CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21168|Reply: 3

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH MALAYSIA

[Copy link]
Post time 25-5-2009 10:58 AM | Show all posts |Read mode
:handshake:
RANTING KELANA JAYA

TAKUT KENA RAGUT .... KENABULI....DAN DIROMPAK INI LAH PELUANG ANDA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI DIRIANDA DENGAN ILMU BELA DIRI UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI .

Kehebatan ilmu seni bela diri amat  popular di serata dunia dan digeruni ramai, apatah lagi
apabila ia digembar-gemburkan di layar perak menerusi filem pecah panggung seperti
Kickboxer, Ong Bak, Beautiful Boxer, Tom Yum Gong, Muay Thai Chaiya dan yang terbaru,
Fury. Memang tiada pandangan negatif terhadap silat KUNTAU ni terutamanya dari segi
amalan yang dilakukan.. Tapi pada pandangan saya ianya bergantung pada diri..
Jika niat adalah untuk belajar tak jadi masalah.. Tak perlu nak ‘menyempitkan fikiran’.
Jurulatih memberitahu bahawa ianya mampu mendisiplinkan diri seseorang pelatihnya.
Melalui latihan yang keras memberikan ruang untuk anak muda mengisi masa terlapang
dengan lebih berfaedah..
SILAT KUNTAU mempunyai kaedah sedikit berbeza dengan silat lain yangmembataskan serangannya dengan tumbukan manakala silat kuntau lebihkeras kerana turut dibenarkan
menyerang menggunakan tangan atau kaki ke atas semua bahagian anggota lawan kecuali
bahagian sulit saja.

SEJARAH PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH MALAYSIA

Haji Mohd Salleh Bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar,
Johor pada tahun 1916.Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada
beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya,
Hajjah Aisyah Bin Haji Abdul Rashid , di Ara Pasung, Pontian, Johor.
Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias,
Haji Adam dan Haji Ahmad.Beliau juga turut belajar daripada Haji AbdulFadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan diJohor selepas mendapat perkenan
Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat,
Johor.
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh merupakan seorang pahlawan
Melayu yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia ke 11.

BAGAIMANA DENGAN ANDA ??? MINAT DENGAN SENIBELA DIRI INI ??

ANDA AMAT DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI PERTUBUHAN

Kami menjemput saudara dansaudari menjadi ahli bagi memertabatkan lagi ilmu persilatan danmengeratkan lagi persaudaraan sesama kita demi AGAMA , BANGSA DANNEGARA .
  
Keahlian terbuka bagi kawasan kelana jaya , subang jaya ,  puchong , damansara dan sekitarnya

  

DAERAH PETALING


'' ASLAM TASSLIM ''


EN SYAHRUL         =    012 - 9799012
EN FAIZUL             =    017 - 3387848
EN LAN                   =    017 - 2159262
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2010 12:17 AM | Show all posts
first time dengar nama persatuan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 02:42 PM | Show all posts
sedikit kemusykilan...
name group yg kiyai salleh bawak tu kumpulan selempang merah... dipanggil selempang merah.. sebab pakai selempang kaler merah... selempang tu sebagai tande ahli kumpulan tu... name asal kumpulan tu adelah persatuan mahmudiah...
dalam kumpulan selempang merah ahli ahli nyer ade pelbagai silat.. sendeng.. lian... dll.. dan ade yg tak tau silat
selempang tu dibentangkan di surau.. pastu lepas bace yassin.. dorang potong kain tu bagi bagi dan dijadikan selempang...

dikatekan silat selendang merah bertapak kat kedah sekitar tahun 1920an.. yg aku rase pade mase tu kiyai salleh masih bebudak...

selempang pon berbeza ngan selendang...
tu ape yg aku tau ler...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 07:12 AM | Show all posts
selendang merah ni sbnrnya bnda yg dibawak oleh kiyai salleh la(gerakan selempang merah)
yg kuntau ni hanyalah satu seni pertahanan diri ja utk diguna pkai dlm pertubuhan ini.
gerakan selempang merah/selendang merah mana ada silat..ia cuma amalan ja..silat apa pon xpa..asalkan amalan selempang merah..
aku nk xplain pon susah bnda ni..adoi..uat paham dh la kot.hahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071423 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list