CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4490|Reply: 11

Solat Iftitah

[Copy link]
Post time 24-10-2008 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Salam.
Saudaraku sekalian boleh tolong jawabkan ..bagaimana untuk melaksankan solat iftitah. Solat pembukaan sebelum menunaikan solat tahajud. Surah yg perlu dibaca? etc.....
Thanks for info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 02:37 PM | Show all posts
Saudaraku sekalian boleh tolong jawabkan ..bagaimana untuk melaksankansolat iftitah. Solat pembukaan sebelum menunaikan solat tahajud. Surahyg perlu dibaca? etc.....


Solat iftitah ? Ehhh...ada ker solat nih ? Yang biasa dgr solat hajat, istiqarah dan tasbih...iaitu solat yg didirikan selain dari solat tahajjud di malam hari ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 02:43 PM | Show all posts

Balas #2 noriabdullah\ catat

ada solat nih..cuba search kat Yahoo...taip je solat iftitah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 03:00 PM | Show all posts

Reply #3 eastrun's post

nona dah search tapi tak ada tentang perlaksanaan dari segi surah apa nak dibaca...tak per nanti nona cuba google lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 03:14 PM | Show all posts

Reply #2 noriabdullah's post

Solat malam Rasulullah sallallahu 慳lahi wa-sallam menjadi tiga belas rakaat sebagaimana terdapat di hadis ini, kerana termasuk dua rakaat pertama iaitu solat iftitah. Tetapi solat malam baginda hanyalah sebelas rakaat. Kenyataan ini diperkuat melalui hadis seterusnhya:

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدْ الْجُهَنِيِّ أَنَّهُ قَالَ : لأَرْمُقَنَّ صَلاَةَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّيْلَةَ ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ خَفِيْفَتَيْنِ ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ طَوِيْلَتَيْنِ ، طَوِلَتَيْنِ ، طَوِلَتِيْنِ ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهُمَا دُوْنَ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهَمَا دُوْنَ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهُمَا دُوْنَ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا ، ثُمَّ صَلَّى رَكَعَتَيْنِ وَهُمَا دُوْنَ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا ، ثُمَّ أَوْتَرَ ، فَذَلِكَ ثَلاَثَ عَشَرَةَ رَكْعَةً.
揇ari Zaid bin Khalid al-Juhani bahawasanya dia berkata: Aku pernah memerhatikan dengan teliti cara solat malamnya Rasulullah sallallahu 慳laihi wa-sallam. Baginda memulakan dengan dua rakaat yang ringan (pendek bacaannya), kemudian solat dua rakaat yang amat panjang (panjang bacaannya), kemudian solat dua rakaat yang kurang panjang dari sebelumnya, dua rakaat yang kurang panjang dari sebelumnya, kemudian solat lagi dua rakaat yang lamanya kurang dari dua rakaat yang sebelumnya, lalu solat lagi dua rakaat yang lamanya kurang dari dua rakaat sebelumnya, kemudian solat lagi yang lamanya kurang dari dua rakaat sebelumnya, kemudian baginda solat witir satu rakaat, maka semuanya tiga belas rakaat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 03:58 PM | Show all posts
salam...saya taklah gheti sgt..tapi saya pernah dengo, ustaz kata yg sebenarnya, solat2 sunat ni basic dia sama..2 rakaat...rakaat pertama fatehah dan kul ya (al-kafirun) then rakaat ke-2 fatehah dan al-ikhlas. baca surah2 yg mudah kita baca dan faham supaya lebih khusyuk...wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2008 04:45 PM | Show all posts
Okay Alhamdulliah, saya dah refer pada kita ttg solat tahajjud dan witir ini dan secara keseluruhannya ada 6 kaedah solat tahajjud berserta witir yg dilakukan oleh Rasulullah SAW menurut kumpulan hadis2 sahih. Mengenai solat iftitah tu pun sebenarnya ada dianjurkan oleh Nab SAW tetapi ada pula yg mana baginda terus sahaja melakukan solat tahajjud berserta witir sebab itulah mungkin kurang detail sket psl solat iftitah ini.

