View: 4822|Reply: 13
|
The World Games 2009 (Sukan Dunia) - Taiwan
[Copy link]
|
|
16th - 26th JULY 2009
The design of the emblem for The World Games 2009 is based on the first Chinese character in the city抯 name. The character " kao" ( 高 ) means high or superior in English. The toponym stylized as a multicolored ribbon aims to create an atmosphere of festivity and celebration. The warm colors, orange and magenta, at the top and green and blue at the bottom symbolize the sun rising over the ocean and mirror Kaohsiung well: a passionate city with plenty of sunshine - a vibrant metropolis by the sea!
[ Last edited by dexa at 8-2-2009 08:33 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wOrLd gamEs 2009 schedule
[ Last edited by naen at 23-1-2009 10:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sepak takraw bulatan, gelung ke Sukan Dunia
+ utusan malaysia
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Light Testing in Main Stadium
(Kaohsiung) A couple of days before the completion of Main Stadium, the architect designer Toyo Ito came to Taiwan on January 15 for construction inspection. Accompanied by the Mayor Chen Chu, and the construction crew, Mr. Toyo Ito joined the cocktail party and also an informal light testing of the main stadium. It was also the first time that the main stadium was opened to public, and there will be an official inauguration at the end of January.
Furthermore, Mr. Toyo Ito also designed a torch-like public art in front of the main entrance. The public art and main stadium are made of the same raw materials, with and upward spiral pattern, symbolize the dynamic and rhythmic spirit of sports and the city of Kaohsiung. The main stadium is surrounded by other 4 public arts, all of them are designed by international designers.
The party started at 6: 00 pm. Mayor Chu Chen and Mr. Toyo Ito walked alongside the main stadium and inside the field track. It took about six and half minutes to complete all the lightening insides the field, and it radiates about 3300 Luxs in average.
After two years, the main stadium is now reaching its final stage of completion. This environmental-friendly stadium has many |
|
|
|
|
|
|
|
Takraw Masuk Sukan Dunia
SUKAN tradisi ciptaan orang Melayu, sepak takraw, membuka satu lembaran baru apabila diterima menyertai Kejohanan Sukan Dunia Ke-8 di Kaoshiung, Taiwan, Julai ini sebagai sukan pertunjukan berpingat.
Kejayaan ini adalah titik peluh Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Abdul Halim Kader, yang tidak berputus asa berjuang untuk melobi menyertai temasya empat tahun sekali itu sejak 12 tahun lalu.
Langkah seterusnya ialah menjadikan sepak takraw sebagai sukan pertandingan Sukan Dunia 2013 sebelum cuba mengetuk pintu Sukan Olimpik 2020. - mm -
*********************************************************************************
tahniah untuk sukan takraw -- dapat masuk dalam
kejohanan sukan dunia ini - |
|
|
|
|
|
|
|
26 Mac, 2009
MOM Tidak Iktiraf Sukan Dunia Sebagai Pertandingan Kompetitif
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahu persatuan sukan kebangsaan yang berhasrat mengambil bahagian pada temasya Sukan Dunia di Kaohsiung, Taiwan, Julai inI, supaya menanggung perbelanjaan masing-masing.
Setiausahanya Datuk Sieh Kok Chi berkata MOM sebenarnya kabur mengenai tujuan sukan tersebut kerana penganjur tidak menghubungi mereka yang bertindak sebagai penaung kepada semua persatuan sukan kebangsaan di negara ini.
"Setahu saya, penyertaan pada temasya itu berdasarkan jemputan. Bagi MOM, kita tidak mengiktiraf Sukan Dunia sebagai pertandingan kompetitif tetapi lebih kepada soal pertunjukkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sieh berkata beliau menerima surat dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bulan lepas yang meminta MOM mengiktiraf sukan itu tetapi oleh kerana temasya itu dikendalikan oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA), selaku badan bebas, MOM berpendapat pihak penganjur hanya mahu membuat keuntungan segera.
Bagi persatuan sukan tempatan, sukan boling, bina badan, karate dan skuasy telah menunjukkan minat untuk menyertai edisi kelapan sukan itu dari 16 hingga 26 Julai ini dan mereka perlu membiayai perbelanjaan sendiri, katanya.
Edisi pertama sukan itu diadakan di Santa Clara, Amerika Syarikat, pada 1981 dan sejak iti ia dianjurkan empat tahun sekali kecuali pada tahun berlangsungnya Sukan Olimpik.
Pada temasya di Kaohsiung nanti, seramai 4,500 atlet dari 99 negara dijangka menyertai dalam 31 acara sukan yang dipertandingkan.
Antara sukan yang dipertandingkan adalah skuasy, boling, gimnastik akrobatik, sukan menari, biliard, sumo, wushu, kenu, polo air, ragbi tujuh sebelah, sofbol, bina badan, memanah, ski air dan perahu naga.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Tanggung sendiri pergi Taiwan
PERSATUAN sukan kebangsaan yang berhasrat mengambil bahagian pada Sukan Dunia di Kaohsiung, Taiwan, Julai depan harus menanggung perbelanjaan masing-masing.
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi (gambar) berkata, pihaknya masih kabur mengenai tujuan penganjuran tersebut.
