boleh menggunakan kaedah sama tetapi beralih kepada yang memiliki pelbagai fungsi.

"Mungkin juga melihat dari segi sistem amaran awal dan penggunaan radar yang boleh berkomunikasi menerusi ketiga-tiga perkhidmatan iaitu tentera udara, darat dan laut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Angkatan Udara sempena Pameran Maritim dan udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Rodzali Daud.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, statistik operasi pemantauan di udara Eye in the Sky (EiS) yang dilancarkan pada 2005 untuk memantau Selat Melaka menunjukkan pengurangan kegiatan rompakan bersenjata.

Katanya, ia membuktikan ciri-ciri kuasa udara masih berkesan dalam menangani ancaman bukan tradisional.

"Apabila digabung dengan kerjasama agensi-agensi awam, ia boleh menjadi satu wadah yang amat berkesan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, antara pendekatan masa depan dalam kegiatan pemantauan maritim adalah menerusi pesawat tanpa pemandu (UAV) yang lebih rendah kosnya.

Mengulas lanjut mengenai UAV pada sidang akhbar selepas itu, beliau memberitahu, pada masa ini terdapat dua syarikat tempatan iaitu Kumpulan Sapura dan Composite Technology Research Malaysia (CTRM) yang mengeluarkan UAV taktikal mereka sendiri.

Menurutnya, kedua-dua UAV itu telah diuji dan didapati mempunyai daya tahan operasi sehingga 12 jam dan dikawal pada radius 200 kilometer.

"Saya harap kedua-duanya akan mendapat kontrak bukan sahaja daripada Kementerian Pertahanan tetapi agensi-agensi penguatkuasaan selain Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Keselamatan Negara bagi tujuan pemantauan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:36 AM | Show all posts
Singapura pamer helikopter penyerang Apache

PESAWAT pejuang F-16C/D dan helikopter penyerang Apache AH-64D miliki Tentera Udara Republik Singapura menjalani latihan sebagai persiapan pertunjukan udara LIMA 09 di Langkawi, semalam.

LANGKAWI 30 Nov. - Kelibat helikopter penyerang Apache AH-64D Longbow milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 09) kali ini menarik perhatian ramai.

Helikopter Apache buatan syarikat Boeing itu merupakan sebahagian daripada delegasi republik itu bersama dua buah pesawat pejuang F-16C/D Fighting Falcon yang menyertai pameran dwitahunan itu buat pertama kali.

Pembabitan helikopter itu menarik perhatian ramai kerana terdapat kemungkinan ini adalah kehadiran pertamanya di ruang udara Malaysia, kerana sebelum ini tidak ada laporan media menyebut tentang penglibatan helikopter itu dalam latihan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Apache dan sebuah pesawat pejuang Fighting Falcon milik republik terbabit akan terlibat dalam pertunjukan udara setiap hari sepanjang tempoh LIMA berlangsung mulai esok hingga 5 Disember.

Helikopter penyerang dua tempat duduk itu yang dicat serba hitam untuk kelicikan operasinya pada waktu malam, mempunyai reputasi yang menggerunkan berikutan aksinya ketika Perang Teluk Pertama dan Perang Teluk Kedua.

Reputasinya yang menggerunkan di kalangan kawan dan lawan itu bukan sahaja disebabkan kecanggihan teknologinya, tetapi juga terhadap kemampuannya untuk membawa pelbagai jenis sistem persenjataan dan sistem pengesan.

Salah satu sistem persenjataan utamanya adalah, 16 butir peluru berpandu penangkis kereta kebal 'Hellfire' yang mampu memusnahkan sasaran seperti kereta kebal sejauh lapan kilometer serta meriam 'Chain Gun' 30mm.

Selain peluru berpandu, Apache turut berkemampuan untuk membawa pelbagai jenis roket.

Ketika ini, RSAF dengan 20 buah helikopter Apache yang dimilikinya merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengoperasikan helikopter penyerang itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:37 AM | Show all posts
Singapura pamer helikopter penyerang Apache

PESAWAT pejuang F-16C/D dan helikopter penyerang Apache AH-64D miliki Tentera Udara Republik Singapura menjalani latihan sebagai persiapan pertunjukan udara LIMA 09 di Langkawi, semalam.

LANGKAWI 30 Nov. - Kelibat helikopter penyerang Apache AH-64D Longbow milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 09) kali ini menarik perhatian ramai.

Helikopter Apache buatan syarikat Boeing itu merupakan sebahagian daripada delegasi republik itu bersama dua buah pesawat pejuang F-16C/D Fighting Falcon yang menyertai pameran dwitahunan itu buat pertama kali.

