CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17331|Reply: 31

tekanan darah rendah masa mengandung....

[Copy link]
Post time 8-10-2008 09:48 AM | Show all posts |Read mode
morning semua.... d1 nak tanya ni.. semalam d1 g check doc sebab pening kepala... pastu doc ckp tekanan darah d1 rendah sgt. 80/60. rendah sgt ke tu?

so d1 nak tny la pada sapa2 yg pernah ada pengalaman cam d1 ni. bahaya x kat baby? macam mana nak bg darah naik balik? kena makan apa? any vitamin ke.....

tolong ek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 09:56 AM | Show all posts
doc x suruh admit ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #2 contessa's post

x la pulak... maybe sebab g clinic biasa jer kot. kena admit ker kalo camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 10:32 AM | Show all posts
oo...my mom pun ade tekanan darah rendah..slalu, ape yg die wat, bile rase pening tu, kene baring jap, so that darah sampai kat kepala..pastu minum glucose..


take care ek d1..sbb my sis pun sama gak, pastu dah brape kali dah tiba2 pitam, kene masuk spital..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 11:08 AM | Show all posts
Kalu tekanan darah rendah, selalunya doktor akan nasihatkan ambil 'iron pil" -pil vitamin zat besi... - (utk tambah darah..) atau banyakkan makan hati...  
Jika tekanan darah rendah, senang pitam juga.. Tak semestinya jadi kat wanita mengandung je..
Yg tak mengandung juga ramai yg ada tekanan darah rendah ni kan.....

Moga semua selamat ...

Ceria selalu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:16 PM | Show all posts
dulu masa mengandung penah gak kena tekanan darah rendah 90/65
kalo 80/60 tu da kira rendah sgt le tu

normally kalo org ada tekanan darah tinggi tak leh makan kambing kan?
akan meningkatkan lg tekanan darah tu
so kite ni yg darah rendah byk2 la makan kambing

sup kambing... i like !!

selain tu makan la pil iron tuk tambah darah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2008 09:27 AM | Show all posts
Bnyk makan sayur2an spt sayur bayam etc. Sebab sayur2an bnyk kandungan mineral. Don't take too much red meat, livers sebab tak baik jugak utk kesihatan & baby. Bila dah BP tu normal, buat exercise ringan sp. jantung boleh pump darah dgn cepat. Tak reti nak explain. Selain tu take a deep breath. Ni pun satu senaman yg bagus. Lebih kurang activate cells kat dlm sana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 09:34 AM | Show all posts
Ermmm utk org yg ader low blood cam aku neh, 80/60 tuh takler kira teruk

Cam border ajerlaaaa....normal blood pressure 120/80 kan

So, kalau lagi rendah dari 80/60 baru teruk

Food intake? Mkn bayam, daging & hati (but hati tuh berpada2, too much of Vit A akan ditukar toksin kat lam hati), kerang and doktor oso sajes to take Pati Ayam. Katanya kalau minom pati ayam cepat tambah darah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 09:35 AM | Show all posts
Bayam Merah untuk Tekanan Darah Rendah



Bayam merah sangat bagus untuk mengubati penyakit tekanan darah rendah. Didihkan 2 liter air bersama bawang merah dan ikan bilis untuk lebih rasa. Masukkan bayam merah secukupnya. Rebus sehingga bayam masak. Makan sup ini bersama daun bayam tersebut selama 3 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 09:36 AM | Show all posts
Soalan:

Saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada yang pakar. Segala maklum balas, saya dahului dengan ucapan setinggi terima kasih. Selamat berpuasa.
-Nabila-

Jawapan:

Nabila,
Ketika mengandung, tubuh ibu menyediakan suasana persekitaran yang selamat di samping memberi nutrisi/pemakanan kepada bayi yang sedang membesar di dalam kandungannya.
Oleh yang demikian, seorang wanita yang mengandung akan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi yang dramatik, termasuklah yang melibatkan sistem peredaran darah atau tubuh.

Perubahan sistem peredaran tubuh yang mencirikan proses mengandung normal adalah disebabkan oleh vasodilatasi (penambahan diameter pembuluh darah, khususnya arteri) periferal.

Semasa mengandung, tekanan darah adalah lebih rendah akibat perubahan hormon yang menyebabkan saluran darah mengembang.

Salur-salur darah juga tidak mengalami kontraksi/pengecuta n secepat mahupun secekap sebelum mengandung sebagai suatu tindak balas kepada perubahan gaya atau kedudukan tubuh.

