CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6161|Reply: 20

BANTULAH RAKYAT PALASTINE

[Copy link]
Post time 10-1-2009 10:28 AM | Show all posts |Read mode
ASLAMKKUM KEPADA USAHAWAN2 YANG DI LUAR SANA MARILAH LAH KITA MEMBANTU RAKYAT PALASTINE YANG MEMERLUKAN BANTUAN TIDAK KIRA BERBENTUK WANG ATAU PAKAIAN ,SILA HANTARKAN SEBARANG PAKAIAN  YANG TERPAKAI KE ALAMAT  SEPERTI BERIKAUT DAN JIKA INGIN MENDERMA MASUKKAN DALAM ACCOUNT:

KOTABINA RESOURSES
NO 25 JALAN PP1 BANDAR UNIVERSITI,SERI ISKANDAR
31750 TRONOH PERAK

ACCOUNT NUMBER 08086010001774
BANK ISLAM MALAYSIA

SUMBANGAN ANDA PELABURAN DI AKHIRAT AMINNNN.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2009 11:03 AM | Show all posts


nak tanya ada dapat kebenaran/pengesahan dari pihak berkuasa ke?


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 10:40 PM | Show all posts

Balas #2 buDak_gaTaL\ catat

aku punng nak tanya benda yang sama gak

sbb info yang dia kasik

mcm simple sangat..

kang orang pra sangka lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 11:39 PM | Show all posts
selain dari memberikan sumbangan..anda juga boleh menjayakan KEMPEN SEJUTA TANDATANGAN..

kunjungi : www.sahabatpalestine.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 12:58 AM | Show all posts


BAS RapidPenang berwajah baru dengan pelekat Hentikan Keganasan yang bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung NSTP Untuk Gaza di Georgetown, hari ini. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghantar sendiri ke Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau menerusi akaun Maybank 514105-320501 atas nama NSTP Fund For Gaza. Sumbangan juga boleh diserahkan menerusi syarikat bersekutu NSTP iaitu TV3, 8TV, NTV7 dan TV9 selain rangkaian radio miliknya. Tabung ini dibuka sehingga 7 Februari ini. Maybank juga menawarkan khidmat itu menerusi cawangan di seluruh negara, www.maybank2u.com, perbankan telefon KawanKu, mesin deposit cek/tunai atau di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). - Foto Fariz Iswadi Ismail
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 09:58 AM | Show all posts
apa kata pada beri pada yang da sedia ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2009 09:59 AM | Show all posts
laman web mercy pon ade
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:00 AM | Show all posts
http://www.mercy.org.my/main/index.php

We appeal to concerned Malaysians to send in cash donations.

MERCY Malaysia's basis of assistance to the beneficiaries relies on the support and generosity of individuals such as you to contribute to the PALESTINE RELIEF FUND.

It will support our efforts to procure emergency surgical kits, additional medicine and hospital equipment which will be channeled to the affected communities in Gaza.

PALESTINE RELIEF FUND

Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

OR

Cheque payable to MERCY HUMANITARIAN FUND
MAYBANK Account No : 5621 7950 4126

You can also download our donation form. Download Donation Form

For more information please contact 03-2273 3999 or email us at info@mercy.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .

Read more...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 10:00 AM | Show all posts
mase masukkan no akaun tuh dah sah2 ada tulis mercy malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:29 AM | Show all posts
You can also channel your donations to Maybank account Number : 514105-320501
Can also write cheques to The New Straits Times Press (M) Bhd, with the words 揊und for Gaza

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:42 AM | Show all posts
Menitis air mata setiap kali tgk berita and pics org2 Palestine di Gaza... sedihnya... kenapalah negara Islam tak dapat bersatu hati dan menentang Yahudi laknat.. padahal jumlah kaum Yahudi sikit jer nak dibandingkan dengan umat Islam..

Sedih and frust jugak cause tak banyak yang dapat kita bantu.. sekadar derma dan doa...

Semoga Allah dan malaikat dengar dan terima doa umat2 Islam yang memohon agar umat Islam Palestine diselamatkan dari kekejaman Yahudi laknatullah...

Prayers to all Palestinian especially to those innocents little ones...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 01:01 PM | Show all posts
Jom boikot produk yahudi!!

