CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Herlina

Al-Fatihah - 2 Anak Yatim Rentung

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2008 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by mala0n at 24-10-2008 12:05 PM
dhaif ke asrama diorg ni? kayu eh? sbb merebak cepat apinya


separuh batu. bahagian atas tu papan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2008 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by idaxzibit at 24-10-2008 12:06 PM
so kalau ikut berita utusan tu, 2 orang kanak2 tu bukan anak yatim la. sbb kata anak salah sorang pemilik rumah terbakar tu


X tau la kesahihannya dah. Masa antar anak gi sekolah sok sek2 keliling kata anak yatim. Kat KLFM pun dj mention anak yatim. Mungkin ada yg bukan anak yatim tinggal kat situ kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:13 PM | Show all posts
apa  moral of the stori nya ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:25 PM | Show all posts
                        Terjerlus lantai terbakar
Terjerlus lantai terbakar
Oleh Hadzlihady Hassan dan Iskandar Shah Mohamed
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menyayatkan hati apabila dua kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di empat rumah teres dua tingkat yang diubah suai menjadi asrama pusat jagaan anak yatim dan fakir miskin di Sungai Penchala di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mayat kedua-dua kanak-kanak terbabit ditemui di tingkat bawah satu daripada rumah teres terbabit selepas mereka dikatakan terjatuh dari tingkat atas ketika cuba menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Fairus Adam, 6, dan seorang lagi kanak-kanak berusia empat tahun yang belum diketahui identitinya, dikatakan sedang tidur ketika kebakaran.

Difahamkan, lantai tingkat atas asrama yang diperbuat daripada kayu runtuh selepas dijilat api menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan terperangkap dalam kepulan asap sehingga menyukarkan mereka menyelamatkan diri.


Mayat kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba terbaring berhampiran antara satu sama lain di sebelah tingkap berhampiran pintu keluar rumah itu kira-kira jam 12 tengah malam.

Rumah dua tingkat yang dijadikan asrama anak yatim dan fakir miskin itu didiami 53 penghuni terdiri kanak-kanak lelaki berusia antara enam hingga 12 tahun, selain lima keluarga penjaga pusat berkenaan yang tinggal di situ.

Bapa mangsa, Adam Ismail, 48, berkata ketika kejadian dia di rumah sepupunya berhampiran asrama itu kerana urusan tertentu.

“Dalam perjalanan pulang, saya tersentak apabila ternampak api marak dan beberapa jentera bomba sedang memadamkan kebakaran di kawasan rumah.

“Keadaan amat kelam-kabut apabila semua penghuni bertempiaran lari menyelamatkan diri dan saya kemudian teringatkan anak ke-11 kami yang sedang tidur di tingkat atas,” katanya yang turut bertugas sebagai penjaga di rumah terbabit.

Menurutnya, dia agak panik dan hanya mampu menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan kerana tidak dapat masuk ke rumah berikutan api sedang marak.

“Saya lihat isteri sibuk menyelamatkan anak kami yang lain dan hanya menyedari dia (Fairus) tiada di tempat kami berkumpul di kawasan lapang di hadapan rumah,” katanya yang mempunyai 12 anak.

Dalam kebakaran itu, tingkat atas keempat-empat rumah itu hangus dijilat api.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Anuar Haron, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.36 malam.

“Sebanyak enam jentera bergegas ke lokasi kejadian dan api dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian. Kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua kanak-kanak lelaki terbabit dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:28 PM | Show all posts

Reply #42 Herlina's post

ada rumah anak yatim juga menerima anak-anak yg tak mampu disara ibubapa mereka sendiri... anak luar nikah... anak kena buang.... dsbg....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:32 PM | Show all posts
Al-fatihah

berita ni keluar warta 1.30 pagi td
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2008 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 24-10-2008 12:13 PM
apa  moral of the stori nya ?


Moral of the stori
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 01:54 PM | Show all posts
al fatihah... teringat anak2 kat taska..ya allah lindungilah mereka...rasa macam nak balik ajer ambik anak2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 01:57 PM | Show all posts
Al-fatihah...
sian nyer kanak2 tu..
sebak rasanyer..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by Herlina at 24-10-2008 09:28 AM
Malam semlm 1 kebakaran berlaku kat Sg Penchala (Area Arqam lama). Aku dengar bertali arus bunyi siren bomba, polis dan ambulan.

Pagi tadi dapat tahu 2 anak yatim rentung.

Punca kebakaran  ...



Punca kebakaran kata nya disebabkan budak2 kat situ main dgn mancis...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 02:09 PM | Show all posts
age 6 n 4?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 02:13 PM | Show all posts
Allahuakbar................

Sedihnya...
Minitis air mata bila kenangkan budak2 yang berumur 4,6 tahun terjerit2 mintak tolong dalam kebakaran tu..................
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 03:15 PM | Show all posts
Kerajaan tanggung kos RM50,000 sehari biaya 2,000 banduan asing
KAJANG 24 Okt. - Kerajaan terpaksa membelanjakan RM50,000 sehari untuk kira-kira 2,000 banduan warga asing yang ditempatkan di penjara seluruh negara .

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah mencadangkan menghantar kesemua banduan itu untuk menghabiskan tempoh tahanan di negara asal mereka melalui pindaan Akta Penjara.

baik la duit ni amik alih atau bantu pusat anak yatim yg masih daif dari segi kemudahan..

aku pernah pegi umah anak yatim/fakir miskin kat paya jaras, tp yg ni bernasib baik sket sbb diasaskan oleh orang petronas (x tau la dia keja situ ker, atau dia punyai petrol pam) kat umah ni semua disediakan la..dan diuruskan oleh org lain (ex-manager bank)
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 04:16 PM | Show all posts
al-Fatihah....

smoga roh arwah 2org ank yatim tu dcucuri rahmat dan dtempatkan dklangan org2 yg briman...dan smoga roh arwah amn dan tenteram d alam baqa....aminn...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 04:31 PM | Show all posts
Al fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 04:33 PM | Show all posts
Innalillah...semoga anak-anak tu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 04:35 PM | Show all posts
patut la td anak aku ada cite....dia kata cikgu skolah dia cerita....psl x tutup dapur gas.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 04:38 PM | Show all posts

AL FATIHAH .... TERINGAT KT ANAK KT UMAH....

nakalnye tak hingat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 04:44 PM | Show all posts
baya2 anak aku aje...alfatihah..

depa akan tolong mak ayah kat akhirat kelak insyallah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.434766 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list