CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1923|Reply: 14

enam pertanyaan Imam Ghazali..

[Copy link]
Post time 13-10-2008 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Xthu kalau dah ada benda ni...utk peringatan bersama,InsyaAllah...


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


ni aku cedok dari iluvislam.com....rajin2 la masuk ctu gak, byk artikel menarik ada kt c2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2008 10:21 PM | Show all posts
tq bar.... sejuk hati membacanya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 11:01 PM | Show all posts

Reply #2 indah1285's post

amin amin amin
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:46 AM | Show all posts

Reply #3 bizsari's post

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 03:27 PM | Show all posts
dah penah baca byk kali dahh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by baroque at 13-10-2008 10:09 PM
Xthu kalau dah ada benda ni...utk peringatan bersama,InsyaAllah...


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA  ...


1. 'mati'.

2.  'masa lalu'.

3. nafsu

4. menangggung amanah

5. meninggalkan solat

6.lidah manusia...




thx bro for the good info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 04:36 PM | Show all posts
Alhamdulillah..........................
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 04:52 PM | Show all posts

Balas #1 baroque\ catat

tq.

+ kalau ade lg info menarik dr i luv islam... share2 la ek kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 08:47 PM | Show all posts

hmm..interesting

clever  lah Imam Al - Ghazali ni..sebab nampak kan, beliau guna logik kan but in this case , benda dia cakap tu betul...pandai mantik beliau ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:43 PM | Show all posts

Balas #9 mbhcsf\ catat

      

keh3....bila nampak sis post saya try agak2 apa yg sis tulis....

nampaknya betui.....

sains takkan dapat menafikan apa yg imam ghazali cakap.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 04:04 PM | Show all posts
kurniaan ilmu Allah kepada imam Ghazali mmg mengagumkan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 05:05 PM | Show all posts
  syahduuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:29 PM | Show all posts

but u know

Originally posted by ussopp at 22-10-2008 10:43 PM
      

keh3....bila nampak sis post saya try agak2 apa yg sis tulis....

nampaknya betui.....

sains takkan dapat menafikan apa yg imam ghazali cakap.....

imam ghazali adalah salah seorang Islamic Scholar yg boleh gunakan logik untuk berdakwah dgn para  philosophers kat mana ntah ...ada ni.i lupa..tapi i like his  view on being a good humble person like

- u cannot always think that you are holier than the rest coz u tak tau u mati macam mana
- org yg kita compare with tu may be suatu harinanti akan lebih baik '
- i tak sure yg ketiga - tapi it 's more like u never know whether u punay quality ibadat tu you know...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 22-10-2008 10:43 PM
      

keh3....bila nampak sis post saya try agak2 apa yg sis tulis....

nampaknya betui.....

sains takkan dapat menafikan apa yg imam ghazali cakap.....

i think radio 24 bernama sering putarkan tajuk epistemologi = Islam  dan ada professor  i dunno by thsi name Rifaei yg u know suka kupas sejarah epistempologi barat and sumbangan tamadun Islam ..u know...so sapa yg boleh kembangkan ini bagus..buat satu thread khas...i love to read them
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 02:23 PM | Show all posts

Reply #11 ndh_elly's post

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.453294 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list