CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dcc01

Alternative Plan: Upgrading a merchant vessel to Naval Auxiliary Ship

[Copy link]
Post time 22-4-2009 01:54 PM | Show all posts
Tak tahu aku dah kat thread mana nak cerita pasal Ops Fajar... kalau ikut info... lepas 30hb Ops fajar akan bersambung lagi dengan kapal lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 02:05 PM | Show all posts

Reply #18 mmc's post

MISC akan repaint ikut Navy punya colors atau maintain color kapal dagang? Kalau tak alamat jadi pirate magnet le..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 02:16 PM | Show all posts
wa sgt bersetuju dgn mmc, kapal kargo ka, tanker ka, mmg sgt- sgt tak sesuai.

byk limitation yang bakal menggugat operasi nih nanti.

mau takmo, kena acquire jugak LPD laaa....

takpon sewa kapal yang ada RO-RO dgn helipad. tapi cruise liner jer yang ada facilities mcm tuh.

[ Last edited by  tin at 22-4-2009 14:18 ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 02:52 PM | Show all posts

Reply #22 areguard's post

That's an idea....bukan magnet...tapi mousetrap
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 04:05 PM | Show all posts
Info bagitau hari ini launching kapal MISC Bunga Raya sebagai auxiliary ship untuk attachment ke Teluk Aden. Crew kapal terdiri dari anggota MISC, navy dan juga grup Paskal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 04:30 PM | Show all posts

Reply #25 Canaletto's post

PENGUBAHSUAIAN BUNGA MAS LIMA SEBAGAI KAPAL Auxiliary TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

1.        MISC Berhad, dengan kerjasama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), telah berjaya mengubahsuai kapal kontena Bunga Mas Lima kepada sebuah kapal Auxiliary TLDM bagi tujuan mengiringi dan melindungi kapal-kapal MISC yang melalui Teluk Aden.  

2.        Bunga Mas Lima, sebuah kapal kontena bersaiz 699 TEU, merupakan kapal dagang pertama di Malaysia yang diubahsuai sebagai sebuah kapal Auxiliary TLDM.  Kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan oleh Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), anak syarikat MISC, di limbungan kapal MMHE, Pasir Gudang, Johor.

3.        Projek pengubahsuai kapal Bunga Mas Lima telah diusahakan berikutan insiden rampasan dua kapal MISC, Bunga Melati Dua dan Bunga Melati Lima. MISC, TLDM dan MKN telah berkerjasama menyelesaikan kedua-dua insiden tersebut. Sejak insiden rampasan Bunga Melati Dua dan Bunga Melati Lima, TLDM telah melancarkan OP FAJAR iaitu misi menyelamat, mengiringi serta melindungi kapal-kapal MISC yang melalui Teluk Aden.  Sehingga kini TLDM telah menghantar lima buah kapal iaitu KD LEKIU, KD SRI INDERAPURA, KD MAHAWANGSA, KD SRI INDERA SAKTI dan KD HANG TUAH dalam menyokong misi tersebut.

4.        Melalui pengoperasian Bunga Mas Lima, kapal tersebut akan dikenali sebagai Kapal Auxiliary TLDM BM5. Sejajar dengan perkembangan ini, KD SRI INDERAPURA yang kini bertugas di Teluk Aden akan kembali ke Malaysia pada bulan Jun 2009.   

5.        Berdasarkan  undang-undang antarabangsa, kapal auxiliary  adalah kapal selain dari kapal perang yang dimiliki atau di bawah kawalan pemerintahan tentera. Ianya dioperasikan oleh kerajaan dan diberi keistimewaan sovereign immunity.

6.        Kapal Auxiliary TLDM BM5 dianggotai oleh krew MISC dan anggota tetap ATM. Kesemua krew MISC telah diserap sebagai anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dan telah menjalani latihan asas ketenteraan. Krew MISC akan menjalankan urusan navigasi dan senggaraan terhadap kapal manakala pegawai dan anggota TLDM yang berada di kapal pula bertanggungjawab bagi semua operasi yang melibatkan keselamatan.

7.        Bagi MISC, projek pengubahsuaian dan pengoperasian kapal Bunga Mas Lima membuktikan komitmen syarikat tersebut terhadap keselamatan para pekerja serta kapal-kapal MISC terutama dari segi  ancaman lanun yang semakin meningkat juga membahayakan operasi MISC di Teluk Aden.  

8.        Bagi TLDM pula, konsep pengoperasian Kapal Auxiliary TLDM BM5 merupakan salah satu kompenan penting dalam merealisasikan hasrat dan impian negara khususnya Angkatan Tentera Malaysia yang mengamalkan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) seperti yang terkandung di dalam Dasar Pertahanan Negara.