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

FYI! Israel product's bar code start with #729.. Do not buy any products with this barcode!

[ Last edited by  linaxman at 12-1-2009 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:52 PM | Show all posts
aku nk tanye, aku berminat nk jd sukarelawan utk palestine...nk g badan2 mn ah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 02:19 PM | Show all posts
Tabung Bantuan Palestin Di Plaza Tol

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyediakan Tabung Bantuan Palestin di setiap plaza tol di seluruh negara bagi memudahkan pengguna lebuh raya menghulurkan bantuan dalam bentuk baki bayaran tol, untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang sedang menjadi mangsa serangan ganas Israel di Gaza.

Pengerusi LLM Datuk Syed Jamal Syed Jaafar berkata semua 24 syarikat konsensi LLM bersetuju untuk menyediakan tabung berkenaan di plaza tol masing-masing secepat mungkin.

"Pengguna boleh mendermakan baki selepas membayar tol ke tabung berkenaan, walaupun sedikit tetapi yang penting ikhlas," katanya selepas melancarkan Majlis Pernyataan Komitmen Tanggungjawab Korporat LLM dan Syarikat Konsesi di sini, Rabu.

"Kami yakin boleh dapat kutipan yang banyak sebab terdapat lebih 100 plaza tol di seluruh negara ketika ini," katanya.

Pada majlis yang sama, 104 kakitangan LLM dan syarikat konsesi lebuh raya yang kurang berkemampuan turut menerima bantuan RM500 seorang daripada LLM, bagi meringankan beban membeli barangan persekolahan anak-anak.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 02:19 PM | Show all posts

Reply #13 sabaq's post

mungkin aman malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by KBRExtreme at 10-1-2009 10:28 AM
ASLAMKKUM KEPADA USAHAWAN2 YANG DI LUAR SANA MARILAH LAH KITA MEMBANTU RAKYAT PALASTINE YANG MEMERLUKAN BANTUAN TIDAK KIRA BERBENTUK WANG ATAU PAKAIAN ,SILA HANTARKAN SEBARANG PAKAIAN  YANG TERPA ...



Salam tuan...

Saya merupakan pengerusi belia kesatuan (union) ditempat kerja saya. Kerja amal yang pihak tuan sedang usahakan amat bagus sekali. Pihak saya sangat berminat untuk bekerjsama dengan pihak tuan dalam merealisasikan perkara ini. Rasanya pakaian terpakai mudah untuk mendapatkan sumbangan.

Harap tuan bole PM saya untuk makluman lanjut untuk saya ajukan kepada Yang Dipertua Kesatuan saya untuk KELULUSAN.

Saya akan PM tuan selepas mendapat kelulusan. TQ

Bersama memerangi Kemungkaran dan MUSNAH YAHUDI..TAKBIR!!!!

[ Last edited by  tempoyakmanis at 17-1-2009 10:09 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 10:08 AM | Show all posts
bantuan senjata xnak buat ker..???

kadang2 geram ngan sikap USA dan PBB dalam memeranggi situasi PALESTIN.

yang paling sedih adalah sikap Negara ARAB terutama ARAB ISLAM... dimana sikap menolong sesama Islam yang sedang diperangi MUSUH DUNIA AKHIRAT

Semoga peristiwa ni menjadi pengajaran kepada semua negara islam yang lain. Azab dan dugaan ALLAH bila2 masa jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 02:38 AM | Show all posts
tumpang tanye,selain dr menderma xde ke badan2 yg khusus utk jd sukarelawan memberi pertolongan such as bantuan makanan or perubatan ker...i mean pasukan penyelamat or pertolongan yg dihantar ke sane..actually aku berminat secare sukerela...sape tau tlg kasi info okek.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 09:55 AM | Show all posts
Yayasan Salam hantar sukarelawan

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Yayasan Salam Malaysia akan menghantar pasukan sukarelawan termasuk seorang pakar bedah bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza Selasa ini.

Pasukan tersebut yang diketuai Pemegang Amanah Yayasan, Datuk Ahmad A. Talib akan menuju ke sempadan Mesir-Gaza untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan tempatan yang telah berada di sana.

