CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Petua, tips dan pantang larang Si Pengail (MERGED - Syd, ichigo86, joe shaper)

[Copy link]
Post time 15-1-2009 09:57 AM | Show all posts
Persediaan Sebelum Memancing
(Kebiasaan Dilakukan Oleh Ahli ATUR – Keperluan Yang Utama)
1. Persiapan - Buatlah persiapan seperti ;peralatan memancing yang lengkap, Engin, Minyak Engin, Sauh serta buat ‘Perambut’ lebih awal.
2. Jaket Keselamatan - Untuk Keselamatan terutama pada tidak tahu berenang.
3. Bekalan M/Minum - Mengalas perut ketika memancing.
4. Rokok - (Bagi yang merokok) menjadi teman setia menanti umpan diragut.
5. Baju Hujan - Melindungi diri dari hujan.
6. Baju L/Panjang - Melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.
7. Topi - Tempat berteduh dari panas dan hujan.
8. Ubat-Ubatan - Untuk Kecemasan/ jika rasa kurang selesa.
9. Tali - Perbagai guna termasuk keselamatan.
10. Pisau/Parang - Banyak kegunaan / Keselamatan
11. Kain Buruk - Kegunaan perlu jika ingin menarik tali pancing yang tersangkut dan untuk dibuat lap tangan yang kotor dll.
12. Stokin Panjang - Mengelakkan gigitan serangga spt. Agas & nyumuk serta pancaran  terik matahari.
13. Wisel - Untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak)
14. Plastik Besar - Tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan.
15. Polystrin/Air Batu - Tempat mengisi hasil tangkapan.
16. Lampu Suloh, Lampu Ayam & Ubat Nyumuk jika ingin memancing malam.
Persediaan ini telah lama diamalkan oleh ahli-ahli ATUR sebelum turun memancing dan telah menjadi ikutan rakan-rakan memancing yang lain. Peralatan diatas dirasa amat perlu sewaktu memancing dan ini sedikit sebanyak mengajar ahli-ahlinya tentang kata-kata ‘kalau nak memancing buat lah cara memancing’. Bila masing-masing mempunyai persediaan sendiri tentunya kita dapat memancing dalam keadaan selesa. Peralatan diatas akan dikurang/ditambah kiranya pihak kelab mengadakan XPDC didalam hutan selama 3 atau 4 hari termasuk:-

  • Khemah
  • Peralatan Memasak yang lengkap.
  • Barangan Makanan yang ala-kadar kerana kami lebih memetingkan survival semasa berXPDC.
  • Pakaian yang mudah kering.
  • Kasut Getah memudahkan perjalanan didalam air.
  • Kotak Ais Colemen.
  • Mengikuti Jadual termasuk pengawasan serta memasak.
Peralatan dan persedian diatas lebih kepada kerjasama dan semangat berpasukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 09:58 AM | Show all posts

