|
aku tumpang sedih ngan masalah ko ni...aku ingatkan ko dg settle ngan abg ko...rupanya smp skrg gaduh lagi ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 kirei_wa's post
ye la kirei...diam2 dah 2 tahun rupanya aku pendam rasa dgn dia..hehehe...
Thanks kawan2 semua..hari ni dah tenang sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde sape yg siol dlm dunia ni..
sabar byk2 bam.
dekatkan diri dgn Allah..aku nasihatkan diri aku gak..
kdg bila byk mslh baru tingatkan Dia..ape punya jenis manusia la kan |
|
|
|
|
|
|
|
jap lagi aku bce..pnjang sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak de manusia yg siol dlm dunia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni adik kepada akak ipar bam.. kali ni biar aku je yg bercerita..
aku xnak buruk2kan org lain.. cukup la kalau aku ckp aku kenal siapa akak aku dgn lebih mendalam, baik buruknya.. tp aku xtau la bam kenal ke tak dgn abgnya.. kalau bam menangis mengenangkan nasib dia.. kenapa tidak akak aku pon menangis mengenangkan nasib dia yg selama ni dok menumpang rumah org?? tetamu xkan menyorok kalau tak bersebab!! & isteri mana yang tanak dok rumah sndiri??
selama ni aku baca je org menjaja cite akak aku.. tp aku tabik pada akak aku sbb xcepat melatah.. marah mcmana pon dia baca cerita tu, dia je yg tau kebenarannya.. org lain yg xtau hujung pangkal pon menyelit jugak stakat nak mencurah minyak.. kan berdosa kalau kita menuduh perkara2 yg kita sndiri tak tau kebenarannya.. aku x kata bam bohong.. mungkin akak aku juga ada buat salah.. tp setimpal ke kesalahan dia tu sampaikan kena canang satu dunia?? kan kalu dah jadi satu family, mmg tanggungjawab kita tegur menegur.. tp ada caranya.. hormat yang tua & seterusnya yang tua akan jd hormat pada yg muda..
mmg mustahil kalu ramai orang benci kita tanpa sebab kalau kita rasa kita ni baik sgt.. selisih faham tu biasalah tp kalau dah kawan2, sedara mara, abang dsb dah mula jauhkan diri, kenalah fikir ape yg kita dah buat..
untuk bam.. aku ni seorang isteri, ibu & kakak ipar kepada adik2 suami aku.. aku paham perasaan kakak aku & aku juga adik ipar kepada abang kau.. aku juga paham perasaan kau.. sebenci2 mana kita pon, kita ni tetap satu keluarga.. samada nak teruskan ikatan ni atau stakat tunggu dan lihat saja, kita je yang menentukannya..
yang baik tu datangnya dari Allah, & yang buruk datangnya dari aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya bila baca kisah ko nih.masalah bertimpa-timpa tentu ko tensionkan.tapi xpe inilah dinamakan dugaan hidup.walau macam mana sekalipun ko kena tempuhinya dgn redha.sabar itu separuh drp iman.pahala menunggumu di akhirat sana.
soal kerja tuh cuba2 lah berbincang ngan pihak atasan,beri alasan yg konkrit knp ko x boleh nk backup keseluruhan keja kwn ko tuh agar mereka boleh bertolak ansur dalam perkara nih.ko sememangnya busy ngan keja ko sendiri so apakata ko usulkan pada boss ko,supaya keja2 tersebut diagih2kan kpd pekerja2 lain jugak ,sekurang2nya dpt meringankan beban yg ko tanggung selama nih.
masalah keluarga biasalah selalu terjadi dalam kehidupan kita seharian.ego org lelaki nih mmg tinggi dan sukar nk mengakui kesilapan sendiri.berbincanglah sesama keluarga agar permasalahan ini dpt dirungkai.xkan selamanya nk bermasam muka.buang yg keruh ambil la yg jernih.
