CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

ULAT MULONG

[Copy link]
Post time 2-3-2009 10:46 PM | Show all posts

Balas #16 makcikmengamok\ catat

tu dia mai dah.....sekarang tengah makan ke...

rasa dia cam apa aa? cam pie ada tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2009 10:47 PM | Show all posts
bangsa org melanau salu makan ulat mulong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2009 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by manzilla at 2-3-2009 10:44 PM
Pedulikan yang jumud dengan mazhab syafie. Islam ni kan luas.


In sendiri pun tak tahu apa kata Imam Malik dalam hal neh.. boleh dimamam macm tu ker atau kena dimasak dahulu?

apa pula kata ulama2 di malaysia ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2009 10:53 PM | Show all posts


sate ulat mulong...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 10:53 PM | Show all posts

Balas #17 manzilla\ catat

ish tak baik la kata diorang jumud.....

nanti sy cuba cek jakim...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 10:56 PM | Show all posts

dari jakim.---->http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

Soalan        
:
                apakah hukum makan ulat pokok sagu yang mejadi makanan islam dan bukan isalm di Sarawak?.



        Jawapan        
:
               
        Berikut adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan panduan dan pemakaian:

1- TAKRIF HALAL

a) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

b) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan

d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

2- SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

2.1 HAIWAN

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

a) Haiwan darat
b) Haiwan air

2.1.1 HAIWAN DARAT

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya.

2.1.2 HAIWAN AIR

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.2 TUMBUH-TUMBUHAN

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.3 MINUMAN

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda yang najis.

3. PENYEMBELIHAN

Sesuatu penyembelihan hendaklah mengikut peraturan berikut:

a) Penyembelihan hendaklah dilakukan oleh orang Islam yang sempurna akal dan mengetahui rukun-rukun dan syarat-syarat sembelihan.
b) Haiwan yang hendak disembelih mestilah haiwan yang halal dimakan.
c) Hendaklah haiwan itu masih hidup dalam keadaan biasa (hayat mustaqirrah).
d) Hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan dan marih (saluran makanan, minuman dan pendarahan; dan
e) Alat penyembelihan mestilah tajam dan tidak terdiri dari tulang, kuku atau gigi.

4. HIDANGAN

Semua bahan halal yang disimpan, dipamer dan dihidang hendaklah diasingkan dalam setiap keadaan di antara yang halal dengan yang tidak halal untuk menghindarkan percampuran atau terkena najis di antara bahan halal dan tidak halal.

5. PEMPROSESAN MAKANAN DAN MASAKAN

Semua makanan yang telah diproses adalah halal sekiranya bahan-bahan ramuannya halal dan pemprosesan adalah bersih dari najis seperti berikut:

i) Tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari haiwan yang bagi orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dianggapkan sebagai najis mengikut hukum syarak sama ada sedikit atau banyak, seperti minyak babi, lemak dari bangkai, jenis-jenis arak dan lain-lain.

iii) Tidaklah disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut hukum syarak, seperti alat pemotong, tempat, kuali, sudu, periuk dan lain-lain.

iv) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpan itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (i), (ii) dan (iii) atau apa-apa benda yang dianggap sebagai najis mengikut hukum syarak.

6. KEBERSIHAN

Kebersihan amatlah dititikberatkan oleh Islam dan ia meliputi aspek-aspek kebersihan diri, pakaian, peralatan dan kawasan tempat pemprosesan atau membuat makanan.

Tujuannya ialah untuk menjamin bahawa makanan yang dihasilkan adalah suci dan tidak membahayakan kesihatan manusia.

Kebersihan boleh diertikan sebagai bebas dari najis, kotoran, benda-benda haram dan tidak suci mengikut hukum syarak. Beberapa aspek yang ditekankan antaranya:

a) Premis pembuatan, penyediaan dan penjualan makanan dan minuman perlulah bersih dan bebas daripada gejala-gejala yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti lalat, tikus, lipas, cicak dan seumpamanya.

b) Pekerja-pekerja di kilang perusahaan makanan mestilah sihat, berpakaian kemas dan bersih untuk mengelakkan daripada gejala kekotoran.

c) Peralatan yang digunakan hendaklah dibasuh dan dicuci seberapa kerap yang boleh untuk menjamin kebersihan. Cara membasuh adalah dengan menjirus dan airnya bersih serta sentiasa mengalir.

d) Tandas dan bilik air mestilah dibersihkan dari semasa ke semasa kerana ianya adalah punca kekotoran.

