CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2257|Reply: 5

PERLUKAN BANTUAN

[Copy link]
Post time 27-11-2008 09:47 AM | Show all posts |Read mode
JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN MARI KESEKOLAH nanti !!!  Kutipan akan dijalankan bermula pada bulan Disember.  Mohon dipanjangkan emial ini kepada kenalan2 tuan/puan.   
Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan menaiki sekolah rendah pada tahun 2009.  Jesteru itu pihak kami sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini, pihak kami juga menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut sekolah bagi anak-anak ini.  Walaubagimana pun bagi menceriakan kali pertama mereka menduduki alam persekolahan diperingkat rendah ini, diharapkan pakaian atau kasut sekolah yang disumbangkan adalah yang masih elok.
  
Sekian, semoga usaha kita ini akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita di hari akhirat kelak.  Amin.
  
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.ummuain.com/rumahamal.htm
  
Untuk kemudahan anda menyumbang secara ONLINE sila gunakan akaun:
5121- 8313- 4032
(RUMAH KASIH HARMONI)

__________________________________________________________________________________
  
MEMINDAHKAN KONSEP RKH & RSK KE KAWASAN BANDAR (LEMBAH KELANG)
Hasil dari maklum balas netters terhadap Konsep Pendidikan yang diketengahkan oleh Rumah Kasih Rarmoni (RKH)dan Rumah Siraman Kasih (RSK) pihak kami bercadang untuk memindahkan konsep ini ke kawasan bandar, dan kawasan yang dipilih ialah kawasan Lembah Kelang.  Maklumat untuk usaha ini telah dan sedang pihak kami kumpulkan agar usaha amal ini dapat berjalan dengan lancar.
  
Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:
  
1.
Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.
2.
Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.
3.
Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.
4.
Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar,  daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas.  Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.
5.
Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah amal  yang terpencil.  Usaha ini memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.
6.
Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang
  
Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam berbagai cara:
1.
MEMBIAYAI:
A.
Sewaan bulanan bangunan
B.
Bil-bil utiliti
C.
keperluan dapor
D.
Belanja persekolahan pelajar
  
2.
MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):
A.  Katil dan tilam untuk asrama
B.  Keperluan dapur asrama
C.  Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik
D.  Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen
E.  Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah
  
3.
BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:
Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar,  berumur di antara 5 hingga 12 tahun.
  
4.
MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:
A.  Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama
B.  Pengendali laman web
C.  Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana
D.  Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD
  
5.
DOA MENDOAKAN
Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak.  Amin Ya Rabbal Alamin.
  
Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana persekolahan sesi 2008 akan berakhir tidak lama lagi,  dimana anak-anak di Tadika (RKH) yang ada sekarang akan mendaftarkan diri ke Sekolah Kebangsaan pada sesi 2009 dan anak-anak di asrama Sekolah Rendah (RSK) akan membuat persiapan untuk kemasukan musim persekolah baru.
  
Sekiranya ada apa-apa cadangan dan sumbangan sila hubungi :
Puan Mazlina : 019-3133430
Ustaz Zahari : 013-3303430
Lamanweb: [url]www.rumahamal.org/wakaf.htm[/url]
  
  
Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.
  
Yang berusaha,
ROHANA BT. ALI
Emal: pengurus@ummuain.com
Penasihat RKH & RSK
  
P/S:  Ingin dapatkan kuliah siri MiNDA: "BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR"
           Silalayari: http://www.rumahamal.org/Syukur_Sabar.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 12:52 PM | Show all posts

Balas #1 amira_safia\ catat

ello.....

amira saya dh fwd email kat semua staff opis saya... kenapa no fon tuh tk valid... n no akaun tuh no bank apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:23 PM | Show all posts
x tergamak nak sedekah yg lama

bagi je no akaun nnti kita org masukkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 03:11 PM | Show all posts
kita tolong copy paste aje ... cuba masuk kat website tu ... rasanya ada tulis kat situ ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by amira_safia at 27-11-2008 09:47 AM
JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN MARI KESEKOLAH nanti !!!  Kutipan akan di ...


terharu mummy baca.... TERINGAT ADA SATU EPISOD OPRAH... PASAL ADA ONE LADY NI CARIK SUMBANGAN UNTUK CARIK PIJAMA UNTUK ANAK YATIM... KAT US LA.. SEKALI OPRAH TOLONG DIA... TU HA... BERLUPUH RIBU HELAI DIA DAPAT... MUMMY PERNAH CAKAP DALAM HATI ...KALAU ADA ORANG YANG BUAT CAMNI... MUMMY NAK JOIN...

SO HARAP2 BUDAK BUDAK NI HAPPY MASUK SEKOLAH  NANTI..

NO AKAUN TU BANK APA...

tetiba mummy dapat idea nak buat kerja amal yang lebih kurang camni la.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:56 PM | Show all posts
a'ah la rasa x tergamak nak sedekah yg buruk...prinsip aku kalo nak bagi or sedekah kat org biar lah yg baik dah yang elok...sedihnyer  n x sampai hati...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.200804 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list