|
|[MASKOT - TUAH]|
|[VENUE]|
|[ACARA SUKAN WAJIB]|
angkat berat, badminton, lumba basikal, bola sepak, boling padang, gimnastik, hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, perahu layar, akuatik, sepak takraw, pencak silat, skuasy, tenpin boling, wusyu
|[ACARA SUKAN PILIHAN]|
bola jaring, bola keranjang, equestrian, tinju, pingpong, silambam, petangue
+ acara2 lain yg digugurkan : judo, tae kwon do, lawan pedang (fencing), ragbi, golf, bola tampar, kayak, tenis & futsal
[ Last edited by dexa at 8-2-2009 08:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SUKMA 2010 Alami Beberapa Perubahan Besar
+ bernama
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Mulai 2010, Sukan Malaysia (SUKMA) akan mengalami beberapa perubahan besar, termasuk pengurangan jumlah acara dan peraturan berkaitan umur peserta, satu langkah yang diambil bagi memperkemaskan lagi temasya dwitahunan itu.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata mulai SUKMA ke-13 di Melaka pada 2010, jumlah acara yang dipertandingkan akan dikurangkan kepada 25 daripada 31 sebelum ini.
Katanya tindakan yang diambil itu bukan disebabkan masalah kewangan atau sebagai langkah kementerian berkenaan bagi mengurangkan kos tetapi berdasarkan sebab tertentu.
"Kami berpendapat dan bersetuju bahawa 31 acara adalah terlalu banyak bagi SUKMA. Malah, sukan paling hebat di dunia pun, Sukan Olimpik, hanya mempunyai 28 acara dan Sukan Komanwel mengandungi kurang 20 acara.
"Tiga puluh satu jenis acara ini tak tau standard apa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata daripada 25 acara itu, 18 adalah sukan wajib dan tujuh sukan pilihan, manakala taekwondo akan digugurkan pada SUKMA ke-13 kerana badan sukan itu gagal menyelesaikan krisis yang dihadapinya.
"Kami membuat keputusan tegas bahawa mulai SUKMA akan datang, mana-mana badan atau persatuan yang dilanda krisis atau perbalahan, akan dihalang daripada menyertai sukan ini," katanya.
Ismail berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju bahawa mulai 2010, atlet kebangsaan yang layak menyertai Sukan Olimpik, tidak akan dibenarkan bertanding pada SUKMA dan mulai 2012, sukan berkenaan hanya dihadkan kepada atlet berusia 21 ke bawah.
"Keputusan ini dibuat selepas dibincangkan bahawa SUKMA perlu berpegang pada objektif asalnya iaitu untuk menjadi saluran bagi mencungkil bakat muda," katanya.
+ had umur atlet yg sertai SUKMA? 21 tahun ke bawah?
[ Last edited by naen at 20-1-2009 09:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sukma 2010 Di Melaka Kekal 25 Acara
+ bernama
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Melaka, tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2010, tetap akan menganjurkan 25 jenis sukan seperti yang diputuskan oleh mesyuarat Majlis Sukan Malaysia pada Julai lepas.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata ia diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa tertinggi Sukma di Melaka pagi ini, yang menolak rayuan daripada persatuan-persatuan sukan untuk menambah beberapa acara pada temasya sukan itu nanti.
"Sebenarnya dalam menimbang rayuan itu, kami perlu mengambil kira beberapa faktor seperti keadaan ekonomi semasa dan kemudahan infrustruktur yang diperlukan untuk menjalankan acara tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Beliau berkata antara rayuan penambahan acara yang ditolak ialah sukan futsal dan tenis.
"Manakala bagi acara taekwando pula, Persatuan Taekwando Malaysia yang kini berdepan masalah dalaman perlu menyelesaikan pemasalahan itu sekurang-kurangnya setahun sebelum kejohanan," katanya.
Menurutnya jika gagal, acara sukan itu tidak akan dipertandingkan di Melaka walaupun ia merupakan sukan wajib yang bertaraf Olimpik.
Pada mesyuarat Julai lepas, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa perubahan pada edisi ke-13 Sukma Melaka dengan 25 jenis sukan dipertandingkan berbanding 31 acara pada Sukma Terengganu Mei lepas.
Dua puluh lima jenis sukan itu terdiri daripada 18 sukan teras (wajib) dan tujuh sukan pilihan iaitu bola jaring, bola keranjang, ekuestrian, tinju, ping-pong, silambam dan petanque.
