CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4142|Reply: 9

EarthHour.org - Biarkan bumi berehat selama 1 jam

[Copy link]
Post time 17-2-2009 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Biarkan bumi berehat selama satu jam

Tutup semua lampu anda pada masa berikut,
Tarikh:28 March 2009
Masa: 8.30PM - 9.30PM

Lebih 1000 bandar di seluruh dunia telah mengesahkan penyertaan program ini. Di malaysia, Kuala Lumpur telah memberi kesediaan untuk bergelap selama satu jam. Antara organisasi yang telah menyataan kesediaan mereka untuk bekerjasama ialah KL Tower, dimana pihak KL Tower akan menutup semua lampu di menara kuala lumpur pada masa tersebut.

Selain itu, pihak 8tv juga telah menyatakan akan menghentikan siaran mereka selama satu jam pada masa tersebut sebagai tanda sokongan. Dijangkakan lebih ramai lagi badan2 korporat serta organisasi akan menyertai program ini.

Pihak earthhour juga telah mengesahkan mendapat sokongan dan kebenaran daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi untuk menganjurkan program ini di Kuala Lumpur.


Saya dengan ini menyeru semua rakyat malaysia (terutama warga KL) untuk sama-sama memberi sokongan terhadap program ini.

Apa yang boleh saya lakukan?
- Menutup semua lampu (kecuali yang benar2 diperlukan sahaja)
- Menutup semua peralatan elektrik yang tidak perlu
- Berehat la di rumah bersama2 keluarga, x perlu keluar

Anda juga boleh mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan anda, pihak pengurusan tempat kerja anda, mahupun sekolah2 atau asrama2 tempat anda tinggal untuk sama2 menyertai program ini.

Untuk maklumat lanjut,

Official Website: http://www.earthhour.org

Flickr photo album: http://www.flickr.com/photos/earthhour_global
Facebook : http://www.facebook.com/group.php?gid=2235111402&ref=mf
Youtube Channel: http://www.youtube.com/earthhour2009
Myspace : http://www.myspace.com/earthhour

Sekian..
epool86
EarthHour supporter

[ Last edited by  epool86 at 17-2-2009 10:07 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 11:25 AM | Show all posts

benefit??

can any one explain in detail implication dia...

bila off current sume, then ape benefit pada earth..aku mcm kurang jelas..

benefit untuk earth ok..bukan jawapan2 sengal untuk jimat bil letrik sume aku malas nk baca...

thanks pada yg bg info nti..tata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2009 08:37 AM | Show all posts
menurut penganjur WWF (Malaysia), tindakan menutup semua lampu yang tidak perlu mungkin tidak memberi kesan/impak yang besar kepada perubahan persekitaran dunia..

namun, apa yang ingin ditunjukkan WWF ialah aktiviti ini sebagai simbolik bahawa semua penduduk bumi sebenarnya boleh bersatu untuk mengurangkan kadar pemanasan global (global warming) yang kini berada pada tahap serius.

mungkin ramai rakyat malaysia masih belum mempunyai kesedaran mengenai pembaziran tenaga yang sebenarnya menyumbang kepada pencemaran dan pemanasan global. Oleh kerana ini adalah kali pertama kuala lumpur menyertai program ini, kempen dan publisiti dari media2 utama serta kerjasama dari rakyat malaysia (khususnya warga kuala lumpur) sendiri adalah sangat diperlukan..

mengenai penggunaan tenaga elektrik, umumnya kebanyakkan tenaga elektrik di malaysia dijana oleh empangan hidro yang tidak mencemarkan persekitaran, namun terdapat sebahagian tenaga elektrik turut dijana oleh bahan api seperti arang batu, petroleum/gas, atau tenaga nuklear. ini menunjukkan untuk menghasilkan tenaga elektrik itu sendiri sudah menyumbang kepada pemanasan global.

dan tenaga yang dihasilkan tersebut, akan digunakan dan penggunaannya juga turut menyumbang kepada pemanasan global terutama penggunaan di sektor industri. sebagai pengguna biasa di rumah, mungkin penggunaan peralatan eletrik di rumah kita tidak begitu memberi kesan kepada alam sekitar, namun seperti yang dinyatakan oleh penganjur iaitu WWF, aktiviti ini hanyalah sebagai simbolik bahawa penduduk bumi boleh bersatu utk menjaga alam sekitar, selain memberi kesedaran terdapat penggunaan alat2 elektrik yang tidak perlu di rumah masing2..