ttg kawan plak berterus terang dgn mereka bahawa kejujuran dan keikhlasan penting dlm sesebuah perhubungan.jgn sesekali merendah2kan maruah seseorg sebab kita x tau apa yg akan terjadi di masa akan datang.walau sekadar gurauan tapi kalau dh membuatkan kita terasa,pasti boleh merosakkan ikatan persahabatan yg dijalin.bak kata ko dihina bila x diperlukan,datang bila dilanda masalah.ini bukanlah ciri2 kawan sejati. |
|
|
|
|
|
|
|
kesianye...
ape kata tuan rumah try carik keje lain yg better pay...
psl abg tu mmg x leh nak ape2 lg... jgn layan je la |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 tembamgirl09\ catat
opis ko ada babi??
ko kerja kat zoo ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Bam...ko amek cuti...bawak diri ko dgn mak ko gi jalan2...hehe restkan kepala...pastu ko back to ur normal life...
sabar...ko anak yg baik...insya-Allah ko akan bahagia satu hari nnt... |
|
|
|
|
|
|
|
ni pdpt aku la....jgn kecik ati...
ko ni mmg agak siol la....lembik no. cuba keras sikit biar dorg respek ko. org takkan pijak kita kalau kita tak benarkan diri kita di pijak. hormat ada batasnya. mmg dorg tu lebih tua, tp dorg pun kena respek ko gak. stand up babe. biar dorg tau sapa u! kecuali ko mmg nak terus dipijak.
mahap ye...pdpt peribadi jek.... |
|
|
|
|
|
|
|
ermm..siol tu si-al ek? jgn ckp camtu, ko tak siol, kehidupan ko pun tak siol..cuma ko diuji oleh-Nya dgn dugaan yg sebegitu..sejauhmana kesabaran n ketabahan ko dlm menghadapi apa jua yg berlaku dalam idup ko..
pasal abg ko tu, mmg dia salah, pentingkan diri sendiri n tak pedulikan mak sendiri, dosanyer biarlah dia yg tanggung sendiri. tp, sebagai adik, cuba ko ucapkan kata maaf pada dia, maybe dgn cara tu, abg ko akan jdi lembut hati n hubungan korang akan pulih cam biasa..tak rugi ko minta maaf even ko langsung tak bersalah..
elok gak ko luahkan kat sini..sekurang2nyer ringan ckit beban ko tu..skrg ni, ko tak yah pk pasal org lain yg membebankan fikiran ko..pk pasal diri sendiri n mak ko jer..banyak2kanlah bersabar..kerana "Innallahha ma'as sobirin.." sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar..wallahu a'lam..
[ Last edited by dearest02 at 16-10-2008 09:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hotmama78 at 16-10-2008 03:24 PM
citer mcm nih dah bnyk aku dgr, even aku sendiri dah experience.. selalunya nih kes jelez.. minta maaf tanya ye, bam nih jelez ke abg bam kawen?? atopon bam ada rasa mcm kak ipar tuh dah rampas ...
dulu yee...rasa macam abg dirampas
tapi skang tak..dah nampak byk sgt perubahan yg negatif
eloo tak koser haku nak jelez kat dia memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.
Terima kasih saya & suami ucapkan pada cik moderator kerana menulis citer ini. Walaupun ada cerita kat sini yang telah di tapis terlebih dulu.
Saya minta izin untuk menulis di sini bagi pihak suami saya iaitu abang awak & sebagai kakak ipar awak.
