CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2540|Reply: 17

Isteri anugerah Tuhan

[Copy link]
Post time 7-5-2009 12:09 PM | Show all posts |Read mode
SEPANJANG melayari hidup bersama suami, pasti ada hati terluka. Bahkan, ada isteri menjeruk rasa dengan perlakuan suami yang ada kalanya menyakitkan.
Dalam melayari hidup berdua, tidak hanya menemui yang indah saja. Hakikatnya, perjalanan hidup berdua sering menemukan pelbagai rencah kehidupan - suka, duka, pahit, manis, keliru, persengketaan, berbaik semula, pujuk rayu dan pelbagai.
Mencari suami terbaik selain mengakui hakikat yang jodoh anda dengannya, harus diteliti beberapa perkara supaya bersiap sedia menempuh apa saja cabaran mendatang. Ibarat kata pepatah, untung sabut timbul untung batu tenggelam, sebenarnya rumah tangga bagaikan satu percaturan dalam menguji kekuatan cinta anda berdua.
Sebagai isteri, anda perlu bersikap terbuka dan tidak mengharapkan hanya suami yang memacu perjalanannya sedangkan anda juga ada tanggungjawab sendiri untuk memastikan semuanya berjalan bagaikan dirancang.

Apapun, berikut adalah tanggungjawab yang seharusnya dipikul mereka yang bergelar suami
Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak dan orang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa yang sudah tua serta orang gaji, jika ada.

Tanggungjawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi. Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab. Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana takutkan Tuhan.
Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak dengan sempurna.
Menyediakan nafkah zahir seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri serta anak. Namun, dalam nafkah yang asasi itu, jika suami cuai ia boleh dituntut. Begitupun, adanya tolak ansur adalah lebih baik dan lebih utama.

Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak. Selaku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin. Suami selaku pendidik, pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.

Sekiranya isteri atau anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak suka berbuat salah. Jika ia berlaku, ayah atau suami perlu memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka membuat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, terlupa serta dorongan perasaan dan nafsu.

Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat jarang, tetapi bukan tiada langsung wanita yang kuat jiwa dan akal melainkan mereka lebih didorong perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah, merungut, merajuk serta membebel dan situasi mereka itulah yang memerlukan suami bertimbang rasa.

Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkannya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri.

Akibatnya akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri. Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh menjejaskan urusan rumah tangga. Suami perlu menghiburkan isteri dengan pelbagai cara, umpamanya bawa berjalan, makan angin dan ziarah kawan.

Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya dalam urusan rumah tangga, karier dan anak, perlu mendapat kerjasama yang baik daripada suami. Jangan dibebankan sepenuhnya kepada isteri.

Secara automatik berlaku perkongsian dalam kehidupan berumah tangga.

Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau perasaan terhadap wanita lain.

Antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada isterinya saja sekali gus suami tidak membandingkan wajah dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain.

Isteri itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan sejak azali lagi, terimalah seadanya.

Berbincang bersama. Dalam soal masalah atau perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperoleh penyelesaian tepat dan memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-sama dapat menerimanya.

Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedahkan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat aduan sekalipun, ia harus dibatasi tidak sampai mencemarkan maruah isteri.

Sentiasa merendah diri kepada isteri atau dengan istilah lain, tawaduk. Merendah diri bukan bererti meletakkan diri hingga boleh dihina isteri. Tawaduk ertinya tidak ego, sombong dan berasa diri segala-galanya.

Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna dalam segala hal. Sebab itu perlu tawaduk kepada isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan isteri. Banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan bersabar seperti yang dilakukan isteri.

Tawaduk juga bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan daripada isteri.

Suami perlu bertolak ansur dengan isteri dalam pelbagai aspek untuk kehidupan berdua bersama anak-anak.

Suami sentiasa kasih kepada isteri. Fitrah semula jadi manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian dan orang yang berjasa.

Contohnya ibu bapa mengasihi anak dan sebaliknya. Antara kedua-duanya ada pertalian. Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpinnya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah sebaliknya.

Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam kehidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa saja yang mereka mahu, mereka mampu memikirkannya.

Namun sebenarnya, mereka tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu memerlukan suami sebagai tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tempat merintih dan tempat memperoleh serta menumpahkan kasih sayang.

