CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

(MERGED) SEMUA MENGENAI PDRM

[Copy link]
Post time 30-12-2013 07:23 PM | Show all posts
3 Pencuri Kabel Dicekup

Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Kampung Acheh berjaya menumpaskan kegiatan curi kabel di sekitar Manjung dengan tertangkapnya tiga suspek dalam operasi OPS Cantas Khas di pesisir pantai perak.

Tiga lelaki yang berusia antara 35 hingga 50 tahun ditangkap ketika memungah kabel elektrik yang dipercayai dicuri kedalam sebuah van dikawasan Lumut Kiri. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A kanun Keseksaan.



Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 07:18 PM | Show all posts
SAC NAHARIAH KOMANDAN WANITA PERTAMA PDRM

Kuala Lumpur, 16 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar satu lagi sejarah penting apabila Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur buat julung kalinya diterajui oleh pegawai kanan wanita yang pertama iaitu SAC Nahariah binti Hussein yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong pengarah (D1) Kepolisan Kawalan Dalaman. SAC Nahariah kini memegang jawatan komandan PULAPOL Kuala Lumpur yang ke-42 setelah sebelum ini diterajui oleh 41 orang Komandan lelaki.



SAC Zulkifli bin Mohamed menyerahkan tugas Komandan PULAPOL kepada SAC Nahariah binti Hussein disaksikan oleh DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail.




SAC Nahariah binti Hussein, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Sumber:
http://www.rmp.gov.my/
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 07:21 PM | Show all posts
POLIS DIRAJA BRUNEI LAWAT UNIT SIMPANAN PERSEKUTUAN

Kuala Lumpur, 7 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) menerima lawatan daripada Polis Diraja Brunei yang diketuai oleh Y.Bhg Dato' Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd Noor, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, bertempat di FRU Cheras, Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam rangka lawatan kerja tersebut, antara program yang diadakan adalah latihan demonstrasi menghadapi situasi perhimpunan oleh anggota FRU.

Selain itu, kedua-dua agensi Polis Diraja Brunei dan PDRM turut berkongsi maklumat dan pandangan berkaitan penguatkuasaan jenayah serantau yang melibatkan kerjasama dua negara.

Turut hadir YDH Dato' Seri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Y.Bhg Pangeran Datuk Paduka Haji Abdul Wahab bin Pangeran Haji Omar, Seketariat Ekslusif ASEANPOL, Pegawai Penjaga Terup dan warga kerja PDRM.


Ketibaan Delegasi Polis Diraja Brunei disambut oleh YDH Dato' Seri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam


Dari kiri... YDH Dato' Seri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Y.Bhg Dato' Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd Noor, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Y.Bhg Pangeran Datuk Paduka Haji Abdul Wahab bin Pangeran Haji Omar, Seketariat Ekslusif ASEANPOL dan YDH Dato' Abdul Hamid bin Mohd Ali, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan PDRM

Sumber:
http://www.rmp.gov.my/
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 06:12 PM | Show all posts
SAYA TIDAK KESAL MENYERTAI PASUKAN POLIS



Bukit Aman, 29 Jan – "Saya tidak rasa sedikit pun perasaan kesal apabila menyertai pasukan polis" antara ungkapan terakhir YDH Dato' Sri Syed Ismail, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai anggota pasukan keselamatan kerana bersara hari ini.

Menyingkap sejarah silam setelah tamat pengajian, beliau pernah bekerja sebagai kakitangan bank swasta namun tidak menjiwai karier itu lalu memilih badan beruniform untuk mencurahkan bakti dan keringat.

Tugas beliau akan disandang oleh Timbalan Pengarah JSJK, YDH Dato' Tajudin bin Md Isa dan majlis serah terima tugas telah berlangsung di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman dengan disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Dalam majlis yang sama, turut dijalankan serah terima tugas Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di mana tugas tersebut digalas oleh Y.Bhg Datin Sri Sharifah Munirah binti Syed Ellias Zawawi menggantikan Y.Bhg Datin Mastura binti Hashim dan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim.

Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut YDH Pengarah-Pengarah, warga kerja PDRM, ahli-ahli PERKEP dan wakil-wakil media.

Sumber:
http://www.rmp.gov.my/news/news_details.cfm?id=IE6vhYB39G8=
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 06:15 PM | Show all posts
PASUKAN GEMPUR NARKOTIK PDRM DILANCARKAN







Kuala Lumpur, 30 Jan – Jenayah dadah akan diperangi habis-habisan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan elite yang dipanggil 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)' secara rasminya dilancarkan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Seramai 61 pegawai dan 138 anggota yang diketuai oleh dua orang Timbalan Komander berpangkat Senior Assistant Commisionner (SAC) di mana mereka telah melalui sesi pemilihan yang ketat bagi menjaga kualiti tugas yang dilihat akan memberi impak jauh lebih positif daripada sebelum ini.

'STING' di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ini ditubuhkan untuk menangani kes-kes jenayah yang membabitkan sindiket pengedaran dadah yang sering melibatkan kumpulan kongsi gelap.

Selain itu, pasukan elite STING juga akan mengenal pasti,mengesan,menyekat dan membongkar segala aktiviti dadah termasuk makmal haram memproses dadah.

Kemodenan jenayah narkotik masa kini yang semakin canggih bukan lagi masalah kepada pasukan ini di mana turut dilengkapi senjata serta gajet dalam memberi amaran kepada penjenayah-penjenayah dadah tegar yang merasakan diri mereka kebal dari tindakan undang-undang.Justeru itu diharapkan penubuhan skuad ini mampu menangkis tanggapan negatif masyarakat bahawa PDRM hanya mengambil tindakan kepada ahli-ahli sindiket sedangkan dalang kepada masalah ini masih bebas," ucap Menteri Dalam Negeri.

Sepanjang tahun 2013 JSJN telah berjaya mengesan dan menangkap 33 ketua sindiket pengedaran dadah serta membongkar 34 lokasi makmal haram memproses dadah serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM402.73 juta.

JSJN juga menyita pelbagai jenis harta yang disyaki hasil daripada aktiviti pengedaran dadah berjumlah RM94.96 Juta dan menangkap seramai 175,198 orang atas pelbagai kesalahan jenayah narkotik.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Mohamad Khalid bin Hj. Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, barisan pengarah PDRM dan tetamu jemputan.

Sumber:
http://www.rmp.gov.my/news/news_details.cfm?id=PYC7S/ktN3U=
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 06:17 PM | Show all posts
SENTIASA TERAP JIWA KEPOLISAN




Bangsar, 4 Feb - 'Sekali menjadi polis, selamanya menjadi polis, walaupun selepas ini anda akan tamat pengajian, teruskanlah berbakti kepada polis dan Negara," ujar YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub, Pengarah jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Bukit Aman, hari ini.

Beliau berucap sempena Seminar Pencegahan Jenayah Kampus Kor Suksis 1 Malaysia di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) yang julung-julung kali diadakan anjuran institut pengajian tinggi tersebut.

Seminar pada hari ini turut menyaksikan Majlis Pelancaran Program 'Volunteers Reaching The People' yang disempurnakan oleh Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub.

Program kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk 'Peranan Mahasiswa Dalam Membanteras Jenayah Kampus' oleh Encik Muhammad Sharif Pono, Timbalan Pengarah Keselamatan UM dan disusuli dengan sesi soal jawab serta majlis penyampaian cenderahati & sijil penghargaan.

Majlis dilanjutkan ke sebelah petang dan turut hadir pada hari ini, YDH Senior DCP Datuk Seri Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH ACP Kehormat Prof. Datuk Dr. Rohana binti Yusof, Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar merangkap Komandan Kor Suksis UM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, pimpinan-pimpinan tinggi UM serta wakil-wakil media.

