CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

[Merged] Emas putih dan Platinum

[Copy link]
Post time 23-7-2008 10:37 AM | Show all posts
yang ni fatwa yg dikeluarkan oleh jabatan mufti selangor


Petikan Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan


ISLAM melarang lelaki memakai perhiasan daripada emas tetapi membenarkan perhiasan cincin perak kerana mengikut sunnah nabi. Mana-mana perhiasan lelaki yang mengandungi unsur logam emas seperti cincin perlu diteliti peratus kandungannya. Kandungan logam emas dalam emas putih melebihi 50% termasuk dalam kategori larangan. Manakala platinum tiada larangan kerana tidak membabitkan logam emas. Ada yang berpendapat suasa mengandungi emas dan haram dipakai oleh lelaki Muslim. Maka, jika emas haram dipakai oleh lelaki, maka emas putih dan emas campuran lain seperti suasa juga haram dipakai.

Namun begitu, fatwa yang telah dikeluarkan telah membenarkan pemakaian cincin suasa oleh lelaki Muslim. Rasionalnya, suasa hanya mengandungi 22% hingga 37.5% kandungan emas. Majlis fatwa mewartakan "hujah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan sesuatu logam yang lain adalah lebih tinggi daripada logam berkenaan sehinggakan kadar emas itu melebihi daripada 50% dan adakalanya mencecah sehingga 75%". Jadi, sebarang cincin yang mempunyai KANDUNGAN EMAS KURANG DARI LOGAM LAIN BOLEH DIPAKAI OLEH LELAKI MUSLIM. Ini kerana suasa yang mengandungi campuran antara unsur logam emas, perak dan tembaga, biasanya kandungan logam emas kurang daripada perak dan tembaga iaitu sekitar 22% hingga 37.5%. Berdasarkan kenyataan ini, suasa dibenarkan untuk dipakai oleh lelaki Muslim.

Sila baca maklumat di bawah bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut;


HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS PUTIH



1. TUJUAN
Kertas ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (FATWA) Negeri Selangor. Seterusnya kajian ini telah dipanjangkan lagi dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-42 yang bersidang pada 19 September 2000 di Kota Kinabalu Sabah.

2. LATAR BELAKANG
Pada 16 April 2001, Ustaz Razali bin Hassanusi, Pegawai Hal Ehwal Islam dan Ustaz Nurhelmi bin Ikhsan, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah membuat kajian dengan En. Mohd Dahuri bin Idris, koordinator, Jabatan SeniLogam Halus, Fakulti Senilukis dan Senireka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang, Kelantan. Kajian ini menjurus kepada kandungan unsur-unsur logam yang terdapat pada emas putih.

3. ASAS PERTIMBANGAN
a. Dari Abu Musa, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, 揇ihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2008 11:04 AM | Show all posts
Mcm mana pula dgn artikel di bwh....smlm kami bincang ttg pemakaian cincin ni kt ATM.
Dan ada yg keluarkan ttg artikel di bawah....sha jadi keliru ttg sunnah memakai cincin perak tu...
Nama
:
.
syibri bin samsuddin.
E-Mel
:
syibri84@gmail.com.
Kategori
:
ISU SEMASA



SUB KATEGORI
Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan
Tarikh Hantar Soalan
:
29/03/2008 05:52 PM
Soalan
:
sayatelah membaca semua komen berkenaan cincin suasa dan platinum untuklelaki di website ini. Adakah benar jika saya mengatakan bahawa cincinsuasa jika kandungan emas nya kurang dari kandungan perak dan tembagaadalah halal, manakala jika kandungan emas melebihi perak dan tembagaadalah haram? dan berkenaan cincin platinum, boleh saya mengetahuikenapa ianya haram dipakai oleh lelaki?.
Jawapan
:
Lelakiharus memakai cincin yang diperbuat daripada perak. Ini adalahberdasarkan kepada sunnah Rasulullah SAW, di mana baginda memakaicincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Bagindamelarang orang lelaki memakai cincin emas sebagaimana sabda RasulullahSAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; "Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".
Manakala cincinsuasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak.Oleh kerana cincin suasa diperbuat daripada campuran emas melebihidaripada perak, maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaumlelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalahharam. Begitu juga dengan cincin palatinum (emas putih) adalah haramdipakai oleh lelaki. Ini adalah berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002 menyatakan bahawa haram memakai platinum ke atas golongan lelaki....
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 010408
Tarikh Selesai
:
01/04/2008 12:26 PM
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 23-7-2008 10:24 AM
Jap! In kata pakai perak dpt pahala sunnah. Ni rujuk contoh cincin ke?
Konpius la plak. So... yg mcm mana boleh dan mcm mana tak boleh?



this one applies to all gender kan?


