CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6286|Reply: 29

Misteri Gambar Cahaya Aneh -

[Copy link]
Post time 3-12-2008 06:12 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga rakam gambar cahaya aneh
Oleh JUNHAIRI ALYASA


CAHAYA putih pada tiang yang dirakam di Rawang baru-baru ini menimbulkan misteri.


KUALA LUMPUR - "Saya lihat cahaya putih muncul di depan saya, membentuk bulatan dan terus terbang naik ke udara sebelum menghilang."

Demikian penjelasan, Zol Nordin, 39, yang menyaksikan cahaya aneh ketika beliau mengambil gambar khemah gerainya yang roboh ditiup angin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

Beliau yang tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang, berjaya merakamkan kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 5 petang menerusi kamera digital miliknya.

"Walaupun ia berlaku dengan pantas tetapi saya berjaya merakam cahaya putih itu dan menunjukkannya kepada rakan-rakan yang lain,'' jelasnya ketika mengunjungi Kosmo! semalam.

Zol mendakwa, sejak kejadian tersebut, beliau mengalami mimpi aneh hampir setiap minggu sehingga sekarang menyebabkan misteri kemunculan objek tersebut semakin menghantui dirinya.

"Saya mimpi cahaya yang sama berulang kali dan pada masa yang sama saya ternampak seorang lelaki berserban muncul sambil memeluk tubuh.

"Saya ada rujuk kepada ahli agama dan memberitahu ia adalah sesuatu perkara yang baik kerana objek tersebut berwarna putih yang melambangkan sesuatu yang positif,'' ujar beliau.


*******************************************************************


whoa.... apa dia benda tu ye... suspense juga nak tahu -
tapi... tu lah.. kalau orang melayu putih tu macam positive tapi
pada saya tak semua pun.. kalau object putih mesti positive -
hopefully nanti misteri ni akan terungkai..  curious juga apa agaknya
benda ni -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 07:36 AM | Show all posts
Kat MPS ni ramai teror pasal jin, kita tunggulah diorang tampil dengah hujah2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:05 AM | Show all posts
casper tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:16 AM | Show all posts
Em.. guna kamera digital ke henpon?

Nampak daripada vibration dan noise yang ada pada gambar nih, besar kemungkinan henpon...

Byk fakta kurang jelas kat sini... Ambik kat open space? Ambik dari dalam kereta? Tingkat bukak ke tidak? Kamera tu on ke tidak flash waktu capture image?

Pendapat peribadi aku : Gambar ni ada penjelasannya... Tapi kena tengok faktor2 keadaan pada masa tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:17 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

silaunye...saye xde penjelasan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:33 AM | Show all posts
Silau gelang Mayfirst kot....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2008 08:48 AM | Show all posts

Balas #4 matdue77\ catat

dia amik kat open space, kan nampak kanvas khemah gerai dia yg roboh tuh......
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by matdue77 at 3-12-2008 08:16 AM
Em.. guna kamera digital ke henpon?

Nampak daripada vibration dan noise yang ada pada gambar nih, besar kemungkinan henpon...

Byk fakta kurang jelas kat sini... Ambik kat open space? Ambik  ...


kan ada kat atas tu, guna kamera digital..
tp mcm kata matdue, gmbo tu ada noise, klu kat tv, kita sebut ruster...mcm guna kamera hp with low mp..

nak komen pasal cahaya tu, tak tau nak komen lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 3-12-2008 06:12 AM
Demikian penjelasan, Zol Nordin, 39, yang menyaksikan cahaya aneh ketika beliau mengambil gambar khemah gerainya yang roboh ditiup angin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.


lama dia pk sblom anta g kosmo..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:56 AM | Show all posts
ermmm.......hard to believe.

Apa-apa pun Allah lebih mengetahui!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by matdue77 at 3-12-2008 08:16 AM
Em.. guna kamera digital ke henpon?

Nampak daripada vibration dan noise yang ada pada gambar nih, besar kemungkinan henpon...

Byk fakta kurang jelas kat sini... Ambik kat open space? Ambik  ...


persoalan aku mcm ko gak...
  pic tu nmpk mcm bler ckit...
ade mcm gegaran sprti amek dlm kerete yg sedang bergerak..
tgk jer pd keadaan rumah kat blakang tu...

  sameade pkai fon or digital camera???
kat atas mmg tulis digital camera but mane ar tau kan.........

pastu tgk pic mcm amek dlm kerete jer....
  kalu dlm kerete gune digital camera,mayb ade flash kot...
n cahaye tu mayb cahaye flasah....

semua tu just pendapat aku jer...
  but kalu btol ar kan...huh....cahayer ape yer tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 12:44 PM | Show all posts
yang aku nampak memang lah cahaya yg terang, tak payah nak pertikai apa dia guna, dan dari mana dia ambil..sebab org melayu selalunya jujur...

Biasanya jin-jin pun boleh buat cam tu.. dari api

Tetapi nak kata benda tu baik, aku confirm, bende tu tak baik...sebab tu dia ganggu dlm tidur...walau apa rupa yg dijelmakan dlm mimpi, jin tetap jin..tak perlu berdamping dengan mereka...banyak mudaratnya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 03:36 PM | Show all posts
pas ni kaki nombor mesti tak lepas peluang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 03:41 PM | Show all posts
korang ni tak paham statement dia. Mmg dia purposely nak amik gambar khemah dia..then tgh dok syok snap gerai dia tu.... secara tak sengaja ternampak cahaya tu.... terus dia snap. Tu yg nampak bergegar sbb dia snap secara laju tanpa memfokus dgn tepat kerana ianya berlaku dgn pantas. Kalau guna kamera hp, rasanya tak sempat dia nak snap...sbb kebanyakkan kamera hp slow utk back to idle view (<-- betul ke istilah ni...)
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 04:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:38 PM | Show all posts
Seriously, aku rasa macam ada flaw pada penerangan si penangkap gambar nih, jangan salah faham dengan apa yang aku pertikaikan ni, kita tengok/nilaikan mende ni dari sudut FOTOGRAFI..

Ermm.. rasanya ada tak gambar asal yang KELUAR daripada kamera untuk dibuat pertimbangan? Sebab setiap gambar yang terhasil daripada kamera2 yang terkini (termasuklah kamera henpon) ada EXIF <-- Penerangan detail tentang setting, exposure dan jugak waktu exactly gambar tu dicapture... Itu maksud aku...

Aku agak, kita takkan dapat gambar asal inej nie, tapi just curious untuk tengok THE ORIGINAL FILE... Boleh kita tengok sama-sama.. MUngkin kita boleh enhance dalam PHOTOSHOP atau mana-mana image manipulation program plak... Boleh lagi detail penjelasan...

My two cents...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 06:52 PM | Show all posts
tapi cahaya tu naik ke atas, cam bergerak lak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by ainafi at 3-12-2008 06:52 PM
tapi cahaya tu naik ke atas, cam bergerak lak kan...


a'ah...
pastu bentuknyer besar atas n kecik bwah..
atas seperti kepale n bwh ekornyer,,,
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:50 PM | Show all posts
betulla..silau sgt la...xdpt nk bkate2..kelu jap..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 04:20 PM | Show all posts
macam reflection flash je kat cermin je. hohoho..

pandai tul diaorang auta cerita..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.075023 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list