Sumber:
http://www.rmp.gov.my/news/news_details.cfm?id=68XoeKM9dmE=
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2014 11:39 AM | Show all posts
Pengalaman 36 tahun Syed Ismail


Syed Ismail Syed Azizan bersara wajib berkuat kuasa 29 Januari lalu setelah 36 tahun mencurah bakti kepada PDRM.

Kejadian yang berlaku pada 1978 ketika masih dalam latihan masih segar di ingatan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan apabila beliau kehilangan seorang rakan sepelatih di Teluk Senangin, Perak.

Menceritakan kembali kenangan yang hampir menggugat hasratnya untuk menjadi seorang anggota polis, Syed Ismail berkata, beliau ketika itu bersama-sama rakan sepelatihnya berkhemah di sebuah kawasan hutan di Teluk Senangin di waktu senja.

Ini bertujuan sebagai latihan untuk membiasakan diri bersama Pasukan Polis Hutan (sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am).

Menurutnya, tiba-tiba terdengar bunyi satu das tembakan.

“Kesemua kami ketika itu adalah pelatih baharu, jadi bila terdengar tembakan, kami menggigil. Selama lima minit, kami terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Tidak lama selepas itu, barulah kami tahu, ada seorang rakan tertembak rakan yang lain ketika memegang selaras raifal M16.

“Kecederaan di bahagian depan dada mangsa hanyalah lubang kecil tetapi di belakang sangat teruk. Pada masa itu hospital terdekat adalah di Lumut tetapi untuk sampai ke sana memakan masa lama melalui jalan darat.

“Rakan saya itu terpaksa dihantar menggunakan bot tetapi tidak sempat dan meninggal dunia akibat pendarahan," katanya dalam pertemuan di pejabat beliau di sini baru-baru ini.

Meskipun kejadian tersebut memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya, namun mujurlah tidak mengubah tekad beliau untuk berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah Syed Ismail tersenyum puas ketika menyatakan dia sudah berkhidmat dengan PDRM selama 36 tahun dan bersara pada 29 Januari lalu kerana usianya yang genap 60 tahun.

Bermula sebagai inspektor percubaan pada 1978, beliau memberi contoh yang baik kepada anggota polis lain bagaimana komitmen, integriti dan kecintaan kepada sesuatu tugas yang diberikan bukan sahaja menjamin kepada kerjaya yang berkesan malah ia boleh berakhir dengan cemerlang.

Syed Ismail yang sebelum itu bekerja sebagai kakitangan bank pertama kali ditugaskan di Kelantan dalam Cawangan Khas pada 1978.

Beliau bertugas di negeri Cik Siti Wan Kembang itu selama tiga setengah tahun dan terlibat dengan perisikan mengesan aktiviti militan komunis yang masih aktif ketika itu.

Pada 1981, beliau dipindahkan ke Pulau Pinang dalam cawangan sama namun skop tugasannya kali ini adalah tertumpu kepada mengesan aktiviti ekstremis.

Setelah tiga tahun bertugas di negeri itu, bapa kepada tiga orang anak tersebut kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pengajian Strategi dan Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara 1984 sehingga 1988.

Beliau kemudian bertugas di negeri ketiga iaitu Kedah dalam cawangan narkotik bermula 1989 sehingga 1991. Bebanan tugas dan amanah yang dipikul Syed Ismail semakin berat apabila dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim (1992-1995) dan Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Perak (1995 - 1996).

Peranan beliau bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga ke luar negara apabila beliau dilantik sebagai Ketua Unit Polis Antarabangsa (Interpol) Malaysia dan terlibat dalam menggubal silibus latihan asas Interpol bersama Sekretariat Interpol yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Karier beliau bersama PDRM maju setapak lagi apabila dilantik menjawat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang (2002-2004), Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang (2004-2006) sebelum menjadi Ketua Polis Kedah pada 2007.