Ismail Sabri turut menyatakan di Melaka, atlet kebangsaan yang layak menyertai Sukan Olimpik tidak akan dibenarkan bertanding dalam Sukma dan mulai 2012, sukan berkenaan hanya dihadkan kepada atlet berusia 21 ke bawah.
Senarai 25 acara di Sukma Melaka: akuatik (renang/terjun), angkat berat, berbasikal, badminton, bola sepak, gimnastik, hoki, boling padang, memanah, menembak, olahraga, tenpin boling, pelayaran, pencak silat, sepak takraw, wushu, karate, skuasy, bola jaring, bola keranjang, ekuestrian, tinju, ping-pong, silambam, dan petanque. |
|
|
|
|
|
|
|
MSM tak patut gugur futsal
+ harian metro
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menghantar surat rayuan kepada pentadbir Sukan Malaysia (Sukma), Majlis Sukan Malaysia (MSM) minggu ini berhubung pengguguran acara futsal pada Sukma edisi ke-13 di Melaka pada 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Hamidin Mohd Amin, berkata FAM kesal dengan tindakan MSM yang disifatkan menyekat peluang kelahiran lebih ramai bintang futsal di negara ini.
揊AM sudah lama menjadikan Sukma sebagai medan untuk memilih bakat muda berkelayakan untuk diserapkan ke skuad futsal kebangsaan, |
|
|
|
|
|
|
|
SUKMA tidak patut ketepi acara tenis
Tindakan Majlis tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) menyingkirkan acara tenis daripada temasya Sukma 2010 di Melaka bukanlah langkah bijak dan berpandangan sempit ke arah merealisasikan impian hendak menjadi tenis sebagai sukan negara, sama seperti sukan lain khususnya badminton, skuasy dan bola sepak.
Sepatutnya Sukma menyokong, malah membantu usaha gigih Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) bagi mencapai misi dan visinya melahirkan jaguh sukan tenis negara, lebih-lebih lagi memandangkan tenis sudah menjadi acara utama Olimpik dan kian popular dikalangan peminat sukan tempatan.
Hal demikian ini terbukti daripada sambutan hangat diberikan ketika jaguh sukan dunia seperti bekas pemain nombor satu Roger Federer serta bintang lagenda Sampras, McEnroe dan Bjorn Borg mengadakan pertunjukkan di Kuala Lumpur, suatu persembahan cukup mengagumkan dan menghiburkan.
LTAM diberitakan sudah berusaha setakat termampu dengan membuat rayuan agar tenis tetap dimasukkan sebagai acara Sukma, namun seperti kata presidennya, datuk Abdul Razak Latiff, persatuan sudah membuat rayuan dua kali tetapi masih tetap ditolak dengan alasan yang hanya diketahui Majlis Tertinggi Sukma sendiri.
Penyenaraian tenis dalam acara Sukma 2010 di Melaka dapat menimbulkan keghairahan minat dikalangan pemain khususnya peringkat junior mempertingkatkan mutu permainan agar terpilih mewakili negeri masing-masing.
Prestasi pemain tenis menyaksikan graf turun naik dan perkembangannya sentiasa hanyut dan tengelam dalam glamor Datuk Lee Chong Wei dan datuk Nicol David masing-masing selaku pemain nombor satu dunia badminton dan skuasy.
Berbanding dengan negara jiran khususnya Thailand, mutu tenis negara mengelunsur tercorot. Thailand misalnya pernah melahirkan pemain yang berada dalam lingkungan senarai 10 rangking terbaik dunia. Skuad kita selalu kecundang kepada pasukan Indonesia pada tamasya Sukan Asia Tenggara (SEA).
Negara pernah melahirkan beberapa jagoan seperti Adam Malik dan kemudian V. Selvam. Selvam, paling lama bertahta sebagai pemain nombor satu negara. Beliau dikatakan berada pada kedudukan 290, rangking dunia tertinggi dicapai Malaysia.
Kini, beliau mengendalikan klinik tenis, langkah bijak bagi menyokong dan melengkapi usaha gigih LTAM meningkatkan mutu dan prestasi sukan ini pada peringkat nasional dan global.
Anak didik sekolah rendah perlu didedahkan kepada permainan ini, yang memang sukar hendak dilaksanakan sebab perlunya padang sempurna seperti pengakuan Federar, asalnya pemain bola sepak.
