CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: sf51177

DERMA DARAH

[Copy link]
Post time 5-3-2010 09:54 PM | Show all posts
59# anak_bulan

same here.. selalu sangat diorang buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 09:56 PM | Show all posts
kawan aku jeles betul tengok aku derma darah haritu.. dia takleh buat sebab dia in period. mengamuk jugak la dia tu lagi sorang kawan cecco ni kurang berat badan plak.. padahal dah 20 tahun tu.. badan cekeding jer

aku baru derma darah sekali, trauma dah sebab lepas derma tu rasa macam berat badan naik.. kawan2 sume kate muka dah chubby, gemuk bla3
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 02:35 PM | Show all posts
erma Darah Selamat Dan Baik Untuk Kesihatan

Oleh Nurulhidayah Rosly

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Naik berat badan, proses yang menyakitkan dan penyakit boleh merebak -- demikian antara kepercayaan atau andaian yang menyekat kerjasama masyarakat untuk menderma darah.

Pakar perubatan yang menyangkal andaian sedemikian sebaliknya menegaskan bahawa menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

Penderma darah atau mereka yang sudah melalui proses ini mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik tentang status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.

"Selepas itu, bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.

"Ujian saringan yang dilakukan ialah bagi mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini, mereka tidak dibenarkan menderma darah," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama.

BEKALAN PERLU KONSISTEN

Dr Roshidah berkata andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.

Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana mahu sentiasa mempunyai bekalan yang konsisten.

"Secara amnya dalam tempoh setahun, bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja," katanya.

Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas cuti perayaan yang panjang, pada penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun.

Peningkatan pemintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, pertambahan bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah, katanya.

Dr Roshidah berkata PDN memerlukan lebih 550,000 pendermaan dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu.

"Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari," kata

Dan PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan.

PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit dalam stok pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan.

JANGKA HAYAT TERHAD

Dr Roshidah berkata semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan pesakit.

"Tidak kiralah sama ada seseorang itu kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah," katanya.

Beliau berkata wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah.

"Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada yang menderma.

"Walhal, jangka hayat darah adalah terhad, darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan tranfusi darah seperti talassemia, buah pinggang, kanser dan leukaemia serta kes-kes pembedahan.

BUKAN PUNCA GEMUK

Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Dinon Mohd menjelaskan bahawa sekiranya penderma darah mengalami kenaikan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi melibatkan faktor berpengaruh yang lain

"Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku, ia berkemungkinan dari faktor genetik, emosi, cara pemakanan, kurangnya aktiviti sukan atau persekitaran seseorang itu," katanya.

Pegawai Kesihatan Zon Kelang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr Umi Ahmad berkata menderma darah mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

"Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung," katanya.

Tambahan lagi, katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia termasuk dalam sebahagian tuntutan fardu kifayah.

APA KATA PENDERMA

Bagi penderma darah, Aimi Fazreen Abu Bakar, proses menderma darah tidak menyakitkan dan ia tidak mengambil masa yang lama.

"Siapa kata sakit? Lagipun, sebelum suntik, jururawat akan sapu ubat pelali, jadi tak rasa sakit pun. Tengok-tengok dah siap," kata penuntut Universiti Islam Antarabangsa berusia 22 tahun itu.

"Masa muda ini eloklah sertai derma darah bagi membantu golongan yang memerlukan. Ini perbuatan mulia, kerana kita mampu menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira batasan agama," kata penderma darah kali keempat itu.

Rosdi Ishak, yang sudah 25 kali menderma darah, berkata beliau akan menjadikan amalan iniu sebagai amalan yang berterusan dalam hidupnya.

"Dalam setahun hampir beberapa kali saya pergi di hospital ataupun di unit-unit bergerak, dan bagi saya, kalau tidak menderma, ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya," katanya.

Ng Sze Hwei (she), 25, pula berkata unit-unit bergerak (derma darah)perlu diperluas dan dibuka di tempat-tempat awam kerana secara psikologi dapat mengurangkan rasa takut penderma untuk menderma.

