CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

PERBINCANGAN TENTANG AHLI KITAB.

[Copy link]
 Author| Post time 23-1-2009 08:56 PM | Show all posts

Reply #52 anakmacho's post

Sukalah saya kiranya In mengemukan surah yang menyatakan bahwa pengutusan baginda adalah menutup semua syariat yang terdahulu.



In terlepas pandang smlm... In suka menyambungkan perbincangan ni lagi.. harap kita senang berbincang...

In bawa petikan ayat ni dahulu...


Q : Al Maidah : 48 :   Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan syir抋t dan minhaj.



Seperti yang sama2 kita maklum setiap umat diwajibkan utk berhukum pada syariatnya masing-masing. Umat Nabi Musa as diwajibkan utk berhukum pada Taurat.

Q : Al-Maidah : 44 :    Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan)



Umat Nabi Isa as diwajibkan untuk berhukum pada Injil.

Q :  Al-Maidah : 47 :    Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.




Demikian pula umat Nabi Muhammad saw diwajibkan untuk berhukum pada Al-Qur抋n.

Q :  An Nisa' : 65 :   Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.


Q : Al Hajj  : 67-68 :   Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: Allah Amat mengetahui akan apa yang kamu lakukan.


Q : As Saff  : 9 :  Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2009 08:58 PM | Show all posts

Reply #59 temansejati17's post

perbincangan yg menarik... thanks dgn link tsebut....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 09:32 AM | Show all posts

Balas #63 indah1285\ catat

Salaam Indah....,

Kalau kita renungi ayat-ayat yang In kemukakan sangat jelas setiap umat wajib mengerjakan mengikut kitab masing-masing dan itulah sepatutnya, tidak mungkin penganut agama lain diarah untuk mengamalkan kitab penganut agamaa lain pula dan ayat-ayat tersebut pula langsung tiada pembatalan berkenaan syariat atau kitab terdahulu.

Kalau dah ada pembatalan bagaimana pula status ayat-ayat Al Baqarah 62 dan Al Maaidah 69 adakah turut batal, apa-apapun kita tidak akan terjumpa ayat-ayat dalam Al Quran yang membatalkan syariat agama terdahulu, apa yang ada ialah kenyataan Allah bahwa kitab terdahulu telah mengalami pengubasuian.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 24-1-2009 09:32 AM
Salaam Indah....,

Kalau kita renungi ayat-ayat yang In kemukakan sangat jelas setiap umat wajib mengerjakan mengikut kitab masing-masing dan itulah sepatutnya,tidak mungkin penganut agama lain diarah untuk mengamalkan kitab penganut agamaa lain pula dan ayat-ayat tersebut pula langsung tiada pembatalan berkenaan syariat atau kitab terdahulu.

Kalau dah ada pembatalan bagaimana pula status ayat-ayat Al Baqarah 62 dan Al Maaidah 69 adakah turut batal, apa-apapun kita tidak akanterjumpa ayat-ayat dalam Al Quran yang membatalkan syariat agamaterdahulu, apa yang ada ialah kenyataan Allah bahwa kitab terdahulutelah mengalami pengubasuian....



Salam anakmacho ..(ayah macho ek, kim salam   ~  In gurau, jgn mare...)


meh, kita teruskan lagi....

In lampirkan maksud surah Al Baqarah ayat 62 :

''Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya disisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.''


Perkataan yg In tebalkan tersebut menunjukkan ayat ini juga utk Saabien (yg tidak mnyembah berhala) dan In nak tekankan setelah Rasul saw hadir membawa syariat Islam yang syumul (sempurna) ini, maka syariat Nabi terdahulu terbatal untuk dianuti.

Meh kita tengok maksud firman Allah dalam surah Al Imran ayat 85 :

''Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.''


In nak bawa jugak citer neh :

Suatu hari saidina Omar membaca Taurat,  Nabi bertanya apakah yg sedang saidina Omar baca? Saidina Omar menjawab beliau sedang membaca Taurat. lalu Nabi berkata.." Seandainya nabi Isa as masih hidup sekarang ini, Nabi Isa as tdk akan membaca kitab Taurat lagi. Nabi Isa akan membaca Al-Quran kerana Al-Quran adalah sebuah kitab yg sempurna"
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 10:16 PM | Show all posts

Balas #66 indah1285\ catat

Salaam Indah....,

Mari kita teruskan perbincangan..... pada saya perkataan Saabien disitu adalah merujuk kepada agama selain dari tiga agama yang disebutkan (islam, Yahudi, Nasrani/Kristian), dan kepada mereka-mereka yang syariat agama tidak sampai kepada mereka (pagan) iaitu sepanjang hayat hidup mereka, mereka adalah orang-orang yang baik-baik.

