View: 4645|Reply: 31
|
Ceria dalam debaran/Wartawan dimaki gara-gara Mawi, Ekin
[Copy link]
|
|
Source :B*POP Berita Harian
Untuk yg minat ....yg tak minat jgn marah ya.... sambil baca paper ... mana yg saya jumpa saya
copy & paste jer... saja nak memeriahkan bod...:victory:
Ceria dalam debaran
Oleh Zubir Mohd Yunus
Mawi dan Ekin menaiki 'love boat' mengelilingi Tasik Mines sambil menunjukkan antara lokasi pilihan persandingan mereka, Garden di Palace of the Golden Horses.
| MAJLIS pernikahan Bintang Paling Popular, Asmawi Ani, 27, dengan bakal isterinya, Nora’Asikin Rahmat, 29, atau Ekin pada 20 Disember ini pastinya melakar sejarah industri hiburan tempatan apabila mendapat liputan meluas media massa termasuk stesen Astro yang diberi hak penyiaran eksklusif, sekali gus melebihi liputan yang pernah diperoleh Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menerusi majlis perkahwinan mereka pada Ogos 2006.
Mawi dan Ekin kini hanya menghitung hari. Dalam menunggu hari bahagia, debaran pasti terasa. Segala persiapan akhir sedang rancak dijalankan. Ini termasuklah lokasi persandingan yang dikhaskan kepada jemputan VVIP dan VIP yang dijadualkan berlangsung di POTGH masih belum ada kata putus sama ada akan diadakan di lapangan terbuka, Gardens mahupun kawasan tertutup, Le Marque di hotel berprestij itu.
Pada 1 Disember lalu, bakal pengantin baru yang ditemani Pengurus Komunikasi & Perhubungan Awam POTGH, Farah Halim berkesempatan meninjau sekitar hotel berkenaan dalam usaha mereka membuat keputusan.
“Buat masa ini susah saya nak buat pilihan sama ada di Gardens atau Le Marque. Kalau ikutkan hati, saya nak buat majlis persandingan itu di Gardens, namun apabila difikirkan kembali ketika ini musim hujan, hasrat itu terpaksa dipendamkan untuk tidak menimbulkan kesulitan ketika majlis berlangsung.
| Ekin sempat memandu 'love boat' sambil Mawi menunjuk arah.
| “Tengoklah nanti, saya tak berani nak cakap macam mana. Tunggu sajalah kad jemputan untuk majlis 11 Januari depan,” kata Mawi mesra di sisi tunangnya itu apabila Ekin membantu bakal suaminya itu mengenakan solekan nipis sebelum memulakan sesi fotografi khas buat tatapan pembaca B*Pop.
Terdahulu, Mawi memberitahu pada majlis resepsi keluarga lelaki 28 Disember ini, dia dan Ekin akan bertandang di Dataran Bandaraya Johor Bahru akan diterbangkan dengan helikopter ke Felda Taib Andak. Lebih menarik, helikopter yang membawa pengantin baru itu akan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia iaitu sekolah rendah Mawi.
Ketika kunjungan Mawi dan Ekin ke POTGH, pasangan berkenaan diberi peluang menaiki kuda mengelilingi persekitaran hotel berkenaan, selain menaiki ‘love boat’ menyusuri Tasik Mines.
“Saya tak nafikan, pada 11 Januari depan, ada beberapa gimik sedang dirancang sebagai kejutan kepada tetamu yang hadir. Menggunakan kuda dan bot hanya sekadar perancangan awal, mungkin ada, mungkin tidak, kita tunggulah nanti,” kata Mawi sambil menunggang kuda ditemani Ekin yang nampak lebih berkeyakinan berbanding Mawi yang kelihatan agak gugup.
Pun begitu menjelang hari bahagia, semakin banyak dilemparkan fitnah kepada bakal raja sehari, namun Mawi dengan tenang menangkis semua cerita negatif yang dihamburkan kepadanya.
“Semua cerita yang disebarkan itu tidak benar, saya tidak pernah menanggung keluarga Ekin, begitu juga Ekin, jauh sekali dia berniat mengikis duit saya. Biarlah apa saja orang nak cakap, saya anggap semua itu dugaan Tuhan,” kata Mawi.
| Mawi awalnya agak gementar menunggang kuda, mujur Ekin memberi semangat. | Ekin juga tidak terlepas dengan cakap-cakap belakang apabila baru-baru ini terdengar ura-ura Mawi memecat beberapa orang penting dalam Mawi World Sdn Bhd dalam usahanya meletakkan Ekin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Mawi World yang baru.
“Cerita itu tidak benar, mungkin cerita itu datang daripada beberapa individu apabila Mawi membuat rombakan kecil dalam struktur organisasi Mawi World, baru-baru ini. Mawi masih berkuasa penuh di syarikatnya. Saya tidak ada kena mengena dalam Mawi World,” kata Ekin yang ternyata kecewa kerana satu persatu ada saja pihak yang seakan-akan tidak berpuas hati melihat kebahagiaan yang bakal dibinanya bersama Mawi.