Pendedahan bakat baru ini boleh memanfaatkan latihan asas daripada Akademi Tenis Junior Duta, kemudiannya dapat diserapkan kepada Akademi Tenis Malaysia, ditubuhkan pada 1999, untuk muncul pemain berpontensi mewakili negara.
Dalam konteks lebih luas, LTAM menganjurkan beberapa pertandingan peringkat junior. Baru-baru ini, persatuan menganjurkan pertandingan remaja bawah 16 tahun berpasukan negeri bersama-sama ECM Libra yang diungguli Kuala Lumpur menewaskan Sarawak, yang banyak melahirkan bakat sukan dalam acara tertentu.
Kemunculan Marcus Chee sebagai wira Kuala Lumpur pasti sedikit sebanyak berbaloi daripada inisiatif LTAM mewujudkan Infrastruktur Prestasi Tinggi (HPI) yang dimulakan sejak 2007.
Tenis selalu dikaitkan dengan status elit, suatu yang menghantui bakat baru hendak terus menceburi sukan nini.
Gelanggang tenis di sekolah tertentu khusus sekolah berasrama penuh dapat dikatakan kurang dimanfaatkan pelajar sebab status elit itu sendiri. Justeru, status elit itu perlu dipisahkan agar peminat terutama di kalangan remaja dapat menyamakan tenis dengan acara sukan lain.
Pastinya, peningkatan taraf tenis menjadi sukan negara memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak tanpa terserah bulat-bulat kepada LTAM. Dalam konteks beginilah, tenis perlu disenaraikan dalam apa juga temasya sukan negara,lebih-lebih lagi Sukma, landasan bermakna dan signifikan dalam melahir untuk pemilihan skuad negara dalam apa juga pertandingan serantau dan antarabangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 karambunai's post
apa nyer karam? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 naen\ catat
xda... heran.. nape msia xcukup faciliti ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 karambunai's post
cek apa pakcik mael tuh cakap :
"Kami berpendapat dan bersetuju bahawa 31 acara adalah terlalu banyak bagi SUKMA. Malah, sukan paling hebat di dunia pun, Sukan Olimpik, hanya mempunyai 28 acara dan Sukan Komanwel mengandungi kurang 20 acara.
"Tiga puluh satu jenis acara ini tak tau standard apa,"
so tuh aa .. banyak acara digugurkan
tapi yg tae kwon do tuh digugurkan sbb persatuan tae kwon do malaysia dok gegaduh sesama deme
so kiranya acara tuh digugurkan kekononnya cam 'hukuman' aa |
|
|
|
|
|
|
|
Langkah KBS kurangkan acara Sukma wajar
+ utusan malaysia
KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) menyifatkan langkah mengurangkan acara pada Sukan Malaysia (Sukma) mulai 2010 di Melaka satu tindakan yang wajar.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, pengurangan acara di Sukma itu dapat mengatasi masalah logistik yang dihadapi oleh penganjur terutama bagi sebuah negeri yang kecil seperti Melaka.
Menurut Zolkples, sudah tiba masanya penganjur lebih memilih hanya acara-acara yang penting seperti sukan teras sebagai keutamaan di Sukma.
''Sukan terbesar di dunia seperti Sukan Olimpik sekali pun hanya mempertandingkan 28 acara manakala Sukan Komanwel hanya 20 acara.
''Jadi adalah tidak wajar kita menganjurkan terlalu banyak acara di peringkat Sukma kerana ia hanya akan menimbulkan masalah logistik.
''Pada Sukma lalu di Terengganu menang banyak acara dipertandingkan tetapi Terengganu memiliki kemudahan yang lengkap.
''Selepas Melaka, mungkin Perlis akan menjadi tuan rumah Sukma dan jika terlalu banyak acara diadakan, ia hanya akan menjadi beban kepada negeri tersebut,' katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hanya 25 acara sukan yang akan dipertandingkan di setiap kejohanan Sukma mulai edisi Sukma di Melaka.
Ia melibatkan 18 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan. Melaka selaku penganjur memilih sukan bola jaring, bola keranjang, ekuestrian, tinju, ping pong, petanque dan silambam sebagai sukan pilihan.