Tarikh 20 Oktober 2010 merupakan kemuncak kepada karier polis Syed Ismail apabila beliau dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman iaitu salah satu unit dalam PDRM yang paling baharu dan ditubuhkan pada 2006.

Kepelbagaian jenayah siber yang berlaku di negara ini yang kebanyakannya didalangi warga asing merupakan cabaran besar yang terpaksa dihadapi Syed Ismail malah beliau mengakui pengalamannya bertugas dalam beberapa cawangan bersama PDRM masih tidak cukup untuk berdepan dengan cabaran jenayah siber.

“Sejak menjawat jawatan pengarah di jabatan itu, banyak jenayah siber didalangi warga asing terpaksa kami hadapi namun asas kepada berlakunya jenayah ini kerana kesedaran masyarakat yang rendah dan mudah tertipu.

“Saya berharap pelbagai kempen kesedaran yang kami jalankan mampu menyedarkan masyarakat kerana hanya dengan cara itu dapat membendung perkara ini daripada terus berlaku," katanya.

Setelah lebih tiga dekad, tarikh 29 Januari 2014 akhirnya tiba dan bermakna beliau akan bersara daripada PDRM dan memulakan hidup sebagai orang awam.

“Bila kita sudah lama dalam satu tugas memang tidak mudah untuk berhenti tetapi disebabkan had umur, saya bersara. Selepas ini, saya akan menumpukan masa bersama keluarga," katanya yang berasal dari Kedah.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 6-tahun-Syed-Ismail
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 11:40 AM | Show all posts
Memori indah buat Inspektor Raja Zani


nspektor Raja Mohd. Zani Raja Omar menunjukkan Anugerah Liga Balai 2013 dan hadiah-hadiah yang dimenangi, baru-baru ini.

KEMENANGAN yang diperolehi ini bukanlah untuk dibangga atau dimegahkan sebaliknya pendorong dan motivasi kepada kami semua warga Balai Polis Kampung Rapat untuk memangkin kejayaan lebih besar di masa akan datang".

Begitu luahan Ketua Balai Polis berkenaan, Inspektor Raja Mohd. Zani Raja Omar, 34, yang mengulas kejayaan balai dipimpinnya selama empat tahun apabila diangkat menjadi juara Anugerah Liga Balai 2013, baru-baru ini.

"Kami langsung tidak menyangka malah terkejut sebenarnya. Persaingan di peringkat akhir semuanya melibatkan balai yang hebat-hebat dan memiliki kelebihan masing-masing. Namun, untuk kali ini, rezeki berpihak pada kami buat julung kalinya.

"Apa yang pasti, kejayaan ini bukanlah milik saya seorang tetapi hasil kerjasama, semangat, motivasi dan sumbangan semua anggota di balai serta masyarakat setempat secara kolektif," ujar anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan itu.

Hasil kejayaan itu, Balai Polis Kampung Rapat membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM65,000, piala pusingan, piala iringan, sijil, dan lawatan sambil belajar ke luar negara.

Jelas Raja Mohd. Zani yang merupakan anak ketiga daripada lapan beradik, sepanjang sembilan tahun menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kejayaan tersebut adalah kenangan dan mungkin menjadi memori paling indah buatnya.

"Sebanyak 771 buah balai terlibat dalam peringkat saringan mengikut kategori masing-masing sebelum hanya 25 balai dipilih ke peringkat akhir.

"Balai kendalian saya berada dalam kategori A, dan kami terpilih sebagai lima balai terbaik di peringkat akhir bersama Balai Polis Wangsa Maju, Plentong, Pantai dan Sri Petaling," ujarnya.

Tambah beliau, kesemua balai terlibat daripada peringkat awal dibahagikan kepada lima kategori iaitu A hingga E, berdasarkan faktor tertentu antaranya kedudukan geografi, kepadatan penduduk dan keluasan kawasan pentadbiran selain perspektif laporan jenayah tahunan.