Teknik Mengawal Joran

Tabiat sesetengah ikan terutama ikan yang bermain didasar laut atau sungai, untuk melepaskan diri ialah dengan cara melarikan diri di celah-celah batu karang atau pokok-pokok tumbang atau dicelah akar kayu. Apa yang perlu anda lakukan, cuba halang perkara ini daripada berlaku dan ia memerlukan kemahiran tertentu. Jika ikan sempat mencari perlindungan, anda akan tertewas tapi jika anda ketatkan butang tarikan pada kekili, tali akan putus. Teknik yang sebaiknya ialah:-
  • Dengan cara menjatuhkan hujung batang joran selari dengan tarikan ikan tersebut. Biarkan ikan menarik tali itu dalam keadaan lurus.
  • Selepas itu anda tarik semula tali pancing dengan mengangkat batang joran dalam keadaan selari dengan tarikan ikan itu.
  • Perlu diingatkan, ketika anda menjatuhkan hujung joran ketika ia menerima tarikan, acap kali ikan berkenaan akan berhenti buat seketika. Jika keadaan seperti ini berlaku, masa itulah anda kawal ikan tersebut dengan melawan tarikannya pula.
  • Dengan berbuat begini kemungkinan besar anda pasti berjaya menewaskannya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 10:02 AM | Show all posts
Bagaimana menjaga peralatan memancing ?
A. Sukan memancing hari ini diceburi oleh semua golongan masyarakat. Yang berpendapatan tinggi ,sederhana dan rendah semuanya ada. Cuma mungkin perbezaan ketara ialah padang pancing dan peralatan yang digunakan . Peralatan yang mahal tidak semestinya tahan lama kalau tidak ada perjagaan rapi dan yang murah belum tentu cepat rosak kalau pandai menjaganya. Samada memancing di laut atau darat, implikasi masalah tetap sama. Namun memancing air masin lebih tinggi risiko kerosakan dari memancing air tawar. Kadar oksidasi air masin mempercepatkan tindakbalas yang menghasilkan karat. Disini diberi beberapa langkah yang berkesan untuk menjaga peralatan pancing supaya dapat bertahan lama.
  • Sewaktu pulang dari aktiviti memancing, luangkan sedikit masa dengan mencuci ataupun melakukan service ringkas untuk semua peralatan yang digunakan semasa memancing. Kekili dan Joran perlu dibilas dengan air paip selepas memancing. Pastikan ‘drag’ dan geledung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki bahagian dalaman kekili. Jangan sama sekali merendam kekili dalam air semasa mencucinya. Selepas mencuci biarkan seketika hingga kering dan lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul. Gunakan WD-40 atau minyak mesin jahit untuk menyembur bahagian yang bergerak terutama pemegang, dalaman geledung dan sebagainya yang dirasakan perlu. Longgarkan ‘drag’ kekili pada tahap minimum serta pisahkan kekili dari joran sebelum menyimpannya ditempat tidak tercapai oleh anak-anak. Pemancing tidak digalakkan menyimpan joran dan kekili didalam bonet kereta terlalu lama kerana bonet yang berhabuk dan berpasir boleh memendekkan hayat kekili dan joran.
  • Untuk mata kail jangan campurkan yang telah digunakan bersama-sama yang baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail lain terutama mata kail jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Jika mata kail kurang tajam gunakan kikir halus atau kertas pasir bagi mengasahnya menjadi tajam semula. Disyorkan gunakan mata kail yang tahan karat kerana ia tahan dan boleh digunakan berulang kali.
  • Playa adalah salah satu peralatan penting dalam memancing. Jika pulang dari memancing cuci dengan air , lap dan di sembur dengan WD-40 terutama pada bahagian tengah bagi tidak ketat dan lancar pergerakkannya.
  • Tali pancing pada geledung perlu diperiksa sebelum turun memancing. Geledung perlu di jirus supaya air masin tidak terkumpul. Jangan sama sekali menarik tali yang tersangkut menggunakan joran. Joran akan mudah patah. Cara seeloknya luruskan joran dan ketatkan ‘drag’ sedikit dan kemudian tarik tali dengan menggunakan kain. Bagi pemancing tebing atau pantai, elakkan pasir atau lumpur dari memasuki kekili. Ini boleh menyebabkan kekili mudah rosak kerana bahan-bahan ini akan bertindak seperti kertas pasir yang boleh menghakis ‘gear’ dan alas bebola kekili.
  • Kekili lama yang rosak jangan dibuang kerana ia mungkin ada kegunaan seperti untuk dijadikan ‘spare parts’ kerana tidak banyak kedai pancing yang menjual barang gantian untuk kekili.
Panduan diatas dicatitkan mengikut pengalaman saya. Ramai pemancing lain mempunyai panduan menjaga peralatan pancing masing-masing supaya tahan lama. Ia nya bergantung kepada pemancing itu sendiri yang menentukan amalan perjagaan peralatan . Dibawah ini pula saya akan ‘kupas’ secara terperinci tentang peralatan yang digunakan semasa aktiviti memancing:
B. Tali – Perkara Utama yang harus dilakukan ialah memeriksa ‘tali ibu’ di kekili dengan mempastikan tali tersebut tidak luka atau keras. Pemancing diingatkan agar tali ibu itu bersesuaian dengan kekili kerana ada setengah pemancing menggunakan kekili yang kecil tetapi dipadankan dengan tali yang besar. Anggapan agar mudah menarik ikan yang besar. Sebenarnya itu satu kesilapan kerana masalah yang kerap timbul ialah;
  • Sukar membuat lontaran jauh dan tepat.
  • Tali mudah keluar dan ‘berserabut’, secara tidak langsung memaksa pemancing memotong tali bermasalah ini dan ia akan menjadi sedikit didalam kekili.
  • Tali yang keras pula akan sentiasa ‘bergulung’ dan sukar menegangkannya dan ini memaksa pemancing menggunakan batu ladung yang besar namun tanpa disedari tali tersebut sebenarnya telah reput dan mudah putus.
Nasihat kepada pemancing, apakiranya mengeluarkan sedikit modal membeli tali yang sepadan dan mempunyai kekuatan seimbang dengan kekili yang digunakan agar tidak berputih mata. Persoalan disini bilakah anda perlu menukar tali pancing? Catitkan
  • Kekerapan anda menggunakan tali itu.
  • Cara-cara anda menggunakan tali tersebut.
  • Pendedahan tali itu kepada cahaya matahari.
  • Menyimpan tali ditempat yang tidak sesuai.
Perkara yang kerap merosakkan tali pancing (kesimpulan dari masalah diatas)
  • Kekerapan tali pancing menerima tarikan yang kuat bukan saja datang dari ikan tetapi juga dari diri anda sendiri ketika tali itu tersangkut pada batu karang atau dahan-dahan kayu didalam air tempat anda memancing. Kerosakkan teruk adalah pada hujung tali ini secara tidak langsung melemahkan tali dan bahagian ini harus dipotong.
  • Tali yang pecah dan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 10:03 AM | Show all posts
ANDA MINAT MEMANCING?
ADAKAH ANDA BERCITA-CITA MENUBUHKAN KELAB MEMANCING?