Ahmad berkata, selain memberi bantuan kemanusiaan di Gaza, pihaknya akan membuat pemantauan terhadap keperluan pakar perubatan dalam bidang masing-masing.

Setakat ini, katanya, hasil maklumat yang diterima, penduduk di Gaza amat memerlukan pakar perubatan dalam bidang pembedahan, trauma dan kanak-kanak.

"Sekiranya kita sudah mengetahui keperluan itu, kita akan menghantar pasukan kedua pada 27 Januari yang bakal disertai pakar-pakar perubatan dalam bidang berkenaan," katanya selepas menyampaikan anugerah penghargaan sukarelawan 2008 kepada sukarelawan Nur Salam dan Sinar Salam anjuran Yayasan Salam Malaysia di sini hari ini.

Turut menerima penghargaan ialah Kumpulan Utusan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times Berhad.

Ahmad berkata, antara barang yang akan dibawa ke Gaza ialah ubat-ubatan, makanan dan selimut untuk diserahkan kepada mangsa kekejaman Israel itu.

Katanya, hasil kutipan derma orang ramai, agensi kerajaan dan beberapa syarikat swasta yang diterima pihaknya juga akan digunakan bagi membeli peralatan perubatan di Kaherah.

Beliau juga berharap syarikat-syarikat farmasi di negara ini dapat memberikan sumbangan ubat- ubatan kepada yayasan untuk dibawa ke Gaza.

"Yayasan juga mengalu-alukan jika ada pusat perubatan yang mahu menyumbang kepada yayasan ubat yang tidak diperlukan lagi atau sudah hampir tarikh luput," jelasnya.

Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan sukarelawan yang berada di sempadan Gaza masih gagal memasuki sempadan tetapi pihaknya berharap ia hanya sementara.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:16 AM | Show all posts
Seruan bantu anak yatim Palestin

Oleh: SITI AINIZA KAMSARI

BAGAIMANA kita dapat memberitahu pihak Israel, bahawa mereka merupakan manusia paling pengecut dan bacul kerana menjadi pembunuh kanak-kanak dan mereka yang tidak berdaya!

Namun katakanlah apa pun, bagi Israel tidak sedikit pun menjadi kudis kepada mereka. Sementelah sekarang, kita sebenarnya lebih berlawan atau berperang dengan masa. Sekarang adalah masa-masa emas untuk menyelamatkan kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa paling trauma dalam serangan rejim Zionis selama 22 hari, baru-baru ini.

Seusai perang, di celah-celah runtuhan rumah, sekolah hatta masjid di Bandar Gaza kanak-kanak yang terselamat terpinga-pinga. Dia melihat sekeliling dan tercari-cari. Tentulah yang dicari; Aina Abi? Aina Ummi? Aina kullukum! ("Mana ayah! mana Ibu! Di manakah semuanya?") Akhirnya, si anak hanya mampu menangis dan menangis kerana sedar bahawa dia kini keseorangan di dunia ini!

Jika mereka dikumpulkan bagi memberitahu bahawa mereka sebenarnya tidak keseorangan. Malah terdapat beratus-ratus lagi sepertinya yang kini bergelar anak yatim. Tetapi tidak adakah mana-mana rakyat di negara ini mampu menghapuskan air mata kanak-kanak pejuang Palestin ini walaupun dari jarak beribu batu?

Sebenarnya, anda berpeluang untuk menjadi pengganti kepada ibu bapa kanak-kanak Palestin yang syahid kerana tidak berganjak walau seinci demi mempertahankan tanah air dan Islam.

Andai syahid, mereka telah meredakan ketentuan itu. Namun, tentunya mengharapkan ada rakyat Malaysia yang bukan sahaja menaruh belas terhadap anak-anak Palestin yang kini yatim piatu tetapi bantulah mereka bagi meneruskan kehidupan. Kehidupan bagi membolehkan anak-anak itu meneruskan perjuangan si ibu dan si bapa.

Justeru, Yayasan Wanita Islam Malaysia (Yati) menyediakan peluang bagi rakyat negara ini dan umat Islam khususnya bagaimana mereka boleh menjadi ibu bapa atau keluarga angkat kepada kanak-kanak Palestin yang terselamat dalam tragedi kemanusiaan, Disember 2008 yang sangat berdarah itu!

