View: 12971|Reply: 6
|
tilam dari daun2 herba!!
[Copy link]
|
|
Yang pertama di dunia
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
Antara daun herba yang digunakan dalam pembuatan tilam ini adalah daun mambu yang cukup terkenal dalam perubatan tradisional.
SEORANG pekerja menunjukkan lapisan tilam yang telah dimampatkan.
SAKIT pada bahagian belakang badan sememangnya memeritkan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang semakin berumur.
Berdasarkan kajian, penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan orang dewasa ini berpunca daripada banyak faktor.
Paling utama, ia disebabkan otot abdomen belakang tubuh yang lemah kesan terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok, selain kurang bersenam.
Gejala ini juga boleh terjadi apabila berlaku pergerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan, misalnya tersalah teknik mengangkat barang berat.
SETIAP lapisan tilam herba akan dimampatkan menggunakan mesin pemampat bagi menghasilkan tilam setebal tujuh inci atau lain-lain saiz yang ditempah pelanggan.
Selain penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit semula jadi lain seperti arthritis atau ketumbuhan, kegemukan yang melampau turut memberi bebanan kepada tulang belakang secara konsisten sekali gus menjadi penyebab penyakit tersebut.
Namun tanpa disedari, sejak sedekad lalu, jumlah individu yang mendapat sakit belakang yang berpunca daripada berbaring dan tidur semakin meningkat. Dikatakan tilam yang digunakan tidak mampu memberi sokongan kepada struktur badan.
Justeru itu, tidak hairanlah, kini terdapat pelbagai jenis dan jenama tilam di pasaran yang dikatakan mampu membendung masalah sakit belakang. Rata-ratanya memperkenalkan tilam yang agak lembut, selain menggunakan spring berteknologi tinggi yang didakwa mampu mengurangkan masalah sakit belakang.
Berbeza dengan tilam konvensional yang terdapat di pasaran, sebuah syarikat produk kesihatan tempatan, Herbal Fame Sdn. Bhd. telah mengeluarkan tilam herba pertama di dunia yang dikatakan mampu membendung masalah sakit belakang. Produk yang dibuat daripada pelbagai jenis akar dan daun herba ini juga dikatakan berupaya meningkatkan metabolisme tulang belakang.
FABRIK yang digunakan sangat bermutu tinggi dan
berupaya menghalang bakteria masuk ke dalam tilam.
Pemilik syarikat berkenaan, S. Nyanahsegaran berkata, sebagai pengeluar tilam herba pertama seumpamanya di dunia, tilam yang dipasarkan atas jenama Herbal sejak tiga tahun lalu berjaya menarik perhatian ribuan pelanggan dari seluruh negara.
"Antara daun herba yang digunakan dalam pembuatan tilam ini adalah daun mambu yang cukup terkenal dalam perubatan tradisional.
"Berdasarkan kajian yang saya lakukan, daun mambu boleh digunakan untuk merawat demam campak dan meredakan demam panas. Malah, daun mambu juga bersifat anti-serangga," katanya di pejabatnya di Selama, Perak baru-baru ini.
Menurutnya, idea untuk memperkenalkan tilam herba diperoleh selepas beliau melakukan kajian mendalam mengenai jenis-jenis dan keberkesanan herba lebih sedekad lalu. Katanya, hasil kajian menunjukkan tilam yang diproses bersama daun-daun istimewa tersebut mampu melancarkan peredaran darah dalam tubuh manusia.
"Tilam ini tidak menggunakan span, sebaliknya ia diperbuat daripada bahan organik semula jadi iaitu ekstrak sabut kelapa yang diproses dengan teliti. Campuran getah berkualiti menjadikan permukaan tilam ini dipenuhi dengan herba yang terpilih.
"Haruman herba-herba yang mampu bertahan sehingga 10 tahun ini dapat mengurangkan tekanan individu, seterusnya menukarkan suasana tempat tidur kepada sesuatu yang menenang dan mendamaikan," katanya.
| SETIAP lapisan asas setebal satu hingga dua inci akan diselang-selikan dengan daun dan akar herba.
|
Wartawan yang berpeluang meninjau proses pembuatan Herbal baru-baru ini nyata kagum dengan teknologi yang digunakan. Setiap proses bermula daripada penghasilan lapisan tilam sehinggalah dinyah kuman dalam ketuhar vakum khas sebelum dijahit serta dibungkus. Kesemua kerja-kerja ini dipantau oleh kakitangan kilang yang berpengalaman.