  • Perkara utama yang harus dilakukan ialah mencari 3 atau 4 orang rakan-rakan rapat memancing anda yang boleh membantu dan mudah diajak berbincang. Terangkan niat disamping tujuan anda ingin menubuhkan Kelab Memancing. Rakan-rakan terbaik ialah dikalangan rakan sepejabat, rakan-rakan terdekat didalam taman perumahan anda dan rakan yang banyak membantu aktiviti memancing. Perkara lain yang mesti dibincangkan ialah mengenal pasti mereka-mereka yang ‘layak’ menganggotai Kelab yang akan anda tubuhkan. Jumlah ahli kebanyakan antara 10 – 50 orang tapi sebagai permulaan carilah tidak melebihi 20 orang. Seterusnya buat surat edaran jemputan atau jemputan ‘mulut’ kepada rakan-rakan yang anda rasa layak dipanggil. Tetapkan tempat mesyuarat dan sediakan sedikit jamuan ringan.
  • Didalam Mesyuarat Pertama anda lah sepatutnya menjadi Pengerusi tapi jika rasa tidak layak serahkan pada rakan yang pandai berbicara bagi menerangkan tujuan mesyuarat itu diadakan. Seterusnya menerima maklum balas dari rakan-rakan. Setelah mendapat persetujuan semua maka disini akan dibuat perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab pula. Ahli jawatankuasa terdiri daripada :-
  • Penyelaras (Ketua – PRO Kelab)
  • Setiausaha (Penasihat)
  • Bendahari
  • Sekurang-kurangnya 2 orang Ahli JawatanKuasa Bertindak
  • Perkara seterusnya yang harus dibincangkan ialah:-
  • Kutipan Yuran Bulanan (Bergantung persetujuan ramai, jika boleh jangan kurang dari RM 5.00)
  • Menyediakan Undang-Undang Kelab (rujuk undang-undang Kelab ATUR)
  • Hala Tuju Kelab - Matlamat
  • Logo Kelab – Nama Kelab
  • Masalah dan perkara-perkara berbangkit.
  • Turut boleh dibincangkan ialah :-
  • Kebajikan Ahli Kelab
  • Bantuan Kewangan berkaitan pembelian peralatan memancing.
  • Mengadakan Pertandingan Memancing bagi mengisi Tabung Kelab.
  • Membuat Jualan spt. T-shirt / pen dan lain-lain sebagai memperkenalkan Kelab.
  • Menyimpan cita-cita memiliki Sampan,Engin dan sebagainya untuk ahli Kelab.
  • Mencari Penaja.
  • Perancangan membuat XPDC.
  • AJK dan ahli-ahli diminta sering bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali buat permulaan bagi membincangkan masalah yang timbul disamping bagi memantapkan Kelab.
Apa yang cuba saya berikan ini adalah lebih kepada Kelab yang penuh kesederhanaan tetapi mempunyai Wawasan. Perkara yang paling penting disini ialah kewangan kerana kewangan juga banyak menentukan jatuh bangunnya satu-satu Kelab itu disamping kerjasama ahli-ahlinya. Didalam hal ini ahli-ahli harus memberi kerjasama bagi mencapai impian disamping bertolak ansur serta nasihat menasihati.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 10:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Ini melalui pengalaman teman laaaaa

Kaki pancing selalu ada pengalaman KAIL tersangkut kat badan sendiri ataupun oghang lain.

Time teman kat Ostalia dulu...........
Ada sowang kawan teman nih yg tersangkut mata kail nya kat jari terlunjuk.
Udah masuk 3/4 ke dalam jari.

Sesiapa yg tahu macamana hendak keluarkan mata pancing tersebut??

Wsalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:07 PM | Show all posts
Rawatan ketika mabuk laut
Oleh Nuri Angkasa

BIASANYA, kita kurang berminat untuk memberi pertolongan kepada rakan pancing yang muntah-muntah dalam bot ketika keluar memancing. Alasannya kerana bimbang kita pun turut sama akan muntah.

Sepatutnya menjadi tanggungjawab anda untuk memberi rawatan kepada mereka yang menghadapi situasi berkenaan. Sekurang-kurangnya mengurut tengkuk mangsa supaya muntah keluar lebih lancar supaya lebih cepat lega.

Rakan yang muntah sudah tentu tidak berdaya untuk bangun atau bergerak jika keadaan berlarutan. Langkah pertama, anda harus membantu mereka supaya duduk bersandar dan memicit bahagian tengkuk serta pangkal telinga dengan perlahan-lahan. Mangsa muntah perlu diberi minum air suam dengan banyak bagi mengelak daripada kering mulut dan perut.

Malah jika perlu bancuh air gula bercampur garam bagi menggantikan cecair badannya yang sudah habis keluar bersama muntah. Jika ini dilakukan, mangsa akan lebih cepat segar.

Dengan apa cara sekali pun perut mesti diisi. Ini kerana selepas menerima minuman atau makanan ringan, mangsa akan muntah semula. Anda jangan panik kerana ini satu cara rawatan yang perlu lakukan.

Rakan yang muntah perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti memancing demi untuk memulihkan kesihatan dan kesegaran tubuhnya. Namun dalam apa jua keadaan, mangsa muntah perlu dikawal kerana ketika memancing dalam bot, kemudahan rawatan adalah terhad. Justeru, anda adalah jururawat dan anda juga doktor ketika itu.

Langkah terbaik, rehatkan mangsa muntah dalam keadaan separuh berbaring di luar kabin atau di tempat terbuka. Kalau boleh di belakang bot. Ini untuk mendapat udara laut yang segar. Tetapi ingat, pastikan mangsa tidak menyedut asap enjin kerana boleh memburukkan keadaan.

Mangsa muntah jangan diganggu. Benarkan mereka tidur terus sehingga terjaga sendiri. Insya-Allah mereka yang terbabit itu akan beransur pulih dan dapat meneruskan aktiviti memancing. Tetapi anda tidak perlu memaksa diri mereka untuk melawan pening dan muntah selepas baru pulih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2009 12:08 PM | Show all posts
Tangkapan lumayan jika tidak mandi?
Oleh Nuri Angkasa

ADA sesetengah berpendapat bahawa selama mana memancing, kita dilarang mandi atau menukar pakaian kerana perubahan ini boleh menjejaskan tangkapan ikan. Apakah ini sesuatu yang melucukan? Apakah asas dan rasionalnya? Ketika kita mengejar perubahan dan melaksanakan pembangunan negara dengan teknologi moden sekarang, tindakan tidak mandi atau enggan menukar pakaian ketika ekspedisi beberapa hari di laut pastinya mencetuskan keadaan kurang selesa.

