CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3602|Reply: 31

Guna Nama Agama Untuk Parti Politik?

[Copy link]
Post time 27-8-2009 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Adakah wajar mana-mana pertubuhan politik
menggunakan nama agama pada nama yang didaftar?

dalam konteks agama Islam, adalah tidak mustahil berlakunya
kekeliruan di kalangan masyarakat apabila timbul
isu berkaitan agama, contohnya apabila pandangan
atau ulasan melibatkan soal hukum-hakam dan akidah
boleh bercanggah dengan niat asal yang mungkin
semata-mata bertujuan untuk meraih undi dan pengaruh

jika wujud Parti Buddha Semalaysia (PBS) atau
Partai Kristian Negara (PKN), mungkin mereka kurang terdedah
kepada keadaan sedemikian, tidak sepertimana yang boleh berlaku
di kalangan masyarakat Islam.

Ironinya, tiada pertubuhan politik yang menggunakan nama agama
di negara ini selain satu-satunya yang menggunakan
nama Islam sepertimana yang ada sekarang..
pada pandangan anda, adakah perlu parti tersebut ditukar namanya
tanpa bersandar kepada nama agama?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2009 06:20 PM | Show all posts
sebenarnya agama dan politik tidak boleh dipisahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 06:27 PM | Show all posts
agama lain tu biaq pi la dekat depa

tapi kalau letak nama agama ni takut diselewengkan, ada parti tu nama Islam tetapi ada juga benda yg di buat tu boleh memberikan nama buruk pada Islam pula
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 11:27 PM | Show all posts
“Adakah Allah Ta’ala tidak tahu politik, tidak tahu ekonomi dan tidak tahu hal-hal manusia ?”

Sunday, 30 August 2009 01:04         Wan Kay

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Allah SWT telah memberikan amaran yang keras didalam kitabNya al-Quran, sesungguhnya manusia akan mengalami kehidupan yang pincang sekiranya meninggalkan hukum-hukum-Nya.



Beliau berkata, tujuan Allah Ta’ala menurunkan al-Quran adalah sebagai petunjuk kepada manusia seluruh alam, dalam semua perkara yang berkait dengan urusan manusia.

“Apa yang kita lihat hari ini kes gejala-gejala sosial, jenayah yang semakin merebak, rasuah berleluasa, kemelesetan ekonomi melanda Negara dan kemusnahan politik.

“Semua itu berpunca kerana manusia mencari petunjuk yang selain daripada al-Quran,” katanya  ketika berucap pada Majlis Iftar Jamaie anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Terengganu, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan masyarakat Melayu bahawa al-Quran bukan sekadar hanya untuk dibaca bagi mendapatkan pahala semata-mata.

Katanya, ia adalah kerana al-Quran merupakan panduan lengkap kehidupan dalam semua urusan termasuk cara hidup, makan minum, berpakaian, rumahtangga, bermasyarakat, berpolitik dan berekonomi.



“Orang Melayu bila sebut politik mereka anggap tidak ada kena-mengena dengan agama.

“Dan banyak di kalangan masyarakat kita (Melayu) ingat al-Quran hanya untuk dibaca dan mendapat pahala sahaja.

“Adakah Allah Ta’ala tidak tahu politik, tidak tahu ekonomi dan tidak tahu hal-hal manusia,”
soalnya.


Justeru itu, Ustaz Abdul Hadi menjelaskan ibadat puasa sebenarnya mengajar umat Islam bertaqwa kepada Allah SWT.

Maka, katanya selepas bulan Ramadan ini akan diuji sejauh mana umat Islam dapat mengikuti al-Quran dalam membina peribadi muslim.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS negeri, To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS negeri Terengganu, Abdul Haris Malek dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Sapinah Jusoh.