Ketiadaan suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap dirasai terutama perasaan kerana ia fitrah.


p/s: utk para2 suami ingat ISTERI TU ANUGERAH DARI TUHAN SO JGN DIPERSIA-SIAKAN...

[ Last edited by  g2606 at 7-5-2009 16:11 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 12:31 PM | Show all posts
petikan dr hari metro ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by yuleen at 7-5-2009 12:31
petikan dr hari metro ke


HARIAN METRO
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 01:07 PM | Show all posts
ala..buat la artikel byk mana pun...xdernye lelaki nk ikut...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 02:08 PM | Show all posts

Balas #4 lurve82\ catat

laki yang tak ikut ni jenis tak membaca dan tak mengamalkan kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 02:22 PM | Show all posts
penantian yang tidak berakhir
setelah kita bukan di kepak takdir
hidup mesti terus untuk seorang musafir
nangis dalam tawa bekalan percaya fakir

realiti tidak pernah seindah harapan
engkau ku biarkan dengan beribu persoalan
mungkinkah apa yang di sebut kesetiaan
dibuktikan dengan rasa kebahagian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2009 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by lurve82 at 7-5-2009 13:07
ala..buat la artikel byk mana pun...xdernye lelaki nk ikut...



Sokong! :handshake:

Depa kena tukaq jadi pompuan baru depa nak ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 03:02 PM | Show all posts
malas nak baca satu hal.. malas nak memahami pun ya juga.. nak buat macam mana mereka kan suka simple2 je.. bukan macam perempuan yang menitikberatkan semua perkara.. kalau di email pun paling tidak di biar je x pun di campak ke bakul sampah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by ParinAmat at 7-5-2009 14:08
laki yang tak ikut ni jenis tak membaca dan tak mengamalkan kekdahnya


tak ramai sbnarnye lelaki yg suka mbaca  ( betul kot ).......

dah diorg malas so bila dbagi saranan2 yg baik  dkatakan nye kita mbebel lak.......( betul jgk kot )....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 04:47 PM | Show all posts
sebenarnya bahan2 bacaan2 camni bukan lelaki suka baca pun... Kita kaum perempuan ni terhegah2 baca pastu hoping that suami kita akan faham dan behaves according to apa yg article tu tulis...

So, apa yg boleh kita sama2 buat adalah , bagi sesiapa yg ada anak lelaki, hangpa terapkan drpd sekarang apa2 dia yg hangpa nak suami hangpa buat kat hangpa... Didik dan bentuk dia agar membantu membasuh pinggan mangkuk, kemas katil sendiri dan basuh kasut sekolah sendiri.. InsyaAllah, nescaya kita mampu melahirkan dan membentuk generasi lelaki2 yang lebih berkualiti...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 04:56 PM | Show all posts

Balas #9 dayana29\ catat

saranan yg org pompuan bagi pon bukannya ilmiah sangat pownnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 05:00 PM | Show all posts

Balas #3 yuleen\ catat

yea rs menarik atikel nie tu post2 kan sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 05:04 PM | Show all posts
tapi klau di congkak dn diteliti lelaki nie mmg suka amik mudah je but pompuan n isteri2 yg lebih peka dlm segala hal cuba kt lihat cam persekitaran rumah hal anak2 persekolah2 pembelajaan isteri nie meniti berat semua tapi lelaki nie bkn fiki tu semuakan...sbb tu kt nie sbgai pompuan kdg2 cepat peka apa yg terjd dlm alam umahtanga btl2 x kwn2 semua ..terutama nya para2 isteri..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 07:12 PM | Show all posts

Reply #1 g2606's post

Ala ni mesti writer dia pompuan..SO DAMN BIAS
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 07:27 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 7-5-2009 19:12
Ala ni mesti writer dia pompuan..SO DAMN BIAS



Haruslah, isran!

Owang laki mana rajin nak pikir benda2 cam ni, jauh lagilah nak menulih!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 07:43 PM | Show all posts

Balas #15 seri_air\ catat

erk.. aji tentu terang2an akan memarahimu duhai kak seri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 07:46 PM | Show all posts
Originally posted by ParinAmat at 7-5-2009 19:43
erk.. aji tentu terang2an akan memarahimu duhai kak seri


Aji tu kes terpencil!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 7-5-2009 23:46


Aji tu kes terpencil!



apa psl aji tu always nk hangin je bl atikel berkaitan gan isteri2 ..apa kess
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.160128 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list