Pak Nuri percaya, ramai pemancing sekarang tidak mahu cara lama itu diamal atau dijadikan petua. Tetapi apa pula pendapat seorang tekong lama yang sebelumnya veteran nelayan dari Umbai, Melaka yang kini sudah berusia 90 tahun. Beliau masih kelihatan berdaya lagi jika diajak turun memancing di Pulau Besar. Beliau mahu dikenal sebagai Tok Deris Serkam ketika ditemui di warung ikan bakar Serkam Laut.

Beliau tidak menolak amalan nelayan dulu yang tidak mandi ketika memancing. Katanya, itu adalah petua yang sering diamalkan kerana sampan dulu kecil dan sempit yang tidak membenarkan kita berdiri atau bergerak bebas apa lagi untuk mandi. Malah jangka masa turun ke laut pun tidak melebihi 24 jam. Justeru, mereka tetap menganggap peluang untuk mandi ketika turun di laut tidak berlaku.

揝ekarang dah banyak berubah. Bot dah besar macam kapal. Lebih dari sepuluh orang boleh turun memancing dalam satu masa. Ada dapur masak. Ada tandas, tentu saja boleh mandi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:11 PM | Show all posts
Usah berlagak hero
Oleh Nuri Angkasa

SENGAJA mendedahkan diri pada bahang panas matahari dan hujan lebat atau berembun pada waktu malam adalah perkara yang perlu dielak semasa memancing di kolam, sungai atau tasik lebih lagi di laut.

Panas terik akan mengundang kurang selesa dan bahang panas akan mengeringkan kulit kepala dan tubuh badan sekali gus tekak akan kering dan dahaga yang berterusan. Sebaik-baik langkah berjaga, pemancing kena cari tempat berteduh atau menggunakan topi lebar di kepala seperti kaum cina memakainya semasa bekerja di kebun sayur.

Menutup seluruh badan dengan kain lembut dan boleh menyerap peluh adalah langkah paling baik tapi ini tidak harus di biasakan, kerana mungkin kulit badan kita tidak dapat bertahan dan ia akan menjadi ruam kulit atau bertanda seperti panau, lagi berbahaya jika membiarkan baju yang basah itu kering di badan.

Adalah menjadi harapan Pak Nuri supaya panas terik dan hujan lebat dapat dielakkan tapi banyakan minum air panas sejuk dan tidak membiarkan perut kosong kerana dibimbangkan perut masuk angin. Andainya jika ini berlaku anda akan berdepan dalam satu keadaan paling rumit kerana rawatan tidak seperti di darat, namun apa pun keadaan jika penyakit ini tidak berkurang langkah terbaik ialah membawa mangsa pulang.

Mengingati satu peristiwa yang dipetik dari cerita seorang kawan pancing dari Kahang Keluang Johor, terdedah pada bahang panas matahari yang panjang seorang pemancing jatuh pitam tidak sedarkan diri dan akhirnya meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke jeti.

Daripada peristiwa ini dapat dijadikan satu iktibar bahawa kita tidak harus mendedahkan diri pada bahang panas matahari atau hujan lebat dianggap membantu segarkan badan tapi sangkaan itu tidak dapat memberi janji yang tepat, justeru langkah terbaik kita tidak melakukan perkara yang boleh melibatkan diri kita kepada keburukan.

Jangan jadikan panas terik dan hujan lebat sebagai permainan atau sengaja untuk menarik perhatikan kawan-kawan pancing bahawa akulah 慾aguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2009 12:16 PM | Show all posts
Pemancing perlu bekas umpan kecil sendiri
Oleh Nuri Angkasa

PETUA untuk memastikan ikan atau sotong umpan sentiasa berada dalam keadaan segar jika tidak diletakkan dalam keadaan hidup dalam satu tempat khas yang ada oksigen; tentunya bahan umpan itu dimasukkan dalam peti sejuk. Yang sebaik-baiknya peti sejuk itu tidak kerap atau sewenang-wenangnya dibuka bagi memastikan tahap sejuknya berterusan.

Langkah terbaik ialah pemancing boleh mengambil beberapa ekor sotong dan ikan (jenis selayang atau selar) dimasukkan dalam bekas umpan. Bekas yang sebaik-baiknya ialah yang kecil kerana saiz ini mampu mengekalkan tahap sejuknya.

Bekas umpan ini elok tidak dikongsi. Kerana cara ini juga boleh mengelakkan ketidakselesaan memancing terutama ketika hendak menukar umpan. Justeru, adalah baik untuk tidak mengganggu rakan pancing yang lain dengan memiliki bekas umpan sendiri. Cuma ais mestilah sentiasa berada pada tahap sejuk.

Satu perkara yang perlu diambil ingatan ialah umpan antara sotong dan ikan hendaklah diasingkan. Ini kerana kita tidak mahu kesan bau ini bersatu. Kelak ia akan menjejaskan minat spesies ikan karang di dasar laut.

Namun dalam apa juga keadaan, umpan paling baik dan digemari oleh semua spesies ikan ialah umpan hidup yang tentunya boleh dipancing dari unjam manakala sotong dicandat atau disauk pada waktu malam bulan gelap.

Umpan hidup seperti ini dijamin dapat memberi kejutan pada bila-bila masa saja apabila dilabuhkan. Namun begitu, harapan ini tidak semestinya menjadi kenyataan jika labuhan itu tidak mengena pada terumbu atau lubuk karang yang ada ikan. Untuk memastikan sasaran terbaik, sudah pastinya anda memerlukan alat pengesan.