7. BAHAN GUNAAN

Bagi maksud garis panduan ini, bahan gunaan boleh dibahagikan kepada kategori berikut:

7.1 KOSMETIK

Bahan kosmetik yang diperbuat dari tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang dibuat dari sumber haiwan yang halal dan tidak najis adalah juga boleh digunakan.

7.2 PAKAIAN DAN ALATAN

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuhan, bulu, kecuali bulu babi dan anjing, tulang haiwan yang halal dimakan yang disembelih dan kulit haiwan yang diawet (tanning), kecuali kulit babi dan anjing, boleh digunakan.

Rujukan : Garis Panduan Makanan, Minuman Dan Bahan Gunaan Orang Islam terbitan JAKIM.


Berdasarkan kepada garis panduan tersebut ulat adalah termasuk dalam kategori haiwan darat yang tidak halal dimakan berdasarkan kepada para (h) seperti di atas...



        Status        
:
                Selesai - Paparan Web.

[ Last edited by  ussopp at 2-3-2009 11:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2009 11:02 PM | Show all posts

Reply #26 ussopp's post

mana hukum makan ulat mulong?

ntah pe2 jawapan..

~ pemakaian ke pemakanan ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 2-3-2009 10:46 PM
adeh..

makan cmtu ker makcik? mana lbh bes dimasak ke tidak?


eiihh geli la klu tak masak...
benda tu kuat berak..

masa aku prepare...aku potong jobo dier..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2009 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 2-3-2009 10:53 PM
http://farm4.static.flickr.com/3015/2758090041_781fc80717.jpg?v=0

sate ulat mulong...


yumm...i like...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 2-3-2009 10:46 PM
tu dia mai dah.....sekarang tengah makan ke...

rasa dia cam apa aa? cam pie ada tak?


taste...earthy..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2009 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by makcikmengamok at 2-3-2009 11:04 PM


eiihh geli la klu tak masak...
benda tu kuat berak..

masa aku prepare...aku potong jobo dier..


adeh, xleh bayang yang mamam hidup2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 11:08 PM | Show all posts

Balas #27 indah1285\ catat

ku telah highlight dah.....

yg dihighlightkan adalah skrip asal, tiada ditambah....

[ Last edited by  ussopp at 2-3-2009 11:12 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2009 11:11 PM | Show all posts

Reply #32 ussopp's post

oh yer...

pendapat lain cmne ek...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 11:14 PM | Show all posts

Balas #33 indah1285\ catat

orait, tgh tunggu ni...nak tau gak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 11:14 PM | Show all posts

Reply #26 ussopp's post

tidak menjawab soklan :@

Imuda penah makan ulat tuh mase wat pogram Jalan2 cari makan.

org kate lemak2 rsnye. slurppppp
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 11:16 PM | Show all posts

Balas #35 seroja\ catat

aik...kan dah edit(highlight)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2009 11:18 PM | Show all posts
yang pengacara TV3 tu pun makan gak kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2009 11:19 PM | Show all posts

Reply #35 seroja's post

kena tanya makcik mengamuk camne rasanya.. menurut yg da makan kata depa rasa cam udang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2009 11:22 PM | Show all posts

Reply #37 azmira81's post

yup nampak dia makan yg fresh tgh menggeliat sakan lg..  diambik dr batang pokok sagu tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 11:25 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 2-3-2009 10:33 PM
waaaaaa


masa tengok kat tv hr tuh seorang makcik tu tunjuk kat lidah dia ulat mulong bergerak2 lagi, dia pi geget n telan dengan mimik muka the very delicious... :shakehead3 ...


feel like throwing upp............................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061458 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list