Info perkahwinan Mawi-Ekin
20 Disember 2008 - Majlis akad nikah di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, jam 11 pagi
20 Disember 2008 - Majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, jam 8 malam
27 Disember 2008 - Konsert khas Mawi bersama rakan Akademi Fantasia di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Johor, jam 8 malam
28 Disember 2008 - Majlis resepsi keluarga Mawi di Padang Awam, Felda Taib Andak, jam 2 petang, diikuti persandingan di Dewan Serba Guna, Felda Taib Andak mulai jam 2.30 hingga 4.30 petang
11 Januari 2009 - Majlis resepsi istimewa jemputan VVIP dan VIP di Palace of the Golden Horses.
Lokasi: Palace of the Golden Horses (POTGH), Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor (03 8943 2333)
Terima kasih: Pengurus Komunikasi & Perhubungan Awam, Farah Halim
Tajaan kuda: Selangor Turf Club
Terima kasih: Pengurus Ekuastrian, Cheryl Victtor (03 905 83888)
Tajaan bot: Mines Cruise Management (03 894 21818)
[ Last edited by bee_fine at 8-12-2008 10:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan dimaki gara-gara Mawi, Ekin
Source : Berita Harian
Bersama Raja Nurfatimah Mawar
Mawi dan Ekin.
| KASIHAN pula mendengar keluhan seorang teman wartawan. Gara-gara kerap menulis perkembangan cerita Mawi dan Ekin yang bakal melangsungkan perkahwinan, si wartawan dimaki hamun dan paling menyakitkan, mendapat surat layang yang mengutuknya. Fobia dibuatnya teman Raja seorang ni. Nak ketawa pun ada, marah pun ada apabila mendengar ceritanya pada petang Khamis lalu.
Sebagai wartawan, teman Raja ini hanya menjalankan tugas yang diberikan, tak kiralah cerita Mawi ke, cerita Siti Nurhaliza ke, kalau ada jemputan, sudah jadi tanggungjawab wartawan membuat liputan. Dia dimaki sebab beri publisiti untuk perkahwinan Mawi dan Ekin. Itu pun dah kena maki.
Raja pun tak faham kenapa ada yang marah sangat bila Mawi nak berkahwin dengan Ekin hingga jadi topik hangat. Sudah namanya `Bintang Paling Popular’ tentunya persiapan hari bahagianya menjadi isu yang dikejar-kejar. Sesetengah peminat pula seolah-olah tak boleh terima, Raja peliklah. Biarlah Mawi dan Ekin berkahwin, sudah jodoh mereka.
Teman Raja beritahu, dia bengang dimaki dan pernah bertengkar hebat dengan peminat Mawi, mereka marah sebab cerita Mawi, Ekin nak berkahwin diperbesar-besarkan.
“Aku pun tak faham, aku hanya menjalankan tugas, takkan aku nak bantah arahan ketua. Ada peminat Mawi yang tak faham, dia ingat aku dibayar Mawi, Ekin untuk keluarkan cerita perkahwinan. Pernah suatu ketika, aku bertengkar hebat dengan seorang pemanggil, bila dia menuduh aku macam-macam. Sakit jiwa dibuatnya.
“Sekarang aku dah fobia nak angkat telefon. Kalau ada yang nak bercakap dengan aku, hubungilah telefon bimbit. Untuk menjawab panggilan di pejabat, aku dah malas kalau hari-hari hati aku sakit. Ada juga yang menghantar surat layang pada aku, dalam surat itu, dia kepilkan sekali berita-berita yang pernah aku tulis mengenai Mawi dan Ekin.
“Memang tension diperlakukan begitu, dalam surat itu, pengirim kutuk aku macam-macam, siap menggelarkan aku Jawa dan melemparkan kata-kata pedih. Dalam hati aku terfikir juga, ini baru aku yang menulis tentang Mawi, agaknya apa pula habuan yang diterima Ekin. Kasihan budak tu...,” katanya.
Entahlah dengan membaca macam-macam isu mengenai Ekin dan keluarganya sejak akhir ini, Raja memang simpati dengannya. Sabarlah Ekin...
RAJA: Pernah juga dimaki orang gila... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pasal badan mawi melentik masa naik kuda atau pun perut dia yg buncit. |
|
|
|
|
|
|
|
Woi wartawan pun kesian kat ikin ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 bee_fine's post
reputz sokmo terlupa nak tanya soalan 'power'' kat kikin
awat depa tak tanya kat mana belajar menunggang sebelum ni ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 apikwaeh's post
sama pulak idea kita bab kikin dah pandai menunggang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku hari tu terserempak dengan sang pemain polo yang dipercayai ngajar ikin menunggang tu
Ada iras mawi tang crew cut dan sideburn' |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnye satu persatu cerita terbongkar......sape ajar naik kuda tu................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 sribayu's post
helo.......aku sang setia yg sentiasa setia meminati si botak lurus bendul tu tau
walaupun.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak bandingkan dengan penyanyi cam Bob, Pejal Tahir.................. |
|
|
|
|
|
|
| |
|