Pembabitan helikopter itu menarik perhatian ramai kerana terdapat kemungkinan ini adalah kehadiran pertamanya di ruang udara Malaysia, kerana sebelum ini tidak ada laporan media menyebut tentang penglibatan helikopter itu dalam latihan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Apache dan sebuah pesawat pejuang Fighting Falcon milik republik terbabit akan terlibat dalam pertunjukan udara setiap hari sepanjang tempoh LIMA berlangsung mulai esok hingga 5 Disember.

Helikopter penyerang dua tempat duduk itu yang dicat serba hitam untuk kelicikan operasinya pada waktu malam, mempunyai reputasi yang menggerunkan berikutan aksinya ketika Perang Teluk Pertama dan Perang Teluk Kedua.

Reputasinya yang menggerunkan di kalangan kawan dan lawan itu bukan sahaja disebabkan kecanggihan teknologinya, tetapi juga terhadap kemampuannya untuk membawa pelbagai jenis sistem persenjataan dan sistem pengesan.

Salah satu sistem persenjataan utamanya adalah, 16 butir peluru berpandu penangkis kereta kebal 'Hellfire' yang mampu memusnahkan sasaran seperti kereta kebal sejauh lapan kilometer serta meriam 'Chain Gun' 30mm.

Selain peluru berpandu, Apache turut berkemampuan untuk membawa pelbagai jenis roket.

Ketika ini, RSAF dengan 20 buah helikopter Apache yang dimilikinya merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengoperasikan helikopter penyerang itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2009 08:38 AM | Show all posts
Harga tiket pertunjukan udara dikurangkan kepada RM10

LANGKAWI 30 Nov. - Harga tiket pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA 2009) dikurangkan kepada RM10 daripada RM20 sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hari ini bahawa pihak penganjur iaitu HW Lima Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk mengurangkan harga tiket pertunjukan udara itu.

"Saya telah minta pihak penganjur untuk memberi diskaun 50 peratus dan mereka bersetuju," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke hospital lapangan Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia di sini.

Pertunjukan udara hanya akan dibuka kepada orang ramai pada hari terakhir LIMA iaitu pada 5 Disember. LIMA 2009 akan bermula esok.

Sebanyak 15 pesawat akan terlibat dalam pertunjukan udara termasuk pesawat kemegahan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu MIG-29N dan SU-30MKM.

Ahmad Zahid juga berkata, jumlah kapal yang terbabit pada pertunjukan statik maritim di Awana Porto Malai juga telah ditambah kepada 99 buah sempena 99 buah pulau di Pulau Langkawi. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:39 AM | Show all posts
Jangan khuatir kehadiran RSAF

LANGKAWI 30 Nov. - Rakyat negara ini tidak perlu bimbang dengan kehadiran Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini khususnya tentang kemungkinan ia akan mewujudkan perlumbaan senjata antara Malaysia dengan republik itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama erat dan sikap saling mempercayai penting dalam perkara berkenaan bagi menjaga hubungan baik antara kedua-dua buah negara.

Katanya, ia selaras dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjaga kemakmuran dan kebersamaan antara negara-negara jiran.

"Saya fikir jangan kita mempunyai pandangan yang terlalu mendalam mengenainya.

"Saya tidak fikir kita harus melayani aspek itu kerana jika tidak, kita akan sampai pada peringkat yang tiada akhir dan penghujungnya dalam persaingan senjata dengan negara jiran," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Angkatan Udara sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kebimbangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kemungkinan berlakunya persaingan senjata dengan kehadiran RSAF di negara ini.

RSAF akan membuat penampilan pertama pada LIMA yang berlangsung di sini mulai esok sehingga 5 Disember ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin para pemimpin negara jiran ikhlas dalam tindakan mereka seperti juga yang diamalkan oleh negara ini.

Katanya, jika wujud sebarang permasalahan, ia harus diselesaikan secara baik menerusi hubungan tertentu antara panglima tentera perkhidmatan masing-masing.

"Dengan adanya kerjasama dan saling mempercayai, maka banyak masalah boleh diatasi. Namun kita mahu kawasan dan hak sempadan kita dihormati oleh negara jiran dan tidak mahu kesempatan kerjasama yang ada, diambil peluang untuk unsur-unsur pengintipan yang akan merosakkan hubungan serta kepercayaan," ujar beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 08:39 AM | Show all posts
Nuri boleh diguna sehingga 2020?

LANGKAWI 30 Nov. - Dilema kerajaan untuk menggantikan helikopter Nuri iaitu Sikorsky S61A dengan Eurocopter EC725 disebabkan kegawatan ekonomi mungkin selesai sekiranya pesawat Nuri dibaik pulih menerusi program pemodenan terbaru Airod Sdn. Bhd.

Ketua Projek Nuri Airod, Juanudin Rahmat Zainal Abidin menjelaskan, program pemodenan itu melibatkan pertukaran panel kokpit analog yang digunakan sekarang kepada panel kaca digital.