Pada satu majlis yang berlangsung baru-baru ini, Yati melancarkan Program Anak Angkat Palestin (PaPa) yang menyaksikan pendakwah, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood dilantik sebagai Duta Program. Ia bagi membela hampir 10,000 kanak-kanak Palestin yang terperangkap dalam zon perang itu.

Pengarah Projek, Datin Nor Azlin Ibrahim berkata, sama ada perang antara Israel dan Islam ini berakhir atau pun tidak, kanak-kanak Palestin tetap akan menanggung derita.

Katanya, ini menyebabkan Yati proaktif ingin membela mereka berikutan banyak sekolah yang perlu dibina semula, menyalurkan pemakanan yang berzat, kemusnahan tempat tinggal dan anak-anak yang kehilangan ibu bapa.

"Malah yang lebih penting, pengganti ibu bapa mereka perlu dicari walaupun tidak menyamai kasih sayang ibu bapa kandung.

"Dalam kes sekarang, guru-guru dan para penjaga dari kalangan rakyat Palestin yang bertanggungjawab mengambil alih tugas itu, memerlukan bantuan kita agar kanak-kanak itu benar-benar terbela," katanya.

Menurut Nor Azlin, seramai 317 kanak-kanak Palestin yatim piatu yang menanti untuk ditaja telah berjaya dikumpulkan. Ia hasil kerjasama Persatuan As Solah Al Islamiyah di Rafah dan pertubuhan Qariah Athfal SOS di Gaza. Bagaimanapun jumlah ini akan bertambah.

"Insya-Allah suatu hari nanti, akan ada pertemuan antara anak angkat Palestin dengan keluarga angkat mereka yang terdiri dari rakyat Malaysia yang prihatin dan budiman," jelasnya.

Bagi menyahut seruan itu, keluarga angkat diperlukan untuk menyalurkan bantuan wang ringgit mengikut kemampuan masing-masing. Jumlahnya, sama ada dari pakej RM3,500 sehinggalah serendah RM350 bagi tempoh setahun.

Sementara itu, selaku Duta Program ini, Siti Nor Bahyah berkata, membela kanak-kanak dan semua mangsa peperangan menjadi tanggungjawab umat Islam yang lain..

"Kanak-kanak Palestin yang terselamat merupakan pewaris yang akan terus mempertahankan bumi Palestin. Bumi di mana terdapatnya masjid ketiga tersuci dalam Islam, iaitu Masjid Al Aqsa yang begitu dimuliakan.

"Oleh itu janganlah berkira dalam soal membantu anak-anak yatim dari Palestin ini," katanya.

Beliau turut berikrar memastikan bukan sahaja kejayaan program ini tetapi menyampaikan pelbagai mesej bagi membuang sikap tamak dan haloba dalam soal kebajikan.

"Mereka yang jauh dari manusia (memberi bantuan) hanya akan mendekatkan diri mereka ke api neraka," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Yati, Najwa Abdul Aziz pula berkata, keluarga angkat tidak perlu bimbang kerana kesemua sumbangan dijamin akan sampai ke tangan anak-anak angkat mereka.

Katanya, sebelum ini Yati berjaya menghantar bantuan bernilai hampir RM100,000 kepada mangsa-mangsa perang di Gaza bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin.

"Kita tidak akan menunggu tempoh masa tertentu untuk menghantar bantuan tersebut. Sumbangan akan terus dihantar sejurus diterima dari keluarga angkat bagi menjayakan program pemulihan lepas perang Palestin khusus kepada kanak-kanak Palestin," katanya.

Para tetamu juga tersentuh dan ada yang menitiskan air mata apabila menyaksikan tayangan slaid 'Bingkisan Dari Gaza'. Penerangan mengenai slaid disampaikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Sahlan Saruddin.

Ia adalah gambar yang dirakam oleh rombongan sukarelawan tersebut yang berjaya memasuki Gaza, baru-baru ini.

Orang ramai yang ingin menjadi ibu bapa angkat, boleh menghubungi Yati di talian 03-4270 5941, 03-4270 7470 atau faks 03-42706979.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.091008 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list