Apa pun, langkah terbaik bagi mengekalkan tahap umpan sentiasa segar, peti sejuk hendaklah digunakan dan sotong atau ikan hendaklah dilambakkan dalam peti sejuk umpan dan kemudian ditutup dengan guni basah.

Oleh yang demikian, adalah baik jika pemancing mempunyai satu bekas umpan sendiri bagi menjimatkan masa memancing dan anda tidak berebut umpan. Cuma, anda tidak terlalu banyak mengambil umpan dari tong umpan utama. Kerana jika umpan diambil berulang kali dari tong utama, maka ini dibimbangi akan terjejas mutu dagingnya kerana tahap sejuknya tidak lagi maksimum.

Diharapkan petua kali ini menjadi dengan syarat setiap kaki pancing membawa tong kecil sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:18 PM | Show all posts
Zikir dalam bot bawa ketenangan
Oleh Nuri Angkasa

ADA beberapa petua Pak Nuri yang perlu diulang semula untuk memantapkan lagi keyakinan mengenai berkesan segala amalan yang diguna pakai terutama ketika berada di laut yang tiada penghujung mata memandang atau dikelilingi pulau yang wujud beratus juta tahun sekali gus tentu ada menyimpan misteri tersendiri atau dihuni penghuni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Daripada beberapa petua yang Pak Nuri nyatakan sebelum ini dalam halaman ini, mungkin masih ada yang tertinggal. Justeru dalam halaman kali ini Pak Nuri masih mengaitkan adanya pantang larang yang perlu diambil kira ketika di laut, bekas lombong di tengah belukar, tasik di belantara mahupun di kuala sungai apabila tibanya waktu senja (antara waktu siang bertukar pada malam).

Pada waktu begini, kita kena lebih berhati-hati supaya tidak banyak (kalau boleh jangan sekali-kali) bersiul, menjerit atau menyanyi dengan suara yang lantang kerana laut yang dihuni oleh makhluk halus dan berkeliaran pada waktu begini. Tindakan kita berkeliaran dan bersuka-suka dikhuatiri akan mendorong makhluk itu mengusik kita yang tidak menyedari kedatangan mereka.

Langkah terbaik pada waktu begini ialah memperbanyakkan berzikir atau berehat dengan membaca ayat suci al-Quran. Yang pasti, jangan lupa menunaikan solat wajib lima waktu. Lakukan ini untuk beberapa waktu setelah menjelang malam. Kemudian, kita boleh meneruskan aktiviti memancing dengan selesa. Namun dengan tidak bersiul, menjerit atau menyanyi dengan melepaskan suara yang kuat dibimbangkan akan mengundang bahaya tidak diundang atau tidak diduga daripada pihak kedua itu.

Namun dalam apa juga yang kita lakukan terutama pada waktu malam atau di tempat yang dapat dirasakan berlainan, anda perlu melakukan zikir dan ini boleh dizahirkan dengan suara dengan kuat.

Pernah berlaku ketika melakukan zikir begini dapat diikuti oleh suara kedua yang tidak dapat dilihat wajah nyatanya. Cuma suara saja yang dapat didengar mengikut suara zikir kita, demikian cerita seorang tekong dari Parit Unas, Muar ketika penulis bertanya mengenai makhluk halus yang boleh mengikut bacaan ayat suci itu.

Beliau tidak menolak mungkin adanya makhluk meniru mengikut bacaan kita mahu pun berzikir bersama tetapi cuma beberapa saat saja atau pada ayat-ayat tertentu saja. Justeru, kita harus mengalahkan suara kedua itu supaya kita menang dan suara kedua hilang kerana dengan kekalahan.

Justeru, berzikirlah dengan pelbagai lagu atau irama kerana berzikir itu adalah ketenangan selain mendapat pahala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:19 PM | Show all posts
Cara elak alah ikan talang


SEBUT saja ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering yang lumrah berada di pasaran tempatan terutama di kalangan pembekal ikan masin di seluruh negara, namun tidak kurang juga mereka yang kurang berminat untuk makan kerana akan menimbulkan pelbagai penyakit.

Tentu ada cara untuk mengelak daripada terkena penyakit berkenaan selepas memakannya. Justeru Petua Pak Nuri kali ini cuba mendapatkan ikhtiar bagi mereka yang alah jika menyentuh atau makan ikan talang yang dikatakan sangat enak itu.

Daripada risik yang diperoleh daripada beberapa rakan yang berpengalaman jika seseorang itu alah dengan ikan talang terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya langkah yang perlu diambil ialah dengan mengoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabit hingga hancur dan halus lalu disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali lalu membiarkannya hingga kering.

Spesies ikan talang yang terkenal dengan menyambar umpan di permukaan air sangat ganas ketika bertarung terutama apabila merasai dirinya (ikan) sudah menjadi mangsa pemancing. Bagaimanapun keganasan itulah yang sangat digemari kaki pancing kerana dapat menguji kemahiran masing-masing.

Apa pun yang diperkatakan terhadap spesies ikan yang cuma dikaitkan dengan ikan kering itu sebenarnya mempunyai rasa isi yang lazat walau dicelah-celah tulang tajam berselerak itu. Cara untuk mendapatkan isi ikan berkenaan dengan tidak menjejaskan isinya anda perlu kukus ikan talang berkenaan sehingga masak, kemudian mengeruk isinya menggunakan garfu.

Isi ikan talang yang sudah tidak bertulang itu boleh dimasak mengikut selera masing-masing tapi yang terbaik anda boleh buat sup atau bebola ikan serta digoreng tepung.