In ckp sunnah pun berdasarkan artikel yg kami dibaca....Sha sendiri ingatkan pakai
cincin perak tu sunnah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 11:07 AM | Show all posts

Balas #13 cak!\ catat

Belum lagi!
In, bawak mai la hadis kata pakai perak tu sunnah! Akak pun mcm pernah dgr.


saje bg terang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 11:36 AM | Show all posts
assalamualaikum wbt
Hadis Abu Hurairah r.a:
"aripada Nabi s.a.w bahawa baginda melarang memakai cincin emas"
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
"Rasulullah s.a.w menyuruh supaya membuat cincin daripada emas, baginda meletakkan permata cincinnya pada bahagian dalam telapak tangan, apabila baginda memakainya, orang ramai pun membuatnya sedemikian. Kemudian suatu ketika, baginda duduk di atas mimbar, lalu mencabut cincinnya seraya bersabda: Aku pernah memakai cincin ini dan meletakkan permatanya di bahagian dalam telapak tangan lalu baginda membuang cincin itu dan bersabda: Demi Allah, aku tidak akan memakainya lagi buat selama-lamanya! Orang ramai pun turut membuang cincin-cincin mereka"
Hadis Anas bin Malik r.a:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai cincin perak. Pada cincin itu terpahat nama Muhammad Rasulullah Baginda bersabda kepada kaum Muslimin: Aku membuat cincin dari perak dan padanya aku ukirkan Muhammad Rasulullah Maka tidak ada seorang pun dapat mengukir pada ukirannya"
Hadis Anas bin Malik r.a:
"Sesungguhnya aku melihat di tangan Rasulullah s.a.w ada sebentuk cincin dari perak mungkin yang dimaksudkan dengan cincin emas. Pada suatu hari, orang ramai pun membuat cincin-cincin dari perak dan memakainya. Kemudian Rasulullah s.a.w membuang cincin baginda. Oleh itu orang ramai pun turut membuang cincin-cincin mereka"
Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus"
Sepanjang pengetahuan saya,adalah menjadi sunnah Rasulullah saw untuk memakai perhiasan(cincin)perak di jari tangan kanan baginda.Kita(lelaki) TIDAK digalakkan untuk memakai cincin perak di jari sebelah kiri kerana dikhuatiri tidak bersih
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 11:54 AM | Show all posts

Reply #25 burujtimur's post

Maknanya boleh lah pakai cincin perak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2008 09:25 AM | Show all posts
tuan ibnur... pinggan mangkuk, periuk belanga dpd emas dan perak tu... bukanlah saya yg cakap boleh pakai... ustaz yg saya tanya tu lah... Oh, tak boleh yer!... Silap la kot ustaz tu, atau saya yg salah dengar!... terima kasih!... barang2 lain macam mana?...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #27 lebaimandraguna's post

Lebai, dulu ada discussion pasal ni dalam thread :
http://eforum8.cari.com.my/viewt ... p;extra=&page=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 09:09 AM | Show all posts
ada jugak trid nih....
penat mencarinya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 11:27 AM | Show all posts
Abis tu apa kes pulak dgn cincin perak/platinum bertatah berlian(diamond)?
Boleh ke lelaki memakainya.
Coz cincin kawin aku ada diamond.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 07:09 AM | Show all posts

Reply #30 RedDevils's post

diamond xpe....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 05:47 PM | Show all posts
Bagaimana dengan kain songket tenunan benang emas untuk kain samping bagi lelaki ?
Bagaimana dengan pintu kaabah yang dibuat dengan solid Gold seberat 8 ton? ( agaknya  ini ok kot?)
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 10:04 PM | Show all posts