Oleh sebab itu, seseorang yang berdiri dengan cepat tidak memberi masa secukupnya untuk sistem peredaran melakukan penyesuaian, seterusnya tidak cukup darah dan oksigen sampai ke otak dan ibu yang mengandung itu akan berasa pitam.

Semasa hamil, jantung akan bekerja mengepam darah kepada rahim dan bayi dalam kandungan dengan lebih kuat. Pengeluaran kardiak/berkaitan jantung bertambah dari seawal lima minggu kehamilan.

Jumlah darah yang dipam oleh jantung meningkat 45 peratus apabila janin berusia 24 minggu. Denyutan jantung meningkat 30 peratus.

Denyutan nadi boleh meningkat dari kadar 60 ke 70 denyutan seminit sebelum mengandung kepada 80 ke 90 denyutan seminit semasa hamil.

Walaupun terdapat penambahan dramatik pengeluaran kardiak, tekanan darah menurun semasa trimester kedua kehamilan dan kembali ke normal semasa trimester ketiga.

*Pitam

Itu sebabnya kenapa wanita hamil lebih cenderung mengalami pitam semasa trimester pertama dan kedua. Apabila usia kandungan meningkat, rahim akan membesar dan memberi tekanan kepada pembuluh darah vena kava inferior yang bertugas mengalirkan darah dari bahagian kaki kembali ke jantung. Kesan tekanan ini akan menghalang pengaliran darah semula ke jantung.

Jika wanita hamil berbaring, rahim yang semakin membesar itu boleh menghalang pengaliran darah balik ke jantung dan mengakibatkan sindrom supine hypotensive yang berlaku pada 10 hingga 15 peratus wanita hamil. Keadaan-keadaan yang disebutkan ini boleh menyebabkan rasa pening kepala dan pitam.

Selain itu, rahim yang membesar akan menolak diafragma ke arah dada dan menyebabkan wanita hamil berasa sukar bernafas. Volum plasma atau darah meningkat 50 peratus dari seawal enam minggu kehamilan untuk memenuhi keperluan janin. Komponen cecair dalam salur darah meningkat dengan lebih banyak lagi berbanding sel-sel darah merah pembawa oksigen. Akibatnya, wanita hamil akan menjadi anemik, yang merupakan kesan yang normal akibat perubahan fisiologi kehamilan.

Walaubagaimanapun, jika zat besi tidak mencukupi dalam pemakanan ibu, anemia akan bertambah teruk dan menyumbang kepada rasa pitam apabila berubah kedudukan. Semasa peringkat awal kehamilan, ibu hamil kerap mengalami loya dan muntah yang disebabkan oleh paras hormon estrogen dan human chorionic gonadotropin (HCG) yang tinggi.

Gejala-gejala ini biasanya dirasai semasa minggu ke tujuh hingga ke lapan kehamilan dan beransur reda semasa minggu ke-12 hingga ke-15 kehamilan. Muntah yang berlebihan dan berpanjangan pada peringkat ini akan menyebabkan kesan dehidrasi, kebuluran, penurunan berat badan dan mengganggu perkembangan janin yang semakin membesar. Kebuluran menyebabkan ketosis (persekitaran berasid) yang boleh memudaratkan janin. Oleh itu, jika keton dikesan dalam air kencing, ibu hamil perlu dimasukkan ke dalam wad.

Rawatan hidrasi dengan cecair intravena akan memulihkan keadaan ibu hamil. Rasa loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengubahsuai pemakanan atau tabiat makan. Makan dan minum dalam kuantiti yang kecil dan secara kerap boleh membantu. Makan sebelum berasa lapar juga dapat membantu mengatasi masalah ini.

Biskut kraker mahupun roti bakar boleh dimakan sebelum bangun dari katil pada waktu pagi untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.

Minuman isotonik baik diminum kerana ia ideal untuk menggantikan garam elektrolit yang mungkin hilang akibat muntah yang berpanjangan.

Elakkanlah dari makanan serta bau-bauan yang menyebabkan ibu hamil berasa loya.

Ibu hamil juga boleh mempraktikkan beberapa langkah yang dapat membantu mengatasi masalah-masalah atas.

* Untuk mengelakkan rasa pening dan pitam, apabila bangun dari tidur, duduk dan tunggu selama 15 saat, kemudian gantungkan kaki dari katil dan tunggu 15 saat, berdiri dan tunggu selama 15 saat, dan barulah mula berjalan.

* Jika rasa pening pada siang hari, pulihkan dengan mengambil makanan ringan, minumlah segelas jus oren sebelum bangun dari katil.