Mcm mana pun ini antara cara solat tahjjud dan witir yg biasa dibuat oleh Nabi SAW :

1.)  Solat Iftitah ( pembukaan ) 2 rakaat
      Solat Tahjjud 8 rakaat ( 2 rakaat + 1 salam )
      Solat Witir 3 rakaat

2.)  Solat Tahajjud 8 rakaat ( 2 rakaat + 1 salam )
      Solat Witir 5 Rakaat ( 5 rakaat dgn 1 salam  )

3.) Solat Tahjjud 10 rakaat ( 2 rakaat + 1 salam )
     Solat Witir 1 rakaat

4.) Solat Tahjjud 8 rakaat ( 4 rakaat + 1 salam )
     Solat Witir 3 rakaat

5.) Solat Tahajjud 8 rakaat ( 8 Rakaat + 1 salam )
     Solat Witir 3 Rakaat

6.) Solat Tahajjud 6 rakaat ( 6 Rakaat + 1 salam )
     Solat Witir 3 Rakaat ( 1 Rakaat dan salam diikuti dgn 2 Rakaat 1 salam )

Mengenai solat iftitah tu disebutkan dlm hadis Nabi SAW oleh Ibn Abbas ( hadis ni panjang sgt saya ambil bahagian utamanya shj ) yg diriwayatkan oleh  Abu Daud dan Abu Uwanah :

....Baginda mengerjakan 2 rakaat yg ringkas dan baginda membacakan ummul Al-Quran pada tiap2 rakaat dan kemudian baginda memberi salam.

Kesimpulannya solat iftitah nih solat yg ringkas shj dan bacaannya surahnya pula adalah yg ringkas2 shj. Sebab yg utama dlm solat malam hari ini adalah solat tahajjud dan solat witir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 04:58 PM | Show all posts

Reply #7 noriabdullah's post

OK tq sahabat2 ku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 05:34 PM | Show all posts

Balas #7 noriabdullah\ catat

adakah surah-surah after al fatihah tu dah fixed untuk setiap solat sunat..saya rasa tak..sedangkan dalam solat fardu yang wajib,surah-surah itu hukumnya sunat je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:10 PM | Show all posts
adakah surah-surah after al fatihah tu dah fixed untuk setiap solatsunat..saya rasa tak..sedangkan dalam solat fardu yangwajib,surah-surah itu hukumnya sunat je...


Kita boleh baca apa sahaja surah2 dlm Al-Quran selepas Al-Fatihah. Tiada surah yg ditetapkan. Cumanya kalau solat iftitah itu solat yg Nabi SAW anjurkan sebagai solat yg ringkas maka bacalah surah yg pendek2 sahaja.

Demikian juga ketika solat fardhu Subuh di pagi Jumaat bukanlah satu amalan wajib dimestikan membaca Surah Al-Sajadah dan Al-Insan. Tapi kita kat Mesia ni mcm tak lengkasp solat sebab tak baca 2 surah nih. Mana2 surah pun tidak mengapa cumanya ada hadis2 Nabi SAW yg mana Nabi sendiri diriwayatkan membaca surah2 tertentu pada waktu2 solat yg tertentu. Pendekata nak pahala extra sebab ikut amalan Nabi SAW maka bolehlah diamalkan. Tu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by noriabdullah at 24-10-2008 04:45 PM
Okay Alhamdulliah, saya dah refer pada kita ttg solat tahajjud dan witir ini dan secara keseluruhannya ada 6 kaedah solat tahajjud berserta witir yg dilakukan oleh Rasulullah SAW menurut kumpulan ...

minta maaf.
saya agak jahil mengenai solat2 sunat ni.
apa maksudnya solat tahajjud  8 rakaat(2 rakaat + satu salam)?

maksud saya,setiap dua rakaat berserta salam selepas tahiyatul,sama seperti solat tarawih?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 08:38 AM | Show all posts
tumpang tanya...

kaifiatnya bagaimana ya?

"5.) Solat Tahajjud 8 rakaat ( 8 Rakaat + 1 salam )
     Solat Witir 3 Rakaat

6.) Solat Tahajjud 6 rakaat ( 6 Rakaat + 1 salam )
     Solat Witir 3 Rakaat ( 1 Rakaat dan salam diikuti dgn 2 Rakaat 1 salam )"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.095057 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list