Acara wajib ialah badminton, angkat berat, basikal, bola sepak, gimnastik, hoki, karate, lawn bowl, memanah, menembak, olahraga, perahu layar, pencak silat, sepak takraw, skuasy, bowling dan wusyu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shahidan Mahu Kabaddi Acara Pungut Pingat Di Sukma
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Presiden Persatuan Kabaddi Malaysia's (KAM) Datuk Seri Shahidan Kassim akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kabaddi dimasukkan sebagai satu acara pertandingan pada SUKMA 2010 di Melaka.
Walaupun Kabaddi dimasukkan sebagai satu acara persembahan pada SUKMA lepas di Terengganu dengan hampir semua negeri menyertainya, beliau berkata sukan tradisi itu tidak disenaraikan sebagai acara pertandingan pada SUKMA 2010.
"Saya sekali lagi diberikan mandat tanpa bertanding sebagai pengerusi KAM pada Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan di Kuala Lumpur Ahad lepas, dan saya telah berjanji, acara sukan ini akan dipertandingkan pada SUKMA 2010 atau saya akan mempertimbangkan kedudukan saya sebagai pengerusi KAM," katanya kepada Bernama.
TidaK ada makna beliau menduduki jawatan tertinggi untuk sukan ini yang diiktiraf pada peringkat Asian tetapi tidak di peringkat nasional.
"Seluruh dunia main kabaddi jadi kenapa SUKMA tidak memasukkan sukan ini yang boleh dimainkan oleh semua rakyat Malaysia.
"Orang Iran, Jepun, Thai, Indonesia, Turkmenistan, Korea, selain orang di benua kecil India, di mana sukan ini berasal. Saya juga difahamkan bahawa rakyat Eropah juga meminati kabaddi, jadi sudah tiba masanya bagi pegawai di sini memikirkan sukan ini dengan serius," tambah Shahidan.
Semasa mesyuarat agung itu, beliau menang tanpa bertanding.
Anggota lain yang dipilih ialah Maniam Manikam sebagai timbalan presiden, Mohd Imran Abdullah, V.Krishnan dan B.Sathasivam sebagai naib presiden. Naib presiden lain ialah M.K Jacob dan Abdullah Zawawi Mohd Nor.
Afandi Abdullah dan Ravindran Duraisamy masing-masing dilantik semula sebagai setiausaha kehormat dan penolong setiausaha.
Mengenai pencapaian pasukan kabaddi Malaysia yang tidak memuaskan pada Kejohanan Wanita Asia di Madurai, India, dan Sukan Pantai Asia pertama di Bali, Indonesia, katanya SUKMA diharap dapat memulihkan keadaan ini yang sudah pastinya boleh mencungkil ramai pemain berbakat jika sukan tersebut menjadi satu acara pertandingan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lima kemudahan sukan baru Sukma 2010
+ utusan malaysia (arkib 08/08/2008)
MELAKA 7 Ogos - Lima kemudahan sukan baru dengan kos RM50 juta akan dibina di negeri ini mulai bulan ini sebagai persiapan Melaka menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, kemudahan tersebut ialah gelanggang boling padang, pusat akuatik, kompleks perahu layar, pusat ekuestrian dan padang hoki.
''Pembinaan akan dimulakan bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan iaitu enam bulan sebelum temasya Sukma Ke-13 berlangsung pada Jun 2010," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chua Kheng Hwa (BN-Bemban).
Menurut beliau, tiga buah kemudahan sukan akan dibina di Kompleks Stadium Hang Jebat iaitu gelanggang boling padang, pusat akuatik serta pusat ekuestrian manakala kompleks perahu layar dan padang hoki masing-masing akan dibina di Pengkalan Balak, Masjid Tanah serta Bukit Serindit di sini.
Katanya, 18 acara sukan wajib dan tujuh acara pilihan akan dipertandingkan pada Sukma 2010 di Melaka.
Tambah beliau, jenis sukan yang akan dipertandingkan di luar bandar Melaka ialah tinju di Jasin dan perahu layar di Alor Gajah manakala lain-lain kemudahan sukan terletak dalam daerah Melaka Tengah.
Bagi penginapan atlet, Ab. Karim berkata, untuk acara di daerah Jasin, mereka akan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar manakala di Alor Gajah, atlet ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alaudin, Masjid Tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
WP mahu jadi juara Sukma 2010
+ utusan malaysia
PUTRAJAYA - Wilayah Persekutuan menetapkan sasaran untuk menjadi juara keseluruhan pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung di Melaka pada 2010 nanti.