Jelasnya, apa yang lebih membanggakan, sebuah lagi balai yang turut berada di bawah naungan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh juga menjadi juara bagi kategori B iaitu Balai Polis Bercham.

Beliau dalam pada itu turut berterima kasih kepada pengurusan IPD Ipoh, khususnya kerana memberi teguran, nasihat dan kaunseling bagi memantap dan memperbaiki pencapaian setiap balai.

Raja Mohd. Zani seterusnya berkata, beliau bersyukur kerana selain warga balai, pihaknya turut mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan, kelab-kelab serta komuniti setempat dalam membanteras jenayah.

Katanya, meskipun Balai Polis Kampung Rapat mendapat pelbagai aduan komuniti setempat termasuk yang negatif, namun beliau dan warga balai menganggapnya sebagai sesuatu yang membina demi kebaikan bersama.

"Pelbagai program telah dilakukan melibatkan komuniti setempat yang bukan sahaja membanteras dan pencegahan jenayah tetapi juga program keagamaan, budaya dan sukan.

"Hubungan yang baik serta komunikasi dua hala dengan komuniti sangat membantu operasi balai dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan pentadbiran balai," ujar beliau.

Katanya, tidak ketinggalan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Imigresen.

"Jika melihat rekod 2012 berbanding tahun lalu menunjukkan penurunan indeks jenayah yang amat ketara iaitu sehingga 19.34 peratus. Ia satu usaha yang perlu diteruskan agar indeks jenayah kekerasan dan harta benda dapat dikurangkan lagi dari semasa ke semasa," ujarnya.

Dalam pada itu, Raja Mohd. Zani berharap masyarakat di negara ini terus memberikan kerjasama baik kepada pasukan keselamatan kerana peranan mereka terus ditagih demi mencapai agenda dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah.

"Bagi balai kendalian saya, jika dinisbahkan jumlah keanggotaan balai dengan keluasan kawasan pentadbiran serta jumlah penduduk, seorang anggota perlu menjaga kira-kira 6,280 orang penduduk.

"Ia nisbah yang terlalu besar jadi melalui peranan masyarakat sahaja segala jenayah dan maklumat berkaitan dapat disalurkan secara pantas dan membantu tugas polis ke sesuatu lokasi atau melakukan risikan serta siasatan," kata beliau lagi.

Menyentuh hala tuju balai kendaliannya selepas ini, ujar Raja Mohd. Zani, beliau ingin mempertahankan kejuaraan yang dimiliki Balai Polis Kampung Rapat agar semua anggota serta masyarakat berbangga dengan pengiktirafan itu.

"Bukan mudah untuk mengawal indeks jenayah namun saya percaya berkat kerja keras dan sokongan warga balai dan masyarakat di sekeliling perkara itu tidak mustahil sama sekali.

"Di balai, saya seorang yang tegas namun tidak suka meninggikan suara kepada anggota bawahan malah saya menggunakan konsep ‘berkawan’ dan bergaul mesra dengan mereka supaya dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Menceritakan semula penglibatannya ke dalam pasukan keselamatan tersebut, anak kepada pasangan Raja Omar Raja Kadir, 73, dan Hashimah Che Kob, 57, itu berkata, beliau meminati pasukan beruniform tersebut sejak zaman persekolahan.

"Semasa melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), saya turut menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).

"Meskipun bukan berlatar belakangkan keluarga dari pasukan ini, jiwa dan minat yang membuatkan saya memohon dan akhirnya diterima menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak pada 2005," jelas bapa kepada dua cahaya mata ini.

Jelasnya lagi, beliau amat bersyukur kerana keluarga serta isterinya, Nor Azilah Abdullah Zawawi, 34, sentiasa faham akan tugas dan kerjayanya yang adakala tidak tentu masa.

"Selain keluarga, peranan yang dimainkan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) sebenarnya banyak membantu keluarga-keluarga termasuk perihal kebajikan keluarga anggota," ujarnya lagi.

