CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 42011|Reply: 250

Bekas pelajar AF5 ditahan positif dadah

[Copy link]
Post time 18-7-2009 06:00 AM | Show all posts |Read mode
Bekas pelajar AF5 ditahan positif dadah

SEREMBAN 17 Julai - Seorang bekas pelajarAkademi Fantasia musim kelima (AF5) bersama tiga rakannya ditahan dalamserbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri di sebuah pangsapuridi Kampung Sentosa, dekat sini hari ini.
Dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, bekas pelajar berusia 23 tahunitu didapati dalam keadaan khayal bersama tiga rakannya yang berusiaawal 20-an.

Pengarah AADK Negeri Sembilan, Abdul Rahman Hamid berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan aduan orang awam.
"Hasil ujian air kencing, mereka didapati positif dadah jenis kanabis.
"Kita dapati seorang daripada suspek merupakan bekas pelajar AF dan pelakon, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam tempatan dan dua lagi penganggur," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, buat masa ini, mereka akan ditahan reman sebelum diambil tindakan selanjutnya.
"Kita telah memaklumkannya kepada pihak polis dan tindakan tetapakan diambil tanpa mengira status apabila melibatkan soalpenyalahgunaan dadah.

"Bagaimanapun, perkara ini mendukacitakan kerana suspek seorang yangdikenali ramai dan seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat," ujarbeliau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten KomisionerSaiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Memang ada tangkapan dibuat tetapi kes itu di bawah siasatan AADK negeri," katanya.



--------------------

agak2 sapa erkk..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 06:12 AM | Show all posts
klu tak jelas
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 06:32 AM | Show all posts
ebi ke? rizal ke? shawal ke? aswad ke? aizat ke? dafi ke?
iskk... tak tau nak menekanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 06:32 AM | Show all posts
peserta af5 pn aku da x ingat................
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:09 AM | Show all posts
AF5, pelajar IPTA ..

sape je AF5 yg masuk U...Dafi IPTS yer [LKW]..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:16 AM | Show all posts
mmg bodoh bangang betul budak melayu sekarang...
kerja menghayal aje...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2009 07:18 AM | Show all posts
jantan ka betina?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:18 AM | Show all posts
AF5, pelajar IPTA ..

sape je AF5 yg masuk U...Dafi IPTS yer [LKW]..
hyie Post at 18-7-2009 07:09


bkn pelajar u la yg AF5 tu...dlm statement tu dimaksudkan ader sorang bekas AF5, ader sorang lg pelajar u, ader 2 org lg penganggur....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 07:23 AM | Show all posts
Penyanyi khayal ganja dicekup
Oleh Mohd Amin Jalil
[email protected]

SEREMBAN: Seorang bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) yang sedang khayal menghisap ganja bersama tiga rakannya ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah yang menyerbu sebuah rumah di Kampung Sentosa Paroi dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi, peserta AF5 terbabit dan tiga rakannya berusia 23 dan 24 tahun sedang menghisap ganja di rumah seorang daripada mereka.

Selain peserta rancangan TV realiti itu yang terkeluar pada peringkat awal, seorang lagi yang ditahan adalah pelajar sebuah universiti di Bangi, Selangor.

Difahamkan, rumah berkenaan sering dijadikan ‘port’ kumpulan terbabit melepaskan gian.

Pengarah AADK negeri, Abdul Rahman Hamid, berkata rumah itu diserbu selepas pihaknya menerima maklumat awam.

Menurutnya, lapan anggota AADK negeri terbabit dalam operasi itu dan ketika ditahan, empat lelaki berkenaan sedang menghisap ganja di rumah terbabit.

“Hasil ujian air kencing mendapati keempat-empat mereka positif dadah,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya turut menemui beberapa peralatan dan bekas digunakan kumpulan lelaki terbabit untuk menghisap ganja.

Abdul Rahman berkata, siasatan lanjut mendapati kumpulan itu sudah merancang membuat pesta dadah di rumah berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“AADK tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menyalahgunakan dadah, sama ada golongan terkenal atau orang biasa kerana usaha kami memastikan negeri dan negara bebas daripada gejala tidak sihat itu,” katanya.

Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 3(3) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan jika laporan hospital mengesahkan positif dadah serta atas perintah mahkamah, mereka perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen).

“Buat sementara, kami berusaha mendapatkan perintah tahanan reman terhadap mereka atau dibebaskan dengan jaminan AADK,” katanya.

Namun, jika tidak, mereka akan dibebaskan sementara dengan jaminan AADK," katanya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar AF5

Aizat
Afiq
Dafi
Farha
Ebi
Shawal
Rizal
Aswad

Aku suspek afiq. Minggu 1st diya kuar, pastu afiq.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:25 AM | Show all posts
Sapa bekas pelajar af5 umur 23 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:25 AM | Show all posts
terkenal ke afiq tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:26 AM | Show all posts
AF5, pelajar IPTA ..

sape je AF5 yg masuk U...Dafi IPTS yer [LKW]..
hyie Post at 18-7-2009 07:09



bukan pelajar U kot..

"Kita dapati seorang daripada suspek merupakan bekas pelajar AF dan pelakon, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam tempatan dan dua lagi penganggur,"

kan die ckp , pelajar AF nih bersama 3 org lagi rakannya...
yg pelajar IPTA tuh kawan die lah tuh.. die pelajar AF je..


shawal = 25 taun (taun 1984)
rizal = 22 baya aku ( 1987 )
aswad lagi tua.. 1980
AfiQ =  24 (1985)
Farha = 24 (1985)
Aizat = 20 (1989)
Ebi = 26 (1983)
Dafi muda plak.. 1988.. dlm 21


pelakon ??
shawal,rizal,afiq...
aku rasa mcm afiq lah pulak..
sbb die dok putrajaya.. putrajayakan dekat2 n9...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:44 AM | Show all posts
bukan la..maksudnya pelajar af, student ipta dan 2 penganggur. semuanya 4 orang..

student af5: afiq [lahir 1985], aizat [1989], aswad [1980], dafi [1988], ebi [1988], farha [1985], rizal [1987], shawal [1984]

mila [1988], fatin [1985], dekna [1987], noni [1988], heliza [1986], candy,  dya [tatau tarikh lahir]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:58 AM | Show all posts
bekas pelajar berusia 23 ..sapa ekk??
dafi konpem bukan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 08:07 AM | Show all posts
5# hyie
"Kita dapati seorang daripada suspek merupakan bekas pelajar AF dan pelakon, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam tempatan dan dua lagi penganggur," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

pelajar AF tu merangkap pelakun penuntut IPTA tu org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 08:09 AM | Show all posts
bukan la..maksudnya pelajar af, student ipta dan 2 penganggur. semuanya 4 orang..

student af5: afiq [lahir 1985], aizat [1989], aswad [1980], dafi [1988], ebi [1988], farha [1985], rizal [1987], sh ...
rayna_raynes Post at 18-7-2009 07:44


yg bold tu lingkungan usia 23 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 08:10 AM | Show all posts
sila investigate.... nanti dah tau gi tau k! hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 08:26 AM | Show all posts
bukan la..maksudnya pelajar af, student ipta dan 2 penganggur. semuanya 4 orang..

student af5: afiq [lahir 1985], aizat [1989], aswad [1980], dafi [1988], ebi [1988], farha [1985], rizal [1987], sh ...
rayna_raynes Post at 18-7-2009 07:44

eby xlahir 1988 lah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 08:26 AM | Show all posts
bkn pelajar u la yg AF5 tu...dlm statement tu dimaksudkan ader sorang bekas AF5, ader sorang lg pelajar u, ader 2 org lg penganggur....
exclusive_vvip Post at 18-7-2009 07:18 AM

eh ha'a laa..malunye salah teke hahaaa...jgn mara
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 08:33 AM | Show all posts
afiq tu bukan ke ada sawan babi ke lagi mau isap dadah ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061215 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list