Buat cik moderator, saya sebagai kakak ipar awak minta supaya hubungan saya dan awak di putuskan sampai di sini sahaja. Saya tak mahu lagi ada kena-mengena dgn awak, cukuplah apa yang saya rasa sepanjang 2 tahun saya sebumbung dengan awak. Saya sudah lali dengan tuduhan-tuduhan palsu serta cerita-cerita yang hampir separuhnya di tokok tambah baik di blog awak ataupun di sini. Saya dah tak kisah lagi lepas ini apa juga awak nak tulis & awak nak cerita sebab saya dah tak kisah. 1 saje yang saya dapat belajar selepas 2 tahun kenal awak, "talam bermuka-muka lebih teruk dari talam 2 muka". Saya ingat lepas saya emel awak dulu minta maaf tanpa saya tahu apa salah saya kat awak semuanya boleh selesai. Saya tak perlu tunggu awak datang menyembah saya, ego saya tak tinggi cik moderator. Saya sudah minta maaf dulu dan juga pada hari ini dan terpulang pada awak selebihnya. Saya maafkan awak, cik moderator dunia & akhirat & saya halalkan segala-galanya. Macam saya cakap pada awak sebelum ni, awak tetap adik ipar saya & makcik kepada anak saya walau apapun yang jadi. Tapi mulai hari ini, cukuplah awak sebagai makcik anak saya saje. Demi Allah saya tak berdendam dengan awak. Saya doakan supaya awak selamat dunia & akhirat. Bila awak kahwin nanti, saya harapkan ipar duai awak tak buat macamana awak buat pada kami suami isteri. Dan moga anak awak kelak tak buat apa yang awak buat pada mak awak sebelum ni.
Buat pengetahuan cik moderator, kami telah membaca blog cik moderator selama usia anak kami, setahun 4 bulan dan sikit pun kami tak mengamuk atau menyerang cik moderator kerana kami masih boleh bersabar dengan cerita2 palsu di dalam tu.
Awak dan semua yang memberikan komen negatif kepada kami adalah teramat tidak layak sama sekali untuk mengata abang awak. Kerana abang awaklah keluarga awak masih bertahan. Pakcik makcik awak masih segan dengan mak awak. Kerana apa? Kerana keluarga awak mempunyai seorang lelaki yang tidak pernah meminta belas ihsan pakcik makcik awak itu. Jiran-jiran awak pun segan dengan awak kerana adanya abang awak. Pada siapa awak selalu meminta nasihat tentang tempat kerja dan keputusan keluarga kalau bukan abang awak? Abang awak berkerja sehingga petang raya awak kata kami keluar? Siapa abang awak? Pelindung awak dan emak awak selama ini! Duit siapa yang habis lebih banyak ketika emak awak sakit dahulu? Kereta siapa yang membawa emak awak berubat dahulu sehingga ke Johor sehingga lampu kereta terbakar ketika di PLUS dengan kereta tidak berservis dan gearbox yang hampir jahanam? Abang awak tak perlu canang semua ini kepada semua orang kerana dia buat di atas nama kewajipan sebagai anak lelaki emak awak dan sebagai wali ketika awak nak berkahwin nanti!!!
Tanpa abang awak, emak awak dan awak akan dipandang hina oleh saudara sendiri!!! Siapa yang akan awak call jika kereta kodok emas awak tu eksiden? Siapa yang kena buat cuti kecemasan kalau bukan abang awak untuk menguruskan kereta awak yang eksiden tu, bukan sekali tetapi dua kali eksiden. Pergi ke balai polis, setelkan insurans, lukis peta tempat kejadian? Kalau awak dah bencikan abang awak, semua ni awak lupa kan? Awak yang dengan megahnya mengatakan awak akan menguruskan diri sendiri dan emak pun belum pernah pergi bayar duit insurans dan roadtax kodok emas awak tu sendiri. Selama awak pakai kodok emas siapa yang akan membawa kereta awak pergi servis dan menjadi penasihat jika ada parts yang perlu ditukar??? Betapa abang awak sayangkan adiknya tapi sayang awak tak nampak itu semua.
Awak eksiden di kg cheras baru dulu, siapa yang berurusan dengan penarik kereta yang macam gengster berebut nak tarik kereta awak ke worksyop? Abang awak mengaku memandu kereta awak di dalam report kemalangan di balai polis dang wangi hanya untuk menyelamatkan lesen P awak tu! abang awak buat itu semua kerana abang awak yakin dialah pelindung awak!!! Betapa yakinnya dia...