[ Last edited by  epool86 at 18-2-2009 08:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 01:31 PM | Show all posts
kalo setakat simbolik aku rasa tak payah la...silap2 umah kene pecah pun tak sedar..hik2...

tapi kalo disertakan dgn hujah2 ko yg selanjutnya tu tentang pengunaan tenaga n bagai2...aku stuju...

tapi kalo tenega elektrik y dijana dari hidro...rugi tak guna..sbb sentiasa terjana n tak boleh nk store n akan lost cmtu jek..bek pkai..hik2..

kalo len2 sumber ok kot...arang batu ke...nuklear ke..ape ke..cayalah...usaha mengharmonikan bumi
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 08:10 AM | Show all posts
wait...umah2 kt slrh malaysia kne matikan elektrik la ek cm2??
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 08:20 AM | Show all posts
Wilayah Persekutuan bergelap sejam 28 Mac

KUALA LUMPUR 16 Mac - Warga Wilayah Persekutuan diminta memberikan sokongan kepada program Earth Hour pada 28 Mac ini dengan memadamkan lampu premis mereka selama sejam bermula pukul 8.30 malam.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) juga meminta semua bangunan komersial turut memadamkan lampu-lampu yang tidak penting dan tidak menjejaskan urusan mereka serta keselamatan pada masa dan tarikh tersebut.

Ia sebagai langkah simbolik dan tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim di peringkat global.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, KWP memberitahu, program yang mendapat persetujuan daripada kerajaan itu merupakan satu inisiatif di bawah Tabung Alam Sedunia (WWF) untuk menunjukkan kesepakatan dunia dalam menangani isu perubahan iklim global.

"Program ini diharap dapat memberikan gambaran kepada dunia bahawa rakyat Malaysia turut mengambil berat tentang bumi walaupun dengan cara yang mudah.

"Walaupun tindakan memadamkan lampu selama satu jam tidak akan menghentikan kesan perubahan iklim, namun penyertaan Malaysia akan menunjukkan keprihatinan dan memberikan satu mesej jelas bahawa dasar serta peraturan perlu digubal dan dilaksanakan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau,'' kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut telah dimulakan di Sydney, Australia pada 31 Mac 2007 apabila seramai 2.2 juta orang penduduk dan 2,100 premis perniagaan memadamkan lampu selama satu jam.

Usaha itu telah menarik perhatian ramai penduduk dunia dan telah menjadi satu pergerakan global dengan penglibatan lebih banyak bandar lain pada tahun berikutnya.

Tahun lalu, lebih 370 bandar di 35 buah negara di seluruh dunia menyertai program tersebut yang melibatkan lebih 50 juta penduduk.

Tambah kenyataan itu lagi, bagi memastikan produktiviti dan keselamatan negara tidak terjejas, hanya lampu yang tidak penting bagi bangunan dan premis akan dipadamkan selama satu jam.

"Lampu jalan akan dinyalakan kerana ia melibatkan aspek keselamatan para pengguna jalan raya,'' kata kenyataan itu.

Penyertaan Wilayah Persekutuan pada tahun ini diharap akan menjadi pencetus kepada penyertaan bandar-bandar lain di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2009 07:11 AM | Show all posts
aku rasa ada baik nya join earth hour ni. mungkin kita rasa impak tak seberapa, tapi sangat bermakna. bulb lampu (especially yang bulat kuning & spotlight) dan peralatan elektrik (especially air-cond & peti sejuk) melepaskan gas & haba yang menyebabkan peningkatan suhu alam sekitar. dengan menutup lampu untuk sejam, aktiviti pelepasan haba & gas dapat dikurangkan. so, sekurang2nya dapatlah bumi berehat seketika. tentang aspek keselamatan tu kita kena berjaga2 la..kunci segala benda yang boleh dikunci. lagi pun malam masih muda waktu 8.30pm-9.30pm.

kempen ni pun terpulang kepada semua individu. kalau nak join, sila la..kalau tak nak, terpulang..tiada paksaan..bagi aku, aku rasa aku mesti join sebab aku nak 'give back' something to nature.bukan mati pun kalau bergelap sekejap. alam sekitar dan manusia saling memerlukan, dan sekarang adalah masanya aku berjasa kepada alam sekitar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 05:21 PM | Show all posts
Laungan hijau stesen radio

antara selebriti yang hadir menunjukkan minat terhadap kempen kesedaran tentang pemanasan global.

Dalam usaha memberi kesedaran terhadap masa depan bumi yang semakin uzur dalam situasi pencemaran globalisasi serta sikap tidak prihatin masyarakat bumi, Rangkaian Radio Media Prima yang terdiri daripada Hot FM, Fly FM dan One FM turut menyumbangkan inisiatif untuk kempen tersebut.