9.        Majlis pengoperasian Kapal Auxiliary TLDM BM 5 telah diadakan di limbungan kapal MMHE di Pasir Gudang hari ini bagi meraikan kejayaan projek pengubahsuaian Bunga Mas Lima. Turut hadir di majlis tersebut adalah Datuk Dr. Abdul Latif bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Laksamana Dato Sri Abdul Aziz Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut dan En. Amir Hamzah Azizan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, MISC Berhad.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2009 04:44 PM | Show all posts
preview Kapal Auxiliary TLDM BM5



Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 04:47 PM | Show all posts

Balas #27 standupper\ catat

hahah..caya la bro  stand.....

nak gambar lagik..hehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2009 04:52 PM | Show all posts

Balas #26 standupper\ catat

wah MISC belanja ka ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 04:57 PM | Show all posts

Balas #27 standupper\ catat

Wulamakk .. tudiahhh .. cayalah TLDM ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 04:58 PM | Show all posts
Atas dasar menambah aset TLDM & menambah kekuatan anggota PSSTLDM bagi menyokong polisi HANRUH, saya mencadangkan agar ditambah lg jumlah kapal2 milik MISC utk diserap sbg auxiliary vessels bg TLDM & warga MISC utk menjadi anggota PSSTLDM.

Ini dapat menjimatkan kos terutama drp segi kos pembelian aset baru atau penggajian rekrut TLDM yang baru (amik kapal MISC cuma perlu kos pengubahsuaian & PSSTLDM cuma dibayar elaun jer).
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 05:04 PM | Show all posts

Balas #29 innocentti\ catat

alamak wa termiss thread ni.. jawapan sudah ada awai2
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 05:43 PM | Show all posts
tak bubuh weapon station ka kat kapai auxilliary tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 05:43 PM | Show all posts
buat mcm UK....mmg terbukti kapal aux ni masa perang falkland....
masa exs FPDA pun diorang bawak kapal ni... sentry atas kapal pun pakai loreng...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 06:08 PM | Show all posts

Reply #33 windof's post

Antara penambahan dan pengubahsuaian yang telah dilaksanakan:

1. Penukaran warna kapal mengikut spesifikasi warna kapal TLDM.
2. Penambahan kemudahan untuk menempatkan anggota ATM,
3. Penambahan ruang senjata ringan, ruang komunikasi, dan perubatan.
4. Kemudahan tapak pendaratan helikopter dan bot untuk kegunaan pasukan elit TLDM.
  

Kapal ini akan dilengkapi dengan helikopter Super Lynx dan bot tempur serta akan dianggotai oleh anggota tetap ATM dari KD Panglima Hitam, Tim udara TLDM, tim bantuan TLDM dan tim perubatan ATM bagi melaksanakan operasi defensif mahupun ofensif jika diperlukan.

Proses transformasi Kapal Bunga Mas Lima ke kapal auxiliary TLDM juga memerlukan anggota-anggota MISC dilatih untuk pengendalian senjata api, diajar untuk menangani sesuatu konflik atau ancaman serta memahami organisasi TLDM.  

Kesemua anggota MISC di kapal ini telah berjaya menjalani latihan induksi Pasukan Simpanan TLDM di KD Sri Klang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by standupper at 1-6-2009 18:08
Kesemua anggota MISC di kapal ini telah berjaya menjalani latihan induksi Pasukan Simpanan TLDM di KD Sri Klang.


MISC ni tak ada mcm simpanan pakar ker bro???mcm pakar RAW TM/KTM???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2009 06:29 PM | Show all posts

Reply #36 Periuk_api1209's post

Kalau RAW Pakar biasanya kat pelabuhan memang ada! tapi kalau atas kapal aku rasa takde lagi.. btw aku harap usaha kerjasama nie boleh buka jalan dan buka mata MISC untuk pastikan crew kapal jadi PSSTLDM pada masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 06:31 PM | Show all posts

Balas #35 standupper\ catat

bagus weh! enak banget bunyinya... bila lagi mau buat auxilliary aircraft utk epos...dan train crewnya sbg PSTUDM...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 06:55 PM | Show all posts
tempek gambar skit..




gambar BM5 dgn warna asal..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 07:42 PM | Show all posts
dlm doktrin pun dah kata....klu perang, semua kapal hak company malaysia ni di bawah perintah TLDM. aku ingat krew MISC ni dah lama jadi PSSTLDM, tp baru nak start rupanye....harap pas ni berkembang le keahlian tu, pas tu bertambah lg le kapal yg jd aux....tak pun jadikan hospital ship
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.302253 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list