Pakcik awak hanya pandai bercakap tapi bila untuk membuat keputusan siapa yang akan awak rujuk??? ABANG AWAK!!! Emak awak dan awak kena halau daripada rumah makcik awak semasa raya haji siapa yang ada di sisi awak dan emak awak? ABANG AWAK!!! Tolonglah...., tolonglah..., tolonglah...., takkan semua ini awak tak ingat? Memang abang awak tidak berguna? Saya kesiankan awak..., wahai cik moderator.....
Tak perlulah cerita apa yang awak dah buat sebab kat sini dah terang-terang terbukti awak orang yang baik & anak yang solehah. Apa yang jadi di rumah walau seburuk-buruknya pun biarlah abang awak, saya & emak awak simpan.
Apa masalah awak dan abang awak, jumpalah dia & selesaikan. Dia dah terlalu kecewa dengan awak selama ni dan semakin kecewa bila baca semua ni. Apa salah dia pada awak? Kami tak memburukkan awak di mana-mana. Kami juga bloggers, forumers, tp apa yang jadi dalam rumah bukan untuk di jaja di mana-mana. Kalau awak perlu tempat luahkan perasaan, cari kawan yang boleh di percayai. Luahkan segala-galanya, dan bukannya hanya cerita yang awak selalu jadi mangsa keadaan. Fikirlah secara lojik, kalau awak terlalu baik & naif, kenapa perlu orang bermusuh dengan awak?
Nasihat saya pada awak, carilah hiburan di luar. Berkawan dengan ramai orang yang dapat membina balik semangat awak. Belajar untuk berfikiran positif. Jangan lagi duduk terperap kat rumah & hentikan bersangka buruk pada orang lain. Jangan sekat diri awak dari berhubung dengan dunia luar, hidup bukan hanya rumah-ofis & ofis-rumah. Belajar kenal bermacam-macam ragam manusia kat luar tu. Insyaalah, awak akan jumpa kawan yang sejati.
Akhir kata dari saya, anggaplah saya tak wujud lagi dalam hidup awak & hentikan segala tohmahan-tohmahan palsu pada suami saya iaitu abang awak sendiri. Dia dah cukup tertekan selama ini. Jika betul dia lebih memilih saya dari awak, adiknya sendiri, mungkin hubungan awak dengan dia dah lama dia putuskan. Dia masih balik rumah sebab masih sayangkan awak & emak. Dia masih risaukan awak bila awak balik lambat, sebabnya dia sayangkan awak. Dia masih makan di rumah sebab dia nak awak rasa di hargai. Kesimpulan kami sayang awak, tapi tolonglah jangan melatah bila ada selisih faham sikit. Adilkah utk kami berdua di caci maki di sini? Adilkah untuk kami berdua bila fariepari kata kami kurang ajar? Adilkah yipun78 siolkan kami suami isteri sedangkan dia sendiri tak tau samada cerita ini betul atau tidak? Buat akame4eva, simpanlah penyapu itu untuk diri awak sendiri, mungkin awak lebih memerlukannya satu hari nanti dari kami.
Terima kasih kepada yang memberi komen positif dan negatif. Nasihat saya, sebelum menjatuhkan hukum kepada orang sila pastikan cerita itu benar ataupun di tokok tambah supaya menjadi lebih trajis. Saya dan suami mendoakan supaya hidup anda semua jauh dari orang-orang yang zalim & tidak di aniaya.
Dan untuk yang memberi komen supaya kami pindah dari terus tak tahu malu menumpang, memang kami dalam proses mencari rumah dan kami akan pindah secepat yang mungkin.
Buat cik moderator, terpulang untuk simpan ataupun delete komen saya ini.
Apa yang tercoret kat sini adalah dari abang awak & saya. Semoga awak bahagia dunia dan akhirat, insyaallah.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 rr78's post
uiks.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|