Menterinya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, bagi mencapai matlamat tersebut Kontinjen Wilayah Persekutuan (KWP) mensasarkan kutipan lebih 50 pingat emas pada kejohanan dua tahun sekali itu.
''Jika pada Sukma ke-12 di Terengganu lalu, KWP menggondol 29 pingat emas, mungkin di Melaka kita boleh menang 50 atau 60 pingat emas, seterusnya muncul juara buat julung kalinya.
''Ini tidak mustahil, bukan mimpi tetapi satu pencapaian yang mampu dicapai oleh kita semua jika mereka yang terlibat dapat merealisasikan perancangan yang telah dirangka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Insentif Sukma ke-12 KWP di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib.
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) memperuntukkan sejumlah RM691,000.00 sebagai sumbangan insentif kepada semua pemenang pingat, pengurus dan jurulatih serta persatuan-persatuan sukan yang telah berjaya memperolehi pingat untuk KWP di kejohanan Sukma ke-12 itu.
Pemenang pingat emas individu akan menerima insentif sebanyak RM2,500 bagi setiap pingat yang dimenangi dan bagi berpasukan pula sebanyak RM1,500 setiap atlet.
Bagi pemenang pingat perak pula menerima insentif sebanyak RM1,000, berpasukan sebanyak RM500 manakala pingat gangsa individu menerima insentif sebanyak RM500 dan berpasukan sebanyak RM300.
Pada Sukma ke-12 yang bermula 31 Mei hingga 9 Jun lalu itu, KWP berada di kedudukan ke-5 dengan pungutan 29 pingat emas, 38 pingat perak dan 57 pingat gangsa.
Sehubungan itu, Zulhasnan memberitahu, MSWP masih ada dua tahun lagi untuk memantapkan jentera dan barisan atletnya untuk berada di tahap yang lebih baik sebelum menjelang Sukma ke-13 di Melaka nanti.
Malah, beliau menambah, MSWP perlu juga meningkatkan prestasi atlet dalam acara sukan bukan pilihan tetapi berpotensi menyumbang pingat kepada kontinjen.
''Walaupun Wilayah Persekutuan adalah antara kuasa utama dalam acara renang, memanah dan gimrama tetapi sudah tiba masanya untuk kita tingkatkan prestasi sukan lain untuk turut menyumbang pingat yang lebih kepada kita, sekaligus membolehkan kita menguasai pentas Sukma ke-13 itu.
''Sukan Wilayah Persekutuan (SWP) yang dijadualkan tahun hadapan wajar dijadikan landasan utama untuk menggarap persediaan, dan membuat penilaian terhadap pemilihan atlet-atlet yang bakal mewakili KWP di Sukma ke-13," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal gelanggang Sukma?
STADIUM KTIM, Alor Gajah, Melaka ini turut menyediakan pentas berbumbung.
ALOR GAJAH 2 Feb. - Stadium Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIM) yang dibina dengan kos RM8.6 juta berhampiran kampus utamanya di Kuala Sungai Baru di sini, dianggap sebagai pelengkap pada kemudahan sukan sedia ada di daerah ini.
Rata-rata golongan pelajar kolej terbabit dan penduduk di sekitar daerah tersebut menyatakan, pembinaan stadium baru itu bakal menjadikan Kuala Sungai Baru sebagai pusat sehenti aktiviti sukan utama bagi daerah ini pada masa depan.
Pembukaan stadium baru tersebut semalam, selain melengkapkan kemudahan sukan dan lokasi rekreasi kepada penduduk di daerah ini, ia juga bakal menjadi salah satu lokasi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-10 apabila Melaka menjadi tuan rumah tahun depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukma: Kerajaan timbang stadium KTIM
ALOR GAJAH 2 Feb. - Kerajaan negeri sedang menimbang cadangan Kolej Teknologi Islam Antarabangsa (KTIM) untuk menjadikan stadium baru kolej itu sebagai salah satu lokasi penganjuran temasya Sukma tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, kerajaan negeri tidak ada halangan untuk menerima cadangan tersebut kerana berpuas hati dengan tahap penyediaan kemudahan sukan yang terdapat di stadium baru itu.
Menurutnya, pembinaan stadium baru yang menelan kos sebanyak RM8.6 juta itu menyediakan pelbagai kemudahan sukan termoden dan sesuai untuk kegunaan sukan Sukma kelak.