Selain itu katanya, program itu juga membabitkan penukaran kipas besi Nuri kepada kipas komposit yang lebih ringan dan kuat.

''Panel digital kokpit yang telah dibangunkan memberi lebih banyak paparan seperti radar cuaca serta bentuk muka bumi sementara kipas komposit pula berupaya mengangkat beban yang lebih berat.

''Dengan itu, Nuri mampu bertahan lebih lama sehingga 2020," katanya kepada pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 yang akan bermula esok.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ismail ketika menjadi Panglima Tentera Udara tahun lalu mengakui Nuri hanya mampu bertahan sehingga 2015.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pertukaran Nuri dengan pembelian 12 buah Eurocopter kerana proses baik pulih pesawat lama itu menelan kos yang tinggi tetapi tempoh surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter mengenai pembelian itu tamat Ogos lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun memberitahu, pembelian tersebut masih dalam kajian memandangkan negara terjejas akibat kegawatan ekonomi dunia.

Menurut Juanudin, masalah senggaraan pada Nuri yang menelan kos tinggi adalah kerana peralatannya semakin lapuk dan alat gantinya kini kurang dikeluarkan.

Katanya, penukaran kipas dan panel kokpit digital menjamin keselamatan Nuri dan kos senggaraan yang lebih murah.

''Selain mengatasi masalah barangan yang semakin lapuk, pertukaran panel digital kaca juga memastikan tugas juruterbang Nuri semakin mudah dan selamat," ujarnya.

Beliau yang telah 20 tahun bertugas menyenggara Nuri memberitahu, kira-kira 600 pesawat itu masih berkhidmat dengan angkatan tentera di seluruh dunia.

Ketika ini, terdapat 28 pesawat Nuri yang digunakan dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:39 AM | Show all posts
Peluru berpandu penangkis kete kebal??.. muahahahaha
sape la nak baling kete kebal kat apache tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 01:43 PM | Show all posts
109# guyfawke

Upgrade analog instruments to glass cockpit is one thing, tapi adakah body dan structure Nuri yg dah berkhidmat 20 tahun masih boleh bertahan dgn masalah metal fatigue etc?..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 02:20 PM | Show all posts
111# areguard

itu semua strategi airod tu..beli chopper baru kalu itu soru pun sudah miss le...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 02:57 PM | Show all posts
airframe uzur pon tukar sekali ngan airframe komposit, ctrm boleh design n supply.... last2 senang cerita buat baru terus la semua parts n komponens nuri tuh dlm negara, enjin jer yg import... hah...dapat nuri baru 100% beralaskan nuri lama...  siapa pon tak tau....huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:41 PM | Show all posts
Bright Skies, Hazy Future

Due to the economic crisis, Malaysian defence procurements for the next five years are not expected to excite local and foreign industry players.

With another air show planned at the old Subang airport, the future of Lima also remains uncertain although Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said that Langkawi would remain the venue for the biennial show.

No major deals are expected during Lima, with only the Malaysian Maritime Enforcement Agency expected to sign a deal worth RM300 million for the supply and delivery of special mission equipment for its two Bombardier CL-415 Multi Purpose amphibious planes.

Speculation that the government is expected to sign a RM1.604 billion deal with Eurocopter Malaysia Sdn Bhd for 12 EC-725 Cougar helicopters appears to be incorrect.

Another contract expected to be signed, the maintenance contract for the Royal Malaysian Navy Perdana Menteri-class submarines, has also been postponed.
jet

This year's Lima also lost its main attraction as not a single aerobatic aerial display has turned up for the show.

Spectators will only see displays by the Royal Malaysian Air Force Sukhoi Su-30MKM multi-role combat aircraft and the Republic of Singapore Air Force's F-16 fighter jets and Apache attack helicopters.

Other aircraft taking part are the Royal Australian Air Force F111 strike/interdictor jets and helicopters from the Malaysian navy.

A total of 325 exhibitors from 25 countries are taking part in Lima. The exhibition is expected to draw more than 40,000 trade visitors and 236 delegates from 40 countries.

Regular attractions include the international fleet review and the "battle of the bands" competition between naval bands from all over the world, including the RMN.

There will also be a Tourism Carnival showcasing food, beverage, handicraft, cultural performances and music at Awana Porto Malai and Pandak Mayah in Kuah.

The maritime segment of Lima is held at Porto Malai and will be open to the public tomorrow, while the aerospace segment staged at the Mahsuri International Exhibition Centre will only be opened to the public on Saturday. The entrance fee is RM10 per person.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:52 PM | Show all posts
Lima '09 bermula dengan pertunjukan udara


LANGKAWI: Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi edisi 2009 (Lima '09) bermula hari ini dengan pertunjukan aerobatik oleh pelbagai pesawat udara yang cukup mempesonakan.