* Elakkanlah dari berdiri pada satu tempat tanpa bergerak kerana ini menyebabkan darah terkumpul di bahagian kaki. Sebaliknya, berjalan tanpa bergerak supaya otot-otot betis dapat membantu mengepam darah semula ke jantung.

* Untuk pening yang disebabkan oleh anemia, rawatan suplemen dengan zat besi patut diambil.

Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.

Sumber : Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 09:37 AM | Show all posts

Reply #8 katak_kiut's post

ok.. thank you semua...

tp kan lupa nk bgtau doc tu suruh minum banyak air 100 plus.. bukan ke 100plus tu air gas? xpe ke minum banyak2 time pregnant ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 09:38 AM | Show all posts
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut :- 120 / 80 mmHg.


Nombor atas (120) : Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) : Menunjukan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Tekanan darah rendah (hypotension) pula adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah kita yang sememangnya berbeza perlukan perhatian kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti: stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata atau pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah.

Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti: cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap; pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 09:45 AM | Show all posts

Reply #11 d1nonly's post

ermmm faham tak apa makna isotonik?

isotonik adalah apabila kandungan gula sama dengan kandungan gula dalam sel darah (ku bagi secara general sahaja lah yer dah ingat2 lufer subjek biologi, saper2 cikgu biologi boleh betolkan yek)

So, 100Plus, Revive and sewaktu dengannya yang mana berasaskan minuman isotonik neh takleh disamakan dengan maan2 minuman gas lain macam Coke, Pepsi etc

Kalau nk minum tu, boleh buang dulu gasnyer, goncang sikit botol tu. Bagi air tuh menggelegak utk lepaskan gas

Pastu minum cam biasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 09:46 AM | Show all posts
TIDAK kira apa jua tanggapan pelbagai pihak, minuman isotonik adalah lebih baik dalam menggalakkan penghidratan berbanding lain-lain minuman.

Bukan sekadar melegakan badan, malah minuman isotonik juga memberi tenaga tambahan.

Ramai yang membuat tafsiran masing-masing mengenai kbaikan dan keburukan minuman isotonik sungguhpun mereka tidak mengetahui khasiat sebenar minuman tersebut.

Antara keistimewaannya ialah mengelakkan seseorang daripada mengalami penyahhidaratan terutama apabila kandungan air kurang dalam badan.



Perpeluhan merupakan cara badan mengekalkan suhu terasnya iaitu pada paras 37 darjah celcius.

Akibatnya badan seseorang kekurangan cecair atau elektrolit iaitu mineral seperti klorida, kalsium, magnesium, natrium dan kalium.

Jika dibiarkan ianya akan mendorong kepada penyahhidratan dan lama-kelamaan ia menjurus kepada kelumpuhan peredaran darah atau strok haba.

Terdapat dua faktor utama di dalam penyerapan cecair yang boleh memberikan kesan terhadap kepantasan cecair yang kita minum memasuki tubuh iaitu kepantasan cecair dikosongkan dari dalam perut dan kadar cecair yang diserap melalui dinding usus kecil.

Justeru, semakin tinggi tahap karbohidrat di dalam minuman, semakin perlahan kadar pengosongan perut.

Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat di antara enam hingga lapan peratus akan dikosongkan daripada perut pada kadar yang sama dengan air biasa.

Elektrolit-elektrolit, terutamanya natrium dan kalium di dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, sebaliknya ia membolehkan cecair mengosong daripada perut dengan cepat dan menggalakkan penyerapan daripada usus dan pembendungan cecair.

Kajian juga mendapati, minuman isotonik menggantikan cecair yang hilang dengan cepat melalui perpeluhan serta membekalkan karbohidrat.

Selain itu, glukos merupakan sumber tenaga yang menjadi pilihan badan, maka adalah wajar untuk mengambil minuman isotonik di mana kandungan karbohidratnya terdiri daripada sukatan glukos antara enam hingga lapan peratus.

Teh atau kopi, dua jenis minuman kegemaran ramai tidak membantu penghodratan kerana minuman-minuman tersebut mengandungi kafeina.

Pengambilan minuman yang mengandungi kafeina secara berlebihan akan mengakibatkan penyahhidratan dalam badan.

Selain itu, minuman kafeina (teh atau kopi) turut menjejaskan buah pinggang dengan bertindak sebagai diuretik yang meningkatkan pengeluaran air kencing, sekaligus mengurangkan air dalam badan.

Teh atau kopi boleh menjadi sumber air, akan tetapi ia tidak mengandungi elektrolit yang hilang menerusi peluh dan diperlukan untuk meningkatkan penghidratan semula.

Bagaimanapun, minuman itu disarankan untuk minum apabila status penghidratan badan kembali normal.