''Kita dapati fasiliti yang disediakan di stadium berkenaan amat sesuai dan menepati keperluan sebarang jenis sukan yang dipertandingkan pada peringkat Sukma kelak, namun cadangan ini masih dalam pertimbangan.
''Jika tiada masalah kita akan luluskan cadangan itu untuk menjadikan Stadium KTIM sebagai salah satu gelanggang Sukma kelak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Stadium baru KTIM itu memiliki pelbagai kemudahan sukan seperti padang bola sepak dan lapan trek olahraga, gelanggang bola jaring, bola keranjang, bola tampar, sepak takraw dan tenis.
Selain itu, terdapat kemudahan tiga gelanggang futsal tertutup yang pertama dibina di daerah Alor Gajah. Ia juga mempunyai astaka, tempat duduk berbumbung, pentas dan gimnasium.
Selain itu, katanya, usaha mempelbagaikan kemudahan sukan di negeri ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa mengutamakan program yang boleh menarik minat masyarakat untuk bersukan.
Justeru, katanya, masyarakat perlu mengambil peluang itu dengan tidak mempersia-siakan kemudahan dan prasarana yang disediakan kerajaan demi manfaat bersama.
''Masyarakat khususnya golongan muda yang aktif dalam sukan boleh menjadi penggerak dalam usaha memajukan lagi sukan negara pada masa depan," ujarnya.
Menurutnya, Melaka memerlukan semua kemudahan itu supaya golongan belia dapat meluangkan masa untuk kegiatan yang berkualiti, sekali gus membendung gejala sosial di kalangan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ali Rustam lancar Sukma
KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan merasmikan Majlis Pelancaran Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Khamis ini, pada jam 4 petang.
Penyelaras Sukma Melaka, Mohd Zaki Abd Majid berkata serentak dengan itu, Mohd Ali akan melancarkan logo, maskot, slogan dan laman web sukan berkenaan.
Menurutnya, Sukma XIII dijangka berlangsung dari 28 Mei hingga 6 Jun tahun depan, membabitkan semua negeri di negara ini di samping Brunei.
Katanya, maskot yang dikenali sebagai Si Tuah berlambangkan haiwan kancil akan diperkenal kepada umum pada majlis pelancaran terbabit.
Katanya, pelbagai program pengisian menarik diatur sepanjang temasya berkenaan termasuk persembahan kebudayaan, acara simbolik serta barisan atlit Sukma Melaka turut menyelitkan berbagai input terbaik berkaitan kejohanan.
Beliau berkata, buat masa ini persiapan Melaka sebagai tuan rumah berjalan rancak dengan pembinaan beberapa gelanggang termasuk boling padang, squasy, 10 padang bola sepak, equestrian dan pusat akuatik di Kompleks Sukan Hang Jebat Paya Rumput serta menaik taraf dan pembinaan stadium hoki baru di Bukit Serindit.
揟emasya kali ini membabitkan 18 acara wajib selain tambahan acara lain termasuk silambam, pingpong dan bola jaring. Apa yang membanggakan kejohanan kali ini bakal dilihat antara yang terbaik disempurnakan.
揝ehubungan itu, sebanyak 25 jawatankuasa diwujudkan termasuk pengangkutan promosi dan penginapan. Bagi perkampungan sukan ia bakal membabitkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka di Lendu, Alor Gajah serta Kolej Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) di Bandaraya Melaka, |
|
|
|
|
|
|
|
TUAH - maskot SUKMA 2010 |
|
|
|
|
|
|
|
Tuah maskot Sukma XIII Melaka 2010
MELAKA 5 Feb. - Melaka melancarkan Tuah sebagai maskot Sukma XIII, Melaka 2010 dalam satu majlis gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini hari ini.
Selain maskot, logo dan lagu tema Sukma XIII, Melaka 2010 turut dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Sukan dan Belia negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Sukan dwitahunan itu dijadualkan berlangsung di Melaka dari 28 Mei hingga 6 Jun tahun depan melibatkan 25 acara sukan yang akan dipertandingkan membabitkan 15 kontinjen termasuk Brunei.
Tuah atau lebih dikenali sebagai Sang Kancil dipilih sebagai maskot kerana ia merupakan haiwan legenda yang terkenal di negeri ini.
Mohd. Ali berkata, reka bentuk maskot ini berimejkan pahlawan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah.
Menurut beliau, ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah yang mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.