Berkenaan ayat Ali Imran 85, bukanlah pembatalan kepada agama terdahulu sebaliknya penyataan Allah bahwa sesiapa yang mencari agama selain dari agama "tunduk patut (islam)" adalah tidak diterimaNya. Ciri-ciri ahli kitab yang In sertakan diawal topik adalah ciri-ciri "tunduk patuh". Sebenarnya perkataan "Islam" membawa maksud "tunduk patut" iaitu sesiapa sahaja tanpa mengira agama, seandainya dia tunduk patuh segala perintah Allah dalam kitab mereka dan mengesakan Allah, maka mereka juga adalah islam dalam erti kata lain tunduk patuh.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 23-1-2009 08:56 PM

Umat Nabi Isa as diwajibkan untuk berhukum pada Injil.

Q :  Al-Maidah : 47 :    Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.


Nak tanya...

Dalam ayat di atas..diperintah hendaklah Ahli Kitab menghukum berdasarkan apa yang Allah telah turunkan dalam Injil.

Jadi dengan mengambil kira ayat tersebut, bagaimana Allah perintahkan agar orang Kristian mengikut apa yang tertulis dalam Injil sekiranya Injil yang asli sudah tidak wujud?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2009 10:33 PM | Show all posts

Balas #68 shalom\ catat

Salaam Shalom,

Sepekara yang saudara perlu tahu dalam Al Quran tidak pernah Allah menyatakan bahwa kitab-kitab terdahulu sudah tidak asli atau palsu, apa yang Allah nyatakan ialah kitab terdahulu telah mengalami campur tangan manusia/adanya pengubasuaian/editing oleh manusia.

Maksud ayat itu ialah setiap umat/agama hendaklah diadili dengan kitab masing-masing tidak boleh dicampur adukkan. Setiap agama kena ikut syariat masing-masing.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 10:41 PM | Show all posts
Salaam saudara shalom,

Cuba baca dan fahami maksud ayat-ayat Surah Al Maidah ini;

5:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang menundukkan diri menghakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang tidak percaya (kafir).

5:45. Dan di dalamnya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebusan. Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

5:46. Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

5:47. Maka hendaklah ahli Injil menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan di dalamnya. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang fasiq.

5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu (Muhammad) Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.

5:49. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.

Kalau kita fahami betul-betul, pengutusan Nabi Isa bersama Injil adalah untuk mengesahkan kitab sebelumnya iaitu Taurat Nabi Musa tetapi Injil tidak membatalkan kitab tersebut. Manakala pengutusan baginda Nabi Muhammad adalah mengesahkan Kitab Taurat dan Injil juga tidak untuk membatalkannya. Kemudian setiap penganut kitab itu hendaklah mengikut kitab masing-masing tanpa perlu dicampur adukkan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2009 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 24-1-2009 10:16 PM
.Salaam Indah....,

Mari kita teruskan perbincangan..... pada saya perkataan Saabien di situ adalah merujuk kepada agama selain dari tiga agama yang disebutkan (islam, Yahudi, Nasrani/Kristian), dan kepada mereka-mereka yang syariat agama tidak sampai kepada mereka (pagan) iaitu sepanjang hayat hidup mereka, mereka adalah orang-orang yang baik-baik.

Berkenaan ayat Ali Imran 85, bukanlah pembatalan kepada agama terdahulu sebaliknya penyataan Allah bahwa sesiapa yang mencari agama selain dari agama "tunduk patut (islam)" adalah tidak diterimaNya. Ciri-ciri ahli kitab yang In sertakan di awal topik adalah ciri-ciri "tunduk patuh". Sebenarnya perkataan "Islam" membawa maksud "tunduk patut" iaitu sesiapa sahaja tanpa mengira agama, seandainya dia tunduk patuh segala perintah Allah dalam kitab mereka dan mengesakan Allah, maka mereka juga adalah islam dalam erti kata lain tunduk patuh..


Salam kembali..

In nak tahu agama mana lagi selain yg anakmacho nyatakan di atas yg menyembah/mengesakan Allah selain dari mereka yang syariat agama tidak sampai kepada mereka.

In dah nyatakan pada posting In di atas namun In nak tegaskan sekali lagi berkenaan ayat Ali Imran : 85 bukanlah pembatalan kepada agama terdahulu tetapi hanya syariat depa sahaja, kerana Islam datang dengan pakej yang lengkap dan Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir membawa ajaran buat manusia dan jin.


Yup.. Islam adalah tunduk dan patuh.. kepada Allah dan juga Rasul-Nya....

''Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.''  -  Q : Al Imran : 86.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 10:49 PM | Show all posts

Balas #69 anakmacho\ catat

Terima kasih..
Mungkin selalu terikut2 dengan siri perdebatan kot..
Sepanjang interaksi aku ngan org Islam yg datang kat CC, mereka menggunakan istilah palsu/korup/tidak asli...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 10:53 PM | Show all posts

Balas #71 indah1285\ catat

Salaam Indah....,

Saya tak fahamlah.... tak batalkan agama mereka tapi syariat mereka sahaja.... adakah ini bermaksud mereka kekal dengan agama mereka tatapi segala pelaksanaan hidup mereka bersyariatkan kitab Al Quran. Kalau macam tu bagaimana pula status Al-Maidah : 47 yang di quote oleh saudara shalom?

Yup.. Islam adalah tunduk dan patuh.. kepada Allah dan juga Rasul-Nya....


Harus juga diingat bahwa Nabi Isa juga adalah RasulNya. Mereka kena patuh kepada Allah dan RasulNya (Nabi Isa).

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 10:59 PM | Show all posts
In baru nampak posting shalom dan anakmacho...

tenet In teruk sgt.. elok nnti In cuba balas...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:02 PM | Show all posts

Balas #72 shalom\ catat

Salaam saudara Shalom,

Pengutusan baginda Nabi Muhammad tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk memeluk islam, MISI baginda adalah mengajak manusia untuk menyembah Allah yang Esa tanpa mengira agama mereka.

AQ 3:64. Katakanlah (Muhammad), "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah." Dan jika mereka berpaling, katakanlah, "Saksilah bahawa kami adalah muslim."

Terima kasih.

[ Last edited by  anakmacho at 24-1-2009 11:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:09 PM | Show all posts

Balas #75 anakmacho\ catat

Salam Damai TUHAN sr..

Penulisan/idea sr. merupakan suatu yang baru bagi saya...

Sebelum ini dan biasanya bila bincang bab agama aku agama ko..memang x lari dr...erm malas nak tulis...

Sudah pasti..sebagai org Kristian kami juga beriman bahawa Allah itu Esa..mungkin permahaman kita tentang zat Allah yang Esa itu yang berbeza..

Tapi seronokla..berbincang dalam suasana aman dan saling menghormati...letih le asyik nak bertekak/bergaduh/berperang etc etc...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by trebadoure7 at 23-1-2009 12:06 AM
wanita ahli kitab yg nak kahwin dgn lelaki islam
perlu ke peluk islam dulu?ke stay dgn religion dia?
aku dh tya ustazah aku, seingat aku dia ckp kena peluk islam jugak
somebody kindly explai ...


kalau dah peluk agama Islam dah tak timbul soal ahli kitab lagi...

tapi pak usop qardhawi kata lelaki Islam boleh saja kawin dgn perempuan ahli kitab...

tapi pak usop ada sebut kalau lelaki tu rasa was2 yg anak2nya nanti tak terjamin agama Islamnya elaklah kawin macam tuh...
atau tak harus kawin ngan perempuan ahli kitab kalau masyarakat Islam adalah minoriti... takut ada perempuan2 Islam sendiri tak terbela...

pak usop tak sebut pun sekarang2 ni mana ada ahli kitab. Malah katanya itulah satu keistimewaan Islam... walaupun ahli kitab dianggap sesat dan kafir sekalipun tetapi masik dibolehkan kita kawin...

tapi pada pak usop hanya perempuan ahli kitab jer lelaki islam boleh kawin... yg bukan ahli kitab a no no.
begitu juga perempuan Islam tak boleh kawin dgn lelaki ahli kitab...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:11 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 24-1-2009 11:10 PM

begitu juga perempuan Islam tak boleh kawin dgn lelaki ahli kitab...


Ceh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2009 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by shalom at 24-1-2009 11:09 PM
Salam Damai TUHAN sr..

Penulisan/idea sr. merupakan suatu yang baru bagi saya...

Sebelum ini dan biasanya bila bincang bab agama aku agama ko..memang x lari dr...erm malas nak tulis...
...


shalom,
betul ke RC tak baca bible?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:13 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 24-1-2009 11:12 PM


shalom,
betul ke RC tak baca bible?


Apa.............................
Nak kena pulas telinga kew
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:14 PM | Show all posts
Originally posted by shalom at 24-1-2009 11:11 PM


Ceh...


logik ma...

ikut konsep paternal... lelaki ketua keluarga..
hes the boss...

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by shalom at 24-1-2009 11:13 PM


Apa.............................
Nak kena pulas telinga kew


aku baca dalam vatican news...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070687 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list