Melalui air kencing, kita juga boleh mengetahui tahap kesihatan seseorang. Jika air kencing bewarna gelap, bermakna anda sedang menghadapi masalah penyahhidratan.

Bagi seseorang yang sihat, air kencing mereka berwarna cerah atau kuning terang manakala mereka yang mempunyai air kencing berwarna kuning kehitaman atau coklat menandakan anda kekurangan air.

Maka, jika pengambilan air ditingkatkan, pekatan akan menjadi cair secara automatik sekaligus warna air kencing kembali normal seperti biasa.

Pun begitu, lazimnya, warna air kencing akan pekat pada wakru pagi berbanding waktu-waktu lain kerana kita tidak minum sewaktu tidur.

Penghidratan yang mencukupi adalah penting untuk semua orang dan minuman isotonik menjadi pilihan utama bagi cecair yang berfungsi untuk proses penghidratan semula dalam badan.

Dalam pada itu, ada sesetengah pihak pula berpendapat, minuman isotonik sangat sesuai kepada mereka yang aktif dalam sukan.

Adalah sangat perlu bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan badan mereka dalam keadaan terhidrat.

Minuman isotonik yang terdiri daripada kandungan air, gula dan elektrolit dalah sangat sesuai untuk semua golongan termasuk mereka yang berpenyakit.

Bagi pengidap diabetes yang melakukan senaman secara intensif minuman isotonik boleh membantu mereka menggantikan semula cecair yang hilang.

Adalah dinasihatkan juga bagi mereka yang menghidap diabetes supaya mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai pelan makanan mereka selain mengamalkan gaya hidup sihat dan meminum minuman bertenaga.

Sememangnya minuman isotonik memainkan peranan penting dalam menjadikan badan kita sentiasa berada dalam keadaan lembab atau hidrat.

Lantaran itu, untuk mencapai pengambilan cecair yang mencukupi, minumlah pelbagai jenis cecair seperti jus, minuman isotonik, soya, susu dan sebagainya.

Meminum minuman isotonik selepas bersenam akan menggalakkan penghidratan semula di samping penambahan semula glikogen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 10:51 AM | Show all posts

Reply #14 katak_kiut's post

sorry x tau sebelum ni.. sekarang baru tau..

thank you so much atas penerangan katak_kiut tu.. really helpful.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 11:21 AM | Show all posts
saya awal-awal pregnant pun tekanan darah rendah, tapi bila kandungan dah makin besar...dia akan ok. So far baby takde masalah...cuma kita je la rasa penat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 01:17 PM | Show all posts
aku pun sepanjang tempoh kehamilan darah ashik rendah aje.. dlm bulan posa lagi teruk.. tapi tak adalah teruk sangat.. alhamdullillah semalam lepas check up.. darah dah stabil dah.. cuma berat badan naik 2kg.. dlm 2 minggu ajer.. aku ckple.. biasalaa lepas raya.. nafsu makan naik mendadak bila tengok macam2 makan yg ada..

pehtu dia ckp kalu naik mendadak lagi aku kena minum air gula cecepat.. bosannyaaaaaaaaaaaa....

oye.. selalunya doktor akan bekalkan vitamin utk tambah darah sepanjang tempoh peknen ni.. vitamin yg bernama ferros tu yg kaler coklat tu memang penting utk pertambahan darah.. aku plak jenih tak leh nak makan hati ayam/daging memanyak .. kerang pun wat badan jadi gatal.. ohye elok juga kalu makan buah naga yg kaler merah tu utk tambah darah.. aku sebelum check up semalam adalah lam 3 ari berturut2 makan buah naga tu.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 08:08 PM | Show all posts

Reply #8 katak_kiut's post

Saya pernah dpt rendah mcm tu. So kira tak adalah teruk sgt. Kalau jumpa doktor memang dia akan bagi iron. Thanx for the info. Air 100 plus selalu jugak minum sebab utk bagi tenaga esp. kalau kerja kena focus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 08:09 PM | Show all posts

Reply #17 meowlin's post

Tak tau pulak buah naga warna merah boleh tambah darah. Biasa makan bayam je. Hati ayam & hati lembu tu sekali-sekala ttp tak boleh nak telan kadang2. Boleh termuntah dibuatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 09:41 PM | Show all posts
aku pun tekanan darah rendah gak kalau mengandung...nak makan hati ngan kerang aku tak lalu...pastu aku terbaca kat tenet tentang ..
khasiat buah kurma...selain mempunyai khasiat yang tinggi...kurma juga menambahkan darah....pastu aku amalkan...memang berhasil.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.103773 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list