Kepada penggemar nasi goreng boleh juga menjadikan talang sebagai sebahagian dariapda rencahnya. Mereka yang alah boleh mencuba petua yang diturunkan diatas atau jika rasa takut jangan paksa untuk memakannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:25 PM | Show all posts
Buaya pantang dayung melintang
Oleh Sabaruddin Abd Ghani

KUALA KETIL: Bagi yang ingin memancing dalam suasana tanpa gangguan terutama di sungai yang ada buaya, petua Abdul Wahab Zakaria, 50, boleh diguna pakai.

Apatah lagi bagi pemancing yang terkena 慴adi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:38 PM | Show all posts
Perut ikan perlu segera dibuang
Oleh Nuri Angkasa

KALANGAN ahli keluarga kaki pancing tentunya mengharapkan rezeki lumayan yang bakal dibawa oleh pemancing dari laut. Mereka pasti membayangkan ikan segar dan masih terasa manis untuk dijadikan lauk. Justeru, cara terbaik bagi pemancing ialah menyediakan tong air batu yang sempurna supaya rezeki tangkapan sentiasa segar ketika berada di laut dan selama tempoh perjalanan balik ke rumah.

Perkara ini tentu tidak menjadi masalah besar kerana tong ikan yang dibawa oleh setiap pemancing dapat menjamin kesegaran ikan melebihi tiga hari. Namun apa yang perlu diingatkan ialah ikan yang dibawa pulang tidak dapat bertahan lama dalam ais yang mudah bertukar menjadi air yang tidak dapat menjamin kesegaran ikan jika berada terlalu lama di laut.

Oleh sebab itu, sebaik saja anda tiba di rumah ikan terpaksa disiang dengan bersih, manakala ikan yang bersaiz besar anda boleh lakukan dua cara untuk menyiangnya. Pertama, anda perlu buang perut dan basuh dengan bersih. Perut adalah tempat paling sensitif bagi ikan yang dibawa dari laut atau sungai. Ia tidak dapat bertahan lama walaupun disimpan lama dalam peti ais.

Tempoh melebihi 48 jam akan menyebabkan perut ikan busuk dan proses itu meresap pada bahagian isi dan pastinya ikan berkenaan tidak segar lagi.

Langkah terbaik, anda mesti mengosongkan tong ais sebaik tiba di rumah. Kemudian ikan mesti segera disiang dan basuh dengan bersih lalu dibungkus dengan surat khabar dan simpan dalam peti ais bahagian pembeku.

Jangan amalkan menyimpan semula ikan yang sudah disiang dalam tong ais yang berisi air ais yang mencair walau pun tahap sejuknya dapat menyegarkan ikan.

Jika terpaksa membuat pilihan kedua atas sebab peti sejuk sudah penuh dengan ikan, anda perlu membeli ais ketul yang baru dan masukkan ais berkenaan dalam tong yang sudah dibersihkan. Kemudian masukkan ikan yang sudah disiang dalam tong berkenaan. Tutup dengan guni bersih di atas timbunan ikan sebelum menutup rapat tong berkenaan dan jangan dibuka lagi selepas itu, kecuali ada sebab tertentu.

Ini adalah petua terbaik bagi mengekalkan tahap kesegaran ikan supaya dapat bertahan lama melalui ketul ais yang padat dan bukan direndam dalam air yang sudah sejuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 03:27 PM | Show all posts
Ikhlas membantu ada ganjaran
Oleh Nuri Angkasa

MELAKUKAN sesuatu yang baik ketika mula melangkah meninggalkan rumah untuk sesuatu perjalanan jauh terutama mencari rezeki atau ketika dalam perjalanan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam. Kebaikan itu pastinya mendapat ganjaran daripada Allah.

Apa yang Pak Nuri maksudkan dengan melakukan sesuatu yang baik ialah setiap pemergian kita disenangi keluarga terutama isteri dan anak sentiasa mendoakan keselamatan kita pergi mahupun balik. Namun, dalam usaha kita mengatur perjalanan tentunya akan berdepan dengan berbagai halangan sama ada perjalanan itu pada waktu siang atau malam. Kadangkala kita berdepan dengan keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat atau ribut petir.

Jika keadaan ini berlaku, pemancing yang memandu kenderaan dinasihatkan supaya tidak meneruskan perjalanan sekalipun waktu tempahan bot untuk turun memancing sudah tiba masanya. Mengambil kira keselamatan diri adalah lebih penting daripada terus memburu masa yang bakal meletakkan diri kita pada kedudukan bahaya atau keadaan yang lebih buruk.

Satu perkara lagi, jika perjalanan anda dihalang oleh sesuatu kemalangan jalan raya di hadapan anda, apa perlu anda lakukan? Apakah anda akan meneruskan perjalanan atau berhenti untuk memberi pertolongan? Jawapan paling tepat untuk anda lakukan atas dasar tanggungjawab dan peri kemanusiaan ialah anda wajib memberi pertolongan kepada mangsa yang ditimpa kemalangan. Ini wajib dilakukan sekalipun perjalanan anda ke destinasi memancing masih jauh dan waktu tempahan bot sudah hampir tiba masanya.

Anda perlu mengutamakan pertolongan bagi menyelamatkan nyawa mangsa sebelum ada orang lain yang dapat membantu. Ini kerana mungkin pertolongan pantas anda dapat menyelamatkan nyawa mangsa yang terbabit. Atau, paling tidak anda sudah melakukan kebaikan terhadap sesama manusia dengan memberikan harapan paling disukai oleh Allah.