Berkat usaha dan kerja keras yang dilakukan Raja Mohd. Zani, beliau juga pernah menerima beberapa penghargaan di peringkat tertinggi PDRM.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Inspektor-Raja-Zani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 12:36 PM | Show all posts
STING berjaya buktikan keupayaan


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama anggota STING pada majlis pelancaran pasukan tersebut di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SEJAK penubuhannya pada 1 Oktober tahun lalu, Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman telah berjaya melumpuhkan beberapa sindiket tempatan serta rangkaian pengedaran dadah antarabangsa yang aktif di negara ini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, STING telah berjaya merampas 2,422 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM118.27 juta dalam tempoh lima bulan penubuhannya.

Pencapaian itu adalah hasil beberapa serbuan di termasuk lima yang telah dilakukan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur serta empat kawasan di Selangor iaitu Kepong, Batu Caves, Cyberjaya dan Ampang yang dijalankan pada 6 Februari dan 8 Februari lalu.

Dalam kesemua serbuan yang dibuat, seramai 11 individu termasuk dua wanita berjaya ditahan dan tujuh daripadanya merupakan warga Iran. Salah seorang daripada warga Iran itu dipercayai taikun dadah yang menjadikan negara ini sebagai tempat operasi sindiketnya.

Hasil rampasan dalam operasi tersebut adalah 11.7 kilogram (kg) serbuk syabu; 11.6 kg cecair syabu, 1,100 biji pil ekstasi dan lebih 11 kg serbuk dadah jenis ephedrine serta beberapa jenis bahan kimia dan peralatan untuk memproses dadah.

Pada masa sama, pasukan STING turut merampas wang berjumlah RM213,308 serta tiga kenderaan jenis Toyota Vios, Honda City dan Honda Jazz milik kesemua suspek yang berusia antara 22 tahun hingga 42 tahun.

Satu lagi kejayaan STING ialah melumpuhkan sindiket pengedaran dadah dan membongkar sebuah makmal memproses bahan terlarang itu di Greenland, Pulau Pinang pada 17 Februari lalu.

Dalam serbuan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang itu, empat anggota sindiket pengedaran dadah termasuk dua wanita yang salah seorangnya merupakan warga China di tahan. Kesemua suspek yang berusia antara 28 tahun hingga 42 tahun ditahan di sekitar negeri itu.

Pelbagai jenis dadah, kenderaan berkuasa tinggi, wang tunai dan barangan lain bernilai hampir RM4.5 juta turut dirampas.

Kejayaan tersebut boleh diibaratkan sebagai pencapaian indeks penilaian prestasi yang cemerlang bagi sayap baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu selaras dengan matlamat penubuhannya menumpaskan semua aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negara ini.

Pencapaian besar itu juga merupakan amaran kepada pengedar dadah di negara ini untuk berhenti menjalankan aktiviti jenayah itu atau berdepan dengan pihak berkuasa.

Dengan peruntukan lebih RM10 juta yang disediakan untuk merealisasikan penubuhan STING, pasukan yang lengkap dengan kekuatan taktikal, teknikal dan fokus menjalankan kerja pasti mampu membersihkan negara ini daripada dadah menjelang tahun 2015 seperti yang disasarkan di kalangan negara-negara ASEAN.

STING yang menjadikan Bukit Aman sebagai pusat operasi utama dianggotai seramai 200 orang terdiri daripada 61 pegawai kanan, 138 anggota berpangkat rendah dan seorang penjawat awam.

Kesemua ahli pasukan terdiri daripada individu terpilih dalam PDRM yang telah terbukti mampu menjalankan tugas secara komited, mempunyai integriti, amanah dan sanggup mengorbankan kepentingan peribadi demi mencapai kejayaan dalam setiap misi.

Selain menjalani latihan dalam negara, STING turut dihantar ke luar negara untuk meningkatkan kepakaran mereka antaranya di Indonesia, Brunei, Thailand, China, Hong Kong, Taiwan, Iran dan Nigeria.