Majlis perasmian Lima '09 pagi ini disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), yang menampilkan gabungan kawasan pameran bagi segmen pertunjukan udara dan maritim.

Turut hadir pada majlis pagi ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean yang juga Menteri Pertahanan republik itu.

Singapura yang menyertai Lima buat pertama kali menghantar helikopter penyerang Apache AH-64D Longbow dan sepasang pesawat pejuang untuk menyertai Lima kali ini.

Pertunjukan udara bermula dengan persembahan tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) MIG-29N yang dijangka akan dilupuskan menjelang akhir tahun depan.

Pesawat yang dikenali dengan panggilan "Taufan Ganas" itu mempamerkan gerakan cukup mendebarkan penonton.

Malaysia yang memiliki 18 MIG-29N memutuskan untuk melupuskan pesawat itu tahun depan dan menggantikannya dengan jet pejuang pelbagai fungsi (MRCA) yang lebih mantap.

Pertunjukan udara selama 12 minit itu mencuri tumpuan pengunjung, sekaligus membuktikan bahawa walaupun dijangka akan digantikan tahun depan, pesawat supersonik itu masih memiliki keupayaan yang perlu disegani.

Kemudian tiba giliran satu-satunya wakil pesawat SU-30MKM atau dikenali sebagai Sukhoi, mempesonakan hadirin dengan gerakan mantap yang membuktikan kepada orang ramai keupayaannya sebagai sebagai sebuah pesawat pejuang paling hebat dan canggih milik negara.

Helikopter penyerang Apache AH-64D Longbow milik Singapura kemudiannya menguasai ruang udara kawasan pameran dengan pertunjukan yang mendebarkan, bersama pesawat pejuang F-16C/D Fighting Falcon.

Tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pameran pagi ini ialah pesawat Tentera Udara Diraja Australia F-111 "Aadvark", sebelum diikuti pesawat B-52 "Stratofortress" milik angkatan tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Guam.

Kehadiran pesawat B-52 yang cukup terkenal dengan peranannya melaksanakan "carpet bombing" dalam konflik di Vietnam dan Perang Teluk, turut mendapat perhatian ramai pada Lima tahun ini.

Sejumlah 15 pesawat dan helikopter dijadual mengambil bahagian dalam pertunjukan udara setiap hari sepanjang tempoh Lima 2009 ini.

Dengan penyertaan 325 pempamer dari 25 negara, pameran itu menampilkan peralatan maritim, udara dan pertahanan yang cukup banyak dan dijangka menarik kunjungan 30,000 pelawat.

Antara syarikat antarabangsa yang mengambil bahagian dalam Lima 2009 ialah Eurocopter, Thales, BAE Systems, DCNS dan AgustaWestland.

Manakala syarikat tempatan termasuk National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd (NADI), Airod Sdn Bhd, Boustead Naval Shipyard dan Composites Technology & Research Malaysia (CTRM). - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by curryjames71 at 1-12-2009 16:36

And the story goes on for LIMA 09. Yang pastinya...LIMA akan datang mungkin tak wujud dah lepas ni. Pavilion MIAC pun lebih 80% ruang adalah Malaysian companies. Jadi we can say adios amigos to next LIMA. Lepas tu bermula la episod blame game..seperti biasa peniaga kat Langkawi (Makcik Temah jual kuih cekodok) jadi mangsa kerana menaikkan harga barangnya sampai 500%. hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 04:47 PM | Show all posts
kalau banyak m'sian company jer, sure buhsan giler.........
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 05:06 PM | Show all posts
airframe uzur pon tukar sekali ngan airframe komposit, ctrm boleh design n supply.... last2 senang cerita buat baru terus la semua parts n komponens nuri tuh dlm negara, enjin jer yg import... hah...d ...
windof Post at 1-12-2009 14:57



macam Iran buat sekarang nih lah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 05:08 PM | Show all posts
kalau banyak m'sian company jer, sure buhsan giler.........
jofizo Post at 1-12-2009 16:47



aku lagi suka kalau ada macam2 inovasi keluaran diorang..... :pompom:  jadi Indon tak boleh kutuk..... sebab katanya kita tak boleh MANDIRI (Mandi Berdiri)
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 05:19 PM | Show all posts
aku lagi suka kalau ada macam2 inovasi keluaran diorang..... :pompom:  jadi Indon tak boleh kutuk..... sebab katanya kita tak boleh MANDIRI (Mandi Berdiri)
HangPC2 Post at 1-12-2009 17:08


Tapi kalau produk depa dalam ketegory sama..je lepas tu pulak produkdepa bersangkut rapat dengan trak 3 tan lori 1 tan..hmm...manyak busanoohh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070512 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list