Melalui tiga stesen ini, Pesanan Khidmat Masyarakat dilaungkan sebanyak lima kali sehari bermula daripada 26 hingga 28 Mac 2009.

Pesanan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat khususnya pendengar Hot FM, Fly FM and One FM untuk berfikir sejenak dengan keadaan bumi yang semakin nazak di mana dari situ mereka juga boleh turut menyumbang untuk menyelamatkan bumi.

Daripada kajian yang dilakukan, WWF mendapati bahawa kecuaian masyarakat Bumi dalam penggunaan tenaga merupakan faktor utama menyumbangkan ke arah kemusnahan planet bumi.

Earth Hour yang bermula di Sydney, Australia sekitar dua tahun lalu sudah menjadi satu agenda penting dan mula dipandang serius oleh dunia. Kini dalam percubaan menghimpunkan sebanyak satu bilion ikrar seluruh dunia untuk mengurangkan pemanasan global atau sekurang-kurangnya melambatkan proses tersebut.

PENGURUS Hot FM, Seelan Paul dan Pengarah Brand Management, Lam Swee Kim pada sidang media mengenai Earth Hour di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sejurus itu, stesen-stesen Radio di Media Prima telah berikrar untuk sama-sama membantu meningkatkan kesedaran kempen ini di kalangan pendengar-pendengar stesen-stesen tersebut.

Hot FM, Fly FM dan One FM menunjukkan komitmen terhadap kempen ini dengan mengambil langkah besar untuk menghentikan siaran pada slot Earth Hour. Selaras dengan itu, dengan komitmen yang diberikan, Hot FM, Fly FM dan One FM bakal menjadi stesen-stesen radio yang pertama mengambil tindakan yang sedemikian.

Maka, tepat pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam, 28 Mac ini ketiga-tiga stesen ini tidak akan beroperasi seperti kebiasaan kerana kesemua tenaga elektrik yang digunakan akan ditutup selama satu jam. Hot FM, Fly FM dan One FM akan kembali ke udara seperti biasa tepat jam 9.31 malam tersebut.

Kempen ini juga akan dilaksanakan serentak di seribu buah bandar yang bakal mengambil bahagian.

Rangkaian Radio Media Prima berharap dengan sumbangan dan sokongan daripada ketiga-tiga stesen terhadap kempen ini lebih ramai yang dapat turut serta pada masa yang akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2009 07:54 AM | Show all posts
masa aku post pasal thread ni bulan lepas, maybe ramai yang masih x tau.. tp nampaknya akhir2 ini dah mula mendapat publisiti..

Setakat ni telah dpt confirmation KL Tower, KLCC (Twin Tower), KL Sentral, dan Jambatan Pulau Pinang untuk menutup lampu masing2..

terbaru,
rangkaian integrasi resort Sunway turut akan menutup smua lampu yang non-essential di bangunan mereka seperti berikut

- Sunway Pyramid
- Sunway Lagoon
- Sunway University College
- Sunway Resort Hotel & Spa
- Sunway Medical Centre
- Menara Sunway

semua saluran tv utama negara telah pun memberikan ruang utk mempromosikan earthhour sejak kelmarin, beberapa iklan earth hour telah mula disiarkan di saluran masing2..

juga kepada yang belum mendaftar, sila daftarkan diri anda di earthhour.org kerana earthhour mensasarkan jumlah pendaftaran 5 juta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 08:15 AM | Show all posts


KL Sentral, Malaysia抯 largest transit hub which houses :

  • A World-Class Transit Hub
  • Corporate Office Towers and Business Suites
  • International Hotels
  • Luxury Condominiums
  • Retail Malls & Serviced Apartments
Will go dark in support of Earth Hour 2009!





Malaysian icon the Petronas Twin Towers have confirmed its participation in Earth Hour 2009!

The tallest twin buildings in the world will be turning off its non-essential lights for one hour in support of Earth Hour.






The entire Sunway Intergrate Resort will turn off their non-essential lights for one hour in support of Earth Hour!

Sunway Intergrated Resorts include:

  • Sunway Pyramid
  • Sunway Lagoon
  • Sunway University College
  • Sunway Resort Hotel & Spa
  • Sunway Medical Centre
  • Menara Sunway
There is also a event taking place at the Sunway Pyramid, visit Earth Hour Malaysia Website for details



One of the longest bridges in the world and in Malaysia will be going dark for one hour in support of Earth Hour!



[size=100%]KL Tower will be going dark on the 28th of March in support of Earth Hour! Watch this landmark tower go dark from various locations around KL.



[size=100%]and many more..

[size=100%]


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.091294 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list