"Ini kerana penganjur tidak menghubungi kami yang bertindak sebagai penaung kepada semua persatuan sukan kebangsaan di negara ini.
"Setahu saya, penyertaan pada temasya itu berdasarkan jemputan. Bagi MOM, kita tidak mengiktiraf Sukan Dunia sebagai pertandingan kompetitif tetapi lebih kepada soal pertunjukan," katanya semalam.
Kok Chi berkata, beliau menerima surat daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bulan lepas yang meminta MOM mengiktiraf temasya tersebut.
Namun, disebabkan temasya itu dikendalikan oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA), selaku badan bebas, MOM berpendapat, pihak penganjur hanya mahu membuat keuntu- ngan segera.
"Bagi persatuan sukan tempatan, sukan boling, bina badan, karate dan skuasy telah menunjukkan minat untuk menyertai edisi kelapan sukan itu dari 16 hingga 26 Julai depan dan mereka perlu membiayai perbelanjaan sendiri," katanya.
Edisi pertama Sukan Dunia diadakan di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981 dan sejak itu, ia dianjurkan empat tahun sekali kecuali pada tahun berlangsungnya Sukan Olimpik.
Seramai 4,500 atlet dari 99 negara dijangka menyertai temasya di Kaohsiung nanti yang akan mempertandingkan 31 acara sukan.
Antara sukan yang dipertandingkan ialah skuasy, boling, gimnastik akroba- tik, sukan menari, biliard, sumo, wusyu, kenu, polo air, ragbi tujuh sebelah, sofbol, bina badan, memanah, ski air dan perahu naga.
****************************************************************************
bagus sertai sukan ni.. tapi kalau tak ada challenging -
tak ada athletes dunia... tak bagus juga -
tak dapat nak measure tahap fit athletes kita -
|
|
|
|
|
|
|
|
...World Games 2009...(Malaysia 1 gold, 1 bronze =23rd placing)
Post Last Edit by seribulan at 25-7-2009 08:26
Post Last Edit by seribulan at 24-7-2009 20:11
Location: Kaohsiung, Taiwan
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicol sumbang emas pertama
RATU skuasy negara, Datuk Nicol David menepati ramalan apabila meraih pingat emas pada Sukan Dunia di Kaohsiung, Taiwan semalam.
Nicol yang juga juara bertahan, mudah menundukkan pilihan kedua, Nata- lie Grinham dari Belanda 11-6, 11-8, 11-6 pada perlawanan akhir yang mengambil masa 38 minit.
Dengan kemenangan semalam, Nicol kini melebarkan rekod kemenangannya ke atas Natalie dengan catatan 15-1.
Nicol tewas buat pertama kali kepada Natalie pada aksi separuh akhir Sukan Komanwel 2006 di Melbourne.
Ini merupakan kejuaraan keempat Nicol musim ini selepas terlebih dahulu menjuarai Kejohanan Terbuka Kepulau- an Cayman, Terbuka Texas dan Terbuka Seoul.
Menurut Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk Sani Karim, kemenangan Nicol memang sudah dijangka berdasarkan prestasi semasa pemain No. 1 dunia itu.
"Tahniah kepada Nicol atas kemena- ngan ini dan pastinya ia memang sudah dijangka," kata Sani ketika dihubungi semalam.
"Nicol mempunyai permainan yang stabil dan konsisten. Jika dia tidak melakukan kesilapan yang besar, memang sukar mana-mana pemain untuk mene- waskannya."
NICOL ceriakan kontinjen Malaysia dengan meraih pingat emas pertama selepas menewaskan Natalie pada final perseorangan wanita acara skuasy Sukan Dunia di Kaohsiung, Taiwan semalam.
Dalam pada itu, Sani juga menganggap kejayaan Nicol mempertahankan kejuaraannya tahun ini merupakan kejayaan yang paling manis selepas pemain kebanggaan negara itu berjaya me- nundukkan Rachael Grinham buat pertama kali dalam kariernya pada kejoha- nan yang sama empat tahun lepas.
"Pada Julai 2005, Nicol beraksi pada Sukan Dunia bukan sebagai pilihan pertama tetapi dia berjaya menewaskan pemain No. 1 dunia ketika itu, Rachael Grinham buat pertama kali pada perlawanan akhir," tambah Sani.
"Kejayaan tersebut merupakan titik permulaan untuk Nicol mendapatkan keyakinan sehingga mampu meraih pelbagai kejohanan utama termasuklah Terbuka Britain dan Terbuka Dunia pada tahun yang sama.
"Sudah tentu kejayaan tahun ini sangat manis untuk Nicol dan juga kami semua."
Pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy pula meraih pingat gangsa wanita sele- pas menewaskan Alison Waters dari Britain dalam perlawanan lima set.
Omneya yang tewas pada set pertama, bangkit untuk menewaskan Alison 8-11, 11-7, 6-11, 11-8, 12-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 51 minit.
Sementara itu, pemain lelaki negara, Mohd. Azlan Iskandar berjaya meraih pingat gangsa selepas lawannya, Stewart Boswell dari Australia menarik diri.
Pingat emas pula menjadi milik pemain Britain, Nicholas Matthew yang menewaskan rakan senegaranya, James Willstrop 11-8, 11-6, 11-5. |
|
|
|
|
|
|
| |
|