|
|
Lebih dua Adun Pakatan Rakyat sertai BN - PM
[Copy link]
|
|
|
tunggu dan lihat jelah 2-3 harinie apa nak jadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by albob at 1-2-2009 04:25 PM 
besalah dble stdd dlm bn
Double Standard macam yahudi la pulok.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rahman Palil ADUN Sementa kata sapa lompat parti dari BN ke PR adalah perbuatan BACUL. hahahaha. kalau betul ada ADUN PR masuk BN.. tu nak kata apa. mesti diorang kata HERO.. dunia dunia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar den.... nak tengok betui ka 2 perasuah yg lompat.....
kenapa?
supaya aku buleh menuntun magik lagi..... mula mula dakwa, pastu bila dah lompat... kes close... wa ka ka |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiga ADUN Perak sertai BN
Oleh G. MANIMARAN
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan kembali menyertai Barisan Nasional (BN).
Manakala dua lagi, iaitu ADUN bagi kawasan Behrang dan Changkat Jering, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu turut mengambil keputusan menyertai BN.
"Saya dalam perjalanan ke Putrajaya, tunggu pengumuman dalam masa terdekat," kata Jamaluddin.
Dalam pada itu, selepas kira-kira tiga jam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menangguhkan sidang media di pejabatnya tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini.
Pada sidang media berkenaan, Najib dipercayai akan membuat kenyataan berhubung keadaan politik di Perak.
Sementara itu Nizar yang dijadual mengadakan sidang media pada pukul 1 tengah hari, telah ditangguhkan kerana dipercayai akan mengumumkan perkenan Sultan Perak bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan.
Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Sulit Menteri Besar, Wan Ahmad Junaidi kepada wartawan yang menunggu di pejabat Menteri Besar selama sejam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|