Penderma darah kali pertama itu berkata beliau akan kembali menderma darah kerana mahu membantu golongan yang memerlukan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 11:21 AM | Show all posts
Salam..

..minta tumpang lalu jap boleh.Just nak invite semua org menderma darah..
Lokasi di Restrees Kopitiam,BandarSunway.Opposite Sunway Pyramid
Jemput datang semua sambil2 bawak anak makan kat restoran RestreesKopitiam..
Jemput yea semua..

alamat:Restrees Kopitiam12 Jln PJS 8/10 Bandar SunwayPetaling Jaya
tel : 03-56222636hp: 016-3330239masa : 13 Mac 2010 (11am-3pm) -masa cuti sekolah

Sila bawa My Kad dan Kad Derma Darah anda
Jamuan ringan akan disediakan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 03:57 PM | Show all posts
nk try wat apherasis.. tp blom ade rezeki ntuk dpt wat lg.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 04:01 PM | Show all posts
pnah b'brape kali ter'kecik ati' ngan statemnt "org" psl drh jnis AB kurg d'perlukn sgt.. tp lantak aku la.. drh aku.. ske ati la aku nk dermakn.. huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2010 04:08 PM | Show all posts
ade skali tu kne ngan staf laki.. xtau la org baru ke lame.. wat plak nk kasar2.. bile time dh siap.. xtau la die slh teknik ke hape ker.. bile die cabut jarum kuar.. m'mancut drh aku t'kuar dr tpt kne cucuk tu.. slang 1ari nye lebam bsar area kne cucuk tu.. sakit plak tu.. huhu.. trauma aku jap.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 05:52 PM | Show all posts
Kempen Derma Darah PraRamadhan 2010

Halim Abu Bakar ANSARA

A Gift to the Nation

The 4th Edition

The Ansara Annual Nationwide PreRamadhan
Blood Donation Campaign 2010

‘Kempen Derma Darah PraRamadhan 2010’

‘1Darah 1Malaysia’

…by all Malaysians …from all Malaysians …for all Malaysians

Friday Saturday Sunday

6th 7th 8th August 2010

Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Melaka, Seremban, Port Dickson, Gemas, Klang, Ipoh, Penang, Seberang Prai, Alor Star, Kangar, Kota Baru, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Kinabalu, Miri, Kuching.

For more info pls contact: Dr Halim Abu Bakar
National Coordinator.
Email: drhalimb@streamyx.com
H/P: 012-6636232
May 3 at 1:04am · Report



http://www.facebook.com/topic.php?uid=20210377072&topic=15315

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 10:39 AM | Show all posts
Tiada bukti saintifik hadapi komplikasi derma darah
Oleh Dr Irfan Mohamad

2010/06/16

TARIKH 14 Jun setiap tahun, dijadikan sebagai ‘Hari Derma Darah Sedunia’ sempena hari kelahiran pemenang hadiah nobel yang menemukan sistem kumpulan darah ABO, Karl Landsteiner, bagi menghargai sumbangan penderma komoditi yang tidak ternilai harganya iaitu darah.

Ia menjadi tidak ternilai kerana bukan sebab tiada nilai yang dibayar selepas menderma bahkan kerana tiada suatu ukuran penilaian yang boleh dibuat terhadap setiap 450 mililiter darah didermakan secara ikhlas untuk menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Penderma datang dengan niat yang tulus, turun dari rumah mereka ke unit tabung darah hospital bagi melaksanakan tugasan murni dengan mengetahui tiada ganjaran material atau sebarang peruntukan istimewa yang bakal mereka peroleh selepas menderma.

Bahkan mereka meluangkan masa berharga yang ada selama 30 minit untuk berada di katil penderma bagi membolehkan darah mereka dialirkan ke beg darah, seterusnya akan dimanfaatkan oleh mereka yang sedang bertarung nyawa akibat kekurangan darah.

Pasti ada suatu nilai tertanam di dalam diri, membolehkannya menjadi sekumpulan insan istimewa - berbeza dengan berjuta-juta ahli masyarakat yang sehingga kini masih menafikan keberanian dan kebolehan diri untuk menyumbang sedikit darah mereka untuk tujuan kebaikan dan kebajikan.