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 11:28 PM | Show all posts
Katanya, ia adalah kerana al-Quran merupakan panduan lengkap kehidupan dalam semua urusan termasuk cara hidup, makan minum, berpakaian, rumahtangga, bermasyarakat, berpolitik dan berekonomi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 08:27 AM | Show all posts
andaikata pimpinan tertinggi parti yg berkenaan
bersetuju untuk menggugurkan perkataan agama
pada pendaftaran barunya, apakah nama baru
yang difikirkan sesuai?

sekadar cadangan nama baru :
Parti Am Semalaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2011 08:44 AM | Show all posts
sekular betul pemikiran dzeck.....
dan mesti dzeck xpernah menjejakkan kaki ke obersi apatah lagi menaiki airbus a380....
utk pengetahuan dzek... di negara2 lain banyak jer parti politik berasaskan agama...
xidak sedikitpun mendatangkan permasalahan kepda rakyatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:38 AM | Show all posts
sekular betul pemikiran dzeck.....
dan mesti dzeck xpernah menjejakkan kaki ke obersi apatah lagi  ...
fairluck Post at 28-7-2011 08:44



apakah contoh2 parti politik berasaskan agama di dunia ini?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 12:10 PM | Show all posts
apakah contoh2 parti politik berasaskan agama di dunia ini?..
rahimi.hak Post at 28-7-2011 10:38


contoh perjuangan yg merosak terukkan nama agama islam.









Militan gantung budak 8 tahun

Font: [ BB B M S ]

•Dunia •Dunia •2011-07-26 08:56 •Click: 133 •Disediakan oleh Berita Harian

Bapa enggan serah kenderaan polis

KABUL: Pemberontak di selatan Afghanistan menggantung budak lelaki berusia lapan tahun, enam hari selepas mereka menculiknya, kata pihak berkuasa di sini kelmarin.

Penculik budak lelaki terbabit menuntut bapa mangsa, seorang pegawai polis memberi mereka kenderaan polis tetapi beliau enggan berbuat demikian. Penjelasan kejadian itu diberikan pejabat Presiden Afghanistan, Hamid Karzai. Militan menggantung budak lelaki itu di daerah Gereshk, wilayah Helmand, Jumaat lalu. “Presiden Karzai mengutuk keras tindakan itu dan menganggapnya sebagai satu jenayah kejam serta perbuatan pengecut yang tidak diterima dalam mana-mana agama atau budaya,” kata kenyataan dikeluarkan pejabat Karzai.

Kejadian menculik adalah perkara biasa di Afghanistan. Kumpulan penjenayah menuntut wang tebusan manakala pemberontak pula membuat kenyataan politik.

Kebanyakan penculikan diselesaikan secara rahsia menerusi rundingan manakala bayaran biasanya membabitkan wang tunai.

Dalam satu lagi kejadian berasingan, pihak berkuasa Afghanistan berkata tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menentang pemberontak di sepanjang lebuh raya timur secara tidak sengaja membunuh tiga orang awam yang terperangkap dalam pertempuran itu. – AP
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:17 PM | Show all posts
contoh perjuangan yg merosak terukkan nama agama islam.









Militan gantung budak ...
harizs Post at 28-7-2011 12:10


Oh..saya ada terbaca tentang perkara ini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:41 PM | Show all posts
kat sekolah aku ada persatuan kristian
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:43 PM | Show all posts
contoh perjuangan yg merosak terukkan nama agama islam.









Militan gantung budak ...
harizs Post at 28-7-2011 12:10


kalu pertubuhan yg gunakan nama melayu rosak la nti nama bangsa tuh disebabkn pertubuhan tu rmi sgt org korup
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:55 PM | Show all posts
dari blog Hamka (Kereta Mayat)...

Last, bab politik, bukan isu perjuangan islam berganti dengan perjuangan Negara kebajikan yang aku nak komen, (itu mungkin kita cerita lain kali), tapi nama parti so call Islamic yang dah lama merosakan imej islam.

Aku dah lama tak setuju bila ada parti politik sanggup letak nama “islam” sebagai jenama parti politik. Sebab “islam” itu bukan hak milik golongan executive sesetengah pihak sahaja, tapi islam adalah hak milik semua orang islam.