Emas Putih

Salam, saya ingin mendapat penjelasan adakah Islam membenarkan lelaki memakai emas putih ? Ada kawan kata boleh sebab "emas putih" tu cuma atas namanya sahaja. Ada yang kata haram. Sesiapa yg arif dalam hal ni tolong beri penjelasan dari sudut agama. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 10:17 PM | Show all posts
emas putih ni platinum kan? bukan gold kan

ekceli konsep asasnyer, islam larang laki menyerupai pompuan , vice versa....

taktaulah....

sbb ada jer laki pakai tembaga, suasa sume tuh....

erk....sowilah kalo komen ni tak membantu pon
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 10:25 PM | Show all posts
Penjelasan pasal benda ni memerlukan penguasaan Bahasa Arab yang tinggi untuk mencerap setiap jargon dalam hadis yang dinyatakan...Tapi bagi golongan anti hadis, takde larangan dalam Qur'an untuk memakai emas bagi lelaki..

Analoginya, walaupun pisang kaki dan pisang emas punyai nama yang sama (pisang), tapi keduanya adalah spesis yang berbeza.

Sama gak macam emas dan emas putih. Walaupun orang Melayu panggil dengan nama yang sama, tapi komposisi kimia keduanya berbeza...

So, pandangan peribadi aku, tak salah pakai emas putih mahupun platinum bagi lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 10:26 PM | Show all posts
betul la tu, kalau tak salah logamnya salah "menyamai orang wanita"...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2008 08:18 AM | Show all posts

Reply #3 juwaini's post

walaupun komposisi berbeza tetapi unsur yang membentuk emas putih sama dengan yang ada pada emas tulen.kena rujuk balik jadual berkala unsur-unsur kogam.kalau xsilap aku memakai emas putih bagi lelaki sama hukumnya dengan memakai emas tulen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 08:42 AM | Show all posts
Emas yang diharamkan kepada lelaki untuk perhiasan itu ialah emas yang berwarna kuning seperti yang diketahui. Disamping pada asalnya emas tidak ada yang bewarna putih.

Apakah emas putih?

Di dalam laman islam-qa menyatakan emas putih boleh dinamakan kepada beberapa jenis logam:

1. Dimaksudkan kepada logam platinium. Jika emas putih yang dimaksudkan ialah platinum, maka memakainya adalah harus bagi lelaki, kerana tidak ada dalil yang mengharamkannya. Penjenamaannya kepada emas tidak mengharamkannya, kerana ia bukanlah emas pada hakikatnya.

2. Dimaksudkan kepada emas kuning yang dicelup dengan platinum. Maka jenis ini hukumnya haram bagi orang lelaki memakainya.

3. Dimaksudkan kepada emas kuning yang ditempa bersama campuran logam lain seperti platinum atau seumpamanya dalam jumlah yang tertentu bergantung kepada standart yang dikehendaki.

Sebagai contoh untuk menghasilkan emas 21 karat, dicampurkan 875g emas 24 karat dengan 125g perak dan tembaga. Jika diganti perak dan tembaga tersebut kepada platinum dalam berat yang sama 125g, ia akan menghasilkan EMAS PUTIH 21 karat. Jika dicampur dengan platinum sebanyak 250g, ia akan menghasilkan pula emas putih 18 karat.

Maka dalam keadaan seperti ini, emas kuning yang dicampur itu tetap tidak terlepas dari hukum haram bagi orang lelaki memakainya. Ini kerana pada hakikatnya emas putih tersebut ialah emas kuning, cumanya ia dicampur dengan logam lain sehingga bertukar warnanya. Jenis inilah yang kebanyakannya dijual dipasaran atas nama emas putih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 10:15 AM | Show all posts
sokong

elok elak pakai... tak timbul was2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 10:37 AM | Show all posts

Reply #7 mejik's post

Setahu saya, kalau ada saduran atau campuran emas dalam sesuatu peralatan pakaian yang hendak diguna oleh lelaki, jika sekira-kira (theoretically) kandungan emas itu TIDAK dapat diceraikan dari logam asal peralatan tersebut oleh tukang emas yang mahir (selalunya kerana kuantiti emasnya yang terlalu sedikit), tidaklah jatuh haram  bagi lelaki untuk memakai peralatan pakaian tersebut pada dirinya.

Jika boleh diceraikan, maka hukumnya adalah haram, walaupun emas tersebut mungkin tidak kelihatan warnanya ketika digunakan pada peralatan pakaian tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.189097 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list