CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2494|Reply: 14

Persoalan mengenai hantu dan kawasan yang sewaktu dengannya

[Copy link]
Post time 12-6-2009 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Saya amat teruja setelah mengunjungi board MPS. Saya selalunya berpenunggu di board  Bakat Penulis.

Seribu satu persoalan timbul di kepala minda saya. Saya berharap kita semua boleh bersama-sama mengupas persoalan-persoalan mengenai hantu dan perkara yang berkaitan secara ilmiah.

Persoalan seperti mengapa hantu Cina bermata sepet, mengapa hantu Melayu berhidung kembang tidak pernah diberikan jawapan bernas. Malah persoalan seperti mengapakah jumlah hantu semakin bertambah mengikut masa tidak pernah mendapat jawapan memuaskan daripada kalangan yang mempercayainya. Hantu Jepun tidak wujud sebelum zaman Jepun menjajah Tanah Melayu. Mengapa?

Bukankah ini semua menunjukkan manusia yang mencipta hantu, dan bukan sebaliknya? Takkanlah tentera Jepun yang datang menakluk membawa Tanah Melayu bersama hantu-hantu Jepun. Tidak mungkin.

Jadi bolehkah kita merungkaikan persoalan ini dahulu?

PS. Kalau seboleh-bolehnya gunakanlah struktur tatabahasa tersusun yang diperakukan Kementerian Pendidikan..

Sekian, terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by LLM at 12-6-2009 17:56
Saya amat teruja setelah mengunjungi board MPS. Saya selalunya berpenunggu di board  Bakat Penulis.

Seribu satu persoalan timbul di kepala minda saya. Saya berharap kita semua boleh bersama-sa ...


hantu kan mengikut kepercayaan bangsa dan kaum masing2...itulah sebab nya hantu melayu ayu dan berwajah kemelayuan....begitulah seterus nya.....
...tersusun tak ayat2 aq...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 06:10 PM | Show all posts
setahu saya lah..setiap hantu / jin / setan yg ingin memunculkan diri..adalah dengan izin allah.
ape yg sy penah baca dlm buku datok harun din..hantu2 ni memerlukan beberapa process sebelum menjelma di alam kite ni..bukan sewenang2-nya.

hantu2 ni megambil risiko untk memunculkan diri mereka tu kerana hantu2 ni tahu mereka bakal ditangkap dan dibunuh oleh perawat2 islam.

persoalan rupa hantu..hmm susah dirungkaikan..mungkin hantu cina mata sepet lompat2 adalah mitos beribu2 tahun zaman cina dulu..mcm
masyarakat kite pemes dgn ponty dan hantu raya dan etc..

ape pun taraf kite sebagai manusia lebih tinggi darjatnya berbanding makhluk halus..lebih mulia dr para malaikat..

[ Last edited by  BeeHaa at 12-6-2009 18:14 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2009 06:13 PM | Show all posts
Terima kasih kerana memeriahkan perbincangan benang ini

Bagaimana pula dengan persoalan hantu Jepun yang tidak pernah wujud sebelum tanahair diserang Jepun?

Apa penjelasannya?

Bagaimana pula dengan hantu-hantu jelmaan pegawai kolonial Inggeris yang tidak pernah dijumpai sebelum British campurtangan di Tanah Melayu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2009 06:14 PM | Show all posts

Reply #3 BeeHaa's post

Mungkinkah teori yang hantu-hantu tersebut telah berhijrah bersama-sama bangsa-bangsa Cina/India yang menetap di Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 08:25 AM | Show all posts
haih....

kalo tak silap aku, diorang ni kan mampu menyerupai sesapa je kecuali rasul.

jd kalo dah kat mesia ni ada kisah2 jepun. dia pon menyerupai la hantu jepun. semata2 nak menyesatkan manusia. kalo ada askar british...dia pon menyerupai la british. apa pon semua ni syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia.

mereka dah hidup beribu2 tahun. mereka tau perihal manusia yg mudah sgt percaya mende2 mengarut nih. tak ada pe pon yg nak dipelikkan sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2009 07:17 PM | Show all posts

Reply #4 LLM's post

Sebab sebelum perang Jepun, belum ada mamat/minah Jepun yang mati terseksa untuk menjadi hantu Jepun
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 07:18 PM | Show all posts
Contoh paling senang:

kenapa antu LLM tak wujud lagik? Aku malas nak jawab sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2009 11:57 PM | Show all posts
kita tengok/ dengar cerita hantu, kita dok terbayang2, teringat2, kita takut hantu..

pastu mula lah ada yang nampak bukan2.. atau apa yang kita takutkan, itu yang dia menjelma..

rasanya..   

tanya abang rdzacess..   
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 11:08 AM | Show all posts

Reply #8 St.Yeepi's post

LLM tu siapa..?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 01:13 PM | Show all posts
laaa..tuan rumah rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 03:35 PM | Show all posts
salam.

1. pada pendapat saya, hantu ni sebenarnya jelmaan jin.
2. tujuan dia menjelma, mungkin hanya untuk menakutkan  manusia, menyesatkan manusia..bermacam-macam tujuan yang hanya dia & Allah tahu..
3. Kerana mereka hanyalah dalam bentuk tenaga (energy), maka mereka boleh mengolah diri menyerupai apa-apa sahaja yang mereka inginkan..binatang & manusia....atau benda2 yang mereka tau menyebabkan manusia menjadi takut...
4. Oleh kerana mereka dalam bentuk medan tenaga, manusia boleh merasai kehadiran mereka melalu deria rasa manusia..itu sebabnya mereka yang pernah melihat jin ini akan merasa seram sejuk..seram sejuk ni mungkin juga disebabkan perasaan gabrah..seperti kita takut melihat polis trafik selepas melanggar lampu merah..
5. Membaca AlQur'an digalakkan kerana bila kita membacanya dengan tajwid yang betul, satu bentuk frekuensi dan tenaga akan terbentuk dan tenaga ini tidak disenangi oleh sebahagian besar jin..atau tenaga yang terhasil boelh memusnahkan medan tenaga jin itu..

sekianlah ulasan saya..

P/s:  sori ye..bm saya memang agak kelam kabut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2009 02:57 PM | Show all posts
Pada pendapat saya, hantu itu tidak wujud. Kalaupun ada jelmaan roh orang mati, jelmaan itu sebenarnya makhluk-makhluk lain yang menyerupai roh simati. Kalau orang yang sudah mati, dia tidak akan kembali lagi. Mana ada?

Jadi kalau ada orang yang berkata dia nampak roh arwah datuk/nenek/ibu-bapa, itu bukan mereka, itu makhluk lain!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 03:06 PM | Show all posts
cuma satu aje yang pasti........semua hantu tu ada kaitan dengan syaitan........tak perlu takut pada semua ni.............semua di atas kekuatan iman kita........bye
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 03:06 PM | Show all posts
jangan biarkan hidup anda diselubungi missssteri.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.121540 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list