Bagi melengkapkan kekuatan pasukan itu, PDRM memohon peruntukan lebih RM10 juta daripada kerajaan untuk menyediakan kelengkapan baharu.

Dianggarkan setiap anggota STING akan memakai kelengkapan termasuk pakaian seragam dan senjata canggih bernilai RM20,000 setiap kali menjalankan operasi.

Daripada peruntukan tersebut, RM5 juta dibelanjakan untuk membeli kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi seperti kereta BMW, Porsche dan pacuan empat roda berkuasa tinggi bagi menyaingi keupayaan yang dimiliki setiap sindiket.

Selain itu, RM4 juta lagi akan digunakan untuk menaik taraf kelengkapan dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik termasuk membeli aset-aset canggih setaraf dengan apa yang dimiliki oleh pihak berkuasa di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Perancis manakala RM1 juta lagi digunakan untuk membeli peralatan komunikasi yang lebih baik.

Sehubungan itu, mesej yang jelas kepada golongan pengedar dadah di luar sana, di mana pun anda berada, STING pasti akan dapat menumpaskan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan bahan terlarang itu diniagakan walau apa cara sekalipun!

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -buktikan-keupayaan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 10:36 AM | Show all posts
Op Kejam’ uji kecekapan anggota D9


Demostrasi tangkapan oleh anggota Unit D9 di Balai Polis Taipan di Subang Jaya.

Detik 23 Oktober 2013 sudah pasti akan terpahat dalam ingatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Asisten Supritendan Rodney Pasla Haris.

Manakan tidak, pada hari itulah Rodney, 36, menerima tugas berat untuk mengendalikan kes pegawai operasi AmBank yang mati ditembak seorang pengawal keselamatan.

Malah kes itu turut mendapat perhatian seluruh negara yang menyifatkan kes berkenaan sebagai kejam oleh pembunuhnya yang ingin melarikan sejumlah wang tunai daripada bank tersebut.

Menurut Rodney, bukan sesuatu yang mudah baginya mengendalikan kes tersebut, kerana ia memerlukan kecekapan dan ketelitian.

Malah sejurus selepas kejadian itu katanya, satu pasukan khas yang dinamakan Op Kejam ditubuhkan.

“Berbekalkan intipan dan maklumat, pasukan saya berjaya menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita yang dipercayai turut bersubahat dengan suspek.

“Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula disyaki isterinya.

“Mereka yang merupakan rakyat negara jiran tetapi disyaki menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang, pada malam hari kejadian.

“Susulan penahanan ketiga-tiga suspek, kami merampas wang tunai berjumlah RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan daripada peti besi Ambank," ujarnya.

Menurut Rodney, meskipun beliau dan 16 anggotanya dengan dibantu pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terpaksa bersengkang mata, tetapi mereka berpuas hati kerana berjaya menyelesaikan kes itu apabila suspek utamanya dapat ditangkap selepas 19 hari.

Beliau turut berbangga apabila kejayaan pasukannya itu diiktiraf Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyampaikan ucapan tahniah melalui akaun Twitter sebaik sahaja kes tersebut selesai.

Dalam pada itu, Rodney memberitahu, pegawai dan anggotanya tidak terlepas untuk menyertai latihan asas sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan tidak diduga apabila sesuatu gerakan dilancarkan.

“Latihan yang diambil oleh seorang anggota tidak perlu memakan masa yang lama, tetapi cukup sekadar memberi persediaan buat anggota yang terlibat untuk menjadi lebih mantap dan bersedia dalam apa jua keadaan terutama bagi menghadapi musuh," jelasnya.

Berkhidmat selama 11 tahun bersama PDRM, Rodney berazam untuk mengalas tanggungjawab yang diberikan dengan penuh iltizam bagi memastikan penjenayah dibanteras dan dipatahkan.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ecekapan-anggota-D9
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 09:35 PM | Show all posts
Unit Khas PDRM sudah dibubarkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.477709 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list