"Setiap lapisan asas setebal satu hingga dua inci akan diselang-selikan dengan daun dan akar herba. Kemudian, ia akan disadur menggunakan cecair getah bagi memperkukuhkannya. Lapisan-lapisan ini kemudiannya dimampatkan menggunakan mesin pemampat, seterusnya menghasilkan tilam setebal tujuh inci atau lain-lain saiz yang ditempah pelanggan," katanya.
HARUMAN herba-herba ini mampu bertahan sehingga 10 tahun.
Pastinya, daun dan akar herba yang diperoleh Nyanahsegaran dari beberapa kawasan di Selama ini akan dimasukkan ke dalam ketuhar nyah kuman. Katanya, hanya dedaun yang benar-benar tersejat akan digunakan dalam pembuatan tilam Herbal.
"Semua peringkat pemprosesan juga dipastikan antibakteria, antihama dan keseluruhannya hanya tilam yang benar-benar selamat akan dipasarkan kepada orang ramai," katanya yang mempunyai lesen paten yang sah untuk produk berkenaan.
Mengulas mengenai pasaran Herbal, Nyanahsegaran memberitahu, antara 600 hingga 800 unit tilam berjaya dipasarkan setiap bulan dan jumlah itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Apa yang menarik mengenai Herbal jelasnya, tilam yang dihasilkannya sentiasa memberikan udara yang segar melalui lubang ultra segar yang terhasil semasa proses pembuatan. Sekiranya anak kecil terkencing dan sebagainya, air kencing tersebut tidak akan diserap di dalam tilam, malah akan terus mengalir keluar.
"Fabrik yang digunakan sangat bermutu tinggi dan berupaya menghalang bakteria masuk ke dalam tilam. Pemilik Herbal hanya perlu mencucinya dengan air panas dan mengeringkannya di bawah kipas tanpa perlu mengusung dan menjemurnya di bawah terik matahari," katanya.
Ditanya mengapakah kelibat Herbal tidak kelihatan di kedai-kedai perabot mahupun premis menjual tilam, Nyanahsegaran yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam perniagaan mengakui produknya kurang mendapat 'bantuan' daripada peniaga-peniaga tersebut.
"Mungkin ia merupakan keluaran syarikat tempatan. Apatah lagi, ia diusahakan dengan jenama yang masih baru. Lagipun, saya sendiri lebih selesa dengan teknik pemasaran yang dijayakan sekarang. Kebanyakan pelanggan memperoleh maklumat melalui saudara-mara dan rakan taulan yang telah membeli dan menggunakan Herbal sebelum ini," katanya.
DIPERBUAT daripada ekstrak sabut kelapa yang telah
diproses dengan teliti.
Beliau berhasrat melantik wakil pengedar di setiap negeri bagi memudahkan lebih ramai orang merasai keunikan Herbal dan seterusnya menjadikan tilam ini sebagai aksesori wajib di bilik tidur di setiap rumah di Malaysia.
Selain didatangkan dengan jaminan servis selama 10 tahun, orang ramai yang berminat untuk membeli Herbal hanya perlu menempah melalui telefon dan bayaran boleh dilunaskan sebaik sahaja set tilam berkenaan tiba di pintu rumah.
"Sebutlah sejauh mana pun di Semenanjung Malaysia, set tilam yang ditempah akan dihantar terus tanpa sebarang kos. Pengangkutan percuma ini merupakan nilai tambah syarikat yang tentunya berbeza dengan pengeluar tilam lain," katanya.
Didatangkan dalam saiz 5 x 7 kaki seunit, Herbal dijual pada harga RM799 dan setiap pembelian diberikan percuma dua unit bantal berteknologi tinggi bernilai RM99 setiap satu. Pembeli juga menerima perlindungan insurans bernilai RM10,000 selama setahun secara percuma.
Sebarang pertanyaan mengenai Herbal boleh dibuat melalui talian 05-8396088 dan 019-4144228 atau datang sendiri di premis syarikat berkenaan di Bangunan Majlis Daerah Selama, Jalan Menteri, Selama, Perak.
wowzieeeeeeee tilam sebijik RM800... aku tidoq kat tilam besa2 ajer ler...
[ Last edited by amazed at 7-10-2008 04:39 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat rumah de tilam nie... keras nak mamposss....... |
|
|
|
|
|
|
|
psikologi jer nih. mcm minuman ali cafe tongkat ali gak. minum jer kononnya rasa kuat, darah jln lancar.... |
|
|
|
|
|
|
|
ish.....
takkanlah tilam ni kereh. selalu kan mesti diletak spring |
|
|
|
|
|
|
|
kawan kat tempat kerja aku beli tilam herba mcm ni last week.. sbb dia ni ada back pain.. dah seminggu ni dia kata baguih punya tilam... kalu tak ada backpain pung.... mmg wokey tilam nih... selesa kekdahnya!!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|