Amalan ini dapat dijadikan petua supaya setiap perjalanan yang berdepan dengan apa saja halangan di hadapan laluan kita. Langkah pertama mesti memberi pertolongan dengan apa cara sekalipun atau menangguh masa untuk turun memancing kerana memancing adalah satu aktiviti kegemaran individu sedangkan memberi pertolongan bagi menyelamatkan nyawa sesama manusia adalah satu tanggungjawab wajib yang mesti di lakukan.

Kesimpulan daripada peristiwa ini, Pak Nuri terus terang mengharapkan supaya semua kaki pancing dapat mengamalkan sikap suka memberi pertolongan sebagai satu petua. Selepas itu, barulah anda meneruskan perjalanan ke lokasi memancing. Insya-Allah ganjaran baik daripada Allah akan anda peroleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 03:29 PM | Show all posts
Memesan bantutkan rezeki


PALING ditakuti setiap nelayan veteran sebelum turun ke laut ialah adanya pesanan daripada ahli keluarga, rakan atau orang ramai mahupun siapa saja yang meminta ikan untuk dirinya atau paling kurang pesanan bagi mereka yang sedang hamil.

Menurut kepercayaan nelayan veteran, adanya pesanan bakal meletakkan mereka berdepan dengan kehampaan. Malah ikan yang dipesan tidak diperoleh sedangkan ikan berkenaan bukan spesies yang sukar didapati. Peliknya, jika ada pesanan yang dibuat, ikan berkenaan bagaikan tahu untuk melarikan diri.

Percaya atau tidak, satu pengakuan ikhlas dibuat seorang nelayan veteran yang dipanggil Pak Kasiran, 75, yang kini masih turun ke laut di pesisiran pantai Sungai Muar, Johor. Walaupun sudah tidak sehebat dulu, namun beliau masih meneruskan kerja sebagai pelaut untuk menghabiskan sisa hidup yang cuma tinggal di hujung senja.

Menurut Pak Kasiran, dia pernah beberapa kali hampa dan pulang dengan tangan kosong kerana membawa pesanan sebelum turun ke laut.

Justeru, pengalaman yang dilaluinya itu beliau akan menyebabkan melarikan diri, atau tidak mahu memberi tahu sesiapa pun sebelum turun ke laut malah atas kepercayaan yang diamalkan selepas itu rezeki bertambah baik, lalu ini dijadikan petua yang terus diamalkan hingga sekarang.

Atas apa juga kepercayaan, Pak Nuri terpanggil untuk berkongsi beberapa pengalaman nelayan veteran dan nelayan moden mahupun pemancing yang melahirkan reaksi berbeza mengikut peredaran zaman atau suasana perubahan yang berlaku sekarang ini banyak mengubah kepercayaan itu.

Namun daripada apa yang dapat diterjemahkan untuk mengelak menerima pesan orang ramai dengan hajat mahukan ikan kerapu bara, ebek, jenahak atau ikan merah sebelum turun ke laut adalah langkah terbaik kerana kita tidak terikat dengan janji atau harapan yang dibebankan pada kita.

Sekurang-kurangnya kita tidak dipengaruhi oleh pesanan berkenaan, kerana untuk mendapatkan rezeki di laut bukan satu jaminan yang mesti tertunai, kerana semuanya ini datang dari Allah. Malah diharapkan orang ramai harus memahami rezeki yang bakal diraih oleh nelayan atau pemancing yang tidak harus dipesan sebelum melihat rezeki depan mata.

Maka petua pesan memesan begini harus dihentikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 03:49 PM | Show all posts
Sisa makanan cetus kemarahan hantu
Oleh Nuri Angkasa

LAZIMNYA kita sering mengabaikan sisa makanan yang sudah dimakan dengan membuang merata-rata. Jika di laut, tentulah laut menjadi tempat sasaran atau kawasan semak di kolam, tasik, tebing dan muara sungai.

Kali ini Pak Nuri ingin berkongsi nasihat dengan kaki pancing supaya mulai hari ini kita mengamalkan tabiat membuang sisa makanan terutama daripada jenis daging, ikan serta sisa makanan yang berlemak atau berminyak supaya lebih terurus.

Caranya, setiap pemancing atau kumpulan yang memancing di laut perlu sentiasa membawa karung plastik tebal untuk mengisi sisa berkenaan. Kemudian kita membawa pulang dan dibuang di tempat yang sepatutnya. Kalau di daratan, sisa makanan yang terkumpul itu hendaklah di tanam dalam tanah atau membakarnya bagi mengelakkan bahaya kepada orang lain dan menjadi tumpuan binatang buas seperti biawak dan binatang buas lain.

Jika sisa berkenaan dibuang di laut akan menjadi buruan ikan yang bersifat ganas. Manakala plastik yang terbuang sama mungkin tersangkut kepada kipas bot atau dimakan penyu sehingga reptilia itu maut.

Bahaya lain yang harus difikirkan juga ialah tentang laut yang ada penunggu dari makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sisa berkenaan mungkin membuatkan mereka marah kerana bukan daripada hidangan yang dikehendaki (Laut adalah tempat berkampung syaitan bekalan makanan seperti daging dan telor. Menurut orang tua-tua makanan ini tidak digalakkan dibawa ke laut jika ketika memancing).

Justeru, atas faktor ini pemancing perlu berhati-hati walaupun ada yang mendakwa kepercayaan begini sudah ketinggalan zaman. Tetapi dalam usaha menjaga keselamatan terutama di laut kita kena bijak mengatur langkah yang terbaik demi keselamatan semua kaki pancing.