''Lagu tema yang dipilih pula ialah Harmoni dan Cemerlang yang menceritakan semangat kesukanan, setiakawan dan hubungan erat semua kaum dan agama di bumi Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran logo, maskot, lagu tema dan laman web Sukma XIII Melaka 2010 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ab. Karim yang juga Pengerusi Jawatakuasa Tertinggi Sukma XIII, Melaka 2010.
Sejumlah 18 sukan wajib yang akan dipertandingkan pada temasya itu seperti angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimnastik, hoki, karate-do, memanah, menembak, olahraga, perahu layar, akuatik, sepak takraw, pencak silat, skuasy, tenpin boling dan wusyu.
Sementara itu, tujuh lagi sukan pilihan ialah bola jaring, bola keranjang, ekuestrian, tinju, ping-pong, silambam dan petangue.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Sukma XIII Melaka 2010 mampu mencungkil lebih ramai atlet muda negara untuk bersaing di persada sukan antarabangsa.
Tambahnya, sebagai tuan rumah, pencapaian atlet Melaka juga perlu lebih baik daripada temasya Sukma di Terengganu pada tahun lalu.
"Majlis Sukan Negeri perlu mencari formula dan mangambil langkah drastik mulai sekarang untuk mencapai kedudukan sekurang-kurangnya di tempat ketiga terbaik.
"Janganlah kita hanya menjadi pengelola Sukma terbaik, tetapi pencapaian atlet kita pula sebaliknya," katanya.
Tambah Mohd. Ali, pelancaran hari ini dibuat sebagai pengiraan sebelum pertandingan tersebut yang akan bermula dalam tempoh 477 hari lagi.
Katanya, ia juga dalam usaha mengingatkan semua pihak termasuk persatuan-persatuan sukan supaya menyediakan atlet. |
|
|
|
|
|
|
|
Lima gelanggang Sukma siap Januari 2010
MELAKA - Persiapan Melaka menjadi tuan rumah Sukan Malaysia ke-13 (Sukma XIII Melaka 2010) tahun depan berjalan lancar dengan segala infrastruktur termasuk pembinaan lima kemudahan menganjurkan 25 acara sukan berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual.
Pengerusi Jawatakuasa Tertinggi Sukma XIII Melaka 2010, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, pembinaan lima gelanggang yang kini rancak dalam pembinaan dijangka siap Januari tahun depan.
Menurut beliau, lima kemudahan itu ialah gelanggang boling padang, pusat akuatik dan ekuestrian yang terletak di Kompleks Stadium Hang Jebat, perahu layar di Alor Gajah dan padang hoki di Bukit Serindit.
''Saya tidak sangsi segala kemudahan gelanggang yang akan menjadi pentas saingan 25 acara yang dipertandingkan pada Sukma kali ini akan siap seperti yang ditetapkan.
''Di samping itu, segala keperluan yang akan digunakan di setiap venue telah dikenal pasti tidak akan berlaku kekurangan apa tiba temasya itu nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Menurut beliau, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Lendu pula akan dijadikan perkampungan sukan yang mampu menampung 4,000 hingga 7,000 atlet yang mengambil bahagian pada temasya itu kelak.
Beliau berkata, enam lagi tempat penginapan untuk para atlet pula akan di tempatkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Politeknik Merlimau, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Kolej Yayasan Melaka dan UiTM Kampus Bandar
Pada temasya dwi tahunan yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 6 Jun tahun depan sebanyak 25 acara sukan dipertandingkan itu, 18 daripadanya merupakan sukan wajib dan tujuh sukan pilihan.
Acara sukan wajib itu termasuk angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimnastik, hoki, karate-do, memanah, menembak, olahraga, perahu layar, akuatik, sepak takraw, pencak silat, skuasy, tenpin boling dan wusyu.
Manakala bola jaring, bola keranjang, ekuestrian, tinju, ping-pong, silambam dan petanque pula merupakan tujuh sukan pilihan.
Sementara itu kata Ab. Karim, acara perasmian dan penutup sukan berkenaan akan diadakan di Stadium Hang Jebat di sini.
+ cecah berbilion jugek kos nak membina segala tuh ..
pelik gak naper nak anjurkan sukma kalau infrastruktur takde .. ntah yek?
heharap tak jadik projek gajah putih aa
stadium gong badak kat t'ganu tuh pon dah ala2 jugek |
|
|
|
|
|
|
| |
|