CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61896|Reply: 16

Check Status Pasport Antarabangsa di www.imi.gov.my.

  [Copy link]
Post time 5-2-2009 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Talian semak tarikh luput pasport

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen memperkenalkan sistem semakan sendiri secara dalam talian khas untuk memudahkan pemegang pasport antarabangsa mengetahui status sebenar dokumen perjalanan masing-masing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mahmood Adam, berkata pendekatan itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan jabatan berkenaan dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Antara faktor yang mendorong kami mengambil pendekatan ini adalah kerana kita hendak menjangkaui kehendak pelanggan iaitu mereka akan dapat mengetahui tempoh tamat pasport masing-masing.

"Dengan peringatan itu, mereka akan bersedia lebih awal supaya tidak `malu' apabila mengetahui pasport mereka tidak sah digunakan sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Untuk itu, pemegang pasport boleh melayari www.imi.gov.my.

Mahmood berkata, Jabatan Imigresen juga akan menghantar surat peringatan kepada semua pemegang pasport antarabangsa bagi tujuan sama.

Katanya, sehingga kini pihaknya mengenal pasti 15,000 pasport antarabangsa di negara ini tidak aktif termasuk yang sudah disenaraihitamkan.

"Jumlah itu bagaimanapun masih kecil berbanding jumlah keseluruhan pemegang pasport iaitu 6.7 juta orang," katanya.

Katanya, pemegang pasport yang dikategorikan dalam kumpulan itu juga boleh mendapatkan bantuan mengenai pasport mereka dengan menghubungi Jabatan Imigresen.

"Saya percaya kaedah sama boleh membantu jabatan dalam mengesan penipuan permohonan pasport. Ini adalah strategi pertahanan awal berikutan Jabatan Imigresen adalah barisan pertahanan ketiga selepas tentera dan polis," katanya.

Sementara itu, Mahmood berkata, pendatang asing tanpa izin di negara ini yang tampil secara sukarela untuk pulang ke negara asal masing-masing akan dipertimbangkan.

"Denda yang dikenakan terhadap pendatang asing tanpa izin adalah antara RM400 hingga RM2,000, tetapi jika mereka tampil secara sukarela kita akan memberi diskaun sehingga 70 peratus atas dasar kemanusiaan.

"Kita sebenarnya tidak mahu simpan mereka, mereka hanya jadi beban kepada kita," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 06:46 PM | Show all posts
sebelom travel baek korang check dlu laaaa....mana taww kan korang ada penjamin pembelian basikal ke,kete sorong ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 06:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 06:48 PM | Show all posts
aku baru semak tadi.....perghhhh legaaa....


Keputusan semakan:                                                                    
                                                                    Tiada halangan                                                                    
                                                                    Status: Sah pada waktu dan tarikh semakan dibuat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 06:50 PM | Show all posts
aku baru semak tadi

Keputusan semakan:
Tiada halangan
Status: Sah pada waktu dan tarikh semakan dibuat.









tapi aku tadek passport...camne tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 5-2-2009 06:50 PM
aku baru semak tadi

Keputusan semakan:
Tiada halangan
Status: Sah pada waktu dan tarikh semakan dibuat.









tapi aku tadek passport...camne tu


pulaksss...dia ikut no ic jer kot...

mungkin kalau blacklist akan kuar la kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2009 07:04 PM | Show all posts
kalau blacklist based on what ek? klu tak bayar tax boleh blacklist ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 07:11 PM | Show all posts

Balas #7 kupan8\ catat

klu tabayar ptptn

p/s: bos aku kete blacklist sbbb tabaya ptptn duit banyak tamo bayo :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 08:09 PM | Show all posts

Reply #8 jac_diehard_fan's post

Errrrrrrrr...muda lagi boss ko tu jac??
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 06:00 AM | Show all posts
dah check.. tiada halangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 10:14 AM | Show all posts
aku da cek utk anak aku sekali... no problemo...

tingat aku masa amik gamba utk passport anak yg kecik.. siap kena dukung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 5-2-2009 08:09 PM
Errrrrrrrr...muda lagi boss ko tu jac??

32 kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 07:01 PM | Show all posts

Reply #12 jac_diehard_fan's post

Isyyyyyyyy..muda rumaja betul tuh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2009 10:27 AM | Show all posts

Reply #13 medangmru's post

generasi xy....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 10:35 AM | Show all posts
Tahun lalu gomen kata nak kurangkan yuran pasport, dah nak masuk bulan 4 ni, takde cerita pun..Aku sengaja biarkan paspot aku luput mengharapkan dapat renew dengan yuran baru.  Sape2 tahu perkembangan benda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 05:15 PM | Show all posts
yuran passport yang baru tu, bukan ke dia akan kurangkan muka surat. so bagi mereka yang jarang nak pi oversea, boleh le renew yang tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 06:38 PM | Show all posts
You know your projects stand out of the herd. There is something special about them. It seems to me all of them are really brilliant!        เว็บ สล็อต ต่างประเทศ อเมริกา
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.071715 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list