Penderma sudah membuktikan bahawa mereka berjaya menolak alasan yang sering membuatkan seseorang itu tidak mahu menderma. Antara alasan itu ialah kesibukan, takut jarum, kurang sihat atau sedang mengambil ubat.

Walhal apa yang dijadikan alasan itu adalah satu tabir yang mudah disingkap jika mereka sendiri jujur ingin membantu dan mendapatkan penilaian sebenar sama ada mereka layak atau sebaliknya. Pegawai perubatan di unit tabung darah pastinya akan membantu anda menyelesaikan kemusykilan itu dan tahap kesihatan anda dipastikan sesuai untuk menderma.

Ada juga yang membuat andaian salah mengenai komplikasi selepas menderma darah seperti risiko jangkitan, badan menjadi lemah, darah dalam badan menjadi kurang dan timbangan berat semakin bertambah. Salah tanggapan ini lebih berupa tahyul yang tidak disokong oleh sebarang bentuk bukti saintifik dalam jurnal perubatan bahkan hanya menjadi cerita turun-temurun oleh mereka yang kurang berani tampil mencuba buat kali pertama.

Alatan digunakan untuk proses menderma darah ialah sucihama (steril), hanya digunakan sekali dan dimusnahkan selepas itu. Jadi tidak timbul soal risiko jangkitan. Darah yang didermakan pula tidak pun sampai 10 peratus daripada jumlah darah yang ada dalam badan. Jumlah ini ini tidak menjejaskan fungsi normal badan, cuma penderma haruslah berehat seketika dan mengelak melakukan kerja berat beberapa jam selepas menderma darah.

Defisit sementara ini akan digantikan oleh sel-sel darah baru yang akan dikeluarkan oleh sum-sum tulang. Ini menjadikan darah yang mengalir dalam badan kita beroleh gantian yang baru, ibarat sewaktu kita menggantikan minyak pelincir kereta, jumlah yang dibuang akan digantikan dengan jumlah sama, malah dengan kualiti bahan yang lebih baik.

Sebenarnya alasan ini hanyalah sebagai rekaan menyebabkan kita menafikan peluang untuk menyumbang darah kepada pesakit yang memerlukan. Sekiranya kita jujur dengan diri kita, pastinya kita akan merebut peluang keemasan ini kerana kebaikannya terlalu banyak.

Amalan menderma darah secara berkala seboleh-bolehnya setiap genap tiga bulan adalah cara mudah untuk kita membuat kebajikan berupa amal jariah dalam kehidupan. Darah kita yang dimasukkan ke dalam badan mereka yang memerlukan bagi membolehkan mereka melangsungkan kehidupan adalah sesuatu yang amat mahal nilainya di sisi agama.

Idola masyarakat seperti pemimpin politik, tokoh agama, artis dan setiap orang yang diri mereka ada pengikut hatta seorang ketua keluarga harus membudayakan dan memberi teladan baik amalan ini kepada orang yang sentiasa melihat perbuatannya.

Dengan cara ini, barulah program memasyarakatkan pendermaan darah akan mudah dilakukan dan fobia serta alasan akan dapat dijumudkan. Betapa banyak pesakit yang kehilangan darah setiap hari disebabkan penyakit seperti kanser atau masalah penyakit sistem darah seperti haemofilia dan talasemia.

Tidak kurang juga darah diperlukan untuk gantian kehilangan darah sewaktu proses kelahiran anak oleh ibu mengandung, pembedahan akibat kemalangan jalan raya yang memungkinkan kematian dalam sekelip mata jika bekalan darah tidak disediakan.

Hanya apabila kita terlantar di hospital dan memerlukan darah untuk kesinambungan hidup barulah pada waktu itu kita akan merayu kepada semua orang yang lalu-lalang untuk mendermakan darahnya kepada kita.

Penulis ialah Pensyarah Kanan ORL Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Kota Bharu Kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.247904 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list