Bahaya sisa-sisa makanan semasa memancing di tasik, tebing sungai, lombong atau di mana saja lokasi bahaya tetap ada terhadap sisa makanan yang berbau. Justeru langkah terbaik seperti cadangan Pak Nuri semua sisa makanan hendaklah diurus dengan cara terbaik dan berdisiplin.

Bagi Pak Nuri, amalan ini perlu dijadikan petua seperti diamalkan oleh orang terdahulu daripada kita yang sentiasa memegang kuat budaya petua dan gerak rasa, kerana yang baik itu adalah datangnya dari kita sendiri dan sentiasa mengingati Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2009 04:23 PM | Show all posts
Asingkan ikan mudah pecah perut
Oleh Nuri Angkasa

PETUA Pak Nuri kali ini ingin berkongsi pengalaman cara mengekalkan kesegaran ikan supaya dapat bertahan lama sebelum dibawa pulang. Walaupun beberapa petua sudah dinyatakan sebelum ini tetapi masih ada ruang untuk diberi perhatian tambahan supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pemancing sama ada ketika menjalankan aktiviti di laut, sungai, tasik, paya, lombong yang lokasinya pedalaman.

Ikan unjam daripada jenis tamban, selayang dan kembung adalah spesies ikan yang mudah pecah perut. Ini bermakna isinya tidak dapat bertahan lama walaupun disimpan dalam tong yang penuh dengan air batu.

Justeru, langkah untuk mengelak daripada berdepan dengan masalah itu satu langkah perlu dilakukan iaitu mengasingkan ikan unjam ke tempat lain yang tidak dicampurkan dengan ikan yang lebih besar. Malah ikan tamban dan kembung kecil yang pasti lebih cepat pecah perut tidak perlu disimpan kerana boleh menjejaskan kesegaran ikan lain. Bagaimanapun jika rasa sayang untuk dibuang, anda perlu menyimpannya dalam satu bekas khas.

Ikan kecil berkenaan bagaimanapun boleh dibawa pulang sekiranya spesies kecil itu dipancing pada hari terakhir sebelum pulang. Ikan tamban, selayang dan kembung boleh dapat bertahan sehingga tiba di jeti dengan memastikan ais mencukupi.

Ikan yang berjaya dibawa pulang ke jeti perlu diambil tindakan segera dengan menyimpannya dalam peti sejuk dan elakkan daripada terbiar lama di lantai bot dengan dipanah terik bahang matahari.

Selain daripada apa yang diterangkan, petua lain bagi menyokong kesegaran ikan pelagik itu ialah dengan membuang isi perut ikan dan membalut dengan kertas surat khabar. Ini adalah petua yang sangat baik dan ini sudah diterangkan sebelum ini dalam ruangan ini. Harus diingat, jangan sekali-kali membilas ikan yang disiang itu.

Dalam apa juga keperluan untuk menjaga kesegaran ikan sepanjang aktiviti memancing yang panjang terutama di laut, air batu biar lebih daripada mencukupi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 04:24 PM | Show all posts
Jangan buang tangkapan pertama
Oleh Nuri Angkasa

ADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.

Petua kali ini memfokuskan kepada pemancing di laut. Justeru, ingatlah apabila kita mendapat ikan pertama sebaik saja mulakan aktiviti memancing maka itu adalah rezeki dari Allah dan tidak harus dibuang semula ke laut jika ikan itu sangat kecil atau spesies ikan yang tidak berguna.

Pendapat dan pandangan beberapa orang nelayan veteran yang ditemui mengakui bahawa rezeki pertama itu jika dibuang semula ke laut atau tasik mahu pun sungai ertinya kita tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah sedangkan kita mencari rezeki lumayan buat keluarga.

Pernah berlaku nelayan pulang dengan tangan kosong kerana dikatakan membuang ikan pertama yang tersangat kecil yang dinaikkan dan selepas itu beliau tidak dapat seekor ikan pun hingga pulang.

“Bagaimanapun ini tidak harus diletakkan sepenuh kepercayaan, kerana rezeki datangnya dari Allah. Justeru, Allah yang menentukan sama ada kita bernasib baik atau sebaliknya selepas memperoleh tangkapan pertama itu.

“Cuma logiknya rezeki yang diberi itu kita kena mensyukuri dan tidak membuangnya semula,” kata Tok Ayub seorang nelayan veteran dari Kesang Laut, Melaka.

Pernah berlaku peristiwa begini kepada seorang pemancing laut di perairan Pulau Jarak yang mendakwa beliau tidak memperoleh seekor ikan pun sepanjang ekspedisi tiga hari dua malam kerana membuang anak ikan kerapu pada tangkapan pertama.

Namun beliau tidak langsung mengaitkan bahawa perkara itu menyebabkan beliau tidak bernasib baik. Cuma ada kemungkinan hari itu bukan harinya.

Apa pun bagi Pak Nuri, rezeki yang datang dari Allah adalah pasti dan sebaliknya cuma terpanggil mengisi logik dan kebenaran yang nyata bahawa sebarang rezeki yang diberi Allah sama ada baik atau tidak kita kena menerimanya dengan ikhlas.

Bagi Pak Nuri, langkah terbaik dan mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah walau sekecil mana sekali pun kita kena menerima dengan ikhlas dan tidak membuangnya semula ke laut bagi pemancing yang memancing di laut malah adalah baik sebarang tangkapan pertama itu diambil sebagai rezeki berkat dari Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 05:13 PM | Show all posts
Hilangkan Hanyir Ikan Darat


Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 09:41 PM | Show all posts
Langkah Batang Pancing

Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan 憇uwei
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.292097 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list