Kesannya, apabila parti politik itu buat silap, buat dosa, buat maksiat, atau guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa mereka, maka tempiasnya pada kalimah islam itu sendiri dan seolah olah, semua orang islam terlibat dengan kebodohan dan kejahilan sesetengah pihak dalam 'parti islam' itu.



Cuba tengok ‘pengganas’ atau pejuang islam peringkat antara bangsa? Ada mereka letak kalimah islam dalam nama jenama perjuangan mereka?, arwah Osama guna nama al-Qaeda, Shaker al-Abssi guna nama Al fatah, Khaled Meshaal guna nama Hamas, Mullah Omar guna nama Taliban, Abu sahaya filipine guna nama Abu Sayyaf, dan lain lain. Tetapi di Malaysia, selamba jer korang guna kalimah islam dengan nama: PARTI ISLAM SEMALAYSIA, wah wah wah, senang senang jer guna nama ugama seluruh dunia, dan akibatnya, yang mana aku tengok orang UMNO yang jahil ugama bila cakap bab politik akan tuduh ISLAM sebagai sesat, beban, bodoh dan sebagainya, padahal maksud UMNO jahil tu yang sesat, beban, bodoh tu ahli PAS, tapi sebab ada nama ISLAM, maka bertambahlah kemunafikan kepada orang munafik yang memang benci pada islam.

So, PAS dah tukar perjuangan daripada Negara islam kepada Negara kebajikan, nasihat aku, tukarlah nama PARTI, dah lama sesetengah dari kamu yang rosakkan kesucian nama islam.

Kita hidup di zaman menzahirkan hadith, pastikan diri kita berada dalam hadith yang membawa ke shurga.

“Sudah hampir tiba suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali”

[HR Baihaqi].



link asal: http://keretamayat.blogspot.com/2011/06/negara-kebajikan-atau-negara-islam.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:56 PM | Show all posts
bila guna nama agama untuk parti politik... memang besar impaknya... misal kata ada ahli dalam parti tu yang buat taik.. nama agama tuh yang akan rosak..

maka.. aku prefer.. guna nama bangsa je la.. kalau buat taik pun.. yang busuk bangsa sendiri jugak.. busuk2 pun.. bangsa sendiri jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by rashiman at 28-7-2011 16:10
bila guna nama agama untuk parti politik... memang besar impaknya... misal kata ada ahli dalam parti ...
cik.panda Post at 28-7-2011 12:56


Apa kata PAS tukar nama kepada Parti Kebajikan SeMalaysia, selari dengan pejuangannya kearah negara berkebajikan, rakan pakatan tentu setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:12 PM | Show all posts
Apa kata PAS tukar nama kepada Parti Kebajikan SeMalaysia, selari dengan pejuangannya kearah neg ...
rashiman Post at 28-7-2011 16:07



   molek cadangan tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 04:41 PM | Show all posts
Guna agama dalam parti boleh. Tapi guna kaum tak boleh sebab rasis dan bertentangan ngan agama Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:58 PM | Show all posts
Apa kata PAS tukar nama kepada Parti Kebajikan SeMalaysia, selari dengan pejuangannya kearah neg ...
rashiman Post at 28-7-2011 16:07


marah la plak nti umno kata pr guna ayat kebajikan sbb tpm kata umno sudah lama mengamalkan kebajikan..xkan umno nk guna ayat kebajikan pulak???kene tmbah "K" la plak UMNOK
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 06:42 PM | Show all posts
yg penting islam dan politik perlu diselaras.......kerana islam itu menyeluruh dlm semua aspek
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 06:50 PM | Show all posts
sokong cik.pan 100%

......patut la bangsa lain (contohnya yg keturunan india) bleh kutuk bangsa ...
bangcak Post at 28-7-2011 18:48



   pada saya... biarlah dikutuk bangsa Melayu... jangan kutuk agama Islam.

masalahnya ada